Monday, July 25

diubah sejarah yang sedang mengubah sejarah

Berhari, berminggu, berbulan, bertahun.
Berpuluh - puluh tahun.

Kita masih hidup menjadi kita. Tidak berubah. Yang berubah hanya sekeliling. Orang - orang. Mungkin. Atau alam. Mungkin. Atau alam orang, mungkin. Atau orang alam. Juga mungkin.

Memungkinkan.

Di sekeliling berubah - ubah menulis, melukis sejarah. Menjadi sejarah. Yang terdustakan. Tapi mampu didustai. Atau mungkin sejarah sedang mengubah kita? Atau mungkin juga, aku yang sedang menulis ini sedang diubah oleh sejarah aku?

Dimungkinkan.

Mungkin benar, aku atau Aku yang menggerakkan jemari menekan papan kekunci ini sedang hidup di dalam kehidupan yang telah diubah oleh sejarah atau aku sedang mengubah sejarah?

Bingai. Tak temu jawapan.

55 comments:

Muslimah Optimis said...

manusia setiap hari berubah..cuma kita tak nampak perubahan itu secara kasar..

milaSAJJEsajje said...

bahasa yg sangat indah... xpena sangke yg zahiril adalah seorang penulis...

immysf said...

Tak salah berubah, jika itu mampu mengubah alam manusia.

Arai Lekir said...

aku tak berapa nak faham, tapi aku suka baca puisi ni..

Unknown said...

lama tak sebut 'bingai'
huhu...

Izzani Zulkifle said...

manusia berubah. berubah secara fitrah. mungkin. atau secara lumrah mungkin.

semua kemungkinan adalah mungkin.

haha. nice words ZA! bahasa anda indah. and please, jangan ubah. HAHA. keep writing dengan bahasa macam nie okay! :)

najihah sahami said...

kadang2 perubahan tu berlaku tanpa kita sedari. dan mungkin kita sedar saat kita dah terlewat....


hidup ini penuh kemungkinan..beware ^_^

nursakinah said...

mengubah rubah terubah rubah tidak kubah ubah ubah rebah rumah fitrah alhamdulillah

cik pha said...

manusia sentiasa berubah2..cuma berubah kearah mana..? kearah kebaikan@keburukan..?

Afiq Ah said...

Kemungkinan.

*Miss Backspace* said...

Yup..manusia berubah dan saya sedang mengalami perubahan manusia itu...hmmmm..tapi hidup perlu diteruskan rite..???

Cik Azz said...

Kadang2 kita cuba berubah untuk ke arah kebaikan, tetapi sebaliknya yang berlaku..

Kadang2 kita berubah untuk ke arah yang lebih buruk, tapi kebaikan yang kita temui..

Jangan pernah takut untuk berubah.. Semoga perubahan kita diberkati Allah.. :-)

Farah Fauzi said...

pengalaman merubah manusia... mengajar kita menjadi lebih berhati-hati terhadap sejarah yang telh berlaku.. dan kerana pembikinan seejarah baru kita cuba merubah diri kita untuk membentuk dimensi yang lebih baik

Legasi Piston Pecah said...

tengah cuba untuk fahamkan.

aqel said...

yang mana-mana pun boleh. belajar daripada sejarah dan berubah untuk kebaikan, tidak mengapa lah kalau begini kan?

Marhaenonymous said...

aku sedang berubah sekalipun sebenarnya sejarah telah mengubah aku.

nurshaf said...

sejarah dah berubah dan yang mengubahnya kita lah, hari-hari yang dah lepas tu adalah sejarah, setiap insan pun ada sejarahnya yang tersendiri,dan kadang kala kehidupan akan datang itu dicorakkan oleh sejarah silam seseorang itu,,

ecececey:over plak aku


Moga dapat petunjuk

Unknown said...

wah puitisnya bahasa..kita perlu berubah mngikut sejarah..jgn jadi manusia yg lupakan sejarah..

nurulHaizan dz said...

wahh! ini puisi eh?? aku memang bengap dalam na paham mksd puisi nih. so ta paham. :(

amira shafini said...

diubah ataupun mengubah,tiada salahnya selagi ia membawa ke arah kebaikan.
and,thanks akhirnya update blog..rindu sangat!!

belogkiter said...

manusia memang satu makhluk yang akan berubah.samada kepada yang lebih baik atau buruk

Unknown said...

minda kita memaksa untuk mencari sesuatu yang telah berubah

ikan said...

angin tetap bertiup
ah ah nyaman
terkadang menggila
awan tetap berarak
ah ah redup
terkadang bergulung
bulan tetap kan mengambang
ah ah indah
terkadang gerhana (tetap indah)
hati tidak terduga
ah ah bahagia
terkadang celaka

sejarah? ah ah bingai juga.
lalu aku berlari selaju mungkin...

Nadia said...

ahahaha suka!! dah share kat FB

Suhana Abu Bakar said...

