Rabu, November 26

bengkel kolaborasi - snap!

Hari ini tamatlah collaboration workshop yang aku sertai semenjak beberapa hari yang lepas. Banyak perkara yang telah dibincang dan di petir-otakkan (brainstorming). Berlandaskan tema besar bengkel ini iaitu HOME, pelbagai cara telah dilaksanakan. Perbincangan, presentasi, improvisasi dan lain - lain lagi. Antara kami terdiri dari Melayu, Cina dan India yang datang dari pelbagai latarbelakang dan kerjaya. Itu yang membuatkan aku tertarik untuk bekerjasama lagi. Insyaallah, kalau tidak ada aral melintang, kolaborasi ini akan diteruskan lagi.

Jadi semalam, kami sekumpulan telah berjalan atau bersiar - siar di sekitar Kuala Lumpur untuk lebih mengenali kota yang dipanggil HOME ini. Walaupun dalam masa yang singkat dan tempat yang terhad, aku telah ke beberapa tempat yang tidak pernah aku singgah sebelumnya.

Kami bersetuju untuk menggunakan pengakutan awam agar lebih berpeluang untuk melihat sekeliling sewaktu melakukan observasi.

Aku teringat, masa aku darjah 5 aku dah pandai naik bas mini pergi Sungei Wang main game. Memang dari kecik aku sudah berlegar - legar di Kuala Lumpur dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, bas dan teksi. Bila aku sudah meningkat dewasa dan memiliki keselesaan berkereta, aku sedar bahawa banyak perkara yang aku terlepas.

Sebagai pemandu, fokusnya terhad kepada pemanduan sahaja.

Nah, ini sedikit foto yang aku snap! untuk dikongsi, selebihnya adalah simpanan peribadi. Aku bukan seorang jurugambar ya, ingat itu.


(Foto oleh Cathy)








(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy) Sheerad memang lapan kali besar dari aku!

(Foto oleh Cathy)






(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

Namron dan kameranya, haha.

(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

(Foto oleh Cathy)

p/s: Maaflah, aku bukan abang jurugambar gempak dengan DSLRnya. Kamera itu pun bukan milik aku, pinjam.

Ouh ya, saudara JD dari Berita Harian telah menyelitkan berita bahawa aku sedang solo tanpa ikatan cinta. Hahaha.. Nak selit jugak... (tetap, katanya)

Takpalah, solo itu kan lebih mudah untuk fokus kepada diri sendiri? (ayat penyedap hati sendiri)

30 ulasan:

dina berkata...

lama takde entri bergambar macam ni... kali ni best, cuci mata!

juli ah berkata...

bag kuning - chun



wahh. ada ad/flyer - or whatever it's called - in jawi. saya sangatlah sepet skang, dah lama tak jumpa.

Laskar Bahasa berkata...

En Bob, tak sangka notis dalam tulisan Jawi masih wujud kat KL. Bob, lain masa tulislah pula mengenai 'Kepupusan Tulisan Jawi'. Kasi pedas punya.

Laskar Bahasa berkata...

Kesilapan...setelah diteliti, bukannya tulisan jawi..tp tulisan arab.

agaknya utk disewa kepada bebudak arab yg study kat malaysia.

azura berkata...

nampak gayanya mood tuan punya blog agak berubah...kalo kita naik pengangkutan awam nih memang best tengok permandangan...hilang tension....lagila kalo pergi kuar dengan kawan2 lupa dunia jap...sesak pun tak kisah...

Melody berkata...

Somehow tiba-tiba saya berkeinginan nak menjelajah bandar saya pulak lepas baca entri yang ini..Jelajah yang menjelajah, bukan jelajah yang setakat jalan2 melawat shopping malls baru atau tempat2 popular dalam negeri atau kawasan pelancong cari cenderahati. Hehe. Kena cari activity partner ni nampaknya.

farhanaLicious berkata...

eh. bukan dengan liyana ke?
opps! mood terjah menerjah melodi.

pakai spek itam masuk toilet?

nampak sangat kecik kan? ke sheerad terlebih besar?

