Ada pernah, seorang kawan berkata,
"Bob, dalam dunia ni, jadi orang jahat lagi senang dari jadi orang baik. Bukan senang nak jadi orang baik"
Memang selepas 2 saat selepas ayat itu habis dari mulut kawan aku ni, aku terus tak setuju. Memang secara totalnya aku langsung tidak setuju dengan pendapat itu. Biarpun maksud ayat itu sangat subjektif, terlalu luas definisinya, pada aku secara kasar, dari luarnya aku tetap tidak bersetuju.
Kerana aku melihat dari sudut kemanusiaan. Sudut yang lebih tipikalnya otak aku, mestilah berpihak pada 'orang baik'.
Apa maksud aku yang ayat itu sangat luas? Sangat subjektif?
Cuba aku diam sebentar, dan berfikir.
Orang jahat? Jahat yang macam mana? Jahat itu ada macam - macam. Jahat membunuh ke? Jahat mencuri tiub basikal ke? Jahat mengumpat ke?
Takde jawapan yang timbul.
Kemudian, datang lagi beratus persoalan yang baru. Orang baik? Orang baik yang macam mana? Baik sebab tolong makcik angkat sayur ke? Baik sebab tak tinggal sembahyang ke? Baik sebab cakap lembut dan jarang mencarut ke? Baik ada macam - macam.
Hmmm... aku terdiam.
Biarlah persoalan yang datang itu kadang - kadangnya berbunyi sungguh tipikal. Tapi bila otak kita ini mula berfikir laju, mula untuk menggali jawapan dari pelbagai sudut, tipikaliti itu sudah diketepikan dengan sendirinya. Kata pelbagai sudut, tipikal pun dikira satu sudut jugak, kan?
Memang aku tak jumpa jawapan. Lalu aku bertanya, "Maksud kau?"
"Maksud yang lebih tepat akan datang, bila kau dah terkena"
Ah, lantaklah! Aku fikir. Kadang - kadang otak aku ni malas jugak nak korek dalam - dalam setiap persoalan. Makin banyak pulak rambut aku ni gugur nanti. Apa pun, aku tetap kurang bersetuju dan aku percaya manusia yang waras mana - mana sekali pun jugak tidak akan bersetuju.
Tapi hari ini, cuba kau berbuat baik dengan manusia lain, kau akan dibalas baik semula ke?
Setelah pelbagai kejadian yang menimpa, setelah terjumpa babak - babak kecil dalam hidup aku,
Aku semakin hampir untuk bersetuju.
Sial.
Sekarang, aku tak tahu macam mana nak explain.
53 comments:
Cikgu matematik sekolah rendah aku dulu pernah sebut tentang ni. Dan aku percaya sampai sekarang.
22 susah..
jd baik org ckp kite berlagak..
jd jahat org kutuk..
haish~
org bek xtinggal pose kot!!!
oppsss...
"Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan" - Zahiril Adzim
:)
peratusan tingginya, ramai manusia jahat wujud. sebaik-baik mane pun seorang manusia,pasti ade secebis jahatnya.
Kadangkala bila kita rasa orang tu baik, walhal dia jahat.
Period.
jawapan untuk soalan tu sangat2 subjektif. susah nak jawab.
buat jahat memang senang, tapi hidup orang jahat takkan pernah senang.
mungkin sebab jadi orang jahat hanya pikir diri mereka seorang saja,
orang baik kene pikir Allah, Nabi, agama, mak apak, adik beradik, jaga hati jiran, jgn lupa bg makan sume binatang ikan,iguana,kucing, bagi salam ustaz kalau jumpa tengah jalan, dengar masalah kawan,bg pinjam duit..blablabla..
banyaknya diri nak kene pk-sgt susah
jahat or baik mcm hitam atau putih..
tu yg ssh nk dijelaskan...
yg penting niat
salam singgah :)
setuju..sungguh =)
lagi senang jadi jahat..
tapi lagi mulia jadi baik..
bila dah terkena dgn org yang buat jahat kat kite terasa nak jadi lagi jahat dengan org tu...
nak balas dendam...
