Jumaat, November 7

Tekanan seorang fatgirl

Sekarang aku punya sedikit waktu lapang untuk muzik, buku dan DVD. Bunyi macam seorang pesara berumur 55tahun, tapi tak. Aku belum beruban, cuma rambut je gugur lebih.

Ini sedikit cerita pasal filem dari Perancis yang aku baru tengok. Filem ni dah lama, tapi aku yang baru tengok. Aku bukan nak buat review pasal filem ni, tapi aku teruja untuk cerita pasal konflik dalam watak utama cerita ni, seorang remaja perempuan, berumur 13 tahun yang bersaiz besar dan hodoh dari pandangannya sendiri.

Nama filem ini, À ma sœur! (For My Sister) atau juga tajuk alternatif setelah ditukar kepada Bahasa Inggeris; Fat Girl, arahan Catherine Breillat. Pelakon utamanya ialah Anaïs Reboux (Anaïs) dan Roxane Mesquida (Elena). Sememangnya aku tak boleh 'bertenang' dengan Roxane Mesquida ini.


Tapi takpa, gadis berbaju kurung/kebaya/kebarung tetap menawan.

Eh, tapi kalau
Roxane Mesquida yang pakai kebaya, macam mana pulak? Lalalala... aku tak mau dengarr....

Sambung.

Aku malas nak taip sinopsis cerita ni dengan penuh. Kalau kau nak tahu jugak, carilah sendiri. Mungkin kau boleh tangkap sinopsis cerita ini sepanjang entri ini nanti, semoga berjaya.


Anaïs selalu berasa rendah diri dengan rupa dan fizikalnya. Dia hidup di dalam dunianya sendiri berbanding dengan kakaknya (Elena) yang cun, hot, dan confident. Mak bapak diaorang ni agak self-centered dan selalu melayan Anaïs lebih kasar dari Elana. Setiap kali buat salah je, kena tampar, kena jerit. Tapi Elena sayang dekat adiknya, Anaïs. Seperti hubungan adik - beradik yang normal, mereka kadang - kadang berkasih sayang dan kadang - kadang bergaduhan macam penyokong bolasepak Malaysia dan Indonesia sewaktu Tiger Cup di Bukit Jalil dulu.

Maaf ya, ini bukan macam sinetron Bawang Putih, Bawang Merah. Bukan cerita kasih sayang berat sebelah. Bukan cerita ibu tiriku.

Anaïs dan Elena mempunyai pendapat yang berbeza tentang isu 'menghilangkan virginity' mereka. Atau dalam kata lain, 'pop the cherry'. Elena mahu memberikan cherrynya kepada lelaki pertama yang dicintai. Tetapi Anaïs mahu memberikan cherrynya kepada orang yang tidak disayangi, tidak dikenali atau nobody atas alasan jika cherry diberikan pada orang pertama yang disayangi, dia akan sangat kecewa jika ditinggalkan lelaki pertama itu nanti. Malangnya, tidak ada sesiapa pun yang mahu pop Anaïs punya cherry. (Habislah BM aku).

Kemurungan Anaïs bertambah, apabila Elena mempunyai teman lelaki baru dan sneak in masuk ke bilik lalu berasmara di atas katil sambil diperhatikan oleh Anaïs (di katil yang lain) yang berpura sedang tidur atau tidur - tidur ayam. Setiap aktiviti Elena dan teman lelakinya, didengari dan diperhatikan oleh Anaïs. Anaïs juga mahu dicintai, disayangi. Dia mahu ada lelaki yang sanggup sneak in ke biliknya semata - mata untuk berasmara seperti Elena dan teman lelakinya. Pada malam pertama teman lelaki Elena sneak ini bilik mereka, Elena belum bersedia untuk memberikan cherrynya.

AMARAN : Filem ini tidak kenal baju dan seluar. Mereka orang Perancis dan kita bukan. Ingat itu.

