Khamis, Oktober 30

Dusta Dalam Berita Hari Ini

Niatnya nak makan tengahari dengan mak bapak aku, maka aku dengan Fared Ayam pun park kereta dan berjalan kaki mencari mak bapak aku yang telah sedia menunggu di kedai buku berhampiran tempat makan, untuk memayung makan tengahari kitaorang hari ni. Yehaa!

Tengah berjalan tu, aku berhenti lah kejap dekat kedai suratkhabar, membaca headline - headline suratkhabar hari ni. Biasalah, akhbar pro-kerajaan menjual cerita kipas kerajaan mereka, sementara akhbar pembangkang (Suara KeADILan dan Harakah) dengan cerita ahli parti kebanggaan masing - masing serta fakta tentang harga sebenar BBM (petrol). Mata aku melintas ke Suara KeADILan dengan headlinenya, Kerajaan Tipu Rakyat. Aku selak sikit - sikit, aku tutup balik. Muak pulak rasanya.

Fikiran aku spontan berkata, "Ah, politik. Yang ni kutuk yang tu, yang tu kutuk yang ni. 2 x 5. Nanti - nanti je lah aku baca, nak sumbat perut dulu".

Mata aku lintas dekat akhbar Metro dan Kosmo. Cerita pasal jual bayi. Aku nampak perkataan bayi dan nombor 500 dan 600. Aku biarkan, sebab pada aku agaknya ini headline pelaris.

Aku tak rasa nak beli mana - mana suratkhabar hari ni. Baik aku balik rumah, baca suratkhabar yang bapak aku beli hari - hari. Aku beredar dari kedai tu. Fared Ayam, kawan aku tadi, terus stay depan kedai tu dengan muka yang bingung.

"Weh! Sini kejap! Tengok ni!"

Diangkatnya untuk membezakan headline 2 akhbar yang mata aku singgah kejap tadi. Metro dan Kosmo. Aku jawab,

"Orang jual bayi, aku dah baca. Terdesak sangat kot. Kenapa?"

"Baca lagi sekali"

Cerita macam sama, tapi gambar agak berbeza. Metro dengan gambar perempuan Melayu bertudung mencium bayi, Kosmo gambar suami isteri berbangsa India mencium bayi. Ya, memang nampak macam bangsa India (masalah printing, mungkin?).

"Dua penculikkan dalam satu masa? Yang ni Melayu, yang ni India. Tengoklah gambar", aku terangkan dengan fikiran yang tipikal dan tidak tepat langsung sebab nak makan cepat dan nak mengejar masa ke tempat latihan.

Ayam diam kejap sebab tak percaya. Aku pun tak puas hati. Kitaorang luangkan beberapa saat untuk membaca agar lebih tahu.

"Weh bukanlah, ini cerita sama tapi fakta lain - lain!". Tengok nama ni, sama; Zaiton Awang", setuju aku.

Metro tulis bayi tu dijual dengan harga RM500 manakala Kosmo tulis, dijual dengan harga RM600. Mana satu betul, aku pun tak tahu? Tuan kedai Mamak ni agaknya sengaja letak 2 akhbar ni bersebelahan. Dusta dalam berita, kata Ayam. Aku terus beli kedua - dua akhbar tu sebab nak baca cerita betul, sebab aku tak percaya. Aku tak anggap perkara ni remeh, sebab aku teringat masa buat teater eksperimental TANDA dulu. Kenapa? Pesongan kata di bawah akan menjawab.

Hasilnya?

Memang betul, cerita yang sama tapi tak serupa. Salah satu contoh 2 versi cerita ini ialah; Metro tulis, mereka yang bersubahat dalam penculikan itu ditemui di tepi jalan dalam keadaan yang mencurigakan. Kosmo pulak tulis mereka yang bersubahat itu dipercayai penghidu gam tegar dan ditemui di tepi jalan, dipercayai dalam keadaan stoned atau khayal atau high atau syiok. Ini contoh 2 versi yang berlainan. Tidak termasuk harga bayi yang dijual itu.

2 akhbar yang mempunyai pembaca yang ramai, menulis fakta yang berlainan tentang satu cerita yang sama.

