Sabtu, November 22

kita semua gila kah?

Tempoh hari aku mengorek nota lama yang aku catit sewaktu sedang belajar dulu. Ya, benar. Aku gemar mengorek.

Terpulanglah untuk kamu fikir apa - apa.

Lalu aku terjumpa nota ringkas yang aku catit semasa berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Aku bukan sebagai pesakit tetapi sebagai pelawat yang membuat kajian bersama rakan kelas. Kajian tidak berapa mendalam yang kami buat ni adalah untuk memerhati dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai pesakit mental kerana untuk projek akhir atau kami panggil PeTA (Penilaian Tahun Akhir) tempoh hari, banyak melibatkan watak yang mempunyai penyakit mental. Jadi kami sekelas telah membuat keputusan untuk melawat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi melakukan observasi di samping bersiar - siar di bandar Ipoh, Perak.

Kejor yeop kejor!

Ya, aku lahir di Perak. Dalam entri aku yang lepas, aku ada menyatakan bahawa kita semuanya sekurang - kurangnya mempunyai potensi untuk 'gila'. Tetapi di dalam bidang perubatan, istilah gila itu tidak wujud. Mereka dipanggil pesakit. Jadi, lebih molek jika kita gunakan istilah 'sakit'. Oh ya, Hospital Bahagia bukanlah seperti yang digambarkan di dalam tv.

Kamu faham maksud aku?

Tak faham? Takpalah, buat - buat faham je lah.
Oleh kerana tidak banyak yang aku catit sebab aku lebih gemar mendengar dan aku bukanlah dari bidang perubatan, maka mungkin akan wujud beberapa kesalahan dalam entri ini. Aku harap ada yang tolong perbetulkan nanti. Terima kasih.

Sebelum kami bergerak berjalan - jalan di sekitar kawasan hospital itu sambil menyedut asap rokok walaupun tidak dibenarkan di dalam kawasan hospital, kami dimasukkan ke sebuah bilik mesyuarat atau perbincangan. Entah, aku dah lupa apa nama bilik itu. Walau bagaimanapun, bila doktor pakar itu dapat tahu kami dari sekolah seni, dia menyambut dingin kedatangan kami. Entah apa yang dia anti dengan seni, aku pun tak tahu.

Katanya orang seni ini terlalu luas. Benda yang tak boleh buat, dibolehkan saja. Memanjang boleh je. Tentulah, kerana dia percaya pada sains. Mana yang mustahil, tetap mustahil baginya.

Panas telinga mendengarnya. Agaknya dia lupa bahawa merawat pesakit itu juga mempunyai keseniannya yang tersendiri. Seni itu wujud dimana - mana. Seni cabang mana yang doktor ni maksudkan, aku pun tak tahu.

Kami perbetulkan dengan mengatakan ya, memang kami dari sekolah seni tetapi lebih spesifik, kami pelajar teater. Teater itu adalah cermin pada masyarakat. Kami cuma memantulkan semula. Kami tidaklah sebingai atau sebuduh itu untuk 'membolehkan' apa yang mustahil. Kemudian barulah doktor pakar itu menerima jawab balas kami.

Doktor itu mengambil beberapa minit atau mungkin mencecah jam untuk menerangkan secara teori tentang penyakit mental. Sekali lagi, aku tidak mencatit semua, cuma secara kasar atau general sahaja. Selebihnya kamu boleh google.

Bermacam - macam punca yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit mental. Antaranya ialah dadah, alkohol, keturunan, tekanan sekeliling (environmental stress) dan lain - lain lagi. Biasanya sebelum pesakit disahkan sakit, mereka akan dikenakan ujian ke atas tubuh badannya seperti darah dan lain - lain termasuklah ujian air kencing. Jadi kepada pengguna dadah, silalah berhati - hati. Bukan berhati - hati dari pihak polis sahaja, tetapi berhati - hatilah kerana kamu mungkin akan 'sakit'.

Aku tidak mahu memandai - mandai meletakkan nama - nama penyakit ini di bawah mana - mana kategori kerana aku mungkin bakal tersilap serta menyebarkan dusta. Jadi aku cuma akan berkongsi apa yang telah diceritakan oleh doktor pakar tersebut. Kepada yang lebih mengetahui atau lebih bijak, silalah kategorikan sendiri. Mak dan kakak aku pun mungkin akan marah jika aku memandai - mandai menulis pasal psikologi, kerana mereka lebih mengetahui. Takpalah, kalau mereka marah, maknanya aku salah lah tu. Kita tunggu sajalah bila mereka baca entri ini.

