Wednesday, October 22

jalanraya bukan teman, tapi ini teman di jalanraya

Setelah berapa tahun aku tak jumpa seorang teman ini, tempoh hari aku jumpa. Teman di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, dahulu. Lepak, bual, gelak, lawak. (Aku butuh bersosial waktu - waktu ini). Kemudian kami ke suatu tempat yang lebih sesuai dan aku diberi seperasaan keseronokan oleh teman ini.

Keseronokan? Aku tak panggil ini seronok!

Teman aku ini sebaya, muda seperti aku. Mungkin kerana itu cara pemanduannya boleh membuatkan roh aku tertinggal lapan tiang lampu isyarat di belakang! Aku tidak pernah tahu Produa Myvi boleh bergerak selaju kuda lumba! Atau seperti sekilas ikan di dalam kolam air yang dibikin oleh bapak aku di dalam rumah! Betul, aku mengaku aku takut pada kelajuan.

Bukan hanya sebab kelajuan boleh membunuh, tapi sebab aku dan kelajuan tidak boleh DISATUKAN! Panggil aku pengecut? Silakan. Biar aku tambah, aku kecut pada pemecutan. Jelas.

Sekarang, bahasa pasar pula atau separa rempit.

Gentle beb, aku cuak gila dia bawak kereta! Aku menjerit macam orang gila! Dia ambik corner macam manusia ni ada 9 nyawa! Gila kau! Banyak kereta atas jalan, dia boleh cilok kereta tu semua macam perkataan accident tu tak pernah wujud!

Teman itu memang berbakat kalau bercita - cita untuk menjadi pelumba. Tapi aku?

Aku tak pernah bercita - cita untuk duduk dalam kereta pelumba!

Kemudian aku berfikir balik. Satu masa dulu, mula - mula aku dapat lesen kereta, mungkin ini perasaan orang yang naik kereta dengan aku dulu? Sejak bila aku menolak kelajuan dalam hidup aku? Aku juga muda! Aku juga pernah memecut kereta!

Rupanya tidak.

Aku pernah terlibat dalam beberapa kemalangan hampir mengcopet nyawa aku dan teman. Mungkin Tuhan putuskan waktu itu, bukan waktu aku lagi.

Mungkin itu. Juga dengan bacaan berita serta pemerhatian situasi celaka jalanraya di depan mata sendiri yang membuatkan aku menjadi pemandu 'lebih santai dan CDnya'.

Pesongan kata;
Ada juga Si Boyfriend yang memecut mengekspreskan kemarahan pada Si Girlfriend sewaktu berkelahi hebat di dalam kereta, ya?!

25 comments:

bono said...

haih..yeah mmg ada bf2 yg mcm tu..isk..kdg2 x pyh gaduh pn nk bwk laju..show off laa kot..

nway,yeah,im not a fan of "pemecutan" jugak..xda bende nak di rush agaknye..

nak drive pn fobia..ish..

cAndLe iN tHe wiNd.. said...

kecut pd pemecutan?
hmm.. kalo sume pmandu bfikiran cm u mst aman jalan raya kn..ihiks

akiss. said...

elok la awak takot dengan pecutan, syg diri tu dulu.

sy pon pnah eksiden, mmg kasi pengajaran buat diri sendiri.

dan yg paling best, pesongan ayat awk, dulu ex-sy mcm tu. dh la bwk keta enjin turbo, dia pecut sbb marah kan sy, sy jerit terus.

"kau kalau nak mati, mati lah, tp turun kan aku...aku xnak semati dgn kau!"

terus sy ugut loncat dr keta dia.

itu dulu lah. gila punya lelaki.

Anonymous said...

Mungkin itu cara orang mengekspresikan kemarahan. Lain orang lain caranya kan? Tak semestinya dengan bf/gf sahaja, marah dengan diri sendiri pun adakalanya boleh buat orang hilang kewarasan. Show off? Kalau kereta lawa bolehlah, kalau stok kemek depan belakang, calar balar macam kerbau balau, nak show off apa kemendanya? :)

zazaez said...

