Sekarang musim hujan, bukan? Dah berbulan hujan turun hampir setiap hari. Pagi, tengahari, petang atau malam. Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan. Berteduh untuk mengelak dari kebasahan.
Setiap hari aku memandu. Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk memastikan pakaian dan badan mereka kering.
Mereka ini kental.
Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal. Terutamanya bila hujan turun. Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar. Hujan itu bukan kuasa manusia.
Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan. Berlengas dan sungguh tidak selesa.
Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal, basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan. Sebab itu simpati timbul. Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu. Itu kes lain. Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga. Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.
Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak, berlagak atau riak di jalanraya. Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.
Hari ini aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun. Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju, menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya. Kurang ajar.
Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.
Kemudian bayangkan itu bapak kau.
Setiap hari aku memandu. Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk memastikan pakaian dan badan mereka kering.
Mereka ini kental.
Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal. Terutamanya bila hujan turun. Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar. Hujan itu bukan kuasa manusia.
Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan. Berlengas dan sungguh tidak selesa.
Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal, basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan. Sebab itu simpati timbul. Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu. Itu kes lain. Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga. Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.
Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak, berlagak atau riak di jalanraya. Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.
Hari ini aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun. Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju, menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya. Kurang ajar.
Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.
Kemudian bayangkan itu bapak kau.
25 comments:
kasihan pakcik itu.
saya juga pernah terkena. siot.
masa jalan kaki.
tiap2 ari aku g keje..kadang2 bwk moto..kadang2 bwk kereta..aku pernah mngalami 2 perkara..
bile bwk moto..pernah ade kete A langgar lopak kene akuh..
bile bwk kete..pernah ade moto A langgar side mirror bile nak menyelit sane sinie..
erm..kalau difikirkan balik..aku pun pernah buat apa yg si kete A dan moto A buat.
renung-renungkanlah..
assalamualikum....
saya rasalah awak ada masalah emosi tak stabil...mungkin masalah pada diri sendiri....selesaikan satu persatu..dalam keadaan tertekan bawakan diri kepada ketenangan.,..jangan pikir negetif....mengalah tak bererti kita kalah...perlu ingat, apa yang kita lalui itulah yang kita abadikan...smile
kau memahami. akak selalu dalam situasi di siram lopak setiap kali balik dari keje bila hujan melanda KL...
sebabnye jadi gtu,...tak igt,dunia ni bulat...
kalo dah kesian kt pakcik 2...kasi r tumpang...kesian je xgune....
aku pn bengang gak jalan kaki tym ujan then tgk bnyk kete kosong xde pnumpang...
bagi r tumpang...
kn2??
emm..
bkn sekadar yg bawak motor je..
kesian2 kan jugak la kat yg jln kaki ni..
da a xmampu nak beli pape kenderaan..
le plak kene simbah ngan si pemandu pemandu kenderaan ni..
adeh......
@yanot - takpa. Itu pengalaman.
@romi flizz - memang. Bila kita naik motor, kita salahkan kereta. Bila nak kereta kita salahkan motor. Dan ini pula cerita motor dalam hujan. Juga cerita aku, sebagai pemandu kereta yang menyalahkan KERETA juga. Bagaimana?
@azura - emosi tidak stabil itu tepat. Tapi apakah hubungan dengan motorsikal dalam hujan? :)
@dina - Hehe. Takpa kak, itu pengalaman yang boleh diceritakan pada member2 atau anak cucu nanti. Sekurangnya ada topik untuk dibualkan. :)
@veelicious - Dunia ini bulat, benar. Tetapi maksud kamu ialah apa?
@Anonymous - Mungkin orang taknak bagi kau tumpang sebab kau 'anonymous'. Memang kesian je tak guna, sebab aku pun orang tak guna.
Dan saudara, GUNAkanlah ejaan dengan betul ya? Jadilah pengGUNA bahasa yang BERGUNA.