Jadi ini apa yang telah diceritakan...

Psikosis - Pesakit ini selalu terputus hubungan dengan dunia realiti dan kebanyakkan mereka mengalami;

- Skizofrenia (silalah google)


- Halusinasi seperti melihat sesuatu atau kebanyakkannya mendengar bunyi atau suara - suara yang tidak dapat di dengari oleh orang lain.

- Dilusi (Dilusional disorder) biasanya mereka ini tidak mengalami halusinasi. Mereka masih lagi berhubung dengan realiti. Banyak lagi kategori dibawah dilusi, ini apa yang sempat aku catit kerana ia telah menarik perhatian aku.
  • Dilusional Jealousy - Pesakit ini selalunya mempunyai syak wasangka terhadap pasangannya. Tidak kiralah girlfriend, boyfriend, suami atau isteri mereka. Mereka percaya bahawa pasangan mereka sedang berlaku curang. Kemudian mereka melakukan pengintipan kecil - kecilan seperti memeriksa SMS di dalam telefon bimbit, memeriksa akaun Myspace atau Facebook (haha!) mencium baju takut - takut ada bau minyak wangi orang lain, mencuri dengar perbualan dan lain - lain. Bila dah kronik, mereka mula mengikut pasangannya ke mana - mana secara pengintipan. Pejabat, kedai mamak dan sebagainya. Orang - orang seperti ini biasanya hilang sense of humour dan terlalu sensitif ke atas isu ini.
  • Dilusion of reference; Pesakit selalu merasa seperti orang lain bercakap sesuatu yang buruk tentang mereka. Contoh; apabila mendengar orang lain berbisik, dia menyangka bahawa orang itu sedang bercakap buruk tentangnya. Contoh lain apabila mendengar bangsa lain bercakap menggunakan bahasa mereka lalu timbul syak wasangka. Ada juga yang percaya mereka dibenci orang dan ada juga yang sehingga merasakan ada orang yang mahu membunuh mereka.
  • Erotomania - Ini mungkin jarang berlaku. Seseorang pesakit di bawah kategori ini merasakan dan percaya bahawa mereka disukai atau dicintai oleh orang yang lebih tinggil status sosialnya.
- Thought disorder. (kamu boleh google)

- Mania atau kemurungan yang terlampau akibat tekanan. Contoh, tekanan selepas berpisah dengan girlfriend / boyfriend, suami atau isteri. Atau juga perpisahan / kematian keluarga. (Mood disorder) Jangan pandang ringan pada perpisahan atau putus cinta kerana ia mampu memberi tekanan yang melampau. Ada juga mereka yang apabila sedang murung, mereka bermurungan yang melampau tetapi apabila sedang seronok atau bergembira, merekalah yang kelihatan paling gembira. Ini banyak dikesan pada sesetengah orang. Mungkin ada juga dikesan pada selebriti. Ooopss..

Masih ingat lagi cerita Anaïs dan cherrynya dalam entri aku yang lepas? Mungkin dia berada di kategori ini. Bila dah jadi macam kes Anaïs, barulah kita tahu samada sudah kronik atau tidak. Tapi pada Anaïs, dia tidak akan sedar apa - apa.

Neurosis - Ini selalunya ada pada kebanyakkan orang. Antaranya ialah ;
  • kesedihan,
  • kemarahan,
  • disturbing thoughts, (ia boleh jadi apa saja fikiran yang mengganggu)
  • berfkir sesuatu berulang kali (repetition thoughts),
  • histeria,
  • ketakutan atau anxiety (takut mati dan sebagainya).
  • fobia; contoh: terhadap binatang seperti lipas, kucing, ular, tikus dan lain - lain.
  • taksub/obses - O.C.D (Obssesive Compulsive Disorder) seperti contoh; pantang tengok bingkai gambar senget, pantang bilik bersepah, pantang memakai kasut belah kanan atau kiri dulu, pantang susun buku terbalik, pasang pijak lantai tandas yang basah, pantang ini dan itu.
Taksub kepada tiga calit juga mungkin boleh dikategorikan sebagai obses.