aku setuju.
kalau ada kawan aku tanya pasal kawan aku yang dia tak kenal:
"eh, si polan tu baik ke dia?"
aku. "baik je...".
lepas tu aku diam kejap. "baik yang macam mana maksud ko?". aku.
sebab, baik dalam konsep kawan aku tu, mungkin lain dengan baik dalam konsep aku.
xpayah pening2 bro, Semua benda jadi senang bila kita tafsir guna hati yang beriman kpd Allah, insyaAllah.
susah la nak jadi orang jahat. kena bunuh orang. kena kejar polis. penat tau.
agree with u..kdg2 kita baik..balkg kita org buat taik walaupun kita tk pernah buat jahat kt org..so hows lor..
-NiFa-
kadang -kadang manusia ni memang pelik..buat kita banyak berfikir..buat hati kita terdetk seketika..tapi sgt setuju dengan ayat ni 'Setelah pelbagai kejadian yang menimpa, setelah terjumpa babak - babak kecil dalam hidup aku,Aku semakin hampir untuk bersetuju'kelakar tapi kenyataan..
manusia dicipta atas dasar 'baik'
yg menjadikan mereka jahat adalah corak ke atasnya.
tapi percayalah, jauh di dalam, manusia masih baik azalinya..
Benar tu BOB. Semakin diperhalusi, definisi menjadi semakin luas dan berlapis-lapis...
'saya rasa saya baik, tapi saya tolak cinta orang. orang tu dah pandang saya jahat.'(bukan ayat pengomen) valid ke?
p/s: baik dan jahat pada pandangan manusia itu subjektif. yang mutlak..refer al-Kitab. :)
ada 99% untuk dia dan kita..tinggal 1% ketidak percayaan, agar kita sentiasa bersedia:)
satu hari kawan sy bgtau sy-
kalo kita buat baik kt org kita xyah expect org tu jugak yg akan wat baik kat kita. mybe ada org lain. dan mybe jugak org yg kita penah wat jahat kt dia..
kita buat baik atas niat apa? lagipun baik atau jahat orang tu, kita tak berhak nak judge kan? walaupun kadang-kadang aku sendiri pun tak terlepas daripada judge orang.
kadang-kadang orang buat jahat bukan niat sebenar dia nak jadi jahat. orang buat baik, kita tak tahu pulak betul-betul ke dia berniat baik.
hey, percaya karma tak??
buat je baik, balasan nye kalau bukan manusia yang beri, lebih nikmat tuhan beri:)
bagi aku dua2 susah
hahahaha
yg jd bila cakap org terlalu diambil kira.
mmg kita haiwan sosial. tp bab baik jht. kita ukuran tuhan sudahlah.
buat apa dipikir manusia lain, yang fana.
(:
jadik diri sendiri senang. ikut kata hati.sebab bila kita terlalu terikut-ikut untuk buat baik atau nampak baik mungkin jadik hipokrit pulak. dan saya percaya hukum karma buat baik dibalas baik. balasan baik dan balasan buruk tak datang dalam masa yang singkat.bila dah 'kena' balasan tu, baru kita tahu. :)
Orang yang baik mana pun, takkan cakap diri dia sendiri tu baik.
Se-angel mana pun orang tu kita sebagai manusia akan sentiasa rasa kita tak sempurna sebab kita memang tak sempurna.
Kalau kita tak pasti apa definisi "baik" tu sendiri, macam mana kita nak tentukan kita sedang jadi orang baik atau orang jahat?
Conclusion-nya tak perlu lah kita classify diri kita dalam mana-mana kategori pun. Kategori baik ke, separuh baik ke, tak perlu pada pendapat saya.
Lagi bagus kita jadi saja diri kita sendiri dan jalankan saja apa yang kita mampu dan yang terbaik as a Muslim/non-muslim(apa saja pegangan hidup kita)
Biar Tuhan di atas sana yang tentukan kita ni baik atau pun tidak.
Kalau kita buat baik dengan orang dan dibalas jahat, just remember what goes around comes around. What you give, you'll get back. One day, insyaallah.
