Sunday, February 22

menghitung kebodohanmu

WAH! Terlalu banyak kebodohan mu, sampai tak terhitung aku!

Aku hanya mampu tertawa kecil sambil mendengar dan memerhati. Buatlah selagi kamu fikir kamu sahaja yang betul. Tundinglah pada sesiapa kecuali kamu. Hukumlah sesiapa kecuali puak - puak mu.

Oleh itu, aku cadangkan lebih baik kau jadi Tuhan sahaja.

Aku teringat kata - kata yang dilemparkan Sani Sudin pada pertemuan tempoh hari.

"Adakala kita kena buat - buat bodoh, untuk menimba ilmu".

Bila aku kaitkan barisan kata itu dengan waktu ini, Oh, sekali lagi aku tertawa..

13 comments:

Ezan Nur Ayub said...

biarlah mereka dengan kebodohan mereka...
semoga kita lebih bijak menilai kebodohan itu..
dan yang penting jangan sampai kebodohan itu meresapi setiap pelusuk jiwa kita.
amin.

toron menoron said...

bob

aku nak tanya sket
mungkin aku akan kelihatan kolot
atau ortodoks
atau bangang tahap cipan

kenapa ayam fleshing dalam WIP?

sila tunjuk ajar


http://masihpicisan.blogspot.com/

atreyu strange said...

ahaa. aku suka entri mcm ni. tajam, pedas, straight to the point tapi hanya difahami oleh segelintir mereka yang terlibat.

Zahiril Adzim said...

@toron menoron - Oh, lebih baik kamu bertanyakan sendiri pada tuannya, kerana dia lebih tahu apa yang dia buat.

Tapi sebelum tu, apa salahnya jika kamu berkongsi dulu kenapa ayam tidak boleh togel. Mungkin dapat dibincangkan bersama secara waras. :)

p/s: Jangan risau, dia akan reply disini juga cuma kamu takkan tahu nama samarannya. :)

AmY said...

pedulikan saja.

Anonymous said...

lagu fuck you - lily allen..sesuai utk ini entry.

Anonymous said...

Is it about what I think it is about..?

Well, diorg tak tahu apa yg kita tahu, kita tak tahu apa yang diorg nak kita tahu, diorg buat-buat tak tahu, terus kita malas nak amik tahu.

Janganlah beratkan kepala En Bob!

toron menoron said...

ayam

sebenarnya aku tak kesah pun ko nak wat apa. cuma kadang2 mungkin aku tertinggal dengan apa yang ingin korang sampaikan.

ingat, korang skang dah jadi ikon yang besar, crowd korang ramai

aku tak nak orang cuma menelan apa sahaja yang korang hidangkan

bukan semua orang bijak macam korang

bukan semua orang ulat buku mcm r.chong

kiranya aku lontarkan persoalan ini mcm melayu tipikal lainnya

AKU NAK TAHU KENAPA

itu sahaja, jangan salah paham pulak



sila tunjuk ajar

AdHaNi said...

aku benci kpd mereka yang perasaan bagus dan suka menuding jari kpd org lain

mirachantek said...

hari hari aku terpaksa buat bodoh dengan keadaan kolej yg macam haram ni.
betullah tu. haha aku juga tertawa

dina said...

tidak bersuara tak bermakna bodoh. cuma tak mahu menunjukkan kebodohan untuk melayan orang yang mengaku bijak...

tapi pada akalnya kita lagi bijak

Zahiril Adzim said...

@puteh - mungkin ya mungkin tidak :) terlalu subjektif.

Anonymous said...

suka dengan sinismu~