Selasa, Mei 5

berlangsung sudah

7th Annual BOH Cameronian Arts Awards telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental kelmarin. Apa yang seronok ialah apabila dapat berkumpul dengan penggiat teater ternama tempatan.

Walaupun bukan semua penggiat teater yang hadir, yang rata - rata aku tengok lebih kepada penggiat teater Inggeris, malam tersebut sungguh menyenangkan.

Dan kini aku di Sekinchan, kembali mencari makan.


Gambar dari MStar Online

Teater AIRCON telah memenangi anugerah KAKISENI AUDIENCE CHOICE AWARDS.

Loh Kok Man untuk Pereka Tatacahaya terbaik (AIRCON)
WASP Studios untuk Pereka Muzik dan Bunyi terbaik (AIRCON)
Ryan Lee Bhaskaran untuk Pelakon Pembantu Terbaik (AIRCON)
Shanon Shah untuk Skrip Asal Bahasa Malaysia Terbaik (AIRCON)


Gambar - gambar dari Klue online

Gambar oleh Bella Rahim

p/s: Aku malas menulis, entah kenapa.

30 ulasan:

sh3 berkata...

woohoo.semart gile outift.
macam private investigator plak.
pasni boleh aa bob blakon watak PI plak.

Tanpa Nama berkata...

malas menulis mungkin kerana kepenatan?
rehatkan minda dengan sujud pada-Nya.
jangan kusutkan minda ya.

ikhlas,
si gadis :)

marina berkata...

tahniah air con banyak menang anugerah.. dan muka awk sampaikan anugerah masuk surat khabar berita harian hari nie..

smart baju awk.. ala penyisat persendirian.. kalau pakai topi tambah spek da memang lengkap.. hehehhe...

tahniah air con..

Saichou berkata...

tahniah...teruskn usaha dlm bidang lakonan tak kira teater, drama atau filem, jgn lupa teruskn menulis..i like ur passion dlm menulis more than ur acting actually..

zf berkata...

apsal ZA nampak tinggi dalam gambar ni? hahahaha

Tanpa Nama berkata...

ala bikers pun ada;)

madumerahjambu berkata...

harap kamu tidak malas menulis..
kerana ada orang rindukan tulisan2 kamu..
tulisan kamu menggambarkan rasa kamu..
orang itu mahu tahu apa yang kamu rasa..
(^_^)

Lynn berkata...

Teruskan penulisan awak.jangan la penat dan bosan saya rasa ramai yang menunggu cerita terbaru awak.

madjo berkata...

tahniah..

yep.. jgn hentikan penulisan anda.. ramai yg menanti..

(^_^)v

Yusrika Bahar berkata...

Penulisan kamu memang bermakna, ada isi dan bahasanya juga sedap didengar. Teruskan usaha dan semoga ada karya kamu nanti diiktiraf. Ada yang dahagakan tulisan kamu dan ada yang mengagumi serta menghargainya. Jadi kamu harus peka dan sensitif serta tidak lupa siapa yang bagi bakat itu. Tahniah diatas kejayaan Air Con, lakonan kamu juga membantu dalam karya itu. Kamu bilang ramai penggiat teater inggeris yang hadir berbanding penggiat teater melayu. Kamu sendiri lihat, tafsir dan nilai.

Mungkin sebab itu ada yang menganggap senario teater di Malaysia ini bersifat elitis? Kamu renung-renungkan...

Puteh berkata...

Ayam mengingatkan aku kat Ainul..
Aku terganggu jugak dengan hanger baju yang melekat kat beg Merul..
And kau pulak Bob, well, kau memang Merah..
Anyway, congratulations Aircon on the win, and for your nomination too..

lovie say : berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lovie say : berkata...

congrats..
hahaha.. sume suke outfit ZA. tapi aku suke kt amerul n fared ayam pegi mane2 pun dressing tetap maintain cool.

paling best beg die ade hanger tuw. sgt tersendiri

//dill berkata...

arghhh i miss you guys so dearly, especially ayam!
smart la jugak outfit dia malam tu, tak se-hobo biasa.

congratulations again and again and again!
friends and i were talking, and he said you were the best actor in Kami.
tee hee.

p r i n c e s s berkata...

ish ... ayam nie ... nak over jerk tau ...

arfah berkata...

congrates!!! kecintaan kpda teater nmpaknya semakin teserlah...semoga maju jaya...

Shamimi Haniza berkata...

Tahniah atas kemenangan Air Con. Cerita tu mmg best gila. Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga akan bertambah rezeki abg bob akan datang. Teruskanlah menulis kerana saya menantikan tulisan itu setiap hari.

ainunL muaiyanah berkata...

oh, saya pernah tengok awak berlakon teater. rasanya si yatim chou. Masa tu di aswara. tidak pastilah.

neway, masa teater AIRCOND ini berlangsung, saya mahu pergi tengok tetapi sesat tak tahu KL PAc itu di mana. Sedih betul~

Ir. Amelia berkata...

wah!!
manyak aircon sapu award
CONGRATZ!!!!
keep it up guys

n ZA its a nice outfit bro!

QiLaZ berkata...

Congratulations ya!!
Wish i could watch this theater..one day..

Bob!!keep up with your writing!!i miss your writing..huhu

amie berkata...

tahniah ya!
=)

Tanpa Nama berkata...

pagi zahiril...(bole panggil bob?)

entah kenapa,
setelah sekian lama,
pagi ni rasa nak menyapa,
si bob yang kacak bergaya :).

aaahhhh....ada berita gembira rupanya,
AIRCON menang anugerah lima,
TAHNIAH yang tak tehingga,
ceria wajah bob tak terkata,
aku bertepuk bersuka ria.

walaupun AIRCON tak sempat ku sapa,
membaca hanya di akhbar cuma,
dan mendengar pujian melata,
jika ada pementasan kedua ketiga,
akan pasti ku turut serta,
mengamati, menghayati naskhah hebat yang sering diperkata.

kejayaan berdikit menjengah tiba,
jangan bob lupa paksi utama,
sentiasa bersyukur sujud padaNya,
semoga terus dilimpahi kudrat dariNya.

hhmmm...entah kenapa,
pagi ini ingin benar rasanya,
menitipkan kata-kata,
tapi bob jangan terkesima,
aku ini tiada siapa,
tinta seorang peminat cuma :)

luvsushi...

Tanpa Nama berkata...

nampak senyuman yang ikhlas. tak pernah tengok Zahiril senyum macam ni. something je nampak.

generasi ketiga berkata...

banyak pulak si ayam berkokkok..huk3

amerul berkata...

itu hanger baju bob@zahiril.
aku tolong pegang.
xtau nak letak mana jadi sangkut kat beg aku.
hakhakhakhakhak

Aen cHAn berkata...

x kecik pun??
tinggi je tengok..

farahidayufadzil berkata...

oi...oi...aku nak tumpang happy....hehehe....sebok jer aku ek nak tumpang2...

mirul....utk next award ko kena pakai topi yg aku belikan...

hahahaha....mesti org temerloh bangga gila dgn mirul kan? kan? kan?

org nitar 1 pun lg la bangga dgn ayam...terutama sekali en.jamaludin lembu...hahahahaha

bob - no komen...ko mmg legend...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

wahh, bob kacak seperti slalu =P

nur.iman berkata...

Buat ZA,

Pe2 pun, tahniah aku ucapkan, aku tumpang happy skali,

Adakah aku insan yang terlewat ?

Ayiena Adzim berkata...

makyong pun ada juga ke?! cayalah makyong.. Semangat trus semangat!