Anaïs merasakan dirinya didiskriminasikan oleh keluarga dan kaum lelaki. Konflik dalaman dirinya bertambah - tambah setiap hari, namun dia cuba bertahan. Dia pretend, kononnya tidak ada masalah tentang isu ini. Hidupnya setiap hari, penuh dengan penipuan diri sendiri. Anaïs yang suka makan banyak, makan seperti biasa setiap hari dan menyanyi sewaktu di pantai serta bermonolog seorang diri dalam kolam renang. Anaïs berangan, kononnya sedang berdialog dengan 2 orang lelaki yang tergila - gilakannya. (sebenarnya tangga swimming pool) Anaïs berbelah bahagi untuk membuat pilihan. Anaïs tidak tahu lelaki mana yang harus dipilih. Tapi itu cuma angan - angan. Realitinya, tidak ada satu pun lelaki yang mahukannya, apatah lagi cherrynya. (Kesian budak ni masa scene ni)

Ini dirasakan setiap hari oleh Anaïs, terutamanya setiap kali meneman kakaknya ber-dating kerana mereka selalu keluar bersama. Setiap hari, kebahagian yang diidamkan, berlaku di depan matanya sendiri tetapi bukan ke atas dirinya. Elena juga selalu menceritakan tentang teman lelakinya kepada Anaïs. Mereka bergelak ketawa tetapi sebenarnya Anaïs cemburu dan sedih. Maka bertambahlah kemurungan, kegelisahan, kegeraman yang mencetuskan pemberontakan kecil di dalam dirinya. Anaïs struggle untuk melawan perasaannya itu setiap hari. Dia cuma mahukan sedikit perhatian, tetapi gagal.

Perkara seperti ini boleh berlaku pada setiap orang. Ia boleh terjadi atas macam - macam sebab. Kadang - kadang kita impiankan perhatian yang sama yang didapati oleh orang lain seperti adik - beradik, kawan, atau saudara - mara.

Banyak contoh lain yang mungkin sedang terjadi dalam hidup kita. Ini memberikan tekanan.

Sebagai contoh, apabila ada di antara adik - beradik kita yang mendapat perhatian lebih dari mak bapak. (Alhamdulillah, mak bapak aku cool) Setiap hari kita melihat dan merasakan perhatian yang lebih diberikan pada adik - beradik kita yang lain.

Contoh lain yang boleh kita samakan ialah di sekolah atau tempat kerja. Perhatian diberikan lebih kepada kawan yang lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih comel, lebih tinggi atau lebih kelakar (contohnya) oleh cikgu atau mungkin juga bos. Kita cuba dan berusaha untuk mendapat perhatian yang sama, tetapi entah kenapa kita masih ditempat yang sama, seperti kita tidak wujud. Perkara ini semakin menekan kita, apabila ia berlaku di depan mata setiap hari. Kita cuba lari tetapi gagal.

Kita semakin tertekan dan tekanan ini kita cuba kawal tetapi semakin dikawal semakin ia mahu meledak. Yang tinggal hanya kita dan tekanan. Setiap hari kita berlawan dengan tekanan.

Satu hari, teman lelaki Elena memberikan cincin sebagai tanda 'pertunangan'. Disebabkan pemberian yang kononnya berharga itu, Elena telah bersetuju untuk memberikan cherry atau virginity kepada teman lelakinya itu. Pada malam itu, sedang mereka 'bertukaran segalanya', Anaïs tidak tidur dan menangis seorang diri kerana cemburu dan tertekan. Dia juga mahu ada lelaki yang mahukannya.

Kemudian apa jadi?

Nak dijadikan cerita, mak diaorang dapat tahu pasal Elena dan teman lelakinya sebab mak pada teman lelaki Elena datang untuk meminta kembali cincin miliknya. Mereka sekeluarga pun kemas barang dan segera pulang ke rumah. Ouh, aku lupa beritahu sebenarnya mereka sedang bercuti dan bapak diaorang telah pulang awal. Tujuan mereka pulang adalah untuk menceritakan pada bapaknya bahawa Elena sudah tidak dara lagi.

