Sabtu, Mei 9

eksploitasi wanita

Semalam aku lepak minum bersama sutradara AIR CON dan beberapa penggiat teater & tari tempatan. Sedang kami berbual, bertukar pendapat, mengutuk sesama sendiri, kami didatangi oleh gadis - gadis berskirt pendek dan baju - baju yang agak tidak sesuai dalam ruang yang sungguh berhawa dingin begitu.

Mereka menjual rokok.

Aku tidak ada masalah dengan rokok yang mereka jual itu. Juga, aku tidak ada masalah dengan gadis penjual rokok yang menggiurkan itu. Cuma aku terfikir kenapa syarikat penjual rokok dan beberapa syarikat lain menggunakan perempuan untuk menjual rokok.

Dan kalau kita tengok syarikat kereta, telefon, kamera dan banyak lagi, yang juga menggunakan atau dalam kata lain,

mengeksploitasikan wanita.

Kalau kita berjalan di mana - mana, katakan di Midvalley dan sedang berlangsungnya promosi menjual kereta-bapak-mahal, pastinya lebih mahal harga kereta itu, lebih pendek skirt dan lebih terlopong dada gadis penjual kereta itu.

Begitu juga bila kita berjalan di PC Fair. Yang memegang kamera, printer dan barang - barang elektronik lain, pasti perempuan/gadis/wanita. Lelaki hanya duduk di belakang kaunter mengira keuntungan. Berapa sangat je gaji gadis - gadis itu?

Bukan. Aku tidak ada masalah dengan perempuan/gadis/wanita seksi. Tidak sama sekali, itu hak mereka berpakaian. Baguslah jika mereka nak tunjukkan yang mereka menjaga kulit. Aku faham.

Tapi aku cuma bermasalah dengan para kapitalis yang mengeksploitasikan mereka untuk keuntungan.

Bila hari ini, aku berjalan membeli rokok di sebuah kedai majalah, aku lihat ramai juga perempuan/gadis/wanita yang dieksploitasikan untuk meningkatkan penjualan majalah.

Biar orang kata, "Wah! Cantiknya covergirl majalah ni, aku kata, "Wah! Semakin banyak wanita dieksploitasikan!". Malangnya, yang dieksploitasikan ini tidak sedar, malah lebih teruja.

Adakah mereka ini sedar bahawa mereka sedang dieksploitasikan? Kalau betul mereka setuju untuk dieksploitasikan, baguslah kerana mereka sendiri yang mahu. Sekurang - kurangnya mereka tahu apa yang mereka buat. Kalau begitu, andaikata mereka sedang berjalan di pasar malam, ada tangan yang menggenggam punggung mereka, mereka mahu marah? Separuh badan sudah dipertontonkan, mesti ada yang mahu merasa pula, kan?

Aku tidak ada masalah dengan sesiapa yang pernah menjadi covergirl/boy, kerana aku sendiri pernah muncul di muka depan majalah. Tapi isinya dibualkan mengenai hasil kerja aku. Bukan isu covergirl/boy yang aku tekankan disini. Harap maklum.

Tun Mahathir, Anwar Ibrahim pun pernah banyak kali keluar mukasurat depan majalah TIME. Aku tidak ada masalah.

Walau bagaimanapun, isu ini sebenarnya sudah lama dibualkan, dibincangkan. Namun tiada penghujungnya, malah semakin hebat. Agak basi sebenarnya. Cuma aku terdetik untuk menulis kerana aku terfikir,

Apakah kemodenan hari ini harus berjalan seiring dengan buah dada wanita?

Kalau ya, aku mungkin ketinggalan zaman.. Haha!

Bukti yang aku tidak ada masalah dengan covergirl (Kiera Knightley) Haha!

p/s: Tapi tetap tidak cukup kuat untuk aku membeli mana - mana majalah yang ada mukanya, yang pada aku, majalah tidak ada isi. 80% hanya lah iklan. Aku maki hamun sorang - sorang.

Ouh ya, aku ada seorang rakan lelaki yang takdahal untuk dieksploitasikan. Malangnya tidak ada sesiapa yang mahu menggenggam punggungnya pun? Haha..

