Isnin, November 9

sorong seni, tarik sukan.

Pernah aku dan konco - konco (Rumah Anak Teater) bercakap tentang 'seni dapat menyatukan kaum' dan sebagainya. Tidak kira seni apa.

Samada seni muzik, seni teater, seni tari, seni penulisan, seni filem, seni kraftangan, seni visual, seni halus, seni ukir serta seniman jalanan. Seniman jalanan? Apa - apa lah.

Tak kira.

Ini sudah terbukti. Terbukti apabila bangsa - bangsa yang dikelaskan oleh penjajah satu ketika dahulu (ya, bangsa sebenarnya diwujudkan oleh penjajah) berkumpul untuk merayakan sesebuah medium yang digemari, diminati dan segala macam lagi.

Kita ambil contoh yang paling dekat dengan semua orang (harap - harap), iaitu seni filem.

Seperti yang kita semua sudah tahu dan terpalit di dalam kepala, setiap kali kita menonton filem di panggung wayang, secara tidak langsung di dalam panggung itu sudah ada penyatuan. Di mana pelbagai bangsa berkumpul untuk merayakan (menonton) filem tersebut.

Katakan filem itu bagus dan memuaskan hati penonton yang hadir, masing - masing akan keluar berjalan pulang, tersenyum berbual sesama sendiri, berbincang tentang filem yang baru sahaja ditonton. Dalam kesesakan berjalan kaki keluar dari panggung, kebanyakkannya, apa yang ada di dalam kepala masing - masing semuanya tentang filem yang baru ditonton. Walau terlanggar bahu sedikit, walau terpijak kasut sedikit, pasti kemaafan cepat sahaja dibenarkan! Aman bukan? Yeah!

Tapi ini untuk filem yang bagus dan memuaskan hati. Kalau filem tak bagus? Aku tak tahu.

Atau mungkin ada yang fikir dekat mana nak makan lepas tu. Mungkin. Aku pernah.

Sambung.

Ditambah pula, dalam lorong yang sesak yang panjang, menuju ke pintu keluar, lorong yang kalau kita pekik akan bergema seluruhnya, masing - masing berbual, mengkritik dan sebagainya. Tiba - tiba ada seorang penonton yang carried away, atau terlalu into filem tersebut, melaungkan satu dialong yang masih tercalit di dalam kepala dia (atau kepala penonton yang lain)

Lalu bergema dan didengari oleh penonton lain yang sedang berjalan kaki keluar. Maka tergelak kecil yang lain - lain kerana secara tak sedar, dialog itu juga terpalit dalam kepala mereka. (lagi sekali, jika filem itu bagus dan memuaskan hati)

"Aaaawwwww!" (oh, aku ambil contoh This Is It - Michael Jackson) Kerana lebih universal kata awek Hartamas.

Ada yang memandang senyum. Ada juga yang bersuara.

"That's nice bro! You really sound like him" sambut seorang bangsa lain, yang merujuk kepada watak hero dalam filem tersebut. Dan mereka semua tergelak kecil....

Oh, aku terbayangkan keamanan kaum yang melampau. Maaf.

Tapi sepanjang menonton filem tersebut, tidak ada langsung pemikiran bahawa, "Eh kenapa aku tengok filem dengan bangsa lain ni?"

Takda, kan?

Baiklah, mungkin ada segelintir. Itu bukan masalah kaum, tapi individu itu sendiri yang racist tak habis - habis. Abaikan.

Tak pun kalau ada yang menendang kerusi kita dari belakang, buat bising atau beromen, bila kita toleh untuk suruh diam, kita tengok bangsa lain. Tapi sekali lagi, itu bukan salah bangsa, salah individu.

Jadi secara langsung jika sedar, dan secara tidak langsung untuk yang kurang sedar, itu adalah contoh kecil bahawa seni itu telah menyatukan atau membenarkan kaum yang pelbagai, berkumpul (gather).

Untuk merayakan.

Baik, itu cerita seni filem. Kalau kita bercakap tentang seni muzik, lebih kurang sama ceritanya. Cuma naratifnya lain - lain. (harapnya lah)

Tak masuk peminat - peminat sedunia Michael Jackson, Britney Spears, Metallica, Green Day, John Mayer (cheh, aku ler tu), Beyonce dan lain - lain. Bila mereka datang nak buat konsert di negara, berpusu - pusu orang beli tiket!

Yah, sekali lagi, itu contoh penyatuan yang membenarkan sesama bangsa berkumpul untuk merayakan.

Dan kemudian, contoh - contoh lain pun menyusul, yang kalau aku tulis berjela - jela nanti.