Setelah penat mak mereka memandu kereta hingga lewat malam, mereka bertiga pun berhenti di kawasan rehat lebuhraya sebab terlalu penat dan mahu tidur. Sedang mereka tidur dalam kereta kecuali Anaïs, datang seorang lelaki memecahkan tingkap kereta dengan kapak dan mengkapak kepala Elena serta mencekik maknya hingga mati.

Ya, kepala Elena telah dikapak! Scene ni agak brutal. Terkamjat aku.

Walau bagaimanapun, Anaïs tidak menjerit atau melolong tetapi dia hanya memandang pengkapak itu lalu keluar kereta dan lari ke dalam hutan. Pengkapak itu mengejar Anaïs dan telah merogolnya di dalam hutan. Anaïs?

Senyap dan langsung tidak menjerit. Pengkapak dan sekarang perogol itu pelik.

Keesokkan paginya, sekumpulan polis telah menjumpai mayat Elena dan ibunya serta Anaïs di bawa keluar dari hutan. Tanpa disoal, Anaïs telah memberi tahu;

"Dia tidak rogol saya, kamu tidak percaya?"

Anaïs sangat berpuas hati dan telah terkeluar dari tekanan atau pemberontakkan kecil kerana akhirnya ada juga lelaki yang mahu merogolnya. Walaupun di depan matanya terbaring mayat kakak dan maknya, dia langsung tidak menangis kerana padanya, hidupnya masih lagi ada harapan. Sebab? Sekurang - kurangnya, masih ada lelaki yang bernafsu dekatnya membuatkan dia bukanlah seorang loser.

Filem ini karut? Gila?


Pada aku tidak, kerana aku percaya, akibat tekanan yang melampau, kewarasan itu menjadi mudah-pecah atau fragile. Dari sudut psikologi pula, perkara ini sangat logik. Tak percaya tanya mak dan kakak aku, yang mana kedua - dua mereka dalam bidang psikologi.

Kita semua sebenarnya 'gila' atau bermasalah mental. Nak tahu kenapa? Tunggu entri seterusnya..

Tekanan mengundang pemberontakkan, lalu aku teringat tulisan aku sebelum ini;

Jangan ditekan anak ini

23 ulasan:

sh3 berkata...

huyoo.mcm besh je cite ni.
mmg oh kalau stress boleh mengakibatkan kurang waras.
merempuh tembok kewarasan:D
mmg logik cite ni walaupun agk merepek, tp nmpknye Anais tu needs a psych consult.
perkataan terkamjat tu mmg exist ke? menarik betul aa word tu.

azie darll berkata...

hem klimaks agak mengejutkan.
mule mule cite mcm slow je
tibe tibe muncul watak bawak kapak.menakutkan lah.kamu sanggup bawak watak kapak?

ichi berkata...

aku suka entri ni
sambung2...

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: berkata...

waaaa ni yang buat nak tengok ni...
mesti bercampur baur perasaan tengok cerita ni kan?

azazral berkata...

terima kasih atas ulasan tu..
nak cari link download.. mcm best...

syd berkata...

wah menarik!dan gua setuju dengan lu ..kadang-kadang kalau asyik ditekan-tekan hasilnya akan tertekan.aku mengalaminya sendiri..tapi tidaklah seteruk ini dan aku rasa Anaïs perlukan pakar psikologi.

orang berkata...

Aku benci cerita ni.

Buat aku teringat pada dialog ni...

"orang nak rogol kau pun tak sanggup!"

Damn!

Sorry, a bit emosional!

Tanpa Nama berkata...

I spent the whole day reading all of your entries. and i would have to admit that i just fell in love with you. your writing is very good :)

-lisa

mirachantek berkata...

hidup tak akan berubah kalau kita sendiri yang memutuskan untuk tidak berubah bukan??

kita tak akan keluar dari masalah kalau kita sendiri gostan ke belakang dan tidak gostan2 balik ke jalan keluar.
-apa punya ayat daa...

amilah berkata...

bila google, dpt tau anais tu 12 thn
wow.. maknanya umur macam ni pun dah boleh stress dan boleh mental

Rewan Ishak berkata...

