Wednesday, December 15

kejar berjalan

Ini settled. Itu settled. Lepas.

Alhamdulillah. Pementasan dekat Penang pun settle. Seronok. Biarpun macam - macam perkara jadi. Macam - macam tu maksud aku, memang macam - macam.

Macam - macam untuk aku.

Biar aku sendiri tahu yang macam - macam tu. Tapi sekali lagi, syukur Alhamdulillah. Masih lagi 'on track'. Masih lagi selamat.

Jam 5 pagi, aku bersandar di kerusi depan komputer aku ni. Dengan otak yang kosong, tak mampu nak fikir apa - apa lagi dah. Yang ada hanya kelegaan. Bila banyak kerja yang dah settle, leganya lebih lega dari dapat pergi tandas sebab sakit perut.

Yang di hadapan, aku mula susun perlahan - perlahan. Seperti yang aku pernah sebut sebelum ni. Transformasi atau perubahan yang aku betul - betul perlukan dalam masa sekarang ni. Biar kecil perubahannya. Takpa. Akan datang sikit - sikit perubahan yang agak major dan kemudian yang total.

Aku susun lagi perancangan. Tapi orang kata, hidup ni jangan terlalu dirancang sangat. Nanti perfect. Kalau perfect sangat dah tak best.

Aku setuju.

Dan aku pun tak nak semua benda perfect. Termasuklah kerjaya, perhubungan, kewangan dan semua - semua. Aku tak mahu terlalu perfect. Biar lobang sana - sini. Sekurang - kurangnya, aku ada kerja nak buat. Kerja - kerja pembetulan hidup yang aku boleh buat. Kalau tak, bosan je takde kerja sebab hidup perfect sangat.

Tapi jangan lah tak merancang langsung. Kalau malas nak merancang, janji ada idea. Biar kita ada idea bila nak buat apa - apa. Sampai kita genggam impian kita. Tak mampu kejar impian?

Kalau tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai.

33 comments:

Anonymous said...

wohh , dah update!

Anonymous said...

woh , dah update !

miss.Qiss said...

Baguslah dah settled. Boleh rehat kejap ye tak? :)

Jalan cerita Banduan Akhir di Penang dengan di MAP lain ya? Saya tengok yang dekat MAP dulu dan agak hampa jugak lah tak dapat tengok Bob in action pulak di Penang.

Motif pementasan ni saya sokong. Sokong sangat sebab saya boleh connect dengan apa yang cuba disampaikan. Pelakonnya pun terbaik! Tapi, jalan cerita dia agak kosong bagi saya? Tak tahu lah yang di Penang macam mana..

Saya tak nak 'kejar' ataupun 'jalan' boleh? Saya nak 'lari-lari anak' biar tak berterabur atau terlalu lambat ;)

Selamat untuk semua ya Bob!

hakimansor said...

woah awalnye post!
dalame x tgk bro belakon drama o filem.
papepon,do ur best n keep up the god work yea :)

cekkeya said...

"Kalau tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai."

betul betul. jalan pun boleh, tapi jangan perlahan sangat, takut tak sampai. ;)

cekkeya[dot]com

Zurina J. said...

Org kata...
org yg gagal merancang, ia merancang utk gagal.
Tp sy setuju, jgn TERLALU...:)

GEMBALA SUARA said...

tamak pun jgn bro, takut makan kawan...yg dikejar kang xdpt, dikendong berjln pun berciciran...

*anak didik tompang lalu
**aku suka watak bro dlm GADOH. haha
***semoga sukses bro ! amin !

nabilahsyahiratugiman said...

macam macam. hehe :)

Cik Bee said...

hidup kalu perfect sangat dah tak ada warna...

♦♦orked♦♦ said...

let loose a little....
too perfect means less fun..

hv fun bro!=)

cryclown said...

practice make habit..

manusia tak sempurna, tapi kenapa ada "practice make perfect"

you know me said...

Untuk kawan - kawan yang kita suka dah kembali, terima kasih :)

Unknown said...

kejar impian sambil berjalan :)
lg luas pemandangan kan..huhu..

Nurul K said...

proses hidup. biar lobang, becak sikit2, tampal guna plaster atau paling kuat adelah gam gajah.

setuju: kalau x mmpu kejar impian, berjalan pun boleh.

redzpiscean said...

kejar impian dgn cara berjalan...perlahan.tp biarlah lambat asal selamat.

Anonymous said...

ermm setuju...tak larat nak 'kejar','jalan' pun boleh kan..

Unknown said...

setuju ngan bob....idup nie sendiri pun xder yg perfect....
lau kita xder 'keje' pembetulan dlm idup kita xkan maju... paper pun gud luck 4 u :D

ayusherly said...

14:1

husnaradzi said...

heheh macam2 tu macam mana
err btw yg bawah sekali tuh mmg
best quote dia .
Kalau tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai. i loikeeee .

Fara nisa said...

btol 2..klo mrncng sgt nnt x best klo trlalu perfect..
gud luck..

p/s-first komen!! hehehe

Fara nisa said...

btol 2..klo kte mrncng, xbet plak klo dh perfect sgt..
gud luck..

p/s-first bersuara..hehehe

ayesha said...

lebih suka ikot flow, setelah rancang. Ia lebih kepada konsep tawakal.

lgpn tak ade masalah (lobang) tak terujilah kehebatan kita.

Unknown said...

perfect is boring... hehehe
thanks, blog anda memberikan sy idea utk atur kehidupan sy yg mcm-mcm juge...

am said...

weh .aku ada copy paste ayat dalam entry ko tau .post kat wall fb aku .bereh eh ? heee .

syami said...

amboi buruk nya loyar..

buruk-buruknya pun ada barunya ada maksudnya ada baiknya ada masejnya ada rencananya ada kemajuannya ada motifnya ada komennya..

ehem said...

jadi ajer dirimu yang sentiasa berubah.

Marhaenonymous said...

berjalan perlahan sangat takut lambat..kalau berlari laju takut tersadung dan jatuh..

ENCIK TIKUS said...

busy mane pun seseorang tue mesti ada masa rehat dia ye dak ? tapi syukur lah dah settle, bole rehat rehat kan badan, spa jom ! kah kah

Cik Yana said...

Rindu gila nak baca entry belog ni. Akhirnya ada jugak update. Tapi terlambat bace pulak. Hehehe~ btw, good luck untuk perancangan masa depan. Biar lambat, asal semua selamat dan settle.

Anonymous said...

I like dis entry!! tQ ZA.

adventure mama said...

hehe..betul..kalo penat leh nek bus kan..

syifa BONKERS said...

suka suka suka . ada kau kesah ke aku suka ?

Anonymous said...

izin share sesetengah ayat.hehe