Thursday, May 7

pekan sekinchan

Pekan Sekinchan sebuah pekan kecil. Terik mataharinya bersaing hebat dengan derasan bayu. Yang bikin aku keliru untuk merasakan yang mana satu kerana dua - duanya dalam masa yang sama. Motorsikal di sini jarang digunakan untuk merempit, sebaliknya sebagai transportasi buat anak muda khatam belajar di sekolah.

Kedai - kedai kopi peneman pakcik - pakcik berkongsi pengalaman sebagai seorang suami, bapa dan juga seorang rakyat. Beer - beer di restoran Cina menjadi kepastian untuk uncle - uncle melepas lelah pasca perniagaan.

Padang bola jarang kelihatan melainkan padang padi menghijau indah ciptaanNya. Premis kedai agak rapat - rapat dihimpit jalan tar yang menampung kenderaan penduduk. Sarap - sarapan sampah kelihatan diabaikan di beberapa sudut ruang yang diagaknya tidak akan dipandang.

Tapi tak mengapa.

Apa yang paling menarik di sini ialah, sekurang - kurangnya tidak ada yang terlalu teruja nak jadi selebriti di sini.

p/s: nanti wa upload gambar.

47 comments:

~ieja~ said...

Pekan sekinchan... Tolong kate thanks kat pekan tu and sampah die coz sebab sampah and pekan tu, I had gotten a good result for my english report last semester...

:)

Tade kena mengena langsung...

marina said...

pekan sekinchan.. da nama nye pekan mesti la macam tue.. kurang happening orang kata.. cara hidup pun masih ikut cara kampung..

Shamimi Haniza said...

Pekan memang tempat yang tenang dan aman. Semoga bertemu kedamaian di sana.

Gua Tak Peduli said...

baiklah.

Yusrika Bahar said...

Pekan, kampung, pinggir bandar, bandar dan pusat bandar. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan untuk dinikmati oleh sepasang mata. Siapa yang menentukan betapa indahnya pemandangan, betapa jijiknya persekitaran, betapa meriahnya suasana, dan betapa suramnya panorama jika bukan mata dan hati yang memerhati. Ada riuh mahu sepi, ada kotor mahu bersih, ada jelek mahu indah, dan sebaliknya... Maka kita yang tercipta harus pandai mikir pada namanya kewarasan dan keagungan. Syukur ada tanah, syukur ada langit, syukur ada udara dan syukur ada manusia.

Anonymous said...

dh hbis seksaan final exam den....lego rase..hahaha...tetibe jek..

.nad. said...

sy student poli sabak. mmg salu lalu sekinchan.. sawah padi dia mmg best. aman je rse..

huh~

hijau..

Anonymous said...

poie pokan.
naek basikal.
tongah hari.
tongah paneh.

*someone* said...

wt ape d sekinchan??

RUFFeza said...

best kan dok kampong,

Zahiril Adzim said...

Saya menembak di Sekinchan.
:)

marlina said...

keterujaan nk jadi selebriti..KL byk org cmtu..

Anonymous said...

menembak untuk drama??
filem.?

Anonymous said...

ZA kamu agak "rimas" dgn status selebriti ke?...sila jawab

Zahiril Adzim said...

ya, disini tidak ada yg berpakaian atau berlagak atau bermati - matian utk dilihat sebagai selebriti, atau mahu menjadi satu.

:)

Saya lebih senang dengan status pemeran, atau pelakon sahaja. Kerana itu kerja saya, berlakon.

Anonymous said...

yup,sekarang memang ramai yg nak jd terkenal,biarlah mereka dgn keterujaan mereka..

:)

madumerahjambu said...

menjadi diri sendiri adalah lebih baikkan..
(^_^)

Yusrika Bahar said...

Berbanggalah kamu jadi pemeran
Berusahalah kamu jadi pemeran
Bersyukurlah kamu jadi pemeran
Bersungguhlah kamu jadi pemeran
Kamu suka jadi pemeran
Aku suka kamu jadi pemeran
Mereka suka kamu jadi pemeran
Walau...pemeranmu
Ada yang tidak peduli
Ada yang tidak hirau
Ada yang tidak hurung
Ada yang tidak kerling
Ada yang tidak rasi
Namun begitu..pemeranmu
Ada yang mengagumi
Ada yang menghargai
Ada yang memerhati
Ada yang menikmati

sheena said...

ye ye...
bob nak upload gamba...
suke suke...
x sabar nak tgk keindahan kampung yg x pernak aku nikmati...

dina said...

tak ada jiwa selibriti dalam diri kamu, tulisan kamu masih digemari!

itu yang aku suka!

si pari pari said...

terima kasih bob kerana selalu update blogmu, tak jemu cerita bergambar yg kamu cuba sampaikan.....

itu aku said...

i mmg minat sgt2 kat ZA. sehari pn mmg i xkn tggl cite merah puteh =)& sehari pn xkn tggl untuk bace blog ZA. gud luck!

boyoteen said...

ermmm...best r tengok ko blakon bro...merah putih..
x nak ajak aku skali ke..
hehehe
rerajin ym la aku k..
boyoteen83@yahoo.com

madjo said...

pekan sekinchan yg mendamaikan.. dikelilingi sawah padi...

menjadi diri sndri lebih digemari..

x sabo tggu gambar dr kmu bob.. hiks

Anonymous said...

bakal dihantar ke sungai besar untuk praktikum,
dekat sekinchan.
remote, ey?

tp kampung sangat best

ღ~n0n0i~ღ said...

