Rabu, Februari 11

tulis untuk tidur

Berkepul - kepul asap rokok naik dari ashtray yang penuh puntung ke ruang udara dalam bilik aku. Cahaya dari lampu tidur memancar suram gelapnya bilik aku yang seperti bekas tapak pasar malam. Berselerak terbiarnya.

Aku tak dapat tidur malam ini.

Mataku tidak mahu pejam seperti biasa. Minda ini tidak mahu berhenti bekerja seketika. Berguling - guling, beratus - beratus darjah sudah ku pusing. Sudah puas ku pujuk diri. Tidak mahu juga.

Lalu aku bangun. Nikotin dan kafein berlawan - lawan memasuki tubuhku. Mereka sebati, dari dulu lagi. Aku bangun kerana benar - benar tidak terpejam mataku mengundang tidur. Aduhh.. Aku bingung soal kerja lagi. Mindaku terus berfikir, tetapi tidak banyak yang aku catatkan. Aku percaya ramai manusia sepertiku, otak mereka laju berfikir, tetapi hanya secebis yang mampu dinyatasuarakan. Takpalah, lupakan itu.

Lihat!

Tadinya sebelum jari jemari ini mengatuk papan kekunci, berbuah - buah perkataan yang mahu aku turunkan ke sini. Nyata sekarang telah kabur terhilangnya sendiri. Waktu ini aku hanya mahu menulis untuk tidur.

Aku mahu tidur..

Nah, tak boleh juga. Orang tiada kerja jadi bingung, aku yang terlebih kerja juga bingung. Dua jam yang lepas, aku baru mengatur jadual kerjaku yang telah bikin semak otak aku seperti seluruh bilikku ini. Banyak semuanya. Ke sana kemari. Ke depan ke belakang dan ke kiri ke kanan. Hujung minggu ini aku mula menembak semula. Kali ini tidak kenal rehat lagi sehingga bulan April lamanya. Lanjutan itu pula, lain kerja yang menunggu di ruang masa yang berbeza.

Aku yang telah meletakkan jiwa pada kerja dan kerjaya, bertitik mula dari keinginan yang disaluti kesungguhan. Apa yang aku lakukan hari ini adalah apa yang aku inginkan 5 tahun lepas dengan cebisan hati hancur yang dikutip semula lalu aku bawa lari ke hari ini. Aku pada masa itu jauh sekali dari aku pada hari ini. Yang menolak aku ke hari ini adalah kekecewaan. Jadi, siapa kata kekecewaan itu hanya berakhir dengan kehancuran?

Tidak. Jika ia diheret ke ruang baru yang lebih positif.

Sekali lagi aku cuba untuk pujuk diri agar menyambut kepenatan yang membutuhkan?

TIDUR...

Selamat malam seluruh hamba.

14 ulasan:

Vitamin berkata...

tahniah beb. ko tercalon tuk kategori "THE MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR MOST PROMISING ARTIST AWARD"... cakap kat Ayam n Meruk sekali.. tahniah sekali lagi. cakap kat Merul plak, tahniah sebab tercalon tuk "BEST ACTOR IN A LEADING ROLE".. gila la korang ni.. dah gi sambung tido..

p r i n c e s s berkata...

kdg2 ... bdn yg terlampau penat pon susah na tido ... so, cube pg mandi bob ... mesti boleh tido ... hehehehe ... ^_^

menulis berkata...

malam tadi pun tak boleh tidur

hati degil dgn sikap sendiri.

dah diberi jawapan tapi masih tak mampu terima kenyataan

pil tidur ada?

ise onzer berkata...

tutup mata..tdo jerhhhh...!!!!!

:P

MB berkata...

sesetengah orang akan ambik buku sastera bahasa melayu yang tebal-tebal untuk membuatkan diri mengantuk.. masalahnya, adakah anda tergolong dalam golongan tersebut?

Coffeeholic berkata...

selamat tidur bobba
jgn difikir lagi
jalanmu sudah luas terbuka

inshaALLAH Kejayaan buat kamu.
Amin.

LeSScAkAp berkata...

sah la by the time ko baca komen aku nie ko dah bangun dari tidur dan mungkin juga ko tgh cuba untuk kembali tidur...

mungkin

apa pun congrats la atas pencalonan2 itu...

all the best...

salam

Nenek Kebayan berkata...

"Yang menolak aku ke hari ini adalah kekecewaan. Jadi, siapa kata kekecewaan itu hanya berakhir dengan kehancuran?

Tidak. Jika ia diheret ke ruang baru yang lebih positif."

Bob,inilah semangat yang patut diteruskan. Jangan biarkan kekecewaan menjadi penghalang untuk ke hadapan. Belajar dari setiap kekecewaan kerana kekecewaan boleh mematangkan kita. Right on, Boy.

mirachantek berkata...

kafein dan nikotin yang sebati tak baik utk diri kau.
juga tak baik utk ekonomi kau.

rudy bluehikari berkata...

witir dulu sebelum tidur. minum susu hangat. kurangkan nikotin dan kafein. nescaya ranjangmu puas.

Azli Raja berkata...

basuh kaki sebelum tidur, kalau tak boleh tidur jugak, basuh tangan pulak lepas tu cuba menaip blog ni dgn kaki....... gerenti tidur penuh pulas!

Bella berkata...

u bleh solat XD
the one which u do when u wake up tengah malam tu..
forgot the name though X)..

Koishie berkata...

aku juga punya masalah tidur yg agak kronik. Pernah 2 kali pada bulan ini, aku tidak dapat tidur langsung pada malamnya dan esoknya keluar bekerja seperti biasa. ermmm..

persona_non_grata berkata...

benar katamu...
tidak semua kekecewaan berakhir dengan kehancuran..
aku juga merasainya n itulah yg mbntuk aku pd hari ini..
trime kasih kkecewaan!