Rabu, April 29

ahhh... indaahhh

Aku fikir aku nak menulis di Tanjung Karang, tapi apakan daya tak menyempat.
Jadual kerjaku agak rapat - rapat seperti orang naik bas mini warna merah jambu masa aku darjah 5 dulu.

Tanjung Karang..
suasana yang indah.
Sebagai penyambung kenikmatan aku dari Tioman.
Dah lama aku tak jumpa Kota Lumpur.
Hampir - hampir 2 minggu.
Pedulikan!

Yang dapat membuatkan Cik Wani Ardy cemburu dengan lokasiku sekarang. Oh, takziah juga padanya.

Disini, setiap petang aku akan mengayuh basikal tua (prop) meluncur celah - celah pohonan kelapa menembus angin petang di kawasan kampung segar ini. Meneroka sebatang jalan tar yang panjang diapit oleh rumahan kampung dan pohonan nyaman.

Kalau aku punya 4 tangan, 2 tangan aku mengawal basikal.
2 tangan lagi aku ku coretkan macam - macam di buku nota sambil menjadi saksi kesegaran kawasan itu.

Tapi bila ku pulang ke lokasi, aku terpaksa terus bekerja yang memerlukan minda dan emosi hingga terlupa perkara yang ku saksikan petang tadi.

Sebuah nikmat yang tidak akan aku dapat di Kota Lumpur. Rumah kampung tempat aku menembak ini telah mengiangkan aku pada kampung ku di Kedah. Satu perkataan yang hampir tepat ialah..

Indah.

Aaahhh.. indaahhh...

Tempoh hari di Tioman, juga indaaahhhh....
Aku cintakan alam. Sungguh.

p/s: Entri ini agak kolokial ya?

48 ulasan:

Kay Faizal berkata...

sungguh layan blog kamu... :)

ima berkata...

indah.
suasana yg indah.
kata2 yg indah.
:D

flau berkata...

pandai u nak gunakn 4 tangan u tu. hehe.

*cikmiko* berkata...

sgt kagum dgn blog kamu!
sungguh!!
dan juga kagum dgn kamu merah!!
hee ;p

Boo™ berkata...

kampung memang indah sangat :)

zera berkata...

entri ini buat sy lebih menhargai kg sy..
suasana indah yg tdk akn di perolehi di mana2 di tempat sy berada skrg..
rindu waktu pagi di kg~
\(~.~)/

TsUjUn berkata...

heh,
memang agak kolokial..
kepuasan terlukis penuh di wajah.
bukan lagi menujah-nujah,
pagar duri yang tak dek di redah

cemburu,
bukan semburu sama kamu,
cemburu sama keindahan..
ranap sekali bangun kibar keindahan.

puteri nyaring berkata...

menakutkn gk klo ade 4 tgn..nnti nmpk mcm sotong la plak..he3

marina berkata...

saya juga sukakan keindahan alam.. suasana kampung yang masih menghijau.. bila kita pandang hati jadik tenang setenang tenangnya alam.. suka sangat.. lagi2 dpt nek basikal keliling kampung..

kecik berkata...

slmt bersatu dgn katil ye mr zA!

si pari pari berkata...

perkataan baru 'kolokial' apa tu ?, adakah sama maksudnya dgn kolot ?

help me guys........

p/s : sudah-sudahlah tayang badanmu tidak berbaju, nanti ada org naik angau simpan gambarmu bawah bantal..hu..hu..

tyga berkata...

suke tgk laut..
ilang sgala masalah huhu..

cujen berkata...

ni tempat becuti ke?
mcm best jer..
rase nk pergi jugak

Saichou berkata...

tulisan kamu sgt best..ade gaya tsndiri, ade pmikiran tsendiri..
yup suasana kg lbh enjoy dn tenang dr kl..

missy dot dot berkata...

ayat-ayat anda chumel untuk dibace..

n dat pic is so hawt..=)

Tanpa Nama berkata...

wah..
tg.krg.. kampung ku.. :)

dina berkata...

tu teringat sawah padi kat kedah le ye... hehehee... shooting citer apa kat sana bob?

madjo berkata...

rindukan suasana kampung bila ku baca entri mu..

rindukan sawah padi di kedah...



btw.. love ur words... ;)

MiMieku berkata...

suasana kampung mendamaikan..lari dari kebisingan kota..sy suka tulisan kamu

Tanpa Nama berkata...

pergi...pergi...pergi lah damaikan hati mu...
indah kan mata itu...
tp kembali lah jgn wat ku rindu...
-SERI-

Tanpa Nama berkata...

ku tenang dgn tulisanmu..

NoVince La Vintage berkata...

Kampung Sawah Sempadan..
tempat yang harus dilawati sekiranya singgah di kota Tanjung Karang.
Aku terpegun melihat betapa bumi ciptaan Tuhan masih lagi terpelihara.
Dengan sawah padi yang terbentang luas, serta langit yang membiru di atas.

Basikal KEMETOT milik adik HANGKATku menjadi bahan eksperimental aku di sana..
melalui lorong-lorong kecil di sawah padi, memancing ikan keli..

Jarak rumah yang begitu jauh tidak memutuskan pertalian persahabatan di sana..
Aku sempat MEREMPIT bersama-sama 2 lagi kawanku dengan menggunakan 1 motosikal..
Jauh kami MEREMPIT melihat bumi ciptaan Tuhan ini, sehingga lupa waktu untuk kembali..
menghadap buku-buku dan tugasan yang menanti di kampus..

