Friday, October 10

aku nak tengok panah je

Kau nak baca ke entri yang panjang ini?

Dah 24 tahun aku duduk kat Malaysia ni tapi hari ini, aku rasa aku belum cukup
Malaysian. Kenapa?

Sebab aku tak tahu dan tak pernah dengar perayaan Hindu, Durga Pooja (Puja). Yang aku tahu kalau Hindu, cuma Deepavali dan Thaipusam. Oh, aku sungguh tipikal.

Kau pernah dengar?

Aku tahu kau pun tak pernah. Jadi, samalah kita. Ini belum kira perayaan dekat Sabah Sarawak lagi. Kau dah cukup Malaysian?

Aku belum.

Semalam, kawan aku Ayam (ya, aku ada kawan nama Ayam) ajak aku pergi tengok perayaan Durga Pooja yang diadakan sempena festival Navratri. Festival apa ni? Aku akan cerita sikit - sikit (sebab aku tahu pun sikit je, 3 jam mana sempat aku nak belajar semua). Apa yang buatkan aku tertarik untuk pergi tengok perayaan ni ialah:

1. Aku rasa segan sebab aku tak pernah tahu perayaan ini dirayakan. 24 tahun aku mengaku aku seorang Malaysian, tapi rupanya banyak lagi benda dekat Malaysia ni aku tak tahu. Oleh itu, aku nak sangat tengok perayaan ini.

2. Kawan aku cakap perayaan ini menarik sebab melibatkan aktiviti membakar kuasa jahat (syaitan) dan memanah syaitan.

Memanah?

Aku terus teruja nak tengok.

Jadi, petang semalam seperti yang dijanjikan, aku dan Ayam (nama kawan aku) pun pergi ke kuil Sri Sakhti Easwari di Sungei Wei untuk menyaksikan Durga Pooja. 3 orang kawan Ayam sedang menunggu di sana, Mien, James dan Shobee (aku tak tahu eja nama dia). Shobee bertugas sebagai penerang atau tourist guide untuk kami kerana dia seorang perempuan cantik yang berbangsa India. Jadi dia lebih tahu. Senyumannya manis mungkin kerana dia seorang perempuan yang sweet.

Hah? Aku cerita pasal perempuan ek? Ouh, maaf.

Sambung.

Dari apa yang diceritakan oleh saudari Shobee ini, perayaan Durga Pooja ini disambut semasa festival Navratri. Nava bermaksud sembilan, sementara Ratri bermaksud malam. Jadi Navratri berlangsung selama 9 hari/malam. Sesiapa tolong betulkan aku, kalau aku silap. Terima kasih.

3 malam yang pertama adalah untuk memuja Maa Durga (the Goddess of courage/power) Keberanian/kekuasaan.

3 malam yang kedua adalah untuk memuja Maa Lakshmi (the Goddess of wealth) Kekayaan/kesenangan.

3 malam yang terakhir adalah untuk memuja Maa Saraswati, (the Goddess of wisdom/knowledge) Pengetahuan/kebijaksanaan.

Semuanya, 9 malam.

Maka Durga Puja disambut pada malam kesembilan yang melibatkan pemanahan kuasa jahat dan pencantuman ketiga - tiga tuhan ini menjadi kuasa baik yang besar untuk melawan syaitan kuasa jahat (juga besar). Pada akhirnya ia akan menang, menentang kuasa jahat itu.

Menarik. Aku teringat masa belajar cerita - cerita wayang kulit di ASK yang berasal dari Hindu jugak. Contoh, Sri Rama dan lain - lain.

Sebenarnya, aku (dan Ayam) berminat untuk belajar atau sekurang - kurangnya melihat dengan mata sendiri tentang budaya lain (selain dari budaya aku, Melayu dan Islam) yang wujud di negara kita. Aku Malaysian, jadi aku fikir aku perlu tahu pasal budaya lain di Malaysia.

Dengan perasaan yang sangat teruja-ingin-tahu dan jakun atau perak, aku masuk ke kuil yang masih lagi dalam renovation. Banyak lagi yang belum siap. Lantai, dinding dan hiasan dalamannya serta beberapa perkara lain sedang dibikin. Jadi tidak banyak perkara menarik yang dapat disaksikan. Yelah, aku datang sebagai penyaksi, kan?

Oh ya, lagipun ini kali pertama aku masuk kuil Hindu, mestilah aku sedikit jakun. Faham?