- Narcissistic personality disorder; Mereka yang merasakan atau berkeyakinan bahawa mereka lebih unggul, sempurna serta lebih hebat berbanding orang lain. Mereka yang memiliki sifat ini biasanya tidak boleh atau pantang dikritik dan apabila dikritik mereka akan rasa terancam.

- Autoerotik - Menyintai atau mengkagumi diri sendiri. Suka melihat diri sendiri di dalam cermin. Selalu merasakan mereka lebih cantik atau kacak. Suka mengambil gambar sendiri kerana terlalu cinta kepada wajah mereka.

- Exbihitionism - Gemar menunjukkan kemaluan pada orang lain (flasher).

Banyak lagi sebenarnya kalau nak di tulis mengenai kategori atau istilah - istilah yang wujud mengenai pesakit mental yang aku percaya kita semua mempunyai potensi dalam kehidupan seharian atau dalam kata lain, kita semua sememangnya sudah ada penyakit mental. Walau bagaimanapun, kita masih terkawal. Ia cuma antara kronik dan tidak kronik sahaja. Apa yang aku catit adalah apa yang aku rasa dimiliki oleh kebanyakkan orang.

Ada juga nota yang aku catit sewaktu dalam kelas psikologi watak. Jadi telah aku gaul - gaulkan di dalam entri ini.

Kalau kamu google tentang sakit mental ini, jawabnya sampai esok pun kamu tidak akan dapat khatam kesemuanya. Apabila kamu baca antara yang aku tulis, walaupun tidak begitu mendalam, sebenarnya kamu juga berada di dalam salah satu kategori di atas. Benar, ini fakta.

Aku sendiri sudah menjumpai beberapa kategori aku. Termasuklah dengan apa yang sedang mengganggu dari tempoh hari serta hari - hari sebelumnya. Bagaimana untuk mengetahui bahawa kita sudah berada di tahap yang membahayakan? Jawapannya tunggulah apabila kita sudah mencederakan orang lain ataupun diri sendiri.

Satu soalan untuk mendapat kepastian telah aku tanyakan pada doktor pakar tersebut;

"Jadi doktor, kita semua ni gilalah ya?"

"Janganlah cakap 'gila', cakaplah 'sakit' " (Sambil tersenyum)

Secara tidak langsung, doktor itu tidak menolak bahawa kita semuanya 'sakit'. Hendaknya pula kita hidup di dalam zaman yang berpeluang besar memberi tekanan terutamanya di Kota Berlumpur ini. Doktor itu sendiri mempunyai penyakit yang tidak kronik. Sewaktu sedang dia memberikan penjelasan, dia telah berhenti bercakap dan membetulkan frame gambar yang senget di dinding bilik itu. Kemudian dia tertawa lalu mengatakan bahawa dia juga 'sakit'. (O.C.D mungkin?) Perfectionist belum dikira disorder lagi.

Aku dan rakan kelas kemudian telah melawat serta berbual dengan beberapa orang pesakit yang sudah hampir sembuh dan waras untuk bercerita tentang kisah hidupnya. Ada di antara mereka pernah membunuh, tetapi mereka bukan lah pembunuh kerana sewaktu kejadian, mereka sedang sakit dan tidak sedar apa - apa.

Janganlah kamu fikir ada pesakit yang hanya berpura - pura menjadi 'gila' untuk melepaskan diri dari hukuman membunuh orang kerana setiap pesakit telah diuji air kencingnya, darahnya dan lain - lain lagi sebelum pakar mengesahkan mereka sebagai pesakit. Aku dah tanya soalan ni.

Ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang pesakit yang telah membuatkan aku begitu sedih mendengarnya. Pesakit itu pernah membunuh ibunya sendiri. Puncanya hanya selepas berpisah dengan kekasihnya dan akhirnya tekanan itu melarat.

Nanti lah aku cerita.

Aku mahu tidur kerana ada fikiran yang sedang datang mengganggu semula. Ah, celaka.

Sekali lagi, ini hanyalah coretan kasar yang sempat aku turunkan ke buku nota sewaktu mendengar penjelasan dari doktor pakar itu. Ia tidak meliputi keseluruhannya. Hanya mahu berkongsi dengan kawan - kawan yang kita suka.

p/s: Adakah aku gila? Mungkin.

31 ulasan:

pistachio almonde berkata...

ouh...entri kamu ini membuatkan saya mula berfikir...adakah? apakah? gilakah kita??? [hah ni yang aku rasa nak mengorek semula nota psikologi yang pernah aku belajar dulu...huhu]

p/s: kalau kamu ada masalah, jangan fikir sangat2..lapangkan dada, berdoa pada Allah...cuba selesaikan baik-baik... jangan sampai 'sakit'.. take care ya zahiril...

ouh ya sementelah saya memberi komen di sini..apa filem terbaru? tajuknya?...saya menunggu filem terbaru anda ni...hee

r4v3 berkata...

gila babi
xD

sh3 berkata...

uish.
bile dah bace entri ni
rupa-rupanya sy pon pernah 'sakit'
tahap mane yg mmbolehkn seseorg tu msuk tg.rmbutan ye?

Dilusional Jealousy-sakit rupenye bnde ni. ingtkan perkara biasa.

azura berkata...

kalo sebut tentang tanjong rambutan pun saya mintak dijauhkan..macammana awak boleh buat assigment kat situ ye...mesti positif thinking k...

juli ah berkata...

adakah saya sakit juga?

generasi ketiga berkata...

Sepanjang hayat aku..aku rasa setiap perincian hidup dan perbuatan aku menyebabkan aku "sakit" dan terima kasih sebab kau dah bagi aku nama saintifik untuk setiap "sakit-sakit" aku nie...

Antara penyakit yang aku rasa berpanjangan ialah :

Dilusional Jealousy -sebab aku suka over syak kt bfren aku yg sgt naif...(ya!aku adalah awek yang sgt beball...")

Thought disorder - Aku rasa aku pernah mengalami benda ni masa sekolah dulu...walaupun ia adalah cinta beruk..Tapi putus cinta memang buat aku gila...

Narcissistic personality disorder- Aku rasa aku memang konfom kena benda ni sebab kadang-kadang aku juga rasa ternacam bila orang mengkritik hasil karya aku...Walaupun ada ketika aku tak melawan kerana aku rasa apa yang dikatakan benar belaka.Tapi hati aku tetap tidak boleh menerima kritikan dan juga pandangan negatif...

Autoerotik -yang ini aku rasa hampir atau mungkin semua wanita kena termasuk lah aku..Walaupun tak semua orang kata aku ni cantik dan comel..(aku kata tak semua ya..)..Aku tetap merasa yang aku adalah yang terbaik dan cantik dari semua orang..(mesti korang akan kata aku ni perasan cantik kan...tp memang pun..I dun mind..Name pun "sakit")


alhamdullilah...Walaupun aku ada sifat sifat "sakit" ni Aku tetap bersyukur sebab masih and TAKKAN kena "sakit" Exbihitionism..(**,)

yanot berkata...

Dalam bnayak2 penyakit kat entri ni, saya tahu shcizophrenia je. Betapa ceteknya pengetahuan saya!

saya budak per-'ubat'-tan.
so saya tahu pasal ubat lebih dari penyakit.
tanyalah kepada mereka yg ambil bidang ke'doktor'an. mungkin mereka lebih tahu.

cepat sambung entri ini.
xsabar nak baca.
=)

dina berkata...

bob, TQ sebab entri yang bagus ini. membuatkan akak berfikir tentang 'kesakitan ' kita. bob, akak pohon izin dari kamu untuk akak copy entri ini buat rujukan... terima kasih!

mirachantek berkata...

semua orang sedang sakit ya sekarang ni...

Tanpa Nama berkata...

nak pegi sana lg tak? aku bleh contactkan dr ruby yg tak suka frame senget tu....
jgn lupa bw walky talky tau....n pastikan aku tak bw kete yg kurg dr 1000cc..
pastu balik kita singgah ipoh makan tauge ayam...kembang tekak siot...
hahahaha...rindu kat beliau yg membunuh ibu beliau itu... -farah-

Zahiril Adzim berkata...

@pistachio almonde - korek sajalah nota tu semua, jgn disimpan lama - lama. Filem terbaru? Hehe.. tunggulah. Insyaallah..

@r4v3 - babi pun tak gila macam tu :)

@sh3 - bila tahap dah mencederakan diri sendiri atau org lain, itu perlu diberi perhatian. Bermula dengan perkara biasa, lama - lama jadi tak biasa.

@azura - Tg. Rambutan tidaklah sedahsyat seperti yang disogokkan dalam TV. Kami yang mahu pergi sendiri, bukan assignment. Untuk membuat kajian sebelum melakonkan sesuatu watak.

