Tuesday, September 6

bukan sajak untuk semut

Aku tak mahu menulis sajak pasal semut. Bukan pasal deretan semut di balik siku kanan, tangan aku yang sedang berahi meraba - raba papan kekunci ini.

Tapi mungkin juga ya.

Mungkin juga aku kagum dengan binatang kecil ciptaan Maha Kuasa ni, yang terus bekerja tanpa henti, biar apa pun terjadi. Terus dan terus. Tanpa memperdulikan sekelilingnya. Tunggang langgang terbalik dok, pun semut - semut ni lari kejap bertempiaran. Tapi kejap - kejap lepas tu, semut - semut ni sambung balik kerja, carma (cari makan).

Taknak. Aku taknak tulis pasal semut.

Tapi semut lah yang paling hampir dengan aku sekarang. Bukan hampir pada jasad sahaja, malah terlalu hampir dengan keadaan aku sekarang. Apa yang aku masih peduli tentang apa yang terjadi sekeliling aku? Dah selalu sangat, jiwa runtuh, hati lerai, mengharapkan sesuatu yang entah bila akan berakhir lalu bermula yang baru.

Tapi apa dan kenapa masih aku peduli?

Kenapa tak boleh ikut perangai semut? Yang tidak dikurniakan akal fikiran oleh Allah Ta'ala. Tapi aku yang dikurniakan akal, sibuk nak peduli tentang perkara - perkara yang menyakiti hati sendiri.

Sebab aku manusia. Sebab aku manusia yang sibuk nak terasa hati, nak kecil hati, nak makan hati. Sibuk nak amik tahu hal - hal sekeliling yang kurang penting. Yang kuman - kuman. Sampai terabaikan perkara yang lebih besar. Sampai membunuh acara - acara masa depan yang pernah cemerlang di dalam genggaman.

Yang aku sudah hilang.

Memang lah sakit. Hati. Lara dibuatnya. Habis kalau aku ketuk - ketuk papan kekunci ni, semut - semut ni tak sakit dengan gegaran meja ni?

Kenapa aku tak boleh buat ni?

41 comments:

K O R I E said...

salamat pagi,

semut ada kt depan awak kah?
imaginasi lebih ;]

nls~ said...

fez komen-yeah kena keja mcm semut,,,rajin sntiasa

nls~ said...

fez komen..kena kerja mcm semut..bru dpat hasil yg mmuaskan =D

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

huhu.. maksud tersirat tu.. jadilah cam komuniti semut.. bile bekerjasam dapatlah hasilnye kn :)

meen said...

ya. kerana kita adalah manusia. sabar itu indah, insyaAllah. ^_^

Ren said...

Semoga terus gigih!

deem said...

semut pun ada masalah tau.selalunya time hujan/banjir.

@Fr!^n@ said...

semut dan manusia diciptakan jauh berbeza.. dorang tak de hak untuk memilih... huuu

selagi boleh pilih untuk jadi lebih baik... silalah jadi lebih baik... kita bole jadi lebih baik dari semut..

selamat pagi
dan salam aidilfitri

Cikgu Ma said...

semut bukan sebarang semut, semut diberi penghormatan oleh kerajaan Sulaiman...

Anonymous said...

nice one..

semut.

hehehe...

Izyan Balqis said...

semut itu kecil tapi dia kuat...

kuat bekerja,
kuat tenaga kecilnya..

kuat segalanya~~

PemilikCahaya said...

semut rajin tp kalau dah banyak sangat aku pi bunuh dia je sekoq-sekoq mampuih!!

anasrikandiislam said...

laa ngat xmau cite pasal semut.tapi dr atas smpai bawah semut jer.hihi

CT said...

kena amik juga team work semut...bersatu padu..hihihi

Unknown said...

semut binatang ciptaan Allah yang rajin..tiada istilah jemu dalam hidup mereka..kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran haruslah mengambil sikap semut itu sebagai panduan mencari rezeki..