Bagus. Malangnya, kami tidak dibenarkan mengambil foto menyebabkan aku tak dapat nak berkongsi gambar dengan korang. MALANGNYA lagi, kami diberitahu disebabkan kuil ini sedang dalam renovation, maka acara pemanahan kuasa jahat itu tidak dapat dilakukan tahun ini.

Hampa sekali.

Bukan.

Bukan sekali sahaja tapi banyak sungguh hampanya. Walau macam mana pun, aku berkeras nak amik foto dari luar kuil itu. Sikit je. Untuk kenang - kenangan. Dalam pada tengah amik gambar tu, kitaorang sempat berbual dengan seorang peniaga bunga di luar kuil tu.

Kalau foto - foto ini tidak menarik, ia adalah kerana aku bukan seorang photographer. Sila faham itu.

Kuil Sri Sakhti Easwari (Sungei Wei) dari luar. Kata Shobee, kuil ini banyak didatangi oleh kaum wanita.

Diluarnya ada rak kasut yang panjang, disediakan untuk pengujung. Sedang renovasi.

Namanya, Raja (kiri).

Dah 20 tahun dia berniaga bunga di kuil tu. Turun temurun 3 keturunan, katanya. Dari datuk turun ke bapak , dari bapak turun ke dia pulak. Kitaorang pun berboraklah tentang hasrat nak tengok acara pemanahan tu, dengan murah hati dan tidak sombong langsung, Raja menceritakan sedikit sebanyak tentang perayaan Durga Pooja ni. Oh ye, dia yang tegur kitaorang dulu.

Kitaorang dapat ilmu.

Penggubah bunga.
Aku tanya, "Boleh amik gambar?" Dia terus pose. Agaknya boleh lah tu kot.


Gerai bunga Raja dan member - member gerainya.

Raja sedang membuat panggilan telefon?

Bertambah terhutang budi kitaorang dekat Raja sebab dia sanggup telefon 3, 4 orang member dia kat kuil - kuil tempat lain. Bertanyakan kat mana lagi yang ada acara pemanahan kuasa jahat ni, semata - mata untuk kitaorang pergi tengok. Baik kan? Aku tahu. Tapi katanya dah takda sangat orang buat acara ni, sebab tak ramai kaum Hindu yang sambut perayaan ni. Malah, ada yang tak pernah tahu pun pasal perayaan ini. Takpalah, kitaorang pun berborak pasal perayaan ni je dengan perasaan yang hampa.

Tiba - tiba, dia teringat satu lagi kuil, harapan terakhir. Dia terus telefon kawan dia, memutuskan perbualan dengan kitaorang sekejap. Kemudian, dia letak telefon.

"Kalau you sempat, dekat temple Jalan Tun H. S. Lee, dia sana start lagi setengah jam". Berterabur sikit BM dia, tapi takpa.

Setengah jam?? Terima kasih!

Zaaaaaassssssss!!! Kitaorang hilang dari pandangan Raja.

(Apa bunyi untuk kelajuan? Aku pun tak tahu.)

Aku dan lelain bergegas ke Jalan Tun H. S. Lee, dekat dengan Petaling Street. Mengejar 'setengah jam akan start'.

Dengan itu, meluncurlah Kelisa putih di atas Lebuhraya Persekutuan menghala ke Petaling Street dan kemudian, sampailah kami berlima ke Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Jalan Tun H. S. Lee dekat dengan Petaling Street.

Sempat. Diaorang baru nak start. Alhamdulillah.

Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam dari luar.
Cantik dan tersergam indah.

Kali ini aku tak tanya boleh amik gambar ke tak, aku redah je sebab bila aku masuk, aku tengok secara visualnya sangat menarik serta berwarna - warni ditambah pulak dengan warna - warna sari pengunjung yang pelbagai, aku fikir, aku kena, mesti dan harus amik gambar! Lagipun ada tourist lain jugak yang berkamera.

Masuk - masuk je, acara pemanahan bermula. Aku pun panahkan kamera Ayam ke merata tempat.

Cantik dan indah. Mungkin dari foto tak sama dengan apa yang aku tengok, tapi korang tengok je lah, eh?

Pemanahan kuasa jahat.

Pemanahan kuasa jahat lagi.

Dan lagi!

Aku tak ingat berapa kali dia panah.

Maaf sebab ramai orang, jadi aku hanya boleh amik dari jauh. Anak panah dia takdalah pergi jauh mana pun, jatuh atas kepala orang yang datang jugak. Tetapi, menurut kepercayaan diaorang, sesiapa yang dapat menangkap atau memiliki anah panah ini, maka dia akan peroleh nasib baik dan nasib jahat atau dosa keciknya akan gugur.