Atie Kamil berkata...

klu ikutkan pjalan kaki n pengguna public transportation ni lebih byk dugaan dihadapi sehari2an...byk pengalaman di samping dpt belajar perangai makhluk bernama manusia.sy blm cukup mampu utk keselesaan berkereta tp berpendapat kl lebih 'indah' dinikmati tanpa kereta

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: berkata...

wah seronok jalan-jalan...tak ajak pun!

generasi ketiga berkata...

Solololololo ke bang bobbaa..Bkn kamu chenta dengan "Ayam "ker?huk3(**,)

adika berkata...

betul kata ko... yang tak seronoknyer bile memandu adalah kita akan kehilangan detik saat perubahan persekitaran kita + peristiwa-peristiwa singkat yang muncul disekeliling kita... ternyata, berkelana itu memang benar memberi 'kekayaan' pengalaman untuk perisai kita dalam merencanakan nafas yang dipinjam ini... huhuhuhu...

(aku pun kadang-kadang cilok duit syiling bapak main game kat kota raya! hahahaha!!)

Zahiril Adzim berkata...

@dina - haaa... cuci kak, jgn tak cuci...

@juli ah - bag kuning chun? Chun mcm kamu kah? Sepet dah lama tak jumpa? Saya kurang faham.

@Laskar Bahasa - Tu lah, saya pun tak sangka, sebab itu saya ambil gambar itu. Kepupusan tulisan arab? Hehehe.. saya tiada pengetahun untuk itu. Nanti takut memandai - mandai pulak.

@azura - mood agak berubah macam mana tu? Betul, pemandangan luas. Tapi saya lebih gembar bergerak seorangan agar lebih peka.

@melody - Kalau ke shopping mall itu bukan menjelajah, tapi itu dijajah. :P Bagus kalau mahu bersiar - siar dan mengenali tempat tinggal sendiri.

@farhanalicious - Hahaha.. itu cerita zaman bila tu? Mungkin kamu tidak meneliti puisi saya beberapa bulan yang lepas. :P Spek itam masuk toilet adalah kerana terlambat bukak spek sebelum gambar dicuri ambil. Dan ya, Sheerad itu memang terlebih besar.

@atie kamil - kedua - duanya mempunyai pro dan kon. Dengan kereta juga kita mampu pergi ke tempat yang di luar kawasan pengangkutan awam. Kalau sistem pengangkutan awam kita lebih cemerlang, sudah tentu saya memilih untuk tidak memandu. Tapi, apakan daya..

@nurulaimi - nak ajak macam mane, kamu hilang! Nak contact pun tak tahu macam mane.

@generasi ketiga - chenta dengan ayam? Itu imaginasi yang kamu inginkan sebenarnya kan? Haha!

@adika - berkelana? Yeah.. tapi ini kelana tidak berjaya seperti kelana jaya. Ini kelana gagal. Haha.. Main game kecik - kecik memang syiok!

vidadarisakura berkata...

laa...tyme aku naik menatang tuh ko teda plak p tangkap2 gambar..hee

Aen cHAn berkata...

Err..sila check spelling anda ye. Terutama ejaan keselesaan. Ejaan anda membuatkan saya terbelit2 lidah menyebutnya. Awas jika dijumpai pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. (poyo je lebih tukang komen ni. dia pun cakap rojak..)

yanot berkata...

beg kuning tu beg kesayangankah?

heelsaiztiga berkata...

'Takpalah, solo itu kan lebih mudah untuk fokus kepada diri sendiri? (ayat penyedap hati sendiri)'

setuju, tapi solo sgt pon tak boleh gak,kan? :D

isa onzer berkata...

cantek2 gambo ko...

bak aku nk kibau satu

hahaha...

juli ah berkata...

tak chun, hensem :D

sepet as in, tak bukak mata betul-betul; adik kepada being ignorant.