@juli ah - kamu sakit apa? Saya boleh jadi doktornya.

@generasi ketiga - hahaha. Bagus sebab kamu kenal pasti sakit kamu, walaupun kamu memang comel. Takkan kena exhibition? Belum tentu lagi..

@yanot - perUBATan eh? Haha.. Saya pun bukan dalam bidang psikologi atau perubatan mahupun kedoktoran. Ini cume perkongsian apa yang pernah diajar. Sambung? Tunggu masa lapang nanti ya.

@dina - sama2 dan terima kasih kak. Silalah, jgn lah segan - segan. :P

@mirachantek - mungkin ya mungkin tidak. Atau memang ya.

@anonymous (farah) - boleh je. Tapi entah bila aku free dan entah bila kau nak balik Malaysia kan? Jangan dibocorkan nama - nama yang tak sepatutnya. :)

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

wahahahaha...

sial!!

luka lama berdarah kembali!!!
wahahahahah..

kimak..

tapi gua dari kecik selalu rasa gua ni gila..

sebab membe2 gua semua dulu dari sekolah cakap kat gua "lu ni gila la.."

kegilaan itu yg akan membuat kita melahirkan sesuatu yg indah dan hebat..gua percaya tu.. sebab kegilaan itu akan terhasil dari kekacauan, kecelaruan dan kesakitan.. benda2 tu yg akan bantu kita hasilkan keindahan.. terpulang pula ke arah mana kita sulam dan pergunakan segala kegilaan tu.. jangan sampai salahguna dan tak terkawal sudah..

tanjung rambutan!! aku akan tunaikan janjiku padamu!!

salam untuk Raju... aku takkan lupa renunganmu..

p/s; wahahahahaahahahaha... sial!! aku takleh berenti ketawa dol!!!! wahahhahahaahah..

.m a r y n n a.® berkata...

hey babe, this article looks like mine punya cerita, sama idea maybe? but i dont know you either, mcm mana idea boleh sama. funny.

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: berkata...

kamu tak gila. cuma kadang2 kita bertindak luar kawalan.

juli ah berkata...

boleh eh?
bagus.



bila boleh buat appointment?

aMAZy EVE berkata...

mak dan kakak kamu psikitarist (betul ker eja ni) ker?

tribeblind berkata...

Mania atau kemurungan yang terlampau akibat tekanan. Contoh, tekanan selepas berpisah dengan girlfriend / boyfriend, suami atau isteri. Atau juga perpisahan / kematian keluarga. (Mood disorder) Jangan pandang ringan pada perpisahan atau putus cinta kerana ia mampu memberi tekanan yang melampau. Ada juga mereka yang apabila sedang murung, mereka bermurungan yang melampau tetapi apabila sedang seronok atau bergembira, merekalah yang kelihatan paling gembira. Ini banyak dikesan pada sesetengah orang. Mungkin ada juga dikesan pada selebriti. Ooopss..

Ye lah bob, macam mana kau telan ubat batuk berbotol2 masa form 4 kat ampangan dulu kan? Hehehe

Laskar Bahasa berkata...

Kegilaan juga salah satu bentuk gila, dan bagaimana dengan kegilaan untuk membunuh diri dalam tidak sedar?

Jawapan: Ada dalam gambar hang..

p/s: gurau aje. Jemput jenguk blog hamba

ise onzer berkata...

rilek la zahiril...

u x gile...tp tu cume prsn je,x silap i ade satu term utk describe ape yg u alami neh..

one thing yaa...don't be so paranoid la zahiril..bahaya tau...nnt bole dpt schizophrenia..

hahaha...

delusional jealousy....pd i jealousy is normal ...tp kalo dh extreme sgt smpi m'bahayakn org lain,yg 2 br bole digelar disorder...

bole nk jealous kt org...but take it positively in a sense that..it motivates u towards becoming more n more successful...

sorry..can't write a long comment,got to go...i'm attending a course right now..

kalo nk mntk tlg ape2,email aku

ieszwa_83@yahoo.com

x pon,msg je kt facebook aku...okeh??

sbnrnye ko xde mslh ape pon mentally...tp sbb ko t'lalu pk kn bende tuh..so ur perception somehow will shape the reality...

Zahiril Adzim berkata...