Kalau Islam, kita percaya bila demam teruk, nescaya dosa kecik kita terhapus. Ye ke? Orang kata lah.

Lepas habis acara pemanahan ini, mereka mengarak masuk (ke ruang indoor) pulak. Sebelum tu, mereka berhenti di depan pintu ruang indoor ini, dan pemuzik mengelilingi Tuhan mereka itu. Aku lupa apa nama Tuhan mereka yang dijulang, aku rasa Durga kot? Sebab Durga Pooja bermaksud puja Durga? Isshh.. aku tak ingat.

Muzik? Best. Mana - mana gendang kalau dipukul, gegarnya sampai ke jantung. Itu pasti.

Aku lupa namanya. Aku lupa, aku lupa, aku lupa!

Ramai. Tapi lihatlah kemeriahan warna. Ini sebahagian dari Malaysia dol!

Aku tak tahu apa yang dia buat, sebab tourist guide aku entah kemana waktu ni.

Ada sesiapa boleh terangkan apa yang Sami ini sedang buat?

Takda? Takpalah, terima kasih.

Sama - sama.

Sedang diarak masuk.

Menunggu pemuzik mengelilingi.

Pemuzik yang telah menggegarkan jantung aku.

Yang blur itu bukan subjek ya?

Warna - warni di Navratri!

Untuk mengelakkan pembaziran, mereka mengutip duit syiling yang ditaburkan tadi.

Dah masuk ruang indoor. Mereka pun memuja. (Pooja = Puja) Sama, kan? Itulah Sanskrit.

Mamat kat bawah kanan ni, macam nak makan aku.
Aku senyum kat dia tapi dia muka ketat je. Aku senyum lagi, dia ketat lagi.
Aku senyum lagi, dia ketat lagi. Last sekali aku pulak ketat! Dia?
Lagi ketat. Aku pandang depan.
Mungkin dia marah, baik aku jangan buat hal.

Dah habis upacara sembahyang, semua pengunjung diberi makanan percuma sumbangan ikhlas. Maka beraturlah mereka yang dah penat beribadat. Kitaorang nak beratur, tapi bila tengok barisan, tak jadi. Kitaorang bersetuju untuk makan kat tempat lain.

Seronok tengok diaorang beratur nak amik makanan, terutamanya budak - budak yang sungguh riang. Masa ni lah diaorang berborak panjang dengan sedara - mara atau kawan yang dah lama tak jumpa atau dengan orang yang baru kenal kat situ, atau juga dengan awek yang baru dingorat, atau apa - apa sajalah.

Inilah sosial yang sihat. Hubungan yang sejahtera sesama manusia, atau RAKYAT.


Tengok dia punya beratur macam mana? Tak merasa aku, kuah dal !

Makan atas daun pisang tu! Aisehh...

Brader ini sungguh cool. Siap ajak aku makan, tapi aku cakap, tengoklah barisan beratur panjang mana!

Pelita mereka.
Habis dah.

Seronok. Aku dah tambahkan pengetahuan baru pasal budaya Hindu di Malaysia. Jadi aku cukup Malaysian kah sekarang? Entah. Aku rasa banyak lagi yang aku tak tahu. Yang aku tahu sekarang, aku suka masyarakat majmuk. Pelbagai budaya, bangsa dan agama. Ini lah keindahan menjadi seorang manusia. Orang Hindu kat kuil yang aku pergi ni takda masalah bila kitaorang masuk menonton, siap amik gambar lagi. Senyuman kitaorang dibalas senyuman jugak. Si penjual bunga saudara Raja, siap menggunakan kemahiran berkawan untuk menolong kitaorang mendapatkan informasi. Semuanya bermula dengan satu senyuman.

Kecuali sorang brader tu. Haha! Mungkin dia bad mood, takpun muka aku mengingatkan dia kepada seseorang. Mungkin.

Aku dan kengkawan lain keluar dari kuil tu dengan selamat. Calar sikit pun takda. Jadi, rakyat Malaysia rasis ke? Jawapan aku tidak, bukan semua. Rakyat tak rasis, yang rasis cuma ahli politik? Oopss... Bukan semua. Kawasan mana yang rasis ni? Nak ooopsss lagi tak?

Tak payahlah.

Kemudian, kitaorang pun bergerak mencari bahan mengisi perut yang berdekatan. Untuk kawan - kawan yang kita suka, yang lebih tahu pasal perayaan atau cerita disebalik perayaan ini, kalau aku ada tertulis kesilapan, tolong betulkan. Sebab 3 jam memang tak cukup untuk aku belajar dan menghafal kesemuanya, pasal sebuah perayaan yang dirayakan bertahun - tahun lamanya ini.