Untuk aku yang paling dekat, ialah seni teater. Korang dah tengok filem GADOH? Tengok dan jawab sendiri.

Ini cuma contoh kasar. Contoh kecil. Kasar yang kecil - kecil. Sebenarnya luas lagi penyatuan serta perpaduan dalam seni ini, cuma aku je yang malas nak bagi contoh dalam - dalam. Korang kenalah fikir sendiri sebab benda dah depan mata.

Takkan semua aku nak suapkan.

Kemudian aku terfikir lagi, apakah selain seni yang dapat menyatukan?

Sukan boleh tak?

Lalu aku menjawab pada seorang teman, MoizzisR.Chong namanya. Seorang penulis skrip filem GADOH. Penulis bersama, untuk lebih tepat.

"Sukan boleh Chong!", aku mencelah.

Sukan boleh menyatukan kaum, sukan membenarkan kita berkumpul secara aman! Tengok masa pasukan badminton negara bertanding, tengok masa Lee Chong Wei main, berapa ramai orang - orang kampung (bangsa selain Cina) bersorak dengan kaca TV?

Menyokong bangsa lain atas nama negara!

Sahut seorang rakan lain, "Bapak aku yang racist pon sokong Lee Chong Wei dulu weh! Walaupun dia suka bercakap tentang Melayu!"

Jawab R.Chong, sukan boleh. Tapi jangan lupa, sukan ada sifat bersaing, sifat berlawan. Sukan memiliki sifat - sifat yang bakal menyebabkan pertelingkahan. Bakal menyebabkan perbalahan.

"Hmmmm...." aku berfikir sejenak, dari hari tu sampailah dua hari lepas.

Bila tengok rusuhan penyokong bolasepak di Stadium Bukit Jalil, bila tengok stadium di bakar, bila dapat tahu di luar stadium telah tercetusnya keganasan antara penyokong,

Aku terus kembali berpihak pada 'seni dapat menyatukan'. Setidaknya aku mengharapkan itu, kerana sukan gagal mewujudkan perpaduan. Lebih teruk, sesama bangsa.

Tidak lagi sukan.

(Walaupun sukan ada seninya)

p/s: Contoh Awww! di lorong itu hanya khayalan 'keamanan kaum' aku yang melampau.

42 ulasan:

Mizah Adam berkata...

kata-kata kau mcm sufian abas.
suka la baca kata-kata mcm korg.
memicu minda.
nice.

Tanpa Nama berkata...

itu cakap orang seni..
tp ada juga kebenarannya..
manusia memerhati apa yang diperlihatkan..
akal yang mengimbangi perkara yang berlaku..
baik atau buruk,salah atau benar....
saya suka bagaimana anda memerhatikan sekeliling..

budak tae kwan do berkata...

hehe..aku rase bukan sukan yg salah, tp peminat2nya..lebih2 lg yg jenis 'kipas susah mati' (die hard fans).Aku pn budak seni gak..tapi aku masuk seni mempertahankn diri.hehe..tp skang pn aku kecewa.. xde sepakatan..masing2 claim mereka lagi bagus.mcm mana nak didik semangat setia kwn di kalangan anak bangsa..hmm..confuse aku..mana la yg dikatakn serumpun..

comic_fanz berkata...

Seni itu adalah halus.. halus hingga kita sendiri tidak nampak..

setiap dalam diri kita ada seni.. apa yang kita lakukan berseni..

bezanya seni itu halus dan indah..

bersukan juga itu seni..

cindir-rela berkata...

sukan itu saye setuju..er, bukan tak menyatukan, yang bab menyatukan saje...

filem dlm wayang?? masih tidak jelas..

Shamimi Haniza berkata...

Seni itu lebih kepada appreciation. Yang membawa kita untuk respon pada seni itu. Bersama-sama menghargai seni itu. Oleh itu, semua terlibat secara langsung. Di situ perpaduan.

Tidak seperti sukan. Yang berusaha hanya orang yang terlibat. Yang lain cuma menyokong dan mengkritik. Mereka terlibat juga. Tapi tidak secara langsung. Kurang nilai perpaduannya di situ.

Ini hanya pendapat personal saya. Ada org setuju? Ntahlah...

Tanpa Nama berkata...

I like this entry,Abg Zahiril.
Thank you.
Sometimes, somewhere you will see the world is just too 'small' for them.

isu sukan itu, saya ketawa sendiri.
Malah, sikap kenegerian mereka melampaui 1Malaysia.

With <3,
Hajar Kamal.

Tanpa Nama berkata...