Kampung memang best.. =)

Huh, tak dapat bayangkan le kalau jadi terkenal.. ke sana sini orang cam nak ambil tau.

My_Dark Passenger said...

mungkin tak terlihat apa yang 'teruja'

FarhanaLicious said...

kat mana tu? geografi saya memang low

afna said...

aku rasa kau mcm budak yg lebih2 masuk jabatan penulisan..
bila bahasamu boleh tahan!

QiLaZ said...

FarhanaLicious..Pekan Sekinchan di Selangor..untuk pengetahuan yang lebih..
rasanya..mr.ZA kita boleh terangkan dengan lebih lanjut kot..
huhu

selamat menembak mr.ZA..hehe
x)

YobSumO said...

ko ke yg bunuh harom?
apelah ade affair ngan alicia lak.. ish2... ksian gla harom...

tp aku still rase bf cheryl itu yg bunuh harom...

sorry kuar topic! hehe

tyga said...

rasenye mmg redzuan ade affair dgn alicia kot.. tp die kan syg giler kat harom.. ish, musykil2..
kene tnngu Ghost ari ahad ni lah nmpknye huhu..

YobSumO said...

x patut dowh redzuan tu, lgu untuk harom pn die tuka jd alicia pny... ape kes tu beb!

~ieja~ said...

rase nye redzuan ade affair dgn alicia but die tak kidnap alicia... and nooo... he did not kill harom... nooo... redzuan is an artist... so if he was the one who killed harom, it would be more poetic... don't you think?

ainafifah said...

i want more!!!!!!

Sue Penaloza said...
This comment has been removed by the author.
Sue Penaloza said...

whoa..
zahiril..
u mmg mnat mnulis n bkarya eyh..?? ;)
ayat u sgtt mndlm..
keep it up oke..?? ;)

lyana said...
This comment has been removed by the author.
amie said...

yes. update dari zahiril
post gambar cepat2, nak tengok. hehe

als said...

Pameran yang petah tentang politik, syabas. Tidak ada sequel untuk drama Tuah Jebat selepas fiasco pagi 7 Mei tempoh hari? Berbentuk puisi mungkin.

Zahiril Adzim said...

Mungkin tidak ada, kerana mual dengan Tuah dan Jebat. :)

Tapi memang bercadang nak post video sahaja, untuk berkongsi aksi bapak - bapak itu.

Mimie Alfafa said...

Sekinchan?
sy ada saudare kt sane..tempat yg tenang bagi sy sbb suasana kampung n jauh dari bunyi bising mcm kt town..udara pn still segar =)

shakinah said...

haha.
i dont agree with u bro.
sekinchan ramai m,at rempit jugak ape.
:P
mana gambar?

Anonymous said...

aku budak pekan.. tp bukan dr pekan pahang...kmpung aku bernama pekan selasa lama.. kalau kau pergi ke skinchan lagi.. sila lah ke kpg aku... :)

aku setuju dengan shakinah...
mat rempit tu ada di mana2 saja..
dan aku rasa mat rempit yg wujud di kuala lumpur ni kebanyakannya berasal dari kampung..

kastatelier said...

mentaliti ,mmg sudah lama mentaliti pemalas sukar diubah , adakah kita kekurangan sifat ingin tahu dan kurang menyeidik ..dengan percayanya sahaja ,jika kita katakan pekan sekincan itu terletak di kedah ..sampai ke anak cucu dibawa percaya ianya di kedah ? susah ker nak wat camnih google + sekinchan = your got at least lots of answer and comparison .

memang patut kita ditakuk lama jika kita jarang berfikir an mengambil mudah ,masih lalai dan ala ...
saya org sekinchan , sejam /dua perjalanan ke KL ( jika x bezi ).

Nora Abdullah said...

Sekinchan is my hometown..betul lah "padang bola" yang paling besar kat dunia (agak hyperbola la kan)

Nora Abdullah said...

Sekincahn is my hometown..betul la
"padang bola" paling luas kat dunia (agak hyperbola kan)

dah bertahun baru "tersesat" kat untuk kawan.kawan "yang kita suka =)