Ouh, dunia sudah gila.. Aku juga!

53 ulasan:

aielemocnian berkata...

aah.isu yg sudah berkali-kali dibangkitkan.cuma tiada endingnya.benda sama masih berulang.

p/s-mana gamba2 sekinchan?

Yusrika Bahar berkata...

KAPITALIS

Dahinya tertulis wang..
Anak Matanya hanya tahu lihat wang
Hidungnya hanya tahu hidu wang
Mulutnya hanya tahu ngomel wang
Dadanya hanya tahu degup wang
Bahunya hanya tahu pikul wang
Tangannya hanya tahu genggam wang
Pinggulnya hanya tahu lenggok wang
Kakinya hanya tahu langkah wang
Apa sahaja nilai matawang
Asal bagi untung
Asal bagi penuh kantung
Otak ligat tak nak murung
Halal Haram duduk tepi
Sebab mahu jaga periuk nasi
Biar rasi tidak basi

p/s bukan untukku atau untukmu tapi siapa sahaja agar tidak gelap mata kerana wang.

Atie Kamil berkata...

satu dunia dilanda penyakit eksploitasi wanita ni..
tapi berdasarkan contoh2 anda,
dari satu perspektif berbeza yg kurang kaitan dgn imej wanita,
matlamat perniagaan2 itu tercapai melalui wanita disebabkan komitmen kerja wanita lain sikit berbanding lelaki (dalam area promosi2 barang ni)
sbg contoh,
sy ada pengalaman mempromosikan produk di book fair,
pihak majikan menetapkan bilangan pekerja yg sama antara lelaki dan wanita.
tetapi, hampir semua pekerja lelaki kurang memberi komitmen kerana mereka kurang gemar berinteraksi dan melayan ragam org ramai, kekok dan sebagainya. mereka lebih prefer doing the silent works.
setiap tahun senario yg sama berulang.
maka pekerja2 wanitalah yg nampak menonjol dlm perkara2 sebegini.
sebab itulah terjadinya pmandangan2 yg anda lihat.
kalau yg promote kereta dgn mini skirt tu, itu budaya barat yg diadaptasi org kita, mmg punyai niat eksploit kecantikan wanita.

kalau part cover majalah tu, sy rasa itu adalah utk target audience majalah itu sendiri.
mungkin pada anda majalah yg dihiasi ms knightley itu tidak mempunyai isi (which is logic because the magazine is meant for women)
namun mungkin majalah itu mempunyai isi untuk sekelompok manusia lain.
lainlah kalau majalah itu majalah MANGGA! hahaha

Aizat berkata...

ohohoho! first time aq comment2 blog artiste nih!

tak sangka anak seni ni agk prihatin terhadap arus sosial kini walaupun sebok mperjuangkan dunia seni negara...

juz agree with Za's frame of mind..

BUT..!!!

Kalau nk unah mende ni..kesedaran tuh mesti timbul pada individu itu sndiri..!

x gitu...?!!

OHOHOHO!

marlina berkata...

isu lama, tapi takda jawapan...kalau zaman belajar, topik ni la hangat kat meja perdebatan..hangat time tu je la..lepas tu orang lupa...
kena ada orang ingat, baru tersedar, lepas tu lupa balik..
pi mai pi mai, tang tu gak...

Mighty Jacksparrow berkata...

selalu orang perkatakan orang mengeksploitasi. yang dieksploitasi apa ceritanya?

p/s: keira knightley? kata berapa uang. aku bayar. hahaha =b

Tanpa Nama berkata...

hmm...it's been a debate for so long. Kaum perempuan dieksploitasi semata-mata untuk pertingkatkan komersil. Bottom line is: sex sells... agree?

zuhana zulkifli berkata...

hahaha ppuan dah macam umpan kot skrgg . ahaha .actually depend atas ppuan wether they willing to do or not . ahaha

Zahiril Adzim berkata...

@Atie Kamil - saya pernah juga baca majalah wanita. Boleh dikatakan 80% dari isinya hanyalah mukasurat IKLAN!

Jadi kita bayar untuk beli iklan ke apa?