Haha. Bob mmg takut anything yg mcm lipas kudung. Wait! Lipas pun kan? ;)

lovie say : said...

haha kiut gile. takut lipas.

mapieceofart said...

pecut...? main game boleh arr... in real life... no²... thanx... haha...

+ da serik arh eksiden mase zaman² merempit dulu... smpi skrg bahu senget sebelah... baru motor tu... blum kete... huhuuu... ~0^_^0~

Anonymous said...

yesza.. susah nak cari anak lelaki muda yg kecut dgn pemecutan.. sesungguhnya u tak rugi apa2 pun dgn kekecutan tu..

lipas?? so sweet.. ahaahah

-GemoQ- said...

waahhh.. aku pun takut dengan kelajuan.. heheh.. jadi berani bila lambat ke tempat keje je.. :)

sesungguhnya.. biar lambat asal selamat harus diamalkan.tapi tak sesuai dijadikan alasan lambat ke tmpr kerja

Zahiril Adzim said...

@bono - ouh ada bf mcm tu eh? bf kamu?

@candle in the wind - ntahlah. tapi kalau ajal, kat mana2 pun boleh. :)

@akiss - pastu, loncat tak?

@nora - ya, mungkin. tapi rasanya tidak selaju teman saya ini.

@zazaez - lalalala.. apaa?? tak dengar laah??? kakak aku sungguh tak cool.

@lovie - jgnlah percaya khabar angin.

@mapieceofart - game? yeaaahh!!!

@azazral - haha.. ye ke? mcm ramai je yg suka bwk tenang2. bkn aku sorang. sweet? Cis! itu khabar angin.

@-gemuq- dunia aku dalam diri - haha. kalau kes ini, diharuskan mungkin? tapi tidaklah selaju teman aku itu. aku tak tahu mcm mane nak cakap lajunya!

Anonymous said...

Tapi hairan jugak yer..macaman michael Schumaker tu boleh bawak laju2 tanpa rasa takut???

-GemoQ- said...

aku penah member aku pandu(dia seorang wanita) bawa 160 kat federal pastu leh potong cilok between 2 kereta, dia lalu tengah2. jarak ye 1 inci antara side miror.. ko rasa aku nanges ke tak ?

akiss. said...

tak loncat. sbb kete langgar divider.

nasib baik umo pjg, keta dia yg abis. ahahahahaha.

bono said...

oh...smestinya bkn bf sy..nvr had one like that...alhamdulillah..

but ada laa berdasarkan kisah2 benar some friends...

zf said...

kalau orang bawak laju2, aku keras je dalam keta. aku nak tekencin pun tak keluar. haha

Anonymous said...

wah!!! sume cite pecut kereta..
abis kalau tak stabil macam aku ni camne plak nak cite?
pecut LRT?? boleh??

cayalah ZA!!! wooo!!

p/s: pecutan = halaju / jarak. ini fakta, bukan trivia.. auuuwww!!!

dina said...

Bagus bob, kau takut pada kelajuan dan kau pasti seorang yang amat cermat di jalan raya. Akak sokong 200%. Kerana, ramai perempuan juga seperti Bob, takut pada kelajuan... jadi kerana itu kami memandu dengan penuh berhati-hati tanpa kelajuan kerana kelajuan itu membunuh... tapi kebanyakan lelaki suka mempertikaikannya... ya, lelaki yang sukakan kelajuan.

Anonymous said...