Mungkin benda ni remeh. Tapi remeh untuk siapa? Memang percanggahan fakta ni dah banyak berlaku dalam penyebaran berita - berita. Di mana - mana saja. Di akhbar, TV, blog dan banyak lagi. Aku tak tahu yang mana betul, yang mana salah. Tapi kasihan pada yang betul, kerana wujud yang palsu, maka disaingkan faktanya. Disyak wasangkakan faktanya yang betul juga.

Dalam suratkhabar juga ada pelbagai section seperti isu semasa, hiburan, sukan dan macam - macam lagi. Bukanlah semua yang menyebarkan fakta yang salah. Aku juga ada kenalan yang bekerja dalam section lain, terutamanya hiburan. Tapi kita taknak pasal orang lain, mereka ini yang terkena tempiasnya. Hanya kerana berada di bawah satu bumbung.

Mungkin ini peringatan untuk aku juga agar lebih berhati - hati setiap kali hendak menyebarkan fakta. Memang manusia buat salah.

Itu tak dapat lari dan aku tak dapat sangkal kenyataan ini.

Lepas tu aku terbaca pulak pasal Yoga yang berkemungkinan akan diharamkan untuk dipraktikkan oleh umat Islam di Malaysia. Tetapi fatwa rasmi belum di keluarkan lagi. Bertenanglah dulu. Aku dan teman yang lain bantai gelak dekat panggung teater tadi. Aduh. Pelik aku. Takpa, nanti kita story - story lagi pasal Yoga dan Islam ni. Sekarang aku dah ngantuk sebab penat.

Tapi ingat, jangan keliru antara Islam Allah S.W.T dengan Islam politik di Malaysia. Senyum skettt!!

Cerita dusta dalam berita atau 1 cerita 2 fakta berlainan ni telah sedikit mengganggu otak aku (sekejap) hari ni. Apa daaa...

Pesongan kata;
Dusta dalam berita ialah salah satu tanda kecil penghujung zaman menjelang Kiamat.
Jadi, remeh kah sekarang?


Wallahualam.

23 ulasan:

nadya. berkata...

yoga is said to be haram because it was meant to be a way you live your life, turning to yoga when you need to calm yourself down, do the yoga to stay fit, eating the 'yoga friendly' way..y'get the drift.

yoga also encourages a person to clear his mind during its sessions. this is also wrong in islam because a person should be thinking of Allah in everything you do.

these essence of yoga is what the fatwa believe to be wrong. it may or it may not be. but once people wiser than we both are starts questioning it, i do think its safer to steer clear.

and separating islam from politics although it seems like the best option in the current political state we're in is most probably wrong too.

because islam actually dictates politics and economy and nation ruling.

read more. the religion is truly beautiful, you just need to understand it and stop thinking that your duties are done just because you pray 5 times a day.

akiss berkata...

kirim salam pd kawan awk faredAyam. bagus la dia, seorang yg sgt teliti. dan peka.

apa mahu jadi lah media kita.

sy pon tgh tgu apa fatwa sbnr ttg yoga tu.

-Gemuq- Dunia Aku dalam diri berkata...

berita fakta berlainan ni dah byk kali dah encik bob. tgk sini.. NInie si muslim yoga instructor menjawap Yoga tidak memesongkan akidah..http://theyogainstructordiaries.blogspot.com/

gie berkata...

pesongan kata itu~
benar2 menusuk kalbu.

Elza Irdalynna berkata...

woah, there nadya.

first off, i think your statement "you just need to understand it and stop thinking that your duties are done just because you pray 5 times a day" was uncalled for. even if you knew mr zahiril adzim personally, or have in length discussed theology with him,i think you are being hypocritical as one who implies that she understands the religion better, for what you had just done was pass judgment- which only God is entitled to.

secondly, as I personally practice Yoga, it does not encourage you to clear your mind in entirety. instead, meditation is meant to make one concentrate only on his or her existence in the presence of God. Islam practices the EXACT same concept, maybe you've heard of it, it's called KHUSYUK. only we practice this during solat, instead of yoga's meditation.

i doubt that the writer meant for us to separate Islam from politics, rather, that Islam should not be used in order to endorse certain political propagandas. which unless you're blithely unaware, is the current situation here.

question this: had ANY of the council members sit for perhaps ONE yoga class? or in length and with an open mind, study this practice before they came up with such a ludacris proposition?