Baik ke jahat senang ? Persoalannya nak senang sekarang yang sementara atau senang kemudian yang berkekalan ? :)
macam2 pandangan orang perihal baek dan jahat nie..
yang penting kita kene ingat..
bila mana kita baek dan dibalas jahat..jgn kita sumpah seranah kerana itu dugaan Tuhan..
dan walau jahat mana pun manusia lain pada kita, berbuat baiklah pada manusia itu...
usually, kebenaran akn dlyn dgn kejam sbb mereka x mahu menerima kebenarn. yg membalas kebaikan itu bukan manusia, krn mnusia boleh silap...tp yg mbls kbaikan ialah Allah.
Bila manusia tak membls kebaikan kita, kita sabar..org yg sbr blsnnye syurga:)
aku cuba nak paham blog ni elok2...aku baca slow2 smpai la berhari2 aku abisskan just nak paham post2 lepas...
tapi mcm mana pun aku masih blur2 n blank...adakah sbb aku bkn org seni?
demn...
Jangan ubah pendirian pertama.
Kalau jadi jahat 2 senang, kenapa masih ada org baik di sekeliling kita?
Sejahat mana org 2 pown, msti ade baiknya jugak. Kn?
Saya ingat lagi masa encik ZA diinterview kat quickie, untuk promosi gadoh, encik ZA ckp, 'kita ni tak sempurna, tapi kita cuba untuk jadi sempurna'.
Stick with that...
aslmkom zahiril aq rase aq ade jawpn nye lah bro..tp aq x pasti lah jwapn aq ni orng yang bce blok aq stuju atau x?JADI JAHAT LAGI SENANG DRI JADI BAIK,JADI BAIK BUKAN SENANG....bagi aq bende ni bergantung pada kehidupn seseorng...kalau dalam kehidupan die penuh dengn kejahatn dan die selalu buat bnde yang negetif..mngkin pade die jadi baik susah dan jadi jahat senang...tapi bagi orng yang sentiase berlaku baik atau sentiase berkelakuan baik ibarat skema....lah die akan takut buat perkara yang jahat..sukar untuk die melakukan kejahatan...so dalm bnde ni jawapnnye ade dalm dri kite sndri...keselesaan untuk jadi seorng yang jahat dan baik ade lah hak asasi manusia...tp kalau jadi jahat....akan di bals jaht...JANGAN MELUDAH KEDINDING,KALAU KAU SILAP MEMILIH JALAN,KALAU ANDA GAGAL UNTUK MERNCANG,ANDA MERANCANG UNTU KEGAGALAN....
baik, jahat permainan dunia... memilih adalah jalannya, dan keputusannya yg menjadi paradigma.
aku baik ke jahat ek ?
ada orang cakap kat aku dan dia bagi dua situasi supaya aku tentukan yang mana baik dan mana jahat. tapi aku tak dapat bagi jawapan yang tepat dan dia pun bagitau aku jawapannya.
situasi 1: seorang polis menangkap pencuri, tetapi polis itu tidak sembahyang. = dia orang jahat.
situasi 2: pencuri ini mencuri, tetapi dia sembahyang. = dia orang jahat.
tapi aku kurang setuju dengan kata-kata dia.
tapi biasanya orang baik mengaku dia baik, tapi orang jahat tak pernah mengaku dia jahat.
ingat lagi x, sy penah tanya ZA tentang ni kat fb dulu..dan ketika itu, ZA jawab " dalam dunia ni, jadi jahat lagi senang dari jadi baik, cara yang terbaik ialah jaga hati sendiri"....jawapan ZA persis dengan apa yang dikatakan oleh kawan ZA tu...bagi saya, saya percaya..sebab saya dah terkena...tapi, nak jadi jahat tetap x sampai hati..tapi, bila jadi baik...sakit hati..jadi konklusi saya, jadi diri sendiri...dan terima kasih ZA untuk entri kali ini..
susah gak kot jd org jht, semua nk cr psl. haha apa dirisau pandangan orang, jadi baik tetap pilihan terbaik. :)
salam..
buat baik xsemestinya dibalas baik di dunia..
tp kt akhirat pasti ada ;)
lgpon, baik yg dibalas jahat tu mngkin hnya ujian Allah utk lihat kita buat baik sbb nak dibalas baik ke atau sbb nk dpt redhaNYA (~_^)
agak jahat kamu membuat saye berfikir tentang perkara nih...
lebih baik kamu dan saye fikir benda yang lebih berfaedah.tentang warga indonesia menggangu gugat rakyat kite ke...
eh***tetibe plak kan-
lalala~~~
baik ke jahat senang???
dedua la...
orang baik wujud kerana ada orang jahat.. nak jadi jahat senang, jadi baik pon senang..tapi baik ke orang tu kalo orang lain bagi comment dlm blog dia tp dia x respon? jahat ke orang tu kalo dia jujur dan lantang bile bersuare (pon dlm blog dia)??
hiduplah untuk memberi sebanyak-banyak nyer, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...
komen utk baik ke jahat senang..
hiduplah untuk memberi sebanyak-banyak nyer, bukan menerima sebanyak-banyak nye
jahat.
buat baik, dibalas baik yakni syurga yg abadi.
buat jahat dibalas jahat, yakni neraka yg abadi.
dunia ni ibarat ladang, yang hasilnya akan kita tuai diakhirat kelak.
akhirat yg abadi. pilihlah mana yg kita mahu. sesungguhnya manusia itu diberi kelebihan. kelebihan untuk memilih. kelebihan ini yang Allah tak beri kepada makhluk2nya yang lain. ditambah pula gn kurniaan akal. apakah manusia mahu sia-siakan sahaja dan pilih neraka?
rujuklah Al-Qur'an. dalam itu, akan kita jumpa dengan pengharapan dan pergantungan.
konklusinya, baik itu susah tp ganjarannya senang.
wallahu'alam
aku setuju dgn coretan kamu ni ZA..
aku ada jgk pernah terkena..
konklusinya, aku rs baik aku nampak jahat secara luaran di mata sesetengah org yg x suka aku..
tapi berhati baik utk semua org [try to be]...
.ini mmg sgt subjektif.
In our own humanity have both side.. U can be good sometimes and can be bad sometimes.. It just a part of our life when we grown up..
Being a bad person and a good person it depends on urself..
baiklah satu-satunya yang senang.
memang mahu berbuat baik susah.
tapi tidak bermakna kita tidak boleh berbuat baik.
kita kena yakin pada diri sendiri,redha dan sabar,
kerana seseorang itu yang baik,berganda pahalanya....
hello abang ZA . Actually saya bukan lah peminat setia abang but saya sangat kagum dengan lakonan abang . saya pernah percaya bahawa abang nie mesty orang baik baik due to ada beberapa cerita yang saya pernah baca ttg abang di majalah hiburan dan bila saya jumpa je blog abang nie, my respect toward u is becoming increase sebab ayat ayat abang memang best lah. Teruskan oke . dan saya mintak abang jangan approve this comment . if abang baca comment nie pun dah cukup make me heppy . Goodluck . :) do visit my blog if u are free . :)
Baik ke Jahat Senang? Disebabkan BM SPM aku B, biar soalan tu aku jawab dengan soalan juga, Kenapa Timbul Soalan Macam tu?
Org yg jadi jahat sebenarnye ialah die dah puas jd baik dan maybe die dah pernah "terkena" sblm ni. So 2-2 ini ade dlm diri kite sebenarnye cume terpulang pd sifat kite utk lebih kpd bersikap positif atau negatif.
susah jadi jahat kalau kita baik....baik ke kita sgt?....jahat ke kita kalau bunuh nyamuk yg hisap darah kita?...baikkah kita bila biarkan nyamuk ituhisap darah kita sampai ia terbang dgn kekenyangan....
mengeow - baik atau jahat, dua2 senang...bile usaha dipandang sebagai peluang,bile cabaran dipandang sebagai ganjaran...rasenye la kan...
orang kate mindset tu penting, pikir jauh ke pendek? haa...itu kte tatau...
Post a Comment