@sampah yg boleh dikitar semula - tak payahlah, pakcik 'rumah hijau' tu pun dah balik kampung. Tunggu kau raya lepas takda.. Takboleh berhenti ketawa eh?

@marynna - benarkah? Artikel yang mane satu? Situasi begini dipanggil 'collective unconsciousness'. Pemikiran yang sama tapi tidak mengenali sesama sendiri. Jemaah sifatnya.

@nurulaimi - ouh, saya belum bertindak di luar kawalan lagi. Saya pun tak kata saya gila.

@juli ah - saya jarang buat appointment, selalu walk in je. Sakit apa kamu ini? Biar saya google dulu..

@amazy eve - Bukan. Tetapi kedua - dua mereka dalam bidang psikologi.

@tribeblind - Hahahaha!! Itu zaman konflik. Siapakah kamu, tibe - tibe aku teringat balik apa yang kamu cerita itu.

@laskar bahasa - Hehe. Saya cuma penyumbang cukai. :P

@isa onzer - Hahah.. aku pun tak cakap aku gila lah. Aku cakap mungkin, sebab kita semua memang dah gila. Dalam bidang perubatan, memang dah terbukti. Seperti yg aku kata, antara kronik atau tidak sahaja. Jelousy itu sudah ada istilahnya. Jadi pasti research sudah dibuat oleh pakar kerana sudah ramai yg 'sakit' bertitik tolak dari cemburu.

@

aMAZy EVE berkata...

owh...mungkin bertanya 1,2 atau 3 soklan..mungkin?

akiss berkata...

koool la entri ni. sesi mengenal diri sendiri. sy pon dah taw sy sakit ape.. Dilusional Jealousy .... dulu lahh.

tp skg ni ade penyakit baru...fobia nak kawen...nnnti nk google ape name saintifiknya. hehhe

tp...semogakita semua dpt dijauhkan diri dari sakit exbihitionism..wahahaha.

btw. good entri!

Melody berkata...

Saya pun pernah lawat hospital sakit jiwa untuk tugasan mengenai Mental Disorder, assignment + group project untuk kelas English . Masa tu baru Form 5, jadi doktor tu jawab interview kami dgn scale untuk budak Form 5 saja lah. Masa tu takde pun kami tau segala macam jenis sakit yang kamu cerita ni. Buku catatan saya dan klip video projek ni pun dah tak wujud lagi.

Masih sangat banyak lagi info yang saya (dan kita semua) belum tahu rupanya. Menarik untuk dicari dan dikaji ( cari info bukan cari penyakit ye)

zf berkata...

wah, akhirnya ada jugak entry ni. kalau google kat internet benda2 ni memang komplikated nak baca. lg2 kalau masuk wikipedia, kekadang byk sgt istilah yang aku tak paham..

nota kaki yang bagus, minta izin copy buat rujukan. :)

Putera Aladin berkata...

byk information and nice post! thanks for sharing..

Zahiril Adzim berkata...

@amazy eve - oh, silakan lah..

@akiss - terima kasih. Google jangan tak google, hehe :P

@melody - wah begitu? Jadi doktor itu telah melabelkan kamu semua? Hmmm... nak cari penyakit pun boleh, asalkan ada ubat. Sakit gigi, pakailah ubat gigi.

@zf - ya, akhirnya. Terima kasih. Hehe :) silakan silakan..

@putera aladin - Thank you, you're welcome.

aMAZy EVE berkata...

ermm boleh kiter diskusi di tmpt lain..email atau um mungkin?

nor faezah berkata...

gila sebab ada bnda keliling aku!

murni berkata...

hehe..jangan risau..anda semua tak gila..apa yg anda hadapi adalah traits je..trait ni mmg part of diri kita (cemburu, perasan, hystrionic, narsicistic penting utk protect diri kita) tp klu yg keterlaluan yg menyebabkan gangguan terhadap komuniti, baru lah ianya dikatakan 'disorder'

p/s:zahiril, doctor mane yg bgtau? prof hatta ke?

nadiafarah berkata...

haha..ble bce ni aku tau aku pon upenye Gile..ish..ish..nway aku suke post ni sbb mmg Giler!!!

Amalina dan Benda Kecil berkata...

aku ade buat citation tentang post ni, di sini. terima kasih.
http://amalinadanbendakecil.blogspot.com/2011/03/ocd.html