Ahad, November 30

HOME atau rumah

Rumah ialah satu daerah selesa juga satu titik permulaan. Kita harus keluar dari titik permulaan itu untuk memulakan permainan.

Rumah punyai tenaga untuk menendang kita keluar jika kita berkeras untuk berada di dalam,

DAN,

menarik kita pulang jika kita berkeras untuk berada di luar.

Ini bukan dari konteks rumah sebagai objek atau bangunan konkrit. Ini HOME.

12 ulasan:

Vitamin berkata...

macam ada proj baru je... dengan siapa pulak ni??

zf berkata...

a'ahla, tekezut aku bace, gempak semacam ni. nk buat teater psl 'HOME' ke?

Amer Yusof berkata...

HOME? Rumah? Teratak? Pondok? sama jah.

Rumah yang kau tulis 'semacam ada kuasa magnet' je, masuk atau keluar rumah 'itu' bergantung kepada +ve atau -ve. Post yg agak misteri, projek baru ek?

Ada orang tak perlukan rumah untuk sekadar hidup dan bernafas, tp orang tetap perlukan rumah untuk berteduh, untuk keperluan kendiri dsamping untuk dikasihi dan mengasihi, dan untuk berlindung daripd ancaman.

Rumah sebagai objek - perkongsian manusia sesama manusia bersama alam, ruang dan hidupan lain (termasuk lipas dan cicak yg byk di rumahku...hahaha)

Bob, tolong supply bagon atau ridsect. Ancaman besar ni!

Zahiril Adzim berkata...

@vitamin - projek baru bukan pasal rumah. Ini cuma lebihan catatan dari bengkel hari tu. Projek baru di Stor DBP, dekat - dekat dengan kamu juga. :)

@zf - ouh tidak. Teater tu, tak tahu lagi lah. Terserah pada sang organizer, baru habis workshop sahaja.

@Amer Yusof - Rumah, teratak, pondok itu HOME dari konteks architecture. Objek atau bangunan konkrit. Tidak sama. Maksudku sebenarnya lain. Apabila seorang warganegara baru pulang dari luar negara, di tengah - tengah airport, dia berkata "I'm home!" Adakah airport itu rumahnya? Maksudnya lain. HOME itu lebih luas bukan? (lipas? Cisss!!!)

Amer Yusof berkata...

Oh.. "I'm home" punya cerita. Kisahnya, mcm feels like home. Teringat plak kat Tom Hanks dalam The Terminal, jd Persona Non Grata kat airport. Setiap manusia mahukan kerakyatan, dan jika tidak punya mana-mana negara untuk didiami, aku pun dok fikir apa akan jd. Hehehe.

Atie Kamil berkata...

kirannya seseorg individu itu menetapkan sendiri territory yg dia pggil HOME...
based on di mana dia merasakan paling selesa n fulfilled
tp ada juga yg tetap menganggap tempat yg sebaliknya sbg HOME
mungkin komitmen atau tanggungjawab menjadi sebab2..
mcm mana pulak dgn mereka yg byk HOMES?
just a point to ponder

mirachantek berkata...

haha aku terlalu selasa berada di 'home'. sampaikan masuk kolej pun yg sebelah umah daan hari2 balik rumah.
tapi sekarang tak lagi.
sudah 'dihalau keluar' dari rumaah.

sekarang menetap di hostel.

sedih.

Diloz berkata...

rumah aku tak ade dapur.
cube kau bayangkan.

Zahiril Adzim berkata...

@Amer Yusof - benar tu cik amir. :)

@Atie Kamil - hampir sama dengan apa yang saya cuba sampaikan. :) Orang yang banyak homes? Entahlah, mari kita tanya siapa?

@mirachantek - Selesa kan? Menarik kita untuk menjadi malas di rumah. Itulah daerah selesa yang dicakapkan.

@Diloz - wah? Mane pergi dapur kau?

mirachantek berkata...

:) terlalu selesa utk aku dan kau tinggalkan...

nor faezah berkata...

kalau kita tak bayar duit sewa rumah pon kene tendang jugak kan..kalau rumah tu dah runtuh kita jugak akan 'dihalau' jugak kan,wlaupon itu rumah yang kita bina sendiri..nyawa itu lebih penting..btol tak?

fazleena berkata...

home sweet home. :)

nice writing. nice acting. keep it up.