Tanpa Nama berkata...

suke mengekploitasi, bangge diexploitasi...lelaki n perempuan...

tyga berkata...

betul, betul, betul..
skang ni sape yg salah? nape wanita sanggup menjadi bahan utk di eksploitasi?..

Saichou berkata...

takkan wujudnye mengeksploitasi kalo tak ade pihak yg rela dieksploitasi...

kalo ade yg rela dieksploitasi, apa leh buat..tepuk dada tanye iman.

Nurul Aimi berkata...

u are laughing..that's good (:

~ieja~ berkata...

@ZA majalah wanita je ke? Cuba selak FHM, and a few other men magazines as well sama je...

but i agree with one thing... mmg most leisure (mostly fashion magazines) are exploiting women...

Ieja kagum anak seni juga perihatin akan perkara ini...

fazleena berkata...

“Women are the only exploited group in history to have been idealized into powerlessness.” - erica jong

utk hapuskan eksploitasi wanita, bunyinya terlalu idealistik. :)

nadiafarah berkata...

hahaha..lawak jer..giler jugak ko ni upenye..

zf berkata...

topik ni best in fact paling best sepanjang aku baca blog zahiril adzim.

sebenarnya terpulang jugak pada perempuan tu aku pun perempuan tapi kalau nak buat kerja2 tu semata2 utk duit aku tak sanggup

tapi kalau dia orang sendiri tak rasa yang dia orang dieksploitasikan dan RASA BANGGA buat macam tu.. apalah daya kita..

so lu pikirla sendiri yg pasti en. ZA bakal jadi ketua keluarga dan gunakanlah kuasa veto anda utk mendidik anak bini supaya tak dieksploitasikan pakar pengeksploitasi wanita itu.

erm, tapikan modelling itu sendiri sudah terlalu banyak mengeksploitasi wanita boleh kata 90%

My_Dark Passenger berkata...

dieksploitasi dan mengeksploitasi diri sendiri.. hm....

B. berkata...

Sometimes I think women who know that they are being exploited for commercialism are in a way exploiting or manipulating people's weaknesses. This is where the exploited becomes the exploiter. What do you think?

"Apakah kemodenan hari ini harus berjalan seiring dengan buah dada wanita?"

Hahaha.. the mystery of the universe lies in the mammary glands, my dear. For as long as men continue to be visual creatures, breasts shall always wield such strange power over men.

Oh, I don't mean to sound like a sexist. :)

.:rainbeau:. berkata...

ada yang tak sedar...
ada jugak yang sengaja biarkan diri dieksploitasikan atas pelbagai sebab.
salah satunya, desakan hidup.
kan?
if tak, tak mungkin ada yang sanggup berlakon iklan berkostum najis.
eh,itu bukan perempuan:P

permintaan melebihi pengeluaran.
teori boleh gunapakai.
kalau ramai yang menunjukkan minat apabila ada wanita sebagai bahan penarik,bukan salah syarikat2 tu sepenuhnya menggunakan mereka,kan?

semua pegang saham
pembeli,penonton.
penjual
pelaku.
dan kita selaku orang yang hanya tau pandang dan maki hamun dalam diam.
tapi lagi salah kot orang yang biarkan segalanya.heheheh

two cents.

fariza berkata...

'80% dari isinya hanyalah mukasurat IKLAN!Jadi kita bayar untuk beli iklan ke apa?'

ye r..mmg r iklan..sbb..girls yg beli tu semua nk mencantikkan diri n want to look like the model of the iklan..dgn adenye iklan,bolehlah mereka mendpt idea bagaimana nk berdandan utk menarik hati suami,boyfriend,org ramai,etc..

eksploitasi wanita?
hurm..
ade benar kata2 itu..
tp..pada mereka,itu bukan eksploitasi..nk buat mcm mne..
kebnykan mereka ,mereka nk kejarkan popularity n fame(ak rse r)..nk jd model terkenal..it..some sort of arts for them actually..kebanggaan..first,model cikai,kereta..then..big magazine..who knows?

mse tu..ak tgk janice dickinson model agency..
die ade ckp..
kalau u x nude,u xkan berjaya..(sumthin like that)

so..showing some skin is nothing for them to success..
showing some skin..of course..akn mendtgkan untung yg bnyk bg org yg jual magazine tu(duh..x ramai org yg nk beli magazine yg ilmiah dan keislaman dan yg sopan)..

jd..walau ape pon org ckp..
exploitasi wanita akn berlaku di mane2..

ps-yg part2 raba-no comment..haha..its like dont touch..just look..haha(ya Allah..hindarilah aku daripada jd seperi ini)

Sabrina berkata...

Perempuan2 yg diexploitasikan di muka hadapan majalah2 juga berjaya menarik Perempuan2 lain untuk membeli. ^_^

I loved (past tense) CLEO. Now, org lain beli, saya tumpang baca. Kerana duitku begitu berharga... Haha.

Anyway,

Do NOT read beauty magazines, they will only make you feel ugly.
-Excerpt from Baz Luhrmann Lyrics-

miminmoose berkata...

x sangke zahiril prihatin pasal isu ni...peace..

dina berkata...

bob, rasanya isu eksploitasi wanita ini memang sudah lama, tapi kadang2 hairan dgn wanita itu sendiri yang secara langsungnya rela dieksploitasi dan itu menganggap itu kerja mereka. Mungkin kerana kapitalis2 lebih suka menggunakan wanita kerana ianya adalah wadah yang menggiurkan, dan wanita itu penyebab keuntungan. Cuba gunakan lelaki untuk iklan, adakah akan ada kerugian? tapi iklan rokok kini mengeksploitasikan pesakit barah... tapi rokok tetap terjual berganda... T_T

si pari pari berkata...

bagi saya setiap wanita itu sebenarnya sukakan perhatian, itu yg telah menyebabkan mereka menjadi bahan eksplotasi tanpa di sedari.....lagipun dah memang fitrah manusia suka tengok sesuatu yang cantik.

Tanpa Nama berkata...

jenoh jugak nk pilih majalah~

ika ima berkata...

come and join yayasan kemanusian muslim aid malaysia (^_^)

nkecik berkata...

popuan tu sendiri pon bangga muka kuar majalah, nak wat cane

kalau lelaki jadik cover, ramai kot popuan beli tp laki kurg. kalo popuan jadik cover, laki beli popuan sendiri pon beli. sbb berangan nak jadik lawa cam covergirl itu juga

dunia da nak kiamat

farahidayufadzil berkata...

saper kawan lelaki ko yg tak kisah utk dieksploitasi tu? aku mcm kenal jer...adakah dia yg cemburu dgn kostum nasruddin shah yg diberi kepada ko?

hahahaha...

sebenarnya ramai yg beli majalah wanita tu semata2 utk melihat 80% iklan2 di dlmnya...kalau tak, takkan laku majalah tu n kalau takder yg beli mesti dah lingkup dah tempat yg mencetak majalah tersebut...

aku mungkin salah sorg dr org2 yg beli majalah tersebut..tergantug tujuannya jg....wanita mmg mangsa eksploitasi...tp ada juga yg eksploitasi diri sendiri...

ala...manusia dlm dunia ni mmg mcm2...ada yg mcm apek, mcm ecah, mcm dina, mcm lan, mcm man, mcm ayam, mcm ko, mcm aku....barula dunia kita warna warni...dan semakin hari semakin byk topik yg boleh dibincangkan....yo tak??? aiiii!!!!

fatinnRahman berkata...

minta izin untuk berkongsi coretan ini di blog saya?

Tyra Omar berkata...

ermm..
rajin tol u mengarang..
feel free visit my blog yaa..

-menjejakpelangi- berkata...

kita tak boleh nak menghentikan isu mengeksploitasi itu kalau orang yang diekspolitasi itu sediri tidaK sedar.

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

wahahahahahaah...
mmg la takkan pernah selesai..
tu pasal apapun yg kita buat,kita harus tahu kenapa..
sbb hidup adalah tentang apa yg kita nak..bukan apa yg org lain nak..
jadi biar jenis manapun yg korang nak jadi, tak kisah diekploitasi atau mengeksploitasi,korang harus tahu kenapa..
harus ada sebab dan tahu akibat..
kalu tidak jadilah manusia yg confuse dan keliru sampai mati..

persoalannya tinggal kat korang semua la utk dijawab..

sama ada korang nak terus hidup dalam dunia yg diorang dah ciptakan ni.. atau korang cipta dunia korang sendiri..

wahahahaha!!

amacam? ada bran?

seorangyangdipanggilkacang berkata...