Amer Yusof berkata...

bob, tulisan arab x pernah pupus...yg nak pupus, tulisan jawi ...tulisan org melayu dulukala yg diubahsuai drpd tulisan arab dgn tambahan 4 huruf...lebih kurang cam tu lah..hehehe.

aMAZy EVE berkata...

ehehe nice kan biler jalan2 mcm tu...anyway ini kolaborasi apa yer?macam seronok jer...abg namron pun ada..

ntalala berkata...

ches! bukan jurugambar bukan jurugambar. tpi snap foto gempak gempak jugak. hahaha

okelah, nak melompat ke blog lain pulak. byebye :D

Zahiril Adzim berkata...

@vidadarisakura - lar, time aku tangkap - tangkap gambar, kau taknak pulak naik menatang tu :P

@Aen cHAn - terima kasih. Kalau tidak kerana lidah terbelit tu, kesilapan ini tidak diperbetulkan. :)

@yanot - mungkin.

@heelsaiztiga - betul. Bahaya juga. Hmm.. entahlah.

@isa onzer - kibau? Wahaha.. silakan..

@juli ah - hensem? hmm.. ya. Oh, itu maksud sepet rupanya. Jadi tunggu apa lagi. Keluar lah meluaskan mata.

@Amer Yusof - Ouh ok. Ya betul, tulisan Arab belum pupus lagi. Tapi nak tulis pasal jawi saya masih lagi kurang pengetahuan.

@Amazy Eve - Ya, memang seronok. Ini seperti bengkel memerah otak. Hehe. Ya, namron juga ada dan kameranya juga ada.

@ntalala - mungkin subjeknya tu yang menarik, bukan shotnya. Lompatlah dengan berhati - hati.

mangda berkata...

solo its gud for concentrate to ourself!!
sy sokong..hehee
tp sbnrY br je patah ati..nway xmo pk2 da..lyn bob py blog lg bgus

Tanpa Nama berkata...

oooppppssss...terbocorkan nama eh....sowy....
wei bestnya jalan2 kat tempat sendiri ek...jalan2 kat sini rasa cam pelancong ar...tak best...rasanya lain...
kenapa kita selalu rindu dgn benda2 yg kita tinggalkan...padahal kalau benda tu ada depan mata kita wat bodo je...
contohnya benda yang bernama mirul...kalau ada depan mata rasa macam nak tolong korekkan hidung dia pakai pensel tekan2...tapi bila jauh ni tengok gambar dia pun rasa cam nak amek kepala dia letak bwh ketiak....farah

generasi ketiga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
generasi ketiga berkata...

Quote
""generasi ketiga - chenta dengan ayam? Itu imaginasi yang kamu inginkan sebenarnya kan? Haha!""

What da??Huh??
I dont think So babe??
**sigh**

nadiafarah berkata...

Gmbr2 yg chantek(cathy tngkp gmbr chantek..ko punye pon chantek gak..)
aku adlah org yg xde kete so aku sntiase gune public transport tp xpnah la plak nak menghayati K.L (aku jln menonong je)so ble tgk gmbr2 ko n cathy ambk aku cm rse "MENARIK LA PLAK!!!"..

its JUST me... berkata...

salam...
nice shot..
mcm best je bengkel nih..
citer skit pasal bengkel nih..

sang kenggeru berkata...

seronok.rase rindu dgn kuala lumpur stlh 3 bulan meninggalkn bumi mesia. oh.tibe2 rse homsik.xpe.demi mse dpn negare dan bangsa.heheh.ter'em0'.
mmg best nek monorel,lrt.public transport plg best!mmg dah berazam pd diri, bile blk cuty nnt, nk ronda2 1 kl + msia.
p/s monorel ttwngse kn?ahh rindukn sentul 8(

hariresafri berkata...

like 1st pic! Artistic mood.-Adi Safri-