34 comments:

Anonymous said...

haish..gatal tangan la nk menaip ni..

so, terpaksalah nie..(walaupun tanpa sebarang paksaan..haha)

terima kasih utk perkongsian yang bermakna ni..yup, kita tidak rasis..;) kita malaysian~

Nadia Rahman said...

mmg xpernah taw pown pasal prayaan nih.
kitabertuah idop di malaysia ni.
dpt rasa n tgk segala jenis prayaan.
thanx 4 d sharing.

Anonymous said...

hurm,indah sungguh budaya d malaysia ni ya!
one more knowledge..
tenkiu bro...

Zahiril Adzim said...

@hazera - haha.. sama - sama. gatal lagi ke tangan tu? Tukar tangan baru lah.

@nadia abd rahman - memang bertuah. :) cubalah join mana - mana perayaan, tengok dgn mata sendiri. mesti best.

@anonymous - kenapa anonymous? budaya itu mmg indah. ur welcome :)

Anonymous said...

perayaan ni mmg tak pernah tau lah..tp qila tau org india ni mmg ada byk benda dieorg sambut tapi tak pernah tau antara lain perayaan mereka...hhmmm!!sy pun blom cukup lagi malaysian tuh...byk benda yg tak tau lagi!!huhuhu...anyway thanx bob memberi ilmu yg tak pernah diketahui ni...

tp pg tgk sendir tuh best tuh..

Anonymous said...

nice entri bah..

Anonymous said...

DurgaPooja ni aku pernah lihat masa aku darjah 5 ikut kawan india... tak sangka juge ada lagi upacara tersebut sebab ada juga kawan-kawan india aku sendiri la ni pun tak tau... hahahaa... untung pada ko, ayam dan sesiapa yang berkesempatan melihatnya... kalo nak belajar tentang budaya bangsa lain di Malaysia ni kat mana yang ada? takda kot! so kena la belajar dari penglihatan dan pengamatan sendiri... rugi kalo keunikan adat resam budaya kita dan bangsa lain kita tak mo pandang... kesian kat mata dan akal yang nak menghadamnya menjadi input... whateva pun... bagoooosssss wat kamu dan kawan kamu!

p/s : rupe shobee tu ada cam heroin filem tamil tak? hahahaha

FarhanaLicious said...

nice. rasa macam masuk kelas budaya.
thx sangat.

* abg muka ketat tu kata "aish. macam muka dlm tv". aha~

zf said...

abang muka ketat tu kurang kasih sayang! ini entry paling best aku bace, pengetahuan yang aku tak pernah tahu selama ni.

tp aku musykil jugak, aku kene tau semua perayaan baru jadi malaysian sejati? :/

buat mase ni hormat-menghormati dah cukup kot. sbb masih ramai yg tak hormat kaum lain. bila ramai-ramai jadi macam anjing, buat samseng sekor2.

cina, india, melayu sama je!

btw aku bro ke 2 cme kali ni gne id sebenar aku :)

Zahiril Adzim said...

@aqeelalova - sama-sama. ye ke diaorang byk perayaan? kita amik perayaan yg besar cukup. :) dan ya, tgk sendiri lebih syiok dr tgk foto. bukan selalu masuk tmpt ibadat org lain.

@vivimelisa - thank u bah.

@adika- tu lah. tak ramai kaum Hindu yg tahu pun. Masa kitaorang tanya jln, 3 org India tanya balik, perayaan apa tu? belajar psl budaya org lain itu mmg syiok.

p/s: aiseh aku jarang tgk cerita tamil. hahaha..

@farhanalicious - ur welcome. Kelas budaya? haha. aku kalau masuk kelas, aku tido. lebih baik aku keluar tgk sendiri. Tak mungkin abg muka ketat tu fikir begitu.. hakhakhak...

@zf - kurang kasih syg? agaknyalar.. zf, tidaklah semua perayaan kita kena tahu. Point aku ialah supaya kita tidak terlalu mementingkan budaya dan agama sendiri sedangkan kita hidup di tanah milik pelbagai bangsa. Jgn letak tembok yg besar keliling kita. Bab orang lain TAK HORMAT kaum lain tu, pedulikan. Biar kita hormat kaum diaorang. Buat apa kita nak jadi 'orang yang kita benci'?

ouh, jadi bro ke 2 ini bukan lah bro? hehehe.. knp guna id sebenar?