Bob....aku, farahidayufadzil, sesungguhnya mengaku yg aku paling suka,bahagia,indah,menyelerakan naik kete dgn ko berbanding naik dgn teman2 yang lain ini... xavier+ecah=mcm bw kete sewa yg nak kena pulang kat tuannya sebelum harga sewa meningkat..yusman=kaki yang selalu gout....amy=terlalu lembab seperti kete autonya yg tak pickup n brek yg terlalu makan....mirul+natalia=tak kenal steering....ayam=yg matanya kerap berair dan kemerah-merahan....lan=yg selalu bw kete aweknya n dia sendiri takder lesen....dyna=tak yakin semasa naik bukit....hahahahahahahahahhahhahahhaaa.....aku rindu sekali nak naik kelisa putih ko itu....kat sini aku naik kaki n kaki naik aku,mobil ibu yani (suzuki katana) yang bleh wat pempuan hamil terberanak tak cukup bulan,basikal kami yang tayarnya tak berangin,motor pinjam budak rumah yang telah membuatkan kami tersesat di kota bandung yg kecil tapi berselirat ini dan selalunya kami naik angkot a.k.a van yg sekejap2 berhenti tak tentu pasal itu......bob....aku kangen....

FarhanaLicious said...

erk. saya pun takut laju. tolong jangan laju2 ngan saya. sebelum saya terkena sawan.

pistachio almonde said...

hye zahiril..alhamdulillah awak selamat dlm accident tu...x perlu laa nak memecut membahayakan diri sendiri dan org lain kan....

Anonymous said...

adik aku sama je macam member kau tu.

tak reti nak pelan-pelan.

kejar ape ntah.

kerana takut,aku kerap suruh dia berhenti di kedai untuk ke tandas.meredakan kelajuan yang aku pun kecut.

fuh.

Anonymous said...

zahiril,

hehe..it's been a long time since i last 'visited' ur blog..i've been bz with assignments..hehe

i x sangka dlm ganas2 kt cter kami,rupenye u takot ngan pecutan..haha..

xpe,pandu berhemah..biar lmbt asal slmt..

:P

tp 2 laa...i ade sorg kwn nih die mmg takot nk drive smpi skang sbb pnh eksiden teruk...kesian gak,tp nk buat cmne kan..

nway,keep on posting interesting topics...i'd love to read it...tp i x bg komen ekstrim kot..haha..

:LOL:

Zahiril Adzim said...

@janggel - lain orang lain kelebihannya. Michael Schumaker pejam mata pun boleh lalu jambatan.

@-gemuq- dunia aku dalam diri - perempuan? hebat. Semua orang pun boleh buat, tapi akan sampai satu masa yg dah x mampu. Ko nangis tak?

@akiss - langgar divider? Hehehe.. tak baik ckp mcm tu. :P

@bono - ya, betul. Banyak cerita yg mcm ni didengar, tapi kita peduli tak peduli je. Kan?

@zf - kereta dalam kereta yang lebih keras?

@sampah yg boleh dikitar semula - Berapa kali je kau naik LRT? Betul ke ni? Fakta ke ni???

@dina - tapi jgn terlalu lembab atas jalanraya, hahaha nanti org belakang mengamuk. Saya boleh memandu laju, tapi TAK BOLEH LAJU MCM KWN SAYA NI, dahsyat.

@anonymous(farah) - kau lupa kereta aku yg jarang berbasuh! Haha!

@farhanalicious - semua benda tak suka laju? Hehe.. kadang - kadang, ada benda perlu dilajukan. :)

@pistachio almonde - Ya, alhamdulillah saya selamat. Saya ada amik gambar masa accident tu (5 tahun lepas) tapi tak ingat dah kat mane. Haha..

@diloz - tu lah. Tapi tak heran, ramai orang muda suka kelajuan. Tengah excited, agaknya.

@isa_onzer - tu lah, lama tak nampak. :) ganas? haha.. tu kat layar, realiti berbeza. Kenapa tak bagi komen ekstreem lagi? Hehe.. tak mengapa, mcm aku kata 'komunikasi dua hala'.

Anonymous said...

aku penah ade boyfren yg begitu..setiap kali marah-bukan pd ak shj-mesti nk drive mcm org gile..yg jd mangse-aku-
tp hari2 ckp sayang aku..
argh..
tp skang die da begelar EXboyfren..ak kembali tenang di dlm kete skang..

Anonymous said...

memetik kate2 sampah yg boleh dikitar semula

pecutan = halaju / jarak...

fakta???adeh....salah dek..

pecutan = halaju / masa