Friday, January 23

tahun yang berulang

Kalau budak - budak ni tak nyanyi lagu birthday pukul 11.50malam semalam, rasanya sampai ke rumah aku terlupa ulangtahun aku semalam.

Ah, kepala otak aku memang susah nak dibelah bahagikan.

Terima kasih pada kawan - kawan yang kita suka yang memberi ucap selamat. Harap - harap ucapan panjang umur, murah rezeki semua tu, menjadi kenyataan. Takpa, memang aku tengah berusaha nak jadikan semua tu kenyataan. Kecuali ajal.

Ada masa percuma, insyaAllah aku balas ucapan tu semua. Buat masa sekarang, aku memang tak menang tangan.

Buat masa ini, otak aku takda ruang untuk menconteng disini. Maaflah semuanya. Tinggal 3 hari lagi sebelum pementasan Teater Kompilasi Volume 1. Itu yang membuatkan masa tidur aku dah terbalik, masa makan aku tunggang langgang, dan masa mandi aku...

Masa mandi masih tepat.

3 hari sebelum pementasan teater, biasanya waktu - waktu inilah paling banyak bertikam lidah, argue, tarik - tarik rambut, masam - masam muka, cadangan & bantahan dan segala bagai.

Tapi itulah cara kerja yang sihat. Biarpun bergaduh bagai nak rak janji tujuannya bagus, iaitu untuk mencapai sesuatu keputusan bagi menghasilkan produk berkualiti.

Kawan - kawan yang kita suka, jangan lupa datang menonton Teater Kompilasi Volume 1! Dan kalau boleh sebarkan perkara ini. Copy paste lah poster ini di blog - blog atau di mana - mana yang kau suka. Tindakan itu aku dulukan dengan ucapan terima kasih.

p/s : Syukur, usiaku bertambah setahun lagi. Cecah 25 tahun, hari ini aku masih lagi naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembahkan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya.

19 comments:

eja said...

HAPPY BIRTHDAY dan selamat hari tua encik zahiril adzim..oops!

syud.L said...

happy belated birthday.
;)

ckk said...

smlat hari lahir!

Anonymous said...

happy happy birthday!!:)

mirachantek said...

selamat hari lahir ke 25...
ucap selamat kepada mak anda kerana melahirkan anda.

menulis said...

selamat ulang tahun.

Nurul Aimi said...

selamat panjang umur, murah rezeki, ditemukan jodoh secepat mungkin :D

kurangkan merokok tu

(:

nor faezah said...

semakin tahon usia kita semakin bertambah..so,penuhi lah dgan prkara2 yang tak akn kita menyesal apabila kita lakukan..

vidadarisakura said...

hepi meal!
hee

adika said...

semoga anda selamat dan mencapai apa yang anda ikhtiarkan.. selamat ulang tahun...

by the way bile sampai 23 jan aku selalu keliru.. bobbamario nye besday atau bob cassio nye besday.. coz kedua-duanya adalah bob yang aku kenal.. ghupe-ghupenye, ternyata 23 jan itu milik ko dan si bob cassio terjun kat dunia 23 feb!! hahahaha!!

Vitamin said...

selamat datang ke suku abad yang pertama.

-GemoQ- said...

happy birthday! dah wish kat facebook semalam. tapi gedik gak aku nak wish kat sini. selamat hari lahir. moga Allah merahmati kamu dalam acara seni kamu.Insyaallah..

//dill said...

hi awak! sorry last msg hari tu kita tak reply, was at bagan lalang having seafood with the art department team.
you know, i'm all artsy fartsy and stuff.

budak tua! you're 25 already! 25 doh.
kita nak belanja awak makan makanan sodap.

AdHaNi said...

happy belated birthday... smoga panjang umur.. ermm birthday sendiri pun leh lupa ke? hehe

tkah. said...

happy birthday to youu.
happry birthday to youu.
happy birthday to bobbb,
happy birthday to youu.
haha. saya berniat untuk menjadi salah seorang daripada org2 yg menyanyikan lagu hari jadi. tetapi saya tidak sempat, jadi saya hanya menulis lirik lagunya untuk anda menyanyi sendiri. haha. happy belated bithday ZA!

KHAIRUNAZWAN RODZY said...

bob aku dah ada blog. eh tak sedar pulak.apa lagi!

terima kasih atas sumbangan kuasa yang menyakinkan aku adalah kuasa dua. nasihat baik aku terima. ingat insan itu masih kesayangan dan aku tidak minta balasan untuk aku. tiada maruah yang kita boleh busukkan.

dina said...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Zahiril Adzim...
Allah selamatkan kamu...

(sila nyanyi penuh semangat)

Moga, panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang...

♥.misz luna.™ said...

slmt hari tua enchek zaharil adzim...



sori lmbt wish.....
:p


smoga hari2 mu di tempuhi dgn ceria..

Anonymous said...

mgkn sgt lewat utk wish epy bfday right? hehe. , tp tu la yg nk ckp skang . , epy bfday smoge dpt keberkatan dlm khidupan . , hari2. ,hmm. ,msty pementasan teater tu da berjaya ., tabah jeh la mnghadapi sgale nya. ,