Starlight86 said...

oh..nice article.keep it up!.thx for sharing..

akiss. said...

best best sgt.
lagi2 time memanah tu.. hahhaa.
tp yg xbest xdp makan kuah dal.. hahaha..

pas ni leh cite psal perayaan tanlung pula! heeee

zf said...

ouh. betul2 tu aku sokong 100% mcm nilah malaysian sejati :)

alamak, aku dah kebetulan sign in id aku, hantam jelah. janji apa yg aku nk cakap sampai :D

Anonymous said...

Wow, tak pernah tau pun ada perayaan tu. Hmm. Thanks for the info. Usaha selagi boleh ye semata2 nak tgk acara tu?

Betul, tak semua rakyat Malaysia ni racist, sebahagian, maybe.

p/s: Blog anda antara blog-blog yg paling kerap dijenguk. Lain dari yang lain kot. :D

p/s lagi: serius kelakar muka bro tu. haha, ketat pon kelakar, mcm mana tu..

Fasyali Fadzly said...

terima kasih kerana berkongsi..

mapieceofart said...

seronoknya dpt timba pngalaman camni... mbaca post ni pun dah rasa cam berada di situ... truly malaysian experience!

+ syabas untuk lakonan dalam Kami The Movie... salam singgah... ~0^_^0~ +

Anonymous said...

zahiril,this is upon ur request..
:P

hye zahiril...i nk review sket psl post yg u buat tuh..

at the very 1st line,u r questioning knape u x prnh dgr psl perayaan Durga Pooja...as a matter of fact,kalo u nk tau,diorg pny celebration tu mengagungkan dewa..n kalo kita pg sana,seolah2 kite mengagungkan dewa diorg jugak...in other words,support diorg...this is so not according to islamic rules of law...i dun understand in what context of 'MALAYSIAN' that u r trying to define...adakah dgn mengenali dan merayakan smua perayaan hindu n buddha baru kite dikenali sbg MALAYSIAN?

pd i..it's ok kalo kite menghormati agama diorg,perayaan diorg,but not to the extent of honoring them...which makes us feel that we are part of them..sbnrnye,part2 dewa ni kan zahiril...very sensitive part tau..especially in Islam..

zahiril..there's no such thing as being racist kalo kite x tau psl perayaan dewa-dewi diorg..tp yg pntg,kite kene tau cmne nk hormat diorg,prinsip n pegangan diorg..itu je..well,i just give u a piece of advice..t'serah kpd u utk menilai ape yg i ckp...ok?

zahiril,jgn marah tau..i just express my own opinion,bkn pe...i suke discuss ngan org yg suke b'discuss..hehehe...

p/s:i dh post kt c-ni,let's share our opinions n thoughts ...:P

Anonymous said...

wahahahaahaha...... kelaka la korang ni... cayalah bob!!! ko bjaya wat aku gelak dengan semua komen2 ni.. tahniah utk semua pengkomen..
utk isa_onzer,jangan la taksub sgt beb..relax..jgn suka bermain dgn sensitiviti..itu racun..bila join sambut perayaan diorang adakan itu bermaksud ko juga menyembah dewa2 diorang?? kalo ko hanya datang utk menyaksi and enjoy the celebration, tidak ada salahnya..agung?? abis kita mengagungkan sultan tu camne plak?? hahahaha jgn mudah buat justifikasi..itu aje.. segalanya terletak pada niat kita.. Allah tu kan maha mengetahui..tentu Dia tahu apa niat ko datang ke sambutan tu kan??so kenapa ko harus takut?? atau ko sendiri yg tak yakin dgn niat ko?? auuuwwww!!!! selagi ko mengakui dengan hati dan lidah ko bahawa Allah itu maha Esa dan tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, aku rasa ko tak perlu takut.. tapi satu jela..jgn suka bermain dgn sensitiviti..oi bahaya beb..Islam itu besar,jgn la nak kecikkan dia.. boleh??? wahahahahaah

p/s; sebenarnya banyak lagi aku nak cakap..tapi aku malas dan bodoh menaip..wahahaahah aku lebih suka bincang benda2 camni face to face..kalo tulis je nanti banyak misunderstood dan penyalahertian la..aku tak suka bila disalahertikan!!!! wahahahah..

akiss. said...

kenapa perlu anonymous.

annoying nya.