Compelling and very disturbing film. Memang terkamjat tengok.

Zahiril Adzim berkata...

@sh3 - tembok kewarasan? Apa tu? Bukan saja Anais yang kena jumpa pakar, pengkapak tu pun kena. Terkamjat? Entah lah.. itu bahasa jalanan kot?

@azie darll - Bawak watak kapak? Boleh je. Nak jadi kapak jenis ape?

@ichi - kalau aku rajin eh? Hehe.. Sorrylah, otak aku tengah serabai sket. Tengah bagi perhatian kat perkara lain.

@nurulaimi - Ouh, kamu suka perasaan yang bercampur baur eehhh??

@azaral - sama - sama. Download jgn tak download. :)

@syd - Betul, semua orang pun akan melalui waktu ini. Tapi aku tak sure samada director nak bawak dia jumpa pakar ke tak. :P

@orang - filem yg membuat kita berfikir adalah filem yang berkomunikasi dengan berjaya.

@anonymous/lisa - The whole day? Wow.. Thank u so much. Keep on reading. I spent the whole day wondering which entry that u like the most :P

@mirachantek - macam mane nak ubat hidup? Betul apa yg awak cakap tu. Tapi kalau utk orang yang 'sakit' mental dan jiwa, mereka tak boleh tolong diri sendiri, kecuali pakar.

@amilah - sebenarnya 13 tahun. Boleh, umur macam mane pun boleh jadi mcm ni, apatah lagi budak umur 7 thn yang kena rogol. Lagi bahaya, sebab diaorang belum mampu berfikir dgn matang dan x pandai nak handle emosi.

@rewan ishak - Memang terkamjat. Disturbing? Lain kali aku letak sign "Please Do Not Disturb".

@

azie darll berkata...

kapak garang.ataw kapak comel riang ria tapi sedih.kapak nakal.
ahh merapu

sh3 berkata...

merempuh tembok kewarasan lah. curik dari tawa dalam tawan.

oh.bahse jalanan. i thot mmg ade dlm kamus ke.

kalau cerita mcmni dibuat kat malaysia, agknye ape jadi? haha. bob nk pgg watak ape kalau tibe2 kene blkon cite cmni? :D

vidadarisakura berkata...

haaha
aku fatgirl pn teda la tekanan smpai camtu...hee

dina berkata...

memang tertekan menjadi fatgirl. semua orang mahukan yang cantik dan terbaik. perempuan gemuk selalu disisihkan. dan ianya memang memberi tekanan. tapi cerita ini memang giler... ada subtitles tak dik?

Tanpa Nama berkata...

aku da tgk cite ni..
mmg tekamjat kat ending nye..
tediam tepana tebata dan tepaku..
ak pandang member sebelah dan bekate serentak
"nape lah kite tgk cite ni"
huhu..

-aiEd

Tanpa Nama berkata...

urm..mcm best je cita ni..-aween-

fara berkata...

dirumah, keluarga kena main peranan besar. beza2 kan anak, buat mereka akan rendah diri, dan berusaha mencari sesuatu untuk ditonjolkan sampai 1 tahap mereka dah tak upaya, dan ambil tindakan bodoh.

TAPI, banyak org yang sama mcm anais, dan certain of them tahu nak hadapi. mereka ada cara mereka sendiri untuk atasi tahap kemurungan mereka sendiri. api entahlah, susah nak jwb kena buat survey, :)

dini berkata...

lps bace 'sinopsis' ni,aku rase
kau orang yang interesting.
aku suka.
=)

Tanpa Nama berkata...

aku rasa separa-review ko pasal film french nih sungguh kelakar ntah kenapa aku bole gelak guling2 bile baca...aku dah gila?

ma.n.al berkata...

aku juga fatgirl..
aishh~ dekat dihati btol cte neh..
baru baca sinopsis..
nak kene cari movie lah camni..

...luvida crystal iris... berkata...

ish... nak nangis je lah baca nih... kesian je. *sayarugi2tahunsbblambatjumpablogni*