Does the council not have more important things to discuss, such as the state of hermaphrodites in Malaysia, and how despite Islam recognizing hermaphrodites, Malaysia's government doesn't, as it only allows you to be either male or female.

nonetheless, we should always read more. after all, the first wahyu was Iqra'.

and while we're at it, perhaps we should also spend more time on compassion, ms nadya.

MB berkata...

Buat Nadya & Elza Irdalynna,
berbahaslah dlm Bahasa Melayu...
Tau lah English power..
Kalau korang baca tulisan ZA yg lepas2 mesti faham punya ZA ni mcm mana orgnya...

Elza Irdalynna berkata...

mb, orang memang selalunya komen dalam bahasa kat blog ZA. tapi dalam konteks berbahas bersama cik nadya, orang guna bahasa pilihan dia.

pasai orang rasa, mungkin pembaca ZA yang lain tak perlu penerangan. pasai diorang faham dah ngan ZA dan falsafahnya.

orang hanya cuba menerangkan pada kawan kita yang kat atas tu ha.harapan orang, dia faham la.

MB berkata...

Okay la tu ;>
Jgn la marah ya =)

dina berkata...

Bob, dusta dalam berita ini memang dah selalu terjadi. Cuma kita je yg kadangkala tidak prihatin akan hal ini.

eja berkata...

uiks.jangan gado2 la kawan-kawan yang kita suka (bak kata ZA).hehe. tak kira bahasa apa pun kita pakai janji mesejnye sampai..kan kan??

Tanpa Nama berkata...

i am sorry if i have appeared self righteous in anyway.but i do believe in standing for your faith there are no grey areas. congratulations nadya for standing in what you believe, elza for some reason i think you're being defensive.and i dont know why.

nauzubillah, may allah protect us.
there are too many shubhah this days, and reasoning things to our own advantage is just plain hasty.

i am trying to not generalise here, but this is just a plain reminder.
"how many of us actually pray 5 times a day,then feel justified and content by doing so when we clearly know there's more to our responsibilities as a muslim like aurat and haji."

i am a coward i admit, but this is also a reminder to myself who hold hands with my boyfriend guiltless-ly and goes out in a red spaghetti top.

i know what im doing is wrong, and i am trying to do less.i just hope i have enough time.

try sitting and thinking about death, and not about how empty and lonely it is. but instead thinking about the azab that waits for everything we did against the hukum.

nauzubillah.

pistachio almonde berkata...

zahiril...dusta dalam berita ataupun auta dalam fakta ni memang selalu ada dalam media massa...sesuai mengikut agenda 'sang penternak' kebiasaannya....

zazaez berkata...

Ya Allah girls.. Chill..
Ehem.. BM eh? Apa pun semua terletak pada diri sendiri.. Tak kirala Yoga ke Yogurt ke.. As long as u know what is ur faith, u should be fine.. Kalau kerana Yoga pun bole buat Akidah kita terpesong, then it's not Yoga should be blamed, it's u.. Something wrong with ur faith I guess.. Jgn sesiapa yg 'naik angin' ye.. Just my 2 cents.. ;)

U're right Nadya.. Islam is truly beautiful.. Disebabkan itulah janganlah kita takutkan mereka2 yg cuba mendekati Islam.. Tp jgnla pula kita menghalalkan benda yg sememangnya haram. Cuma Majlis Fatwa should be berpada2 la. Apa2 pun berbalik pada diri kita sendiri.. ;)

eja berkata...

ya..setuju dgn cik zazaez.

Zahiril Adzim berkata...

@nadya - please don't go too far away. Stay close alright? Jangan cerita sampai ke sembahyang 5 waktu or whatever, itu semua orang tahu. We're talking bout Yoga. (Ye ke? Bukan kita tgh ckp pasal dusta pasal berita, ke?) Panjang kalau nak cerita kat sini, baik aku buat entri baru. Terima kasih.