Anonymous said...

cayalah lu mat gagal!!!gua ingat lu ni takde otak..ada rupanya..wahahahaha... gua tambah sikit bleh?? bagi gua kalo lu lebih banyak tahu dan faham tentang budaya bangsa lain itu lagi bagus beb.. akan lagi kurang prejudis.. kalo setakat hormat je gua rasa tak cukup la..hormat mmg perlu..tapi kena tambah lagi..itu pasal timbul sensitiviti..pasal kita tak cukup faham..macam lu bercinta la kan..lu mesti nak saling betul2 memahami antara satu sama lain.. tak kisah la lu gay ke strait..kalo lu just hormat je tapi ada banyak benda yg lu rahsia atau lu tak tahu tentang pasangan lu..mesti akan timbul syak wasangka..prejudis..lama2 lu akan saling tak mempercayai antara satu sama lain..lepas tu tuduh menuduh,,lepas tu gaduh..lepas tu break..lepas tu rasa diri cam loser..wahahahahaahah..macam tu gak gua rasa dalam hubungan antara bangsa dan budaya..lagi banyak lu faham dan tahu pasal diorang,lagi bagus..lu tak akan mudah dihasut,ditipu,diperbodohkan atau dieksploitasi oleh sesebuah pihak yang suka melihat kita tidak bersatu..yg suka melihat kita diasing asingkan..yg suka melihat kita dikelas kelaskan..yg suka melihat kita dipecahbelah perintahkan..yg suka melihat kita selalu dalam keadaan tak suka..hahahahaha
so untuk lebih memahami segalanya gua tak rasa lu perlu tukar agama, atau sembah tuhan lain selain Allah, atau mengagungkan dewa2 yg bukan dari Islam,atau apa saja yg melibatkan terpesongnya lu punya akidah.. lu boleh lakukannya tanpa melibatkan semua tu..percayalah.. kerana gua pun pemandu seperti anda..hahahahahah

p/s;gua setuju dgn mat gagal ni tentang sensitiviti..kalo lu betol2 faham segalanya..takkan timbul sensitiviti..gua tak suka la sensitif2 ni..gua sensitif bila gua period je..auuuwwww!!! boleh??

Anonymous said...

amboi statement...akiss, ko cakap tu ditujukan pada aku ke?? wahahahahah.. tengok!!! betol la aku cakap..kalo kita tak betol2 memahami kita akan mudah prejudis..sekarang akiss dah cakap aku annoying..sebab apa?? sebab dia tak faham aku..wahahaha
sebenarnya aku ni agak buta IT la akiss.. aku tak reti nak guna apa tu?? ID? sign in??aku pun tak tau nak cakap la..aku pun takde blog..aku tak cukup matang lagi utk memiliki blog..wahahahaah jadi aku guna jela nama yg aku suka..tapi jgn risau aku ok..aku juga dikalangan kita..aku adalah engkau..engkau adalah dia..dia adalah mereka..dan mereka adalah kita..tak ada apa yg perlu di annoyingkan..gua caya lu,lu caya gua..kawan kawan tak mau lawan..hahaahah tapi kalo ko betol2 ingin mengenali aku dengan lebih dekat..tinggal la no telefon ko..wahahahaahah tapi sori la akiss kalo statement ko tu bukan ditujukan utk aku..mungkin aku yg prejudis..

p/s;jadi mamat sampah yg boleh dikitar semula ni pun annoying la??? wahahaha,,padan muka ko sampah!!!

lovie say : said...

sy suka jugak pegi thaipusam. ambil gamba and tgk budaya diorg. lagipun dekat dgn rumah kuil batu caves tuw hahaha..

Zahiril Adzim said...

@putera aladdin - thank you dan terima kasih :)

@akiss - memang best. Takpalah, kuah dal kedai mamak ada. :) Tang Lung? Fuhh.. kalau berkesempatan.

@zf - 100% haha.. entahlah. :) Tapi kenapa sebelum ni pakai 'nama samaran'?

@Karlaia - Ur welcome. Betul, bukan semua. Lain dari yang lain? Macam mana tu? Memang kelakar, tapi time tu tak boleh nak kelakar sgt ar, kang tak pasal - pasal.

@vitamin - Sama - sama. Terima kasih kerana membaca.

@mapieceofart - Terima kasih byk. Singgah jgn x singgah. "Truly malaysian experience"? Saya suka ayat itu.

@isa_onzer - Terima kasih kerana post disini, nanti saya reply orait?

@blues jantan gagal - Cayalah jantan! Wa pulak kena. Mungkin kelakar pada lu, tapi tak kelakar pada orang lain. Waah, lu sungguh terkesan nampaknya! Mungkin kerana keadaan kesihatan lu yg buatkan lu terkesan lebih dari hari - hari yg lain? Bertenang ya, jgn prejudis lebih, nanti mak marahhh..

