Dekat - dekat jam 6 pagi. Aku masih terbeliak mata, menunggu azan Subuh. Inilah akibatnya, semalam aku tidur kemain lagi. Balas dendam lepas beberapa minggu tak cukup tidur. Ke sana, ke sini, settlekan banyak benda. Perihal pernikahan nanti dan perihal kerja jugak. Sambil - sambil menunggu laungan seruan, aku belek - belek buku yang aku baru beli di OctTwtFest semalam. (Oih, ramai bebenor manusia)
Kitab Terfaktab, tajuknya.
Baru 2 tajuk aku baca. Nak konklusikan keseluruhan buku, belum layak. Tapi aku layan pra-katanya, dan catatan - catatan awal dalam buku ni. Oh, pasal galian - galian subjek cinta agaknya, aku fikir. Sampailah satu tajuk, si penulisnya seorang wanita. Dia berkongsikan tentang aktiviti sewaktu dia sedang mengenali seseorang. Daripada 'friend request' hinggalah ke chatting sampai subuh.
Hehe.. aku tertawa. Oh, aku pernah buat jugak dulu. Dulu - duluuuuuuu.....
Aku fikir, yelah, sanggup jugak kan kita dulu - dulu sampai korbankan waktu tidur. Aduyai.. Kelakar. Terus menerbangkan fikiranku ke zaman - zaman waktu itu.
Bila aku pulang ke realiti, aku lihat diri sendiri. Di mana aku sekarang. Bukan, di waktu apa aku sekarang ni? Jawapannya, di hari yang tinggal 27 hari lagi untuk akad nikah.
Aku diam, dan bersyukur. Syukur lagi. Syukurnya aku atas setiap perkara yang aku terima hari ni, lebih daripada perkataan 'syukur'. Syukur aku bukan sekadar menyatakan syukur di blog aku ni.
Hanya Pencipta aku yang tahu.
Kerana Dia sahaja yang mengerti setiap perit dan hitam - hitam yang aku pernah mengadap sebelum ni. Nah, ini dia pulangan yang diberikan untuk setiap duka - duka lampau. Alhamdulillah.
Gementar, gelisah, teruja, gembira. Macam - macam. Menyambut sebuah lagi tanggungjawab dunia dariNya untuk dibawa ke akhirat nanti. Menjadi suami. Itu perkataannya. Menjadi suami kepada seorang bidadari hati.
Wow. Macam tak percaya. Rasa macam baru je tahun lepas belajar bercinta. Aku tersengih. Lebih tersengih bila aku teringat soalan - soalan dari orang keliling. Tentang 'sudah sedia ke?', tentang 'tak muda sangat ke?' tentang ini lah, tentang itulah.
Tentang, "Rugi kau kawin awal, kau tengah naik"
Jawab aku, apakah itu semua seharusnya menjadi persoalan? Walhal bukankah yang paling penting adalah agama? Aku lebih berminat untuk mendengar isu - isu agama yang berkaitan dengan perkahwinan daripada isu - isu umur, karier, populariti dan segala benda duniawi. Walau aku mungkin jadi seorang pemeran yang bagus, belum tentu aku boleh jadi seorang Islam yang bagus. Apatah lagi jadi seorang suami yang bagus. Jadi biarlah telinga aku ini menerima perkara - perkara yang lebih baik, yang lebih bermanfaat.
Yang lebih ke jalan Allah Ta'ala.
Sebab aku percaya, landasan atau tiang untuk mengukuhkan sebuah rumahtangga, adalah agama. Itu sudah cukup untuk menjaga keseluruhannya. Insyaallah. Kerana setiap cinta itu datangnya dari Tuhan, maka aku perlukan cinta dari Tuhan. Biