Tuesday, March 15

kembali lah shorteyes


Sewaktu kami tubuhkan Rumah Anak Teater suatu masa dahulu, dalam kocek masing - masing memang ngam - ngam untuk isi perut sahaja. Kami hanya berbekalkan passion dan skill.

Kesungguhan. Jiwa hendak membikin teater melekat, terpalit tebal dalam diri masing - masing.

Jarang diberi perhatian dari aspek sponsorship dan lain - lain. Kami tetap cekal. Nak buat set, pelakon sendiri keluar duit poket. Janji show jalan.

Pernah kena halau dari institusi seni dari meneruskan pementasan, kami sambung di luar. Sebab Augusto Boal pernah cakap "Hilang cincin, bukan hilang jari".

Aku sendiri tak pernah menyesal apabila Tuhan menjumpakan aku dengan anak - anak teater ini semua, yang tak pernah gila glemer, tak pernah terhegeh - hegeh nak komersialkan teater macam dekat istana yang penuh muzikal tu.

Di luar sana ramai penonton yang tidak ingin menonton teater kami kerana pelakon - pelakonnya tidak popular, tidak glemer. Entah dari mana datangnya budaya itu, aku pun tak tahu. Setiap kali aku bercakap tentang perkara ini, aku jadi meluat.

Dah macam - macam yang kami redah, dan hari ini kami kembali berteater lagi.

Shorteyes pernah kami pentaskan dulu di PJ Life Arts, dan kerana feedback yang kami terima sungguh - sungguh memberansangkan, kami dipujuk untuk melakukan pementasan kedua. Kali ini di Actor's Studio, Lot 10.


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 - Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm

Tempat:
The Actors' Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur
Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpu

Tiket :
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)
*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-2142009 / 0321432009.

p/s : Berapa ramai dari pembaca blog ini yang benar - benar sanggup datang menonton walaupun tidak ada artis popular yang berlakon dalam teater ini? Aku tunggu.

37 comments:

ENCIK TIKUS said...

gua nakk mintak maap bro pasal itu hari punya hal

Anonymous said...

sanggup , tapi berjarak =,=

nur abidah ismail said...
This comment has been removed by the author.
izyan azri said...

waaa..bestnya nak pergi tapi jauh..huhu

ERYN ROZLI said...

sanggup tu memang tapi keadaan yang tidak mengizinkan...assignments yg bnyk still priority..huhu..sanggup sbb mmg minat gila teater!!

Sheriel Aizan said...

Working hard is the true glamour which turns the sorrow to a passion. Believe me, the time will come. Lama-lama nanti orang akan recognize and appreciate. :) GOOD LUCK!

Hasbullah Samsudin said...

wahhh tak sabarnya nak tgk...

esah ezral said...

reverse psycho nye ps tu ish abg short eyes ni

Lola MK said...

not fair..nak tengok..tapi kita anak perantau..apa kata pentaskan di sini?=)

Cik kona said...

hohoho teater betul2 buat penonton feeling tak hengat, teringin nak ngok teater, tapi jauh lah plak, kalau show tu kat area jb confirm sy pergi!!

cindir-rela said...

macamana nak buktikan aku ini pembaca blog kamu??

owh, aku tak perlu buktikan ape2 mungkin.

saljihitam said...

kalau buat buat oku boleh tak bob ? takde duit sangat ni. *joking

anyway alldabest lah ! teater is way much better than lakonan. teater ade jiwa. feel feel :D

-ND said...

aku sanggup..aku pnh je tgk teater yg pelakonnya aku xknal pun.its not about the actors but the story.dah byk kali aku telepas nk tgk shot eye ni..kali ni pun xtau dpt ke tak.
aku harap short eye dpt perform kat penang..harap sangat.

-ND

Syahirah said...

nak pergi tapi tak ada sen dan tak ada transport. biasa la. budak sekolah bro. orang Johor pulak tu. sorry dari hati la. insya Allah lain waktu kalau ada lagi, saya pergi.