"eksploitasi wanita"

adakah wanita yg ingin dieksplotasi atau mangsa eksplotasi??
saya rasa wanita itu sendiri yang patut menjawapnya...
sebagai gadis/perempuan/wanita saya merasa geram kerna ada wanita dieksplotasi tp malangnya, yang dieksploitasikan ini tidak sedar, malah lebih teruja.[copy&paste apa yg zahiril taip heh]

cujen berkata...

saya ade satu perangai pelik ; suka baca iklan... kalau baca paper atau majalah, sy akan belek iklan dulu.. mental kot aku nie...erm...

neway, pompuan cantik memang selalu dieksploitasi...

madjo berkata...

isu yg x penah ade penghujungnya.....

dari dulu smpai skrg......


bob.. gambo sekinchan plss..
heheh

YobSumO berkata...

ohh PC fair itu mmg pnah dgn mereka yg mengiurkan...

bukan tau ape2 pn pasal pc tu... muka cantik xde otak...

hafizzuan berkata...

perempuan selalu dieksploitasikan atau perempaun mmg suka diri mereka dieksploitasikan..??

amirul hensome berkata...

kenapa kita beria ia nak reply kalau isu eksploitasi wanita ni diketengahkan.....

adakah wanita memilih

atau ini salah satu sifat semula jadi manusia yang suka body pompuan (keinginan)

feminist dah banyak kali bincang isu ni dan sampai bila2 pun tak habis...

tapi eksploitasi macam mana...

bisnes is bisnes..kalau kita tengok betul2....semua nya berpunca dari bisnesss...

wanita bising apabila dieksploitasi..

tapi depa tak bising pulak bila hawa nafsu depa yang suka membeli barang itu barang ini diekploitasi...tengok lah kedai2 emas, kedai baju, kedai accessories, kedai mekap...

bukankah kaum hawa ni memang jenis tak boleh simpan duit tapi sebab depa suka shopping maka salah satu dari bentuk eksploitasi ni depa buat2 pekak....

gadis kampung yang biasa berkata...

someone said:
kalau kamu nak tahu macam mana sifat seseorang itu, look at the people around him/her.their friends to be said.

kamu.with those artists/celebrities?


maaf.maaf.maaf.
salam perkenalan zahiril adzim =]

Zahiril Adzim berkata...

jgn terlalu stereotaip kan manusia. Jantinanya atau pekerjaannya atau apa - apa.

@gadis - Sy bukannya hari - hari di festival atau anugerah. :)

gadis kampung yang biasa berkata...

tak2..sekadar bertanya.atas sebab pndangan kamu sedikit berbeza dari yang lain..

maaf =]

saya harap,teater2 boleh dibuat di kwsn lain selain kl.bg peluang org2 yg tinggal jauh dpt tgk jugak..masih belajar di penang,nk tgk PGL tempoh hari pn bermacam halangan.haha..

Diya berkata...

Dalam banyak banyak post Zahiril rasanya satu ni memang saya sangat setuju. Selalunya kalau baca post anda saya banyak geleng kepala dan senyum..mungkin bahasa anda agak kasar. Tak boleh nak sampai dalam hati =)

Tapi yang ni memang betul.saya selalu terfikir benda yang sama. Kenapa orang suka nak eksploitasi wanita. Jangan kata kereta mahal la..warung warung hampeh pon ada juga benda benda macam ni.. Saya penah kerja part time zaman zaman belajar dulu dekat satu kedai makan yang tak gah mana pon. Kalau tolak satu tiang dia je pun memang boleh tumbang la kedai tu.

Sorang kawan saya yang sama sama jadi tukang amek order awal awal dah kene sound dengan owner tu sebab pakai tracksuit masa kerja. Tracksuit je pon. Masih kemas lagi. Tapi mungkin tracksuit tu tak seksi kot..hmmm...kepada wanita wanita diluar sana..jangan biarkan diri anda dieksploitasi orang orang seperti ini...