@aiEd - Hehe. Tu lar pasal. Aku fikir mungkin benar apa orang tua kata, bersusah dahulu, bersenang kemudian. Berbasah dahulu, berkeringan kemudian :P
HEHE...
memang aku bukan pengguna bahasa yang baik.
jadi,aku mohon maaf.
cuma terlintas di fikiran aku tatkala menaip tadi untuk berjenaka buat seorang yang aku anggap sahabat kerana blognya aku singgah saban hari.
maka, bahasa pasar aku gunakan.
yup,i got B3 4 b.melayu in my spm.
so i am quite certain u r right.
terima kasih atas teguran yang amat bernilai.
semakin tinggi azam untuk memperbaiki bahasa.
aku memang anonymous yang kamu tidak pernah kenal atau jumpa tapi aku juga manusia.
aku manusia biasa yang membuat salah & mengakui kekhilafannya.
anyway,thanks again.
nice blog.
cuma darah muda harus dikawal.
maaf.(^_^)
@anonymous - Bahasa pasar tak mengapa. Cuma aku bermasalah dengan perkataan - perkataan yang di-shortformkan. Terutamanya bila menerima SMS. Aku ada bermasalah dengan itu. Dan aku fikir kau juga begitu yang sudah terbiasa menggunakan short form, lalu kau gunakan di tempat ini yang pada kesedaran aku tidak perlu. Tapi jika kau bukan begitu orangnya, maafkan aku.
Aku bukan guru bahasa, kerana itu bahasa aku juga lintang pukang. Aku cuma mencuba.
Benar, darah muda perlu dikawal dan aku sedang mengawal.
Terima kasih kerana menyinggah.
:)
ye. mmg perit bila.
aduhh..sakit hati dgr psl pemandu BMW tu! ish!
tuhan saje dpt mmbalas kesialan pemandu bmw tu! marah nya sy! haaa
yesza.. lama juga tidak berkunjung ke blog ni.. ternyata banyak isu2 baru.. nasib baik aku naik lrt je.. tak la banyak sangat masalah bila hujan..
ps: penat juga nak taip perkataan penuh.. haahhaa :)
sebenarnya pemandu motor takla semalang org macam kami (peminat bas dan teksi) yang terpaksa betenggek kat stesen bas atau tepi jalan yang berlecak dan tanahnya kadang2 basah,
kereta, motor, lori, treler,jip dan segala benda2 badak sedap melintas tp kami yang lencun. kalau malam jangan cerita, basahla kami sorang2 kat situ. org miskin katakan..
aku off topik ke? hahaha
saya manusia yang tak reti nak guna payung. lebat mana sekalipun hujan tu, saya redah. hujan tu nikmat. kalau jalan kaki tak bahaya macam naik motor kan?
bila musim hujan, nak basuh baju malas, dah basuh tak kering pulak. aduhai...ujian
hari semalam aku baru beli baju hujan GIVI sebab tiap2 hari aku guna mmotor untuk bergerak. dan semalam jugak aku pakai sebab hujan lebat gila. yang seronoknya, aku boleh ketawa dan bongkak masa memandu. aku cakap "haaaaaaaa hujan datang lah, timpa aku dengan air yang banyak,datanglah kau hinggap atas aku, kereta2 yg bodoh lajulah kau, aku dah bersedia dengan air di jalanan. lepas tu ada satu kereta ni bukan main laju lagi datang dari depan simbah aku dengan air atas jalan tu. lepas tu aku terus sumpah mencarut 7 keturunan tuan punya kereta tu. aku cakap "segala anak bini ko bleh matilah terkena air!" hakhakhakhakhak. lepas tu aku teringat yang aku dah sediakan baju hujan sebelum air atas jalan datang timpa aku. dan aku terus menyanyi. (katak oh katak kenapa kau panggil hujan?, macam mana aku tak panggil asap banyak sangat, kesian kat manusia)
musim hujan,,,kena lebih berhati-hati...
