Rabu, September 3

Berdialog dengan doktor

Tadi aku pergi klinik. Sebab lama sangat aku sakit ni. Macam ada benda tak kena. Aku MALAS sebenarnya bab - bab pergi klinik ni. Kalau setakat demam, batuk, selesema sikit je, memang aku tak pergi klinik punya. Aku selalu beli ubat kat farmasi pastu makan. Dah habis cerita. Duit pun jimat. Yelah, ubat bukannya murah.

Tapi sebab dah lebih 2 minggu aku batuk, selesema dan demam yang on/off ni, aku pun pergilah. Lagipun dah ramai sangat orang yang sound aku suruh pergi (Hehe..)

Seperti yang aku jangkakan, masuk bilik doktor tu, dia tanya apa sakit. Aku ceritalah yang aku sakit dah lebih 2 minggu. Dia tanya batuk ada kahak ke, selesema ke, demam ke? Aku jawab ya. Aku cakap lagi, yang kepala aku ni selalu sangat berdesing. Dia cakap apa ntah, tapi lebih kurang macam, "Takda apa, makan ubat nanti okaylah".

Tak sampai 5 minit pun, settle.
Lah? Gitu je??
Sesi berdialog dengan doktor, dia check nafas aku dengan benda alah macam earphone tu, check tekanan darah aku, check tekak pastu habis.

Tak sampai 5 minit pun. Yang lain dia kata, makan ubat, kalau sakit lagi datang jumpa dia. Kalau aku mampos nak jumpa sape?

Itu yang aku malas pergi klinik tu. Setakat sesi berdialog, aku boleh buat pakai telefon je. Tapi duit terbang berpuluh - puluh ringgit. Walaupun bukan aku yang bayar, tapi setakat berborak je, baik aku borak pakai hp aku yang tak berapa nak canggih ni sambil makan ubat kat rumah je.

Aduhhh.... aku dah cakap dah..

6 ulasan:

az berkata...

haahah... ok la.. dapat berkenalan dgn doktor..
ahah

Zahiril Adzim berkata...

doktor kalau cun takpe..
hehehe..

nuar berkata...

betul beb.. gua jarang sangat jumpe doktor nih. kalu yg swasta diorang caj gile2, kalu yg kerajaan walaupun bayar singgit, ramai pulak... so nak jumpa bomoh dah kire bomoh pun tipu.. kalu mati, jumpe kat padang masyar je la.. tu pun lepas 'orientasi' ngan mungkar nangkir! huhuhu

eja berkata...

serious nasib kite serupe..
sy pn sakit mcm tu jugak dkat 2 mggu, pergi jumpe doktor igt kan nak buat something..tp die cakap exactly the same thing "makan ubat nanti ok la,"..geram jugakla rase. ade rase mcm nak cakar muka dktr tu je..

Zahiril Adzim berkata...

doktor tu tak heran kalau kau cakar muka dia, sebab UBAT dia kan banyak.

finiey berkata...

btol...setuju...dapat ubat sikit jek..da dekat seratus...