@akiss - kepada siapa tu?

@sampah yang boleh dikitar semula - Lu juga terkesan kah saudara? Ya, lu dan Blues Jantan Gagal ada point, tapi lawak sebab lu orang macam terkesan lebih. Tapi sampah, apasal lu punya "aaaawwww" tu sama dengan blues jantan gagal? Jaga - jaga sampahhh.. aaaa....

@lovie - Yeah, mesti best. Tapi diaorang cakap dekat Batu Caves macam ramai gila, kalau naik tangga tu boleh tergolek jatuh sebab orang tolak - tolak. Takpa, nanti kita tengok sendiri. :)

zf said...

owh sbb mase tu aku xmain blog ag. aku baru je start cube2. psl nick bro tu bkn aku nk jadi laki ke ape.. aku malas nk gne nick gempak mcm puteri kesepian ke janda keseorangan atau anak dara sunti.. hahah so xde hal la kan, jnji apa aku nk ckp sampai.

(adus, jd sesi mengenalkan dirila pulak. sudahlah ye. hehe :D)

.Sari. said...

nampaknya, aku pun blom cukup malaysia lagi. kekadang ada gak terpandang dan terlihat kaum2 india ni pakai baju color2 ramai2 pergi kuil. dalam pikiran aku, thaipusam ke deepavali? aku pun tipikal jugak. agama lain pun banyak perayaan2 yang kita mungkin tak pernah tau atau tak pernah nak ambik tau. kalau kau rajin, apa kata kau survey satu2 :P (kalau larat ler) bagus juga ada penulis blog yang punyai idea-idea tentang budaya kaum-kaum di malaysia ni.
Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Berdasarkan persoalan yg ZA lontarkan...tak cukup "Malaysian"kah aku kalau x tau
psl perayaan Durga Pooja? Err...apa kata kita perluaskan lagi skop persoalan tersebut...
Sebagai contoh, tak cukup "Melayu"kah aku kalau aku makan di rumah atas kerusi dan menggunakan
sudu dan garfu sedangkan sepatutnya orang Melayu makan bersila dan menggunakan tangan?
Tak cukup "Islam"kah aku jika aku tak solat berjemaah di masjid?

Ok...kita perluaskan lagi skop persoalan melalui sudut, ruang lingkup, perspektif
dan dimensi yang berbeza...adakah anda tak boleh digelar seorang guru sekiranya anda
tak tahu mengajar subjek Sains sedangkan anda guru Matematik? Adakah anda tak layak
digelar doktor sekiranya anda tak boleh merawat pesakit jantung sedangkan anda doktor
pakar sakit tuan? Adakah Chow Yun Fatt bukan seorang pelakon jika dia hanya tahu berlakon
filem aksi, komedi sahaja? Adakah Atilia bukan seorang penyanyi jika dia hanya tahu
menyanyikan lagu rentak jalur Jazz sahaja?

Jawapannya...jika pelakon atau penyanyi, mungkin sesuai ditujukan soalan ini kerana
mereka tak mahu dicop/dilabel sebagai seorang yang streotype / cliche. Mereka mahu
versataliti. Tetapi bagi doktor dan guru...sesuaikah??

Kita kembali ke persoalan asal...adakah anda malu sebagai rakyat Malaysia sekiranya
anda tak tahu perayaan sekecil Durga Pooja sedangkan anda berbangsa Cina dan Melayu?
Tak cukup Malaysian kah anda jika tak tahu apa itu Perayaan Hantu Lapar yang disambut
masyarakat Cina sedangkan anda berbangsa India? Tak cukup Malaysiankah anda jika
anda tak tahu apa itu sambutan Isra' Mikraj dan Hari Asyura sedangkan anda beragama
Hindu ? Aku ni bukan Malaysian kah kalau aku tak tahu pasal Esther Day dan Good Friday
yang org Kristian sambut sedangkan aku Muslim?

p/s : Cuba ajukan soalan ini pula :
Adakah aku tak cukup "Islam" jika aku tak tahu langsung pasal Isra' Mikraj dan Hari Asyura?
Adakah anda malu kalau tak tahu pasal Durga Pooja sedangkan anda beragama Hindu ?
Adakah anda tak cukup "Cina" jika tak tahu pasal Perayaan Hantu Lapar?

akiss. said...

blues jantan gagal :

akiss tujukan kepada semua anonymous. bukan pada spesifik penulis/tukang komen tertentu.