Saya faham mesej awak. Tapi bagi kes saya di Seri Kembangan, penunggang motosikal selalu buat saya cuak dan hampir gugur jantung... suka betul mencilok di depan kereta secara tiba-tiba.. saya pernah hampir eksiden kerana nak elak daripada terlanggar mamat2 motor ni.. takut kalau mereka jatuh dan cedera... keta luka takpe..
bila saya kata dunia ni bulat...,maksudnye, hari ni pakcik2 bermotorsikal tu susah,malah kotor dek percikan air lopak hasil pemanduan tanpa otak,hati dan perasaan para pemandu kereta yg kebanyakannya muda belaka...
esok lusa siapa tau...mungkin yg memandu kereta, perlukan bantuan si penunggang motor?itu mereka lupa...lupa itu yang membawa kepada sifat bongkak...yg menjurus kepada perkara yg mungkin mereka anggap remeh seperti menghindar dr melanggar lopak ketika dekat dgn penunggang motor...
:)
just my two cents
alah.. pasal hujan pun nak gadoh ke..
hujan hujan cam sekarang ni pekena la cengkodok pisang ke, jemput-jemput bawang cecah sambal kicap ke, pisang goreng ke.. halamak.. cuba lu semua bayangkan makan benda2 tu semua panas2 punye yg baru lepas angkat dari kuali tu.. lepas tu siap dengan kopi panas.. atau teh o panas.. wooo!!! meleleh...
tak pun kita pekena biskut kering hup seng cap ping pong cecah dengan milo panas.. ale!!! terliur sial gua membayangkan sendiri apa yang gua taipkan ni.. woo!!!
amacam? ada brani?
p/s: rokok jangan lupa aaaa....
@akiss - hehe. bertenang lah ya..
@azazral - LRT? bagus juga itu. Tapi kalau lah pengangkutan awam kita lebih cemerlang...
Nak taip pun malas ke? Haha.. :)
@zf - malang memang malang. Tapi tak boleh lah diperbandingkan kemalangan itu.
@nurulaimi - wah, pakai payung pun taknak? Kalau kawasan rumah ada dobi, hantarkan saje..
@amerul - GIVI tak cukup klasik. Baju hujan kuning lagi klasik. Itu boleh bawak pergi rave party lagi.
@Janggeltrekker - Mana - mana musim pun perlu berhati - hati. :P
@sindarellalala - hmm.. tu lah. Tapi macam saya kata. Dua - dua pun sama.
@veelicious - ouh begitu. Terima kasih kerana 2cents kamu. Roda kehidupan memang berputar.
@sampah yg boleh dikitar semula - wa tak berani. Tapi biskut ping pong memang old skool. Old Skool yo tak?
Adatlah bagi penunggang motorsikal, kala hujan...sangkut...tapi bila
kesesakan lalulintas @ traffic jammed mereka (eh, kami sebab aku pun penunggang) lepas...
yeah, kesian. bukan sebab dia orang tua atau orang muda. tapi sebagai pemandu, kita semua perlu mempunyai self-respect gak. ni tak, pakai redah jaa. tau laa pakai kereta mahal-mahal pon. tapi tak yah laa smpai cmtu skali.
btw, im only 16 dan xpndai berkata-kata but saya mempunyai perasaan simpati jugak. so kalau ada salah silap, maafkan. :)
hahahahaha....merul! givi ko tu mmg la baru tapi masalahnya, moto ko ttp moto cap temerloh jg kan????
hahahahahaha...aku pun rindu givi aku.... -farah-
sekali teringat masa kena simbah ngan air lopak. teruk nya. rasa nak humban moto aku kat kete tuh.
memang kurang ajar pon! kalau bapak aku yang kene,memang hancur muka orang tu! tp aku pun pernah gak accident..nasib baik aku jatuh tu tepi jalan,kalau tengah jalan,alamaT TAMAT LA RIWAYAT HIDUP AKU!
Post a Comment