Rabu, September 17

Bagai rokok dengan asap

Pertama kali aku menyedut asap rokok ialah pada tahun 1995 (darjah 5) di Taman Kledang Jaya (Silibin), Ipoh, Perak. Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aku dengan rokok, kawan aku masa kecik tapi aku dah lupa nama dia. 2 beradik yang nama depan diaorang ada nama "Pengeran". Tu je yang aku ingat. Muka diaorang pun aku dah tak ingat sebab dah lama sangat. Nak google memang tak dapat lah kan. Yang aku ingat, masa tu kitaorang mandi sungai sebelum pergi mengaji. Itulah sedutan asap rokok aku yang pertama dalam hidup aku. Sedutan yang penuh dengan rasa curiosity yang tinggi.

Lerr.. aku dah cakap aku nakal kan.

Asap rokok yang pertama masuk ke paru - paru aku ialah asap rokok jenama Benson & Hedges. Adik beradik pengeran ni yang rembat orang construction punya.

Masuk tahun ni dah 13 tahun aku sedut asap rokok. Dah beribu, ratus ribu atau mungkin cecah juta, Ringgit Malaysia aku habiskan untuk menghitamkan paru - paru aku (agaknya itulah warna paru - paru aku sekarang). Atau ada warna yang lebih gelap dari hitam?

Setelah beberapa kali menukar jenama rokok, hari ni aku menghisap asap rokok jenama Pall Mall merah. Kotak yang paling besar, 25 batang. Bukan 20 tapi 25 batang sehari. Biar aku eja ya?

S.E.H.A.R.I

Badan aku memang memerlukan nikotin setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat.

Tapi rokoklah peneman aku, sedang aku berada di roda kehidupan yang paling bawah setelah kejadian baru - baru ni. Oleh itu, rokok lah peneman ketika aku sedang bersedih, berduka, gembira. Waktu aku bekerja memeras otak yang semakin bebal ni, rokoklah yang menjadi teman borak, teman ketawa, teman berhujah, teman tapi mesra. Sebentar. Ptuih! Maaf aku tak suka perkataan tu.

Kalau nak bandingkan rokok dengan 'dia', persamaannya mungkin ini...

"Memberi kegembiraan dan kenikmatan setiap hari, tetapi dalam diam, memberi kesakitan hujung hari"

25 ulasan:

eja berkata...

oh dah backward kembali kah??
hahaha..(merujuk kepada post "ini kemajuankah?") :P

Zahiril Adzim berkata...

mungkin?
hahaha.. susah bila kita takda teman lain ni.

eja berkata...

haha...oh sy sgt faham. normal human beings. jap jap, nak flashback jugak..
1995-darjah satu di ipoh jugak..

lovie berkata...

kesimpulannya jgn hisap rokok. confirm xsakit dihujung hari.

Wani Ardy berkata...

tapi menyuruh jangan merokok seperti menyuruh jangan bercinta.

vitamin berkata...

aku sakit dada sekang beb.. tgh nk berenti hisap rokok.tapi kawan2 selalu blanje rokok, camne nak berenti..haha

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

halamak.. sume gadis2 je yg komen entri ni.. apa metaforanya tu?? cayalah bob!! lu mmg golongan petriaki..hahah

p/s:apakah cinta itu mmg selalu begini??

Zahiril Adzim berkata...

@eja - ipoh? di mana?

@lovie - tak boleh. rokok itu cinta.

@wanie - kamu dapat point saya. haha.

@vitamin - aku dah mcm2 sakit. tapi tak berhenti2. haha..

@sampah yang boleh dikitar semula - cayalah ayam! metaforanya ialah aku lagi loser dari kau!

p/s: backpack, ada berani?

eja berkata...

hum..sk raja perempuan ipoh..tahu? (nak start chat kat sini la pulak ek..haha)

Azli Raja berkata...

