Wednesday, January 12

dah tak joget, balik menembak

Kolaborasi dengan gadis berbaju kurung pun dah selamat. Selamat yang boleh disenyumkan oleh dia.

Senyum lebar.

Dan oh, aku terima banyak Tweet dari kawan - kawan yang kita suka pada malam tu. Terima kasih banyak yang tak terhingga. Walaupun aku cuma tukang joget dan tidak menyumbang pada pembikinan lagu, tetapi, sekali lagi,

Terima kasih banyak untuk penghargaan itu semua.

Tahniah untuk Gadis Berbaju Kurung dan seluruh tenaga kerja di belakangnya. Aku pernah menyebut, pada kali pertama aku diberi dengar lagu ini sebelum perbincangan untuk kolaborasi bersama membikin muzik video lagu ini, "Sedap lagu ni Ana. Sungguh"

Aku cepat stim dengan gesekan cello dan biola. Dan pukulan gendang. Apa - apa jenis gendang.

Dan tak perlu kita serabutkan kepala otak tentang suara - suara yang muncul pasca-pertandingan. Itu adat.

Senyum sahaja. Biar suara - suara itu dihanyutkan angin masa yang akan sayup - sayup pergi.

Ok sudah. Aku percaya kita semua sudah matang. Setidaknya, pura - pura matang.

Mereka gembira, aku tumpang gembira.
Mereka melonjak seronok. Aku?

Kena sambung kerja.

Kerja apa? Takda kerja lain yang aku buat setakat ni selain daripada menembak. Joget itu cuma sebahagian dari kerja pentas aku. Performing art. Bukan kerjaya. Kerjaya aku kan seorang pemeran. Menembak. Menembak apa?

Nah perkhabaran buat masa ini.

"6 Progresif"
Bermula 13 Januari 2011
Khamis 8.30 TV9

Tahun lepas dah main karektor yang agak berat. Okay, bukan semua berat, tapi tetap memenatkan emosi. Dan Insyaallah, kalau diizinkan, semuanya yang ditembak tahun lepas, bakal ditayangkan tahun ini.

Dari karektor seorang budak ofis yang selalu dibuli bos dan bercinta dengan Pontianak, kepada karektor seorang anak muda pembela saka yang mistirius (ejaan apa ni?) hinggalah kepada karektor jaguh Tomoi yang berdepan dengan konflik keluarga dan keturunan. Yang juga dalam pada masa yang sama, diburu oleh gangster yang menginginkannya dibunuh.

Jadi tahun ini, sebagai pembukaan, aku nak layan karektor yang ringan - ringan (walaupun ada yang tak berapa ringan) Supanya minda dan emosi memiliki masa yang secukupnya untuk di-centralize-kan.

Kan ke cantek plan macam tu? Nampak tak. Timaseh.

Lagi cantek kalau korang usha Facebook dan Twitter "6 Progresif". Apa - apa hal update banyak kat sana.

Weh, terima kasih weh.

p/s: Move on.


72 comments:

Fateen Insyirah said...

sama - sama kasih . Aha keep it up bro :)

Unknown said...

xsbr nak tengok...

Dayana Yaman said...

tak sabo tunggu cerita itu ! sungguh.

shazida said...

tahniah! atas sumbngan kepada kemenangan ana rafali.

miss.Qiss said...

Itu lah, Ana pulak yang kena. Bukan dia yang jadi juri untuk menilai diri sendiri.Kesian Ana! :(

Haa memang cantek sangat plan tu. Boleh Bob bernafas dengan tenang sikit ye dak? Jaga diri Bob!

AntyOlip said...

6 progrepsif??
wah,,cam bes je tajok crita..!
uih,,xsabaw la pulak nk tgok ko blakon cite ni kan..
k,bye.

mimie mohd sam said...

Setuju.Fikir benda yang sama
Suara memang akan tetap bersuara, kalau di layan, kerja kita tak gerak ke mana

nuridrin said...

masa anda muncul dengan baju merah,
rasa nak melompat masuk dalam skrin.
joget bukan sebarang joget.
siap kena masuk cage! tahniah juga sebab jadi sebahagian dari team ana raffali. :)

miss.Qiss said...

Ohh, ya! Saya pinjam muka awak lagi dekat blog saya untuk cerita awak berjoget sakan tu.Harap maklum :)

http://hushmylittlebaby.blogspot.com/2011/01/inspirasi-aku-jadi-tukang-joget-katanya.html

lellapop said...

taniah zahiril.. teruskan usaha anda.. insyaAllah akan lebih berjaya

H. Wahid said...

Ketua kelas, cool ;p

Salmiza said...

tahniah ZA utk kolaborasi yg mantap.

gud luck untuk tembakan tahun 2011.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

he he he.
mesti ditandakan untuk ditonton ini.
perlu.

:)

Cahaya said...

betul2, biarkan mereka nak cakap apa pun. Memang norma. Anyway, 6 progresif dlm list. Insya Allah, I'll watch it.

Unknown said...

1st time read ur blog . terus jatuh suka =) nway congrate for ajl . nice joget ya ..

naem glizzy said...

:)

Anonymous said...

:) Tahniah2! Anda antara artis..eh! pelakon yang mendapat respect saya. Good luck. Sesungguhnya, saya ada blog,tapi jarang update. terima kasih.

Chu Ah Mie said...

well done wif AJL.. n waiting for ur dramas n movies dis year.. may have a blast year bob!!!

mOOn said...

memperbanyakkan menembak ye tahun nie. nanti. xde la terindu-rindu lakonan anda!!!

Cik Miza said...

banyak nya die omong kali nie... hah!!

0(sayasenyum)0

Che Kay said...

aisemen~~~ kat Sabah ni teda siaran biasa untuk TV9... ndak dapat la layan budak2 sekolah ni...huhu apa2 pon selamat menembak~

pqa said...

video lagu ana rafali tu, sweetttt gile korg berdua. suke tgk. ;D
em good luck bro!

melati said...

pembukaan tahun yg cantik.

Anonymous said...

Kau yang terbaik untuk malam Gadis Berbaju Kurung. LIKE!

Anonymous said...

huhu..
xsbt nk tggu drama nie..
btw..gudluck

ya rin said...

waiting for ur next cool movie ! wachaa!

Ren said...

Alhamdulillah ...anda semakin maju!

Iamami said...

Syabas Bob. Akan ditunggu 13hb ni. And tumpang gembira Ana menang. Lirik lagu dalam. N video clip dgn Bob pun tidak kurang hebat nya. Juga suka Hujan Bunga di KL. Both the song and Bob yg ada dlm video clip itu.

ckslmh said...

poster menarik!
barisan pelakon pon menarik.
wajib tonton ni.
hehe..
all d best Bob!

Aina said...

wajib tengok nih . sebelum 8.30 dah kena ada depan tv, hehehh :)

Zubaidah said...

erm
thniah utk show ngan ana rafali tuu
cant wait to watch 6 progresif
looks interesting

fatan fzee said...

menembak kat high school klang kan?
stail dol.

jie justin said...

congrates , erk, utk ape yer, utk semuanya lah .... (ini mungkin first ulasan for this post, klu x pun xpe)

ameliafarina said...

best of luck in everything u do :D

+whuttadilly? said...

akan ikut 6 progresif.
esok?
yayy!

IZZATI HALIM said...

tahniah dengan kolaborasi bersama gadis baju kurung.penuh dengan perasaan.sangat bagus!
good job Zahiril Adzim :)

ucha said...

Tahniah la BOB.. kau mnari memang bez... layan bek je aq nengok.. huhu..

bob, aq tringin btol nak nengok kau bawak perwatakan ala2 blur, nerd camtu.. mesti kelakar.. huhhu....

ENCIK TIKUS said...

tahniah sekali lagi even bro tukang joget tapi still di perlukan untuk memenuhi pelan persembhan..

haha yeah malam esok kan ? pasti tonton ;)

izy said...

tahniah utk gadis berbaju kurung kesukaan saya dan tahniah utk awk...
awak mmg tukang joget berkaliber.
^_^


http://ticerizy.blogspot.com/2011/01/tolong-ingatkan-aku.html

Unknown said...

Tidak sabar rasanya mahu menonton drama terbaru itu. Tolong kirim salam kepada Nas-T boleh?

P/S: Saya mahu sambungan Kami the Movie

Kaseh Esmiralda said...

pengunjung setia blog ini akan sentiasa menyokong kerja seni Zahiril Adzim...
neway,cik kaseh nak minta izin pinjam sikit catatan2 entri Zahiril yang macam bagi sumber inspirasi di sini...boleh ye... nnt Saya kreditkan nama anda...

susu said...

nti wa layan cte progresif nih..cambest ja

-Azni Zuhaini- said...

oke wat lagu tu. best gak.huhu
wah x sabaq chek nk tgh citer tu. tp tonton dh kna blok kt usm ni.sob sob ! huhu

LinnaNanada said...

tahniah.. persembahan yg the best.. jadi hero ana rafali.. =P

Anonymous said...

memang sedang menanti. hee :)
abg ZA nampak klakar pulak, budak skolah katekan. haha.

syima said...

kembali menembak! congratz atas performance anda! best!

Puan Besar Shag Yahaya said...

Yay. Tak sabar nya nak tengok! hehe :D

cEro said...

serius, kau beruntung sebab dapat watak yang dinamik dan tidak statik..

hm, tanya sikit, berapa dapat lepas kolaborasi dengan ana membuahkan emas??

Anonymous said...

nas-t dari zaman KAMI ke zaman 6progresif, character budak sekolah juga masih. hoho. okay, dlm blogger boy tak.

Riki said...
This comment has been removed by the author.
adaNiff said...

tahniah kamu & gadis berbaju kurung itu..
tak sabar tgk kamu jadi budak sekolah
=)

pESAwah said...

eh ehhh cover die macam ala-ala korea nye drama lah..nampak macam cool cite ni. hope so :)

Neyra Shazeyra said...

niceeeee mcm nama masa sekolah rendah

De Mois said...

Tahniah menang..apa lagi sambung menembak la ye.
Cuba ini di SuaraSendiri :
Utama : Berhadapan situasi lawak tak menjadi-Part 2
Segmen Santai : Peribahasamu Peribahasaku-tidak terperi

ishiko said...

hooo.. kena tengok esok!! sungguh!!

SYED NAHAR said...

tgk pic kalakar plak dgn baju sekolah.. :)

kazisha said...

macam best je 6 progresif tu :)

Unknown said...

i like cite bdk2 sekolah :)
memang sesuai lah bro jd bdk sekolah..hehe,,pasni jd ape pulak?

Hidayahsalleh said...

tak sabar menanti drama ni ditayangkan..:)

me.. said...

td ade tgk kt tv9..ermm..mmg santai..imbau blik kenngn mse sek2 dlu..

Sakiinah said...

budak form 6! *tiba2 nostalgic*

Syzna said...

saya punya senyum sahaja untuk segala usaha anda ZA. all the best :)

Anonymous said...

itu Zahiril Adzim! menjerit tengok AJL d umah stinggan...sape? zahiril la! sape tu? zahiril la! kami x kenal pon! korg tengok kami da movie? X! bawang putih bawang merah? tak! buang masa je ak ckap ngn korg, ciap ko junior ak orientasi blik!....neway tahniah~

ADLIL RAJIAH said...

Zahiril,
terkejut jugak tgk kau perform same2 ngan ana di AJL. sampai aku terjerit nama kau masa tonton AJL. =P

btw,aku ade buat dedikasi khas utk kau & Ana kat belog aku. 16hb ni aku publish! Jemput baca eh! :)

aLya maNip said...

congrats gak utk 'tolong ingatkan aku'.
tak sabar nak tunggu the next drama :)

ffh said...

good act!

Anonymous said...

cerita 6 progresif tu best, cerita balik tentang zaman aku muda - muda. zahiril berbakat dalam penulisan mahupun lakonan

tahniah juga atas kemenangan ANA.

Anonymous said...

Wow nice poster.

d.e.e.n.a.YAYA said...

tak pat nak tengok=(
btw,congrats bro...for da joget...nice colabrate..

nona hidayah said...

Z.A, kawan saya A.N tengah bergembira sebab Z.A cakap hello kat dia. Hahaha.

Don't worry. kami akn jadi penonton setia 6 progresif. Terutama sekali A.N.

Sakiinah said...

deena yaya: kat youtube ada hehe

Nesha Zin said...

6 progresif best....baiknye kamooo dlm citer ni,,ketua kls yg steady,,good job!!hihi