xsangka entri Z.A jd mcm ni, haha. sy bukan tak paham. cuma kurang senang dgn komen yg terlampau membebankan aku berfikir. sedangkan entri kali ni utk berkongsi knowledge.
terpulang la kpd individu nak menilainya.

kita dh bsar bukan, pndi2 pikir mane baik buruk.

aku rasa kita xperlu jd matang/power nak buat blog. sedangkan budak2 sekolah belasan tahun bersepah ada blog. benda2 sign in ka, id ka...xperlu di ajar...

tak kiralah jantan gagal atau sampah yang boleh dikitar semula..janganlah cepat melatah, "auwwwwwwwwwwww"

aku komen dua ayat je.

kenapa perlu anonymous?
(jawap saja kenapa)

annoying nya
(aku rasa bukan aku sorang merasa mcm ni, cuma aku ni kdg2 suka berterus terang)


* En. Zahiril Adzim = JAga-jaga Cik Salmah, blog anda macam sudah di pantau. Hahaha

dina said...

Bob... informasi kamu cukup berkesan. Persoalan Malaysian kah kita itu mungkin tidak perlu timbul. Tapi budaya mengambil tahu hal sesuatu kaum itu membuatkan kita adalah Malaysian dan yang penting kita bukan racist...

Anonymous said...

Wahh!!! da makin panas nampak
ni yg aku suka menyinggah nih

Anonymous said...

kenapa perlu annoying??

anonymous nya..

wahhahahahaaa

Zahiril Adzim said...

@zf - puteri kesepian? Hahaha.. boleh tahan nickname tu. Takpa, sekarang dah ada ID. :)

@sari - hahaha.. kita pun terkejut bila sedar yg kita tipikal. Survey satu - satu.. kalau larat lar.. Hehehe :)

@mb - wah, byk persoalan kamu. Terima kasih, seperti yang aku pernah cakap, kita kena selalu persoalkan apa yang kita dah buat. Tapi dlm byk2 soalan kau, aku amik soalan pokok nya saja kerana yg lain itu cuma bunga. Dan soalan ini cuma aku amik dari entri aku.

"Kau rasa kau dah cukup Malaysian? Aku belum"

Jadi seperti yg aku ckp sebelum ni. TERSERAH pada kita nak jawab "Aku dah cukup Malaysian" atau "tak semestinya aku tak tahu, aku tak malaysian". Anda tetap Malaysian, sbb ada MyKad. Ok? Kdg2 kita x perlu rumitkan atau berfikir terlalu dalam utk sesuatu perkara yg simple.

Aku tanya soalan utk aku saja. Dan aku tak kisah korang nak jwb soalan itu atau tidak. Aku cuma mengajak kita persoalkan. Aku yang rasa belum cukup Malaysian walaupun aku ada MyKad. Maksud aku, MALAYSIAN KENTAL. Itu saja. Benda ni simple sebenarnya. :) Tapi apa - apa pun, terima kasih kerana memberi persoalan itu semua sebab utk lebih faham, kita harus menyoal. Teruslah menyoal MB, afterall, ini untuk kawan - kawan yang kita suka!

@akiss - hehehe.. tak sangka? Expect the unexpected. Blog ini sedang dipantaukah? Pedulikannnn.. biarlah kita tahu kita tak buat salah cukup..

@dina - terima kasih kak. Persoalan itu boleh timbul saya rasa, tapi sama ada timbul utk diperbesarkan atau sekadar timbul utk dikongsi. Macam saya kata, tak salah kita persoalkan segalanya, kecuali jgn persoalkan Tuhan. Bahaya, nanti boleh mental. :)

@kecik - panas? Pergi amik air sejuk! Pasang kipas kuat - kuattt!!!

dina said...

Benar Bob, itu bukan persoalan sebenar. Mungkin gambaran pada diri yang masih belum cukup mengerti erti keMalaysiaan. Atau lebih mahu hidup dalam keMelayuan. Ooopsss... ini serius... sila abaikan!

akiss. said...

ya. dipantau oleh yang xpatut memantau.

btul la tu. kita tulis apa yg kita suka utk kawan-kawan yang kita suka.

cukup lah.

ameliafarina said...

once again ketinggalan lak rasa diri ini..entry yg da lme bru dibace

btul2 best artikel ni. fhar pnh dgr name DURGA POOJA. tp xtau pe bnd tu. dgr from cter bollywood. (kipas susah mati film bollywood)

Z.A congratz..n selami la lg lautan budaya m'sia ni coz byk lg warna-warni kehidupan rakyat berbilang kaum ni n jgn lupe kongsi lagi..