Aku dulu belajar hisap rokok semasa di tingkatan dua. aku duduk asrama, sekolah asrama penuh - yg macam citer AirCon Bobob tu, jadi bebas dari kongkongan ibu bapa.... pengaruh kengkawan pulak ramai. rokok yg pertama aku rasa ialah pall mall - tanpa penapis - pure nicotine, sekali sedut terus batuk.... tapi high tak hengat! sejak itu aku terus hisap rokok, tapi bertukar ke jenama Dunhill....... ish, panjangler pulok, padahal komen ajer.... cut story short, aku dapat lesen utk hisap rokok kat rumah bila keputusan SRP aku cemerlang. Arwah bapa aku tanya nak hadiah apa? aku tahu dia tak mampu beli jika aku mintak apa yang aku hajat ketika itu, jadi aku mintak nak hisap rokok jer..... terus dia bagi aku rokok dunhill 20 sekotak. cut story short lagi, aku berhenti merokok pada tahun 2006 setelah diserang demam denggi.... dah nak mati dah ingatkan masa tu... jadi, selepas sembuh, aku bertekad utk berhenti terus...... alhamdulillah dah 2 thn aku tak jamah asap roko.
sorila bob, terpanjang lak komen aku, nanti aku buat blog lg satulah..... tp aku takder peminat macam kau..... hehehe....
p/s: cayalah bob, makin ramai pembaca blog ko ni

Zahiril Adzim berkata...

@eja - sk raja perempuan ipoh? aiseh, tak ingat lar.. dah lama sgt.

@azli raja - mesti seronok dpt berhenti rokok kan? komen lah panjang2, tak kisah. peminat? haha.. perli ke ape. :)

MB berkata...

Pernah dengar tak istilah 'social smoker'? Ada seorang kawan baik aku di mana kesnya
hampir sama dgn Bob. Suasana yg sama, situasi yg b'beza. Dari kecik lagi dia 'smoke'
pastu stop bila Form 5, sbb paru-paru dia ada problem. Dia tak b'henti terus, tapi
jadi 'social smoker', dalam erti kata yg lain, dia boleh 'get along' dgn smoker2
yg lain. Atau lebih mudah lagi, kalau dlm mana2 majlis, ada je kwn2 yg smoke, nak hisap
sebatang...sambil borak2.

Al-kisahnya, baru2 ni dia frust punyalah menonggeng dgn sorg awek yg dah fly ke
Australia. Perasan kecewa, sedih, kena tipu, kena guna dan segala yg negatif yg
bersarang di minda dilepaskan kembali melalui rokok. Dia dah jadi macam 'addicted'.
Kalau sehari tak habis sekotak, tak sah. Dalam masa yg sama, merungut, minyak naik,
makan tengahari time kerja dah naik harga,semua naik lah termasuk rokok.

Sehingga ke hari ni, dia telah menemui kembali 'cinta yg baru'. Cuba teka, dia dah
berhenti merokok ke tak?? Tepuk dada, sakit. Tanya selera, masih mahu hidangan asap
itu. Payah nak berhenti la, bro. Aku tanya balik, kalau 'dia' suruh berhenti?
Err...depan dia aku kontrol lah. Pulak.. Jadi, hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

minamisensei berkata...

salam..
nice blog
nice entry...
tiap2 hari aku mesti masuk blog bro..
best..bukak minda..bukak mata...

Zahiril Adzim berkata...

@mb - ya, saya tahu istilah 'social smoker'. hehe.. dan ada juga social drinker, social itu dan ini. selama aku pernah berteman dgn mcm2 org, aku tak pernah berhenti rokok. ada jugak 'dia' (tp bkn yg baru2 ni) suruh aku berhenti, tapi aku degil, dan xde sape boleh paksa aku berhenti! haha..
tapi aku percaya jugak, sbbkan cinta, seseorang tu mesti boleh berhenti. sebab cinta tu adalah satu perasan yg paling kuat.

Pelukis Van Gough potong telinga sebab CINTA.