Benar apa yang kamu katakan...seharusnya kita setuju mengenai perkara ni..tapi sayang tidak ramai yang memikirkan perkara ni..lebih-lebih lagi dari orang yang dikatakan "seni".....terpulang..

Gadis Kebaya Merah berkata...

benar dan setuju dengan apa yang kamu katakan..tapi sayang tidak ramai yang "alert" atau memikirkan perkara ini..mungkin juga dari orang lain yang dikatakan "seni" takpun dari "dunia seni" terpulang...
alangkah baiknya.....

haz's berkata...

maaf..
aku pilih sukan..
peace.. :)

naza berkata...

ehm saya mau tny pendapat saudara,

kalau membaca apa yg saudara tuliskan, penyatuan itu hanya merujuk kepada penyatuan tempat-maksudnya, menonton bersama2.. keluar dari panggung masih lg kekal dgn sebelum masuk panggung.. penyatuan hanya di dalam panggung.. btol tak?

contoh seni itu mmg boleh diterima tp pokok pangkalnya individu itu sendiri.. kalau sikap masih tak berubah.. seni bagus mana dan teruk mana pun masih tak mampu mengubah.. itu pendapat sy..

p i a berkata...

bro.masa all american reject punye konsert pun ad doe gadoh cina melayu sebab himpit2..kes langgar je pon .

tamsisanc berkata...

aku dah tengok gaduh.. macam hyperbola jer.tak semudah itu kot dalam realiti. akus ekolah yang majoriti cina. kongsi gelap ..gengster..biasa sangat. kalau kes melayu gaduh ngan cina macam acara tahunan. gpk hem akan kena demam kepialu kalau tak ada kes gaduh macam tu..niat murni tapi tidak realistik. hidup tidak semudah itu.

Fingers of God berkata...

Salam perkenalan

Anda seni teater,hamba seni lukis.

Idea dan kreativiti tulisan anda memang pragmatis.

eysadot berkata...

aku promote cter gadoh kat mmbe cine.
besok pg dier dtg dier bley ckp yg dier ske gler part yg cine ngan mlayu bgtaw npe die orang tak ske masing2.

sbg bdak sport tegar yg mmg bantai je main sukan ape pon,
bnde yg jd kat bukit jalil aku tak rse sbb racist.
tp lebih kpd nak main phycho
maaf la.
tp mejoriti org klantan mmg tak bole behave diri sndiri.
mmg kalau pg tournament mane2 pon obvious killer dowg mmg ader prob.
ssh nak terime kalah.
oke bnde tuh mybe bole diterime.
tp bile smpai satu thp.
dorg akan meghamburkan kate2 yang boleh buat anda rase nak hentak2 je.
contoh.thn lpas hoki primier cup kebangsaan.
aku tak psl2 kne maki satu team klantan sbb bola yg bdak dorg thn fumble.dpt pakej uh.kapten,coach ngan cikgu2 dorg skali hembos aku.sport bkn tak boleh buat ppaduan cume ssh je.bnde ni bergntong mcm mne pengurusan team uh.bkn player.

fariza berkata...

setuju..
kat wayang..
part klaka..
ketawa sama2..
although kite bole kenal gelakan malays or chinese or indian..
tp..
rasa harmoni..
walaupon berbeza bangsa,budaya..tp kite ttp suka bende yg sama..
kite x r berbeza sgt sbnrnye..

simple gesture yg bole buat kite rase harmoni-seni

Zahiril Adzim berkata...

@budak tae kwan do - Tidak ada sesiapa pun yg cakap sukan itu salah. :)

@cindir-rela - kurang jelas? Fikirkan lagi contoh - contoh di sekeliling kamu ya? Yang dekat.

@haz's - bukan soalan memilih. :)

@naza - bukan soal penyatuan tempat. Melangkaui itu. Beyond. Tapi benar, bermula dari individu yang merasakan dirinya berbangsa.

@pia - sekali lagi, itu salah individu yang merasakan dirinya berbangsa. Tapi sekurangnya mereka bersetuju dan sedar akan ke tempat yang pelbagai bangsa kan? Seni itu hanya usaha kecil sahaja untuk menyatukan.

Usaha kecil.

@tamsisanc - benar, tidak semudah itu. GADOH itu utk tujuan pendidikan. Jadi ia diringankan utk senang diterima-hadam. Aku sendiri mengaku teater tidak mudah utk menyatukan kaum. Tetapi, ia berkemungkinan. Percayalah.

Sekurangnya, ia adalah usaha kecil, kerana itu aku cari perkara lain seperti sukan dengan alasan dicantumkan usaha - usaha kecil ini menjadi besar.

Tetapi apa yang aku lihat, menghampakan.

