Thursday, August 5

pementasan teater Shorteyes

Seperti yang dijanjikan, (nampak tak? Ada kala, aku mengotakan janji jugak) aku akan update tentang pementasan Teater Shorteyes.

Walaupun sebenarnya agak lambat untuk aku memberi khabar tentang pementasan ini, tapi aku tetap mahu khabarkan. Kenapa lambat? Kerana sebenarnya pementasan ini telah bermula semalam.

Korang kena maafkan aku kerana tuntutan kerja aku semakin menjadi - jadi. Macam budak umur 2 tahun yang dah pandai berlari, maka setiap bukaan langkahnya mesti nak berlari.

Takda kena mengena. Aku tahu.

Baiklah, sedikit perkongsian tentang pementasan ini. Teater Shorteyes mengisahkan tentang kehidupan banduan - banduan di dalam tahanan. Bukan di Malaysia tapi di Amerika Syarikat. Penulis asal adalah seorang poet dari Puerto Rico, kemudian naskah ini telah diolah dan diarahkan oleh Fared Ayam.

Apa? Tak dapat lagi gambarannya? Nah, sinopsis panjang.

Rumah Anak Teater
mempertunjukkan


SHORT EYES
(dalam Bahasa Malaysia)



Olahan / Arahan: Fared Ayam

Pengarah Artistik: Nam Ron

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa

Penaung: YB Elizabeth Wong (Exco Pelancongan Selangor)

Pelakon:

Zahiril Adzim
Taiyuddin Bakar
Nam Ron
Amirul Affendi
Tayanithi
KhairuNazWan Rodzy
Khairil Ridzuan K'N
Kirin Muhamad
Hafizee Hatta
Xavier Fong
Amar Asyraf

Pementasan ini atas kerjasama:
Selangor Tourism


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 4 Ogos 2010, 8.30pm
Show Time: Khamis, 5 Ogos 2010 - Sabtu 7 Ogos 2010, 8.30pm dan Ahad, 8 Ogos 2010, 3pm

Tiket atas sumbangan minima:
Full Dress Rehearsal: RM15 untuk semua tempat duduk
Show Time: RM30 (dewasa), RM15* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)

*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 012-2395209 (Hafiz) atau email kepada rumahanakteater@gmail.com

PERHATIAN: PEMENTASAN INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA BAWAH 18 TAHUN.

PERHATIAN: MEMPUNYAI KESAN ASAP ROKOK.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Begitulah. Jadi walaupun agak last minute, korang jangan lupa datang menonton sebuah karja dengan dialog - dialog jujur yang tidak sesuai untuk kanak - kanak. Haha.

Dan oh, untuk pengumuman juga, Aku hanya berlakon pada hari Sabtu malam dan Ahad petang sahaja.

Sekian.

17 comments:

mOOn said...

alaihaii... kenapa mesti 4,5,7,8 ogos.. ada hal laaa. Lepas raya x de lg ke? hihi.

superanan said...

dah tgk dah. dialog dia mmg sgt tak sesuai untuk kanak2. haha. :D

d|aBoL|c e'En said...

kudos bobby! and welcome back :)

halfmoon&shawl addict said...

kat mana akan di pentaskan??
sounds pretty interesting lah..

Anonymous said...

nampak menarik... rasa tertarik... hopefully semuanya success... tak sabar tunggu sabtu dan ahad... hhmmm.... lalalaalaaa....

Ann said...

kalau tak dapat datang nak tengok,ada alternatif lain x?
contohnya,siaran di t.v?

Anonymous said...

salam.... di mana pementasan ni ye..

citah bukan mazid said...

teater dlm bahasa or eng nie?

citah bukan mazid said...

dlm bahasa ke eng?

Putera Izuan said...

uhuhu...
x penah tgk ko blakon ni...
bile plak pementasan teater tabru bto????lalala

miss.Qiss said...

Alhamdulillah ! Yess ! Nasib baik dah memang book hari Sabtu.Dah cuak dah hari tu ingat Bob takde :))
See ya soon Bobbyyy :)

fatian athiea said...

nak nengok!!
tpi jauh sangt lar..
npe xwat pmntasan bgrak j.huhu

fatian athiea said...

nak nengok!!
tpi jauh sangt lar..
npe xwat pmntasan bgrak j.huhu

fatian athiea said...

nak nengok!!
tpi jauh sangt lar..
npe xwat pmntasan bgrak j.huhu

hans said...

den dah tgok ekau kena belasah dengan Murphy, One, Paco...hohoho...
best
lawak pun ada

tapi memang banyak isi yang tersurat dan tersirat dalam pementasan nih

apa2pun memang terbaik

P/S : watak cupcakes best..watak ekau Clark Davis pun menarik

P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!

yanaefy9 said...

Shorteyes mmg gempak ah..u blakon mmg terbaik la Clark Davis! Ska sgt!

viruspadu said...

best ni :)