'adalah lumrah utk isi alam berubah, x ketemu jawapan juga adalah lumrah, sesekali biarkan lumrah itu tersulam sendiri...sejarah akan sentiasa terulit dan diulit...yang penting kita sedar dimanakah paksi kita'

atika izham said...

perubahan mungkin perlu dilakukan untuk mendapat yang betul2 di inginkan dan ia akan lebih baik...

Ahmad Hati said...

Cantik bahasa

Saya Benci Andyhowtt

feninzz_LALAT said...

manusia xpernah berubah....tapi masa yang mengubah manusia...lau tak caye,try fkir..semakin tua seseorang tuh..diowg pon sibuk laa nak g haji or something..but mase muda2 still clubbing!..thats it..so,MASa yang mngubah idup seseorang...:)

feninzz_LALAT said...

manusia xpernah berubah....tapi masa yang mengubah manusia...lau tak caye,try fkir..semakin tua seseorang tuh..diowg pon sibuk laa nak g haji or something..but mase muda2 still clubbing!..thats it..so,MASa yang mngubah idup seseorang...:)

Zurina J. said...

Sama bingai! Keh²

Unknown said...

suka baca puisi ni,tapi tak berapa faham dan berusaha untuk faham

fifa fiona said...

sangat puitis..tapi mempunyai maksd yg sgt mendalam... tiap org punya pengertian yg berbeza.... sejarah mungkin mengubah kita...dan kita jgk mungkin mengubah sejarah.. =)

tepijalan said...

mencari-cari bahasa kata untuk menterjemahkan bahasa rasa, apa yang di ubah?wajah atau hati ini.

Ilabellanabilah said...

1st time nk tgl jejak komen kat blog Z.A:

sejarah,
satu pendekatan hidup,
satu pengalaman tercipta,
satu ringkasan kenangan,
satu agenda terungkai.

hmm, jom terjah sini hehehe

http://bella0107.blogspot.com/2011/07/zahiril-adzim-siapa-tak-kenal.html

Aku said...

kenapa?tidak tahu ka?berubah itu kan lumrah alam.maaf bukan tidak tahu tapi terlupa.mungkin.

sureen83 said...

perubahan itu perlu, bagi mengikut arus kehidupan.... tetapi perubahan lari daripada NYA, jangan sesekali... tetapkan iman, teguhkan keislaman... :)

feyza said...

sya termanggu

Kak siti said...

Kekadang kehidupan kita ni akan jadi sejarah manis ataupun pahit. Apa-apa pun kita terpaksa tempuhi.. kekadang tu bukan kemahuan kita.

Tinta Hati said...

Sepertinya ketandusan dalam sejarah sendiri atau ketandusan melakar sejarah.

Pejamkan mata dan dengan perlahan bukakanlah mata hati itu. Sudah sekian masa ia terlelap menunggu dikejutkan semula.

Kamu tidak BINGAI.

SemuaTentangKita said...

Kata-kata puitis yang penuh makna..hanya orang yang tahu menilai yang tahu maksud disebaliknya..

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

mungkin sejarah mengubah kita, atau mungkin kita mengubah sejarah, atau mungkin kita di mungkinkan, mungkin, mungkin, mungkin.... haha

HUD AIKARA said...

kadang-kadang aku pun terfikir begitu...kadang-kadang pun aku berasa sedang membuat sejarah diri sendiri..tapi lebih kerap pula aku merasa sejarah aku langsung tak bermakna untuk seseiapa...

Ad Rifza said...

Sejarah tidak pernah berubah yg berubah adalah kita ..kita yg mencipta sejarah yg menjadikan sejarah itu sejarah..:-)

Anonymous said...

:)

cahaya said...

indahnya sejarah itu, andai dirimu memikirkannya..
lahirnya sejarah apbla dirimu atau orng kellingmu menciptkannya.
tak mudah menigglkn sejrah andai ia sdah tercoret di jiwa..

AA said...

puitis :)

Rose Roslan said...

Puisi yang menarik.. :)

Rose Roslan said...

puisi yang menarik... :)

nadyatul said...

setiap hari kita mengubah sejarah, dan setiap hari sejarah mengubah kita
sama ada kita yang mengubah sejarah itu,atau sejarah yang mengubah kita.

K I E R A said...

Indah.

Mohamadazhan.com said...

manusia berlalu mencipta sejarah baru =)

Cik Wedges said...

apa pun perubahan itu...biarlah ianya membawa kita ke arah yang lebih baik dari hari ini...kerana diri kita penggerak kepada perubahan itu..:)

jie justin said...

ok, ini siri BOGEL MENUJU TUHAN the second!

MORIBAYU said...

Apa yang memualkan ttg buku sejarah ??.~Terlalu banyak sejarah...dari fakta.

aqmahoocyunkqamo said...

sejarah berubah apa yang diubah mengikut telunjuk dan kudrat pengubah...
btw..nice puisi..