Jadi mari kita cari lagi, apakah yang dapat menyatukan?

AIMI D berkata...

mungkin belajar di luar negara sendiri dpt menyatu kn . itu mungkin seni belajar ya ? ak x tahu.

tp yg pasti apabila di msia sibuk bising2 mengenai kaum itu ini tp di luar dr msia km fine2 aja . mugkin akibat dr ksedaran msing2 yg berada di negara org terutama yg rkyt2 msia di indonesia msing2 sadar bahwa kesulitan antara indo & msia lebih sulit dr sesama msia

danili berkata...

Mcm kau cakap, naskhah seni tu pun kena bagus.Yang 'makan dalam'. Yang boleh mengubah perspective seseorg ttg sesuatu. jgn guna topeng 1malaysia, tapi takde kesan. Lagi satu aku tgk, ketidakadilan boleh menyatukn manusia. cth: 1. ISA- betapa malaysians bersatu menentangnya. semua bngsa ada. 2. war on iraq/afghnstan- whites & blacks bergabung tenaga. 3. pencerobohan israel- satu dunia tnjuk perasaan. kat m'sia pun, non-muslims pun rmai turun pdg berdemo berdemonstrasi

cindir-rela berkata...

sebenarnye kalau nak dikire menyatukan mengikut subjek contoh2 kamu yang kecil zahiril, kedai makan berfrancais seperti mcd dan kfc juga menyatukan...

tidak seperti kedai melayu, melayu masuk, kedai cina cine masuk, dan maple, mungkin ramai masuk, hanye segelintir saje yang jijik sedikit...

cindir-rela berkata...

kalau mengikut skop kamu yang kecil zahiril, kdai makan berfrancais seperti mcd dan kfc juga menyatukan..

tidak kedai melayu, melayu masuk, kedai cine, cine masuk, kedai maple, mungkin ramai yang masuk, cume hanya segelintir yang agak jijik..

yana berkata...

kejadian manusia juga ada seninya..
seni yg xtergambar dek pemikiran..
dicipta drpd tanah liat yg kering yg berasal dr lumpur yg hitam..
semua umat manusia mempunyai proses yg sama tp Allah kurniakan segumpal darah yg berlainan dlm diri manusia..
bertitik tolak dr segumpal darah tu lah manusia leka dengan nikmat dan kesenangan..bongkak dgn nikmat sementara..
tp..
setiap manusia akn bersatu bila musibah melanda..

that's only my opinion..

cHiN berkata...

aku tatau kalau pendapat ni bleh terima tak. tapi kalau kat tempat aku blajar, kebanyakkannya (mungkin ada segelintir yg racist) semua bersatu padu. tlg menolong masing2 untuk sama-sama lulus dan tade yg akan tertinggal (kalau fail kne extend). so even melayu, cina and india blajar same2. bleh aku kata pelajaran satukan bangsa?


only my 2 cents. correct me if im wrong.

faeish berkata...

bagi aku. kalau nak satukan manusia ada dua perkara yang memang tak dapat disangkal. Perkahwinan & kematian. Dua-dua seni.

hans berkata...

kadang - kadang seni dapat merapatkan hubungan
adakala seni pun boleh merenggangkan hubungan
manusia tidak sama saudara

comic_fanz berkata...

This people to much to say.. Bob! ko selalu buat people thinking.. apa itu life actually.. sometimes bukan kita tak memikir tapi tak tau nak fikir ngan sape..

so keep it real beb!!! each of us ada our own thought.. so msg2 ada hak untuk membahaskan perihal hidup.. pahit or manis itu terpulang pada diri masing2 untuk merasainya..

p/s : hidup itu adalah suatu seni yang halus..

comic_fanz berkata...

Daripada aritu nak tanya ko Bob..

Apasal lah ko jahat sangat dalam Kami The Movie.. ish!!! kesian Abu..

p/s : diehardfanz Kami The Series n Kami tHE Movie..

C H E D A berkata...

di antara bangsa-bangsa kita memang ada ruang kosong yang menjarakkan nya. mmg penjajah yg mewujudkan ruang itu pada asalnya. sudahnya kerana kita sendiri ruang itu masih ada (makin kecil/makin besar??). ada yang mengisinya dengan cinta, hormat,.. sebahagian besar mengisinya dengan benci, dendam,... ada juga yang cuma membiarkan ia kosong tanpa apa-apa.

filem mungkin boleh menjadi medium untuk mengecilkan ruang kosong ini. tidak mustahil.

sukan?? hahaha (hanya mampu ketawa)

nurain berkata...

hurm.xpenah pon nampak suka tu sebgai perpaduan, penuh dengan korupsi+hipokrit~

sukan itu bersatu uytk musnahkan pasukan satu lagi.tapi bersukan bes!

tapi kalo seni mampu menyatukan susah jugak, sbb tak semua manusia berhati seni, yang dah buta kayu tu, cakap la cane pon , still tade dipahamnye apa yg kita cube sampaikan.

jadi berpadu atau tak, semuanya bergantung pada indivitu..id, ego dan superego yang menentukannya

Tanpa Nama berkata...

x semua seni itu mewujudkan perpaduan jika setiap orang hanya tahu berlagak sesama sendirik..x kira la seni apapun..yang paling penting pembentukan pemikiran dan sikap setiap individu perlu mempunyai nilai-nilai murni..sekarang sangat susah untuk mewujudkan keadaan sedemikian..masing-masing hanya tahu mementingkan diri sendirik aje..itulah cabaran dunia yang perlu dihadapi..

Zahiril Adzim berkata...

Untuk konteks 'usaha penyatuan' iniii....

bila kita sebut 'seni' tak semestinya setiap org yang participate tu perlu ada kemahiran seni atau jiwa seni.

Bila kita sebut 'sukan' tak semestinya setiap orang participate tu perlu tahu bersukan.

Ini beyond dari itu.

Bila kita fikir berbalik pada individu, atau point pada individu, bermakna tidak ada kena mengena dengan seni atau sukan. Maka seni dan sukan tidak pernah salah.

SEKALI LAGI - ini adalah usaha kecil penyatuan. Look beyond it, people! Bukak lagi kotak pemikiran, fikir jauh sikit.

Tanpa Nama berkata...

Argh! Suke nye aku ngn ko ni!

Athirah Ibrahim berkata...

erm.di mana boleh tengok cerita Gadoh ni?

waneyloveyou. berkata...

Zahiril Adzim, suka gile bca apa yg u wrote .
Best .
Looak at my blog & i wrote something about u .

Syami berkata...

Tapikan pernah tak kau tanya kaum lain tentang isu ni? Pendapat dan cara mereka pula bagaimana?

Zahiril Adzim berkata...

@syami - Pernah. Walau bukan semua, tapi pernah. Beberapa kali, sebab tu diskusi ini timbul. Kerana aku juga berteater dengan selain Melayu. :)

musliyanasalma berkata...

peristiwa pg td hampir buatkn sy menjadi seorang yg racist..tp bila igtkn writing awk trus berfikir waras kembali..

u r great dude!

Syami berkata...

@ Zahiril Adzim
Jawapan mereka??
Negatif atau positif??

Zahiril Adzim berkata...

@syami - seperti yang aku kata, ia cuma usaha kecil, usaha kasar. Kasar yang kecil - kecil. :)

alif @ mrtoyol berkata...

penyatuan bangsa?erm..kalau kate dari segi makanan...sgt besar penyatuan bangsa...pade aku...semua bangsa bersatu bile bab makan..hehehe...seriusly...contoh kalau pagi2 aku p beli nasi lemak(makanan dr melayu)...cina,india,singh dan melayu bleh bersatu untuk makan....apabila ke kedai mamak untuk roti canai(dr india)pun camtu jgak...melayu india cina dan perlbagai bangsa menikmati roti canai..dan untuk cina(yong tau foo+nasi ayam)pelbagai bangsa menikmati dengan penuh nikmat...

mungkin perkare ni kowang2 semua da usulkan kt kdai2 kopi kan...tp..pada aku..ini hakikat....p r ke open house perdana menteri..hehehe...pergh..1MALAYSIA beb!hehehe...duduk di dalam industri seni kulinari(seni jugak kan)...insyaAllah..akan ade 1MALAYSIA.hehehe

-mistakolep

merullah berkata...

Bro, kawan aku ade gaya mcm tulisan kau. membuatkan aku susah nk faham.. bahasa tinggi sangat agaknya. tp itu cool..

LiYaNa2709 berkata...

seni...bangga!
sukan? ..sesama sendiri pun kita berasakan!
alam sekitar? ...sepatutnya boleh..aku juga pencinta alam.tp dalam itu apa ku nampak,masih belum ada penyatuan.rasanya kalau dikuatkuasakan undang - undang buang sampah/gula getah..pasti ada yg tak betah...campurtangan sana sini..gah! tiada penyatuan..
ku syg kan alam sekitar...dari kecil ku libatkan diri dgn alam sekitar...seni?? semuanya seni..itu juga jiwa ku..moga semakin lama...penyatuan dalam seni tetap utuh.