MiMieku berkata...

agak lama tak baca blog kamu..ada 2-3 entry terlepas baca..then bila dh mula baca mula lah nak teruskan baca hingga ke entry2 yg seterusnya..itu tak penting..

yg penting, bagus lah kamu agak2 concern dgn keadaan sekeliling..tentang isu eksploitasi wanita nih, satu isu yg dah lama dan makin kritikal..sebg wanita mmg sedihlah bila situasi mcm ni makin hari makin kritikal..tp masalahnya,org yg dieksploitasi tuh sedar ke diri mereka dieksploitasi?

MiSSy VinCenT berkata...

Bukan niat menjatuhkan nama baik wanita, niat untuk berkongsi pendapat dengan anda.

Bagi saya wanita telah dijadikan sebagai barang DAGANGAN sejak dari dulu lagi. Jika dulu wanita diDAGANGkan sebagai Gundik dan Dayang, kini golongan ini terus diDAGANGkan melalui tawaran yang lumayan untuk Iklan dan Cover Majalah.

Kelebihan yang ada pada golongan wanita membuatkan mereka terus dieksploitasi. (saya tak pasti kalau mereka sendiri sedar atau tidak)

Mereka diekploitasi, manakala syarikat yang mendapat keuntungan. Kalau dilihat pada keadaan sekarang, tidak ada produk kecantikan dan iklan yang tidak membabitkan wanita sebagai promoter dan model.

Yang hairannya sekarang, ada sesetangah wanita semakin ghairah mempamerkan tubuh badan mereka tanpa segan silu di Majalah seperti Mangga dan FHM (yang saya nampak dipasaran)

Akibatnya.. pikirla sendiri

nurul aini berkata...

maruah

Noor Syafiqa Salim berkata...

kepada saudare zahiril adzim
anda seoorang artis (walaupun ande kate bukan setiap ari anda di festival..LOL)
tapi anda tetap artis. Anda lebih tahu bagaimane pempuan telah dieksploitasikan especially dlm dunia hiburan. Kenape tidak anda sendiri bawa isu ini kepada orang2 seni, orang2 suratkhabar maupun orang2 majalah....

p/s:kalau berani la. kalau anda sendiri pon x berani nak luah depan2, apetah lagi kami yg outsiders ni..huhu. Komen saye hanye melihat kepade skop exploitasi wanita di iklan2 atau di majalh2....

shakinah berkata...

yeaa.
setuju!

ASTRONAUTEE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ASTRONAUTEE berkata...

At Least U Speak!
And Someone Likes It.
"Who Are You- To God Is More Important Than What They Said.."

adiadia berkata...

pd thn 1999, sy tingkatan 3. subjek yg paling sy suke adalah kemahiran hidup. dalam subjek kemahiran hidup ada menyatakan syarat/akta iklan yg ptt dipatuhi. antara yg sy igt:

1) iklan mestilah tdk mengeksploitasi wanita
2) iklan mestilah tdk mengeksploitasi kanak²
3) mesej yg ingin di sampaikan mestilah jelas

kat sini kan. kalo pon wanita itu sendiri yg suke di eksploitasikan ikut die lah. sbb die yg benarkan. ttp d sini persoalannya....knp iklan itu 'lepas' juga utk di tayangkan? walaupun secara terang-terangan syarat/akta sudah di letakkan? atau syarat/akta itu sudah dimansuhkan mengikut peredaran zaman? mungkin d sini blh jg guna pepatah ' bertepuk sebelah tgn mungkin x akan berbunyi'.

sabrina berkata...

watch TRANSFORMERS,c how they exploit women.well,is it 'bout the robots or 'bout women's body??? 'sigh'

Zurina J. berkata...

Haha, aku pun ketinggalan zaman kalau macam tu.

Satu pesanan sebelum kamu kawin beb, aku harap kamu dapat jaga isteri dengan baik, didik dengan didikan agama kita, Islam.

Tak payah cakap panjang, aku yakin kamu faham. Maaf kalau bahasa agak kasar.

Salam sayang...