Indah.. memang indah..
itulah kenangan Program Anak HANGKAT yang kami jalankan disitu..
terasa berat kaki ini untuk melangkah masuk ke ceruk bas, dan kembali ke kampus..


berat rasanya untuk meninggalkan kenangan disitu,
berat rasanya untuk meninggalkan keluarga HANGKAT disitu.

Tidak hairan kalau Yasmin Ahmad menggunakan tempat tersebut sebagai salah satu lokasi penggambaran filem "Mukhsin".

cindir-rela berkata...

la, ZA org kedah ke? huhu...eh same ar..im a nature lover to0..wink2*

si pari pari berkata...

bas mini warna pink ! yaaa, kamu selalu suka membangkitkan nostalgia lama.

teringat dulu bersesak nak gi tuisyen turun kat pudu, pergh.....berdiri pun tak payah pegang apa-apa, statik je sebab sendat......

ini semua bas tong fong punya pasal, dah lah lambat, mahal lak tu, emm...... kiranya antara kenangan yg indah gak tu....sekadar berkongsi...

jie justin berkata...

To kecik;

thanks, my q solved
he's seem cute in left handed...

[aku k ckp bende kat ats tu]

Jingga berkata...

Merah, badan kamu cantek.

=P

B Rach berkata...

Si pari-pari,

"kolokial" tu saya rasa dari perkataan bahasa Inggeris "colloquial" yang bermaksud bahasa tidak formal yang digunakan dalam percakapan seharian. Tapi saya tak berapa pastilah. Ni kena rujuk Encik ZA, si pakar bahasa. :)

AX berkata...

lupe bawak baju ke...

Anissa Rodriguez berkata...

what more can i said? omg! u're the good writer, kau berfikiran luas dan pandai bermain dengan kata-kata sastera, bak kata sahabatku bahasa langit, ingin aku menulis seperti kau namun apakan daya, akal ku tak tercapai untuk setiap bait-bait kata itu.Andai sahaja aku berakal dalam menulis seprti kau....

Zahiril Adzim berkata...

Saya bawak banyak baju ke tioman, tapi dengan kesedaran yang sangat tinggi dan sengaja, saya memilih untuk tidak berbaju.

Kerana saya baru keluar dari laut?

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang...
tiada perkataan dapat menggambarkan apa yang sebenarnya kita rasa..
:D

Tanpa Nama berkata...

Wani Ardy tu yg main musik itu kah?
suke sama dia.

sarah2507 berkata...

seperti kembali ke zaman pRamlee...
bahasa yang syahdu dan menerbitkan rasa rindu pada zaman kanak-kanak....

ayumi berkata...

nice writing..UNIX..:)

p/s: garangnyer merahh..:-p

iza berkata...

salam,
aku suka karya kau, 'dia dan aku kata'.Aku assume 'dia' perempuan, 'aku' lelaki.Mula2 aku baca, aku senyum.tapi lepas tu aku pikir, kalau 'dia' tu lelaki dan 'aku' tu perempuan, masih sama ke jawapansi 'dia' tu?....hrmmm....

Zahiril Adzim berkata...

tetap sama.
berlawan untuk jodoh, tanpa mengira jantina.

:)

sheena berkata...

bestnye kampung...
aku x penah ade kampung sendiri...
teringin jugak nak pegi bercuti di kampung...

lovie say : berkata...

kalau cintakan alam. pergi ke taman negara sekali. kat situ baru kita kenal apa itu alam."serius" (tapi untuk yang benar2 cintakan alam, yang tak takut kotor lintah pacat n etc)otak n minda akan segar sbb terlalu banyak lebihan oksigen yang kita takkan dapat di kl.i'been there once rasa tak nak balik. sekarang tgh mencari masa tuk kembali ke sana.

nur syafia berkata...

Ohh i admire you:)

Tanpa Nama berkata...

hiyshh
tg karang indah ap nyew

white berkata...

assalamualaikum
salam kenal, mula meneliti kamu lewat 'kami'. wahhh anak ini bakatnya bukan sekadar layar lebar malah lebih lagi.

tahniah 'penglibatan' kamu dalam arena kecenderungan kamu, semoga terus sukses.

ikhlas.

shuhada berkata...

em..agk menarik penulisan anda.bahasa yg amat puitis.dan bermoral.btw...aku suka cr ko berlakon.amat menarik bila watak anda watak jahat.sgt menjadi.nk22 dlm cte KAMI.tp..cte ghost sgt sedap dituntun.kamu bakal mnjdi pelakon pilihan ati.moga maju jaya.btw..kedah ktne?kuala nerang?yan?sik?sg lalang?loqstaq?

along berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
along berkata...

shooting citer abam ker ms kat tanjung karang?nice drama..duk kat kg mmg best..lg2 kalo ada sawah padi & pantai..best giler..adzim xde angan2 nk bina rumah kat kg ker?

situasi berkata...

huhu seksi sangat gambar u ni merah ... mantap badan mu.. hahaha

shakinah berkata...

kampungku!
sekolah menengah cerita abam itu pula sekolah jiranku!
haha

situasi berkata...

betul ke awak couple dgn dira skarang ni merah.. hehehe

nanim berkata...

laa...hg org kedah kaaa...