@minamisensei - terima kasih. haha.. terus2lah membaca, bukan saja blog ini ttp bahan bacaan yg lain!

tak percaya aku ckp mcm ni, hahahaha!!

dina berkata...

kau duk taman keledang ke dulu? akak duk kg manjoi...... nak citer sal rokok ni... akak rasa bergantung pada masing2 la... kalau yg pompuan, jadi cam satu trend nampak urban... tapi laki2 tak macho lak kalau tak merokok (kata orang la), tapi semuanya bergantung pada diri sendiri. ada gak yg tak boleh dpt idea kalau tak merokok. ada yang segan dgn kwn2 kalau tak merokok. ketagih tu tak sangat akak rasa, tapi kalau berhenti serta merta tu memang 'rindu' menguasai dada...

Zahiril Adzim berkata...

boleh jadi kak. lain org lain sebabnya. tapi saya lebih kepada takda rokok tak senang kerja (tak dpt idea) sebab dah 13 tahun isap rokok, saya tak rasa saya isap sebab trend lagi! hahaha...

tapi kak, rokok tu memang ketagih. ketagihan tu benar - benar wujud. percayalah.

Tanpa Nama berkata...

Bob...ingatlah ari tu dah sakit teruk...berhenti perlahan-lahan ok..

Zahiril Adzim berkata...

@anonymous - hari tu dah sakit teruk? insyaallah. thank u. ermm.. somehow, i think i know who u r. my instinct says that u know me very well too. maybe we were so close before? but its ok. terima kasih kerana prihatin.

dina berkata...

betul kata anynomous tu dik... kalau nak berenti lebih baik secara perlahan-lahan... jgn serta merta buleh mengundang bahaya. Tapi rokok tu umpama sahabat karib, tempat melampiaskan kecewa, tempat meminta idea, tempat meluah rasa, saat gembira pun pasti ianya bersama. tapi ianya umpama api dlm sekam...

Zahiril Adzim berkata...

dina - betul kak. tgklah nanti cuba utk berhenti perlahan - lahan. insyaallah.

ikmal berkata...

saya baru je tingkatan 3 pelajar smk seri ampang..start rokok darjah 5 gak..skang susah nak stop..tapi saya try la perlahan-lahan..saya tahu rokok membahayakan kesihatan..tp nak buat camne? da ketagihan..p/s kami the movie mantap la bro! bes lakonan abg zahiril..layan..haha..

Zahiril Adzim berkata...

smk seri ampang? kat mana tu? sekarang form 3 eh? adusshhh... susah tu dik. Nasihat abang..(abang?) haha.. nasihat aku untuk zaman sekarang, berhentilah. Bukan sebab membahayakan kesihatan, SEBAB ROKOK MAKIN MAHAL. Bila kau dah habis sekolah, belum cari kerja, MASA TU BARU KAU TAHU PERIT ANTARA NAK BELI ROKOK ATAU NAK MAKAN TENGAHARI. Percayalah cakap aku, by the time kau habis sekolah, rokok ntah berapa ringgit dah mahalnya nanti.

btw, terima kasih kerana pujian mantap itu. hehe :)

ikmal berkata...

smk seri ampang kat jln ampang..ye,betul ckp abg ni..PMR minggu depan,jd minggu ni ngan minggu pmr saya takkan rokok nye..sebab takut tiba2 jatuh sakit ke ape,nnti susah la nak pmr..

Zahiril Adzim berkata...

ouh jalan ampang. Bagus, satu tindakan yang bijak. kau ada kesedaran sekurang - kurangnya kau cuba utk elak dari jatuh sakit masa PMR.

itu kesedaran yg bijak utk remaja umur kau.

tapi kalau dah agak2 boleh berhenti tu, ko push sampai berhenti terus je!

Duit pun tak habis byk.

che-mie berkata...

fuhhhh

naseb baekkkk gua tak isap rokok
gila RM10 sekotak..