Päk Läng said...

sekali lagi

aku

lelaki

mencelah

manusia adalah sebaik2 kejadian

sekian

budak kacamata said...

sekecik2 smut pon rjin bekerja..kiter yg besar nie blom tentu lagi..conohilah smut..hehet

ainie syeema said...

rajin seperti semut..

ASYRAF IMAN said...

ini adalah realiti
keyakinan insan yang penuh visi

hehehehe :D

azwa amani said...

indah bahasa ... :) selamat hari raya ZA

kopisoda said...

contohilah sifat semut :P

Sobri Mansor said...

Ikutlah kata pepatah. Rajin bekerja dan bekerjasama umpama semut. Tapi bila manusia dah mula ada perasaan bangga diri, riak dan takbur, langsung dilupakan pepatah tuh

BeLLa BeLLa said...

banyak maksud yg tersirat ni.hurmm..
seperti byk yg bermain d minda seorang ZA..

Miss Amalin~ said...

Ayat anda begitu indah secara langsung menggambarkan apa yang aku rasa saat ini. Mohon share. Terimasih. :)

Anonymous said...

Sebab aku manusia. Sebab aku manusia yang sibuk nak terasa hati, nak kecil hati, nak makan hati. Sibuk nak amik tahu hal - hal sekeliling yang kurang penting.

woih. terasa. =__________="

ika said...

kdg2 ciptaan Tuhan yg kecil dapat sedarkan kelemahan diri kita . kan ?

ika said...

kdg2 ciptaan Tuhan yg kecil dapat sedarkan kelemahan diri kita . kan ?

Sizzling Suzai said...

lorr...i thought another ordinary blogger who love to write n got d exact same name as u..but IT IS ACTUALLY the zahiril adzim si pelakon juvana?! hehe..

nice one..if i blog in malay this is definitely gonna be my ref! just bumped onto this and im sure gonna b ur loyal reader..keep up keep up!!!

ur fan of both acting n writing! ^^

SizzlingSuzai

Amalina said...

kau manis sangat, semut suka lah.
kalau kau terus manis pasti ramai semut yang kena potong kaki akibat diabetes kemudian mereka tidak boleh lagi rajin mencari rezeki akibat kecacatan fizikal.

kurangkan manis dalam makanan dan minuman.

ainzoo said...

Kak Limah pun dah kata `enjet enjet cemut... cape caket naek atas...`


ZA, dalam maksud tulisan ko.
Aku suka. Kipidap! :)

tuyanaza said...

setuju. kita manusia, kita mudah terguris. kalau kita betul berfikir, kita tak perlu menyesakkan fikiran dengan perkara yang kecil sebab banyak lagi perkara besar yang lebih membahagiakan.:)

maya_kaisara said...

salam.... biar kita ikut kerajinan si semut..jgn kita ikut tabiat si semut yg suka dgn manisan..xelok tue..hehehe..rajin la selalu eyh..=)

Putra Rman said...

best ar bro cer pasal semut ni, banyak yang boleh diungkapkan, kena jiwai semut atau seperti pada situasi semut, mungkin perlu diteliti sosio-budaya semut itu sendiri ;)

Cik Yana said...

hai zahiril
nice2 :)

anyway,
belum terlewat nak ucap
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin :D

Salmiza said...

terbaca entri ni time aku mmg tgh dlm keadaan yg mcm kamu gambarkan ZA.. aku pun nak semangat mcm semut tu..

feyza said...

kamu kenapa.?

Wan Suhail said...

mendalam.

cahaya said...

bukan sajak untuk semut.
sbb semut tak de akal and of course diorang x reti membaca...
sapa yang pandai membaca tidak semestinya memahami apa yang dibaca andai hati tidak dibuka..
Ditutup dengan segala rasa keinginan dunia..
dan terus lupa apa yang kekal selamanya...

ishiko said...

tak boleh buat apa

Yumida said...

jgn ketuk kuat sgt...nnt semut leh jd pekak..

jadikan semangat kj semut sbg inspirasi kita bekerja seharian..tp jgn ekot pemakanan semut...nnt kita terlantar kt hosp..kencing manis

sang hEArty indAh~ said...

termotivasi lagi.. bila baca blog nie.. maceyhh bob..