@akiss - Insyaallah saya akan kirim salam. Tulah, takut media yg x bersalah terkena tempiasnya.

@-gemuq- dunia aku dalam diri - Memang dah banyak kali. Tapi kita terkesan kah?

@gie - memang menusuk.

@elza - nice one.

@dina - betul tu kak. Setuju. Sebab ramai yg tak sabar nak isi perut macam saya kot masa tu? Hehehe :)

@eja - betul. Kalau msg tak sampai, guna MMS, kalau x sampai jugak gunalah 3G.

@anonymous - kenapa anonymous? Kamu saja yang tahu jawapannya kan? Again, stay close, stay close. Jangan cerita sampai sembahyang 5 waktu, atau aurat, atau haji atau apa - apa saja. Itu bab lain, itu budak sekolah rendah pun tahu. We're talking bout Yoga in Islam. Actually we're talking bout something else, haha. Aku cuma mahu tahu kenapa kamu rasa Yoga itu boleh memesongkan akidah? Adakah semua orang yg mempraktikkan Yoga HARUS MENOLAK ALLAH dari MINDA, LISAN dan HATINYA?

@pistachio almonde - sang penternak? Haha, ya betul!

@zazaez - Setuju. Kita punya pandangan yang tidak jauh beza.

azazral berkata...

yesza.. sesekali berbincang mcm ni pun ok.. sebelum diharamkan.. jom yoga seround..

Aniz . berkata...

hehe. *tersenyum membaca comment2 dlm entry ni*.


Macam-macam kerenah manusia..

zf berkata...

wah boleh tahan hot kat atas ni, w'pun aku tau Mr Zahiril Adzim sedang pikir2 nak post entry yang baru menjawab banyak ketidak setujuan kt sini

aku nak mencelah sikit, sikit je..

senang je bg aku, selagi yoga tak dipraktikkan dengan cara yang salah, selagi tu ia tak haram. pikirkanlah, islam menggalakkan aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan kita, kenapa nak haramkan kalau tak ada apa2? aite? mungkin majlis fatwa pun tak salah juga, sebab mereka tak lihat lg dari perspective yg meluas atau mereka fikir terlalu jauh

atau mereka rasa runsing tgk pengamal yoga islam kt tv yang pakai baju ketat sambil buat yoga.. dengan terkangkang segala. BUKAN SEMUA.

jd pengamal yoga tak payah rasa risau, pernah ada mak ayah kawan aku yang tak berapa sihat, sakit apa aku tak ingat sekarang dia selalu amalkan yoga, kesihatan dia bertambah baik disamping makan ubat2 dan selalu pergi berubat. doktor sendiri kadang2 nasihatkan pesakit buat yoga, bila doktor dah nasihatkan kenapa pulak boleh memesongkan akidah?

ntahlah, aku percaya wujudnya majlis fatwa kerana nak membantu dalm soal halal haram, at least pertimbangkan semula soal ni. lgpun ramai orang2 tua yang mengamalkan yoga, dah nak mati takkan sanggup pesongkan akidah?

to nadya, fakta u tak salah sebenarnya, tp subjektif pada pengamal. bukan semua macam tu.

dina berkata...

psst...ni citer sal dusta dlm beritakan... err... bob, buka entri bout yoga la... nak komen!

Afiq berkata...

Anda memang menghiburkan dalam Instant Cafe Kurang Manis.

Zahiril Adzim berkata...

@azazral - yah, jom!

@aniz - memang macam - macam. Macam bagus pun ada. :)

@zf - terima kasih kerana berkongsi. Aku pun macam malas nak post entri baru pasal topik ni. Semua orang boleh berfikir sendiri.

@dina - Hahaha.. kenapa kak? Excited semacam je. Hihihi..

@afiq - Ouh, haha.. Saya tak boleh tahan ketawa sekarang.

iqah berkata...

memg xde entry for this yoga's topic.. hope to c ur p0int of view for this yoga

malim tiga berkata...

fared ayam tu dulu pernah kene buang dari ALAM kan?