Awan Ungu said...

love theater! :)

nak pegi, tp terlalu jauh. :'(
x teringin nak buat kat johor ke?

haslinda said...

will go on sunday. c u there. ;)

Anonymous said...

aku da promote kat budak UPM.
tgok ade tak?
hahahaha.

nn said...

sanggup. tapi sudah ada previous engagement. haih

Gambit said...

saya sanggup!

rayxa said...

sye confirm pergi, tp ade x kmungkinan sye bole jumpe ZA? kire mcm meet & greet session :(

Sesumpah said...

aiseyhh nak final pulakk.

:/

aisyah said...

setiap kali kau cerita pasal teater, setiap kali tu jugak aku pikir, bilalah nak dapat merasa tengok org berteater, bilalah nak rasa tengok pelakon berlakon depan mata, bilalah nak sama2 turut berteater..hemm

Legasi Piston Pecah said...

disebabkan bakat buat kome dikenali..tapi,memang tak termampu ke sana...jaraknya dan masanya...

-rye- said...

encik ZA,

x boleh reserve tempat ke? saya ada masalah. saya nak pergi. sumpah nak pergi. tapi.. ah alasan! takpe, kalau saya ada di sana nanti, boleh saya dengar anda cakap terima kasih di hadapan saya?

adus jangan buat saya serabut antara kelas dengan nafsu untuk ke shorteyes, boleh? hahaha jumpa nanti, kalau sudah diizinkan Tuhan

shah zahar said...

kalao la boley~
;(

fyza said...

aku nak tengok.sangat!tapi macam jauh sangat lah.buatlah kt johr!! -_-

Anonymous said...

argghh...menci tak dapat pergi..currently in sarawak..

noa said...

im not into theater

aku takde alasan lain, tu je.
mungkin tak penah bg peluang pada diri utk merasai dunia teater

pas tulis ni tetiba aku tepk
"y not giv a try try???"

tengok la macamne

BTW wish u(& team) success

hijauGreen said...

teringin sangat nak tengok teater...tapi setakat ni x pernah ade kesempatan..:)

Fatin Masran said...

dah pnah tngok thun lps...mmg besh!!!
nak pegi lagi thun nie but terlampau sbuk kena mnyiapkan asaimen yg berkepuk2..
nway, gud luck kpd zahiril adzim, short eyes dan semua pelakon2 nyeee..

R LEeN said...

xe masalah pun xde plakon fopular.....tapi ada kekangan lain...
pu3 saya sakit n masuk wad...jadik xdapat nk lihat teater hebat ni...

Anonymous said...

kamu kan pelakon terkenal...saye peminat kamu tau...

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam perkenalan
saya follow blog awak ek.. mai la singgah kat blog saya n follow saya sekali...

miss.Qiss said...

Second round dah selesai! Wohoooo A+++ woi! Tak tipu! Macam flash back yang tahun lepas punya cuma Bob pakai glasses dan rambutnya rapi habis. haha.

Tapi kan, saya tak tahu kenapa saya mengada-ngada lagi suka Short Eyes yang 2010 punya. But still.. Thumbs up for the whole team. Wa tak kecewa sikit pun :)

belog said...

gua penyokong teater :) so x payah risaw kalau x ramai tak suka teater :) teruskan je sbb org mcm gua mesti dtg:) tapi mne weh studio tu? buat jela kat istana pepoyo tu sbb tu je gua penah pegi:) kasi cara guna public transpot ok:)

Zurina J. said...

saya betul teringin mau tengok teater RAT..... di Sabah... Huuuuu...

Misz Anisz said...

sy suke teater...suke tgk teater..teringin nk rase berlakon teater..tp tak pernah dpt peluang..kalau la sy dpt peluang, akn sy hargai betape indah nye seni..i love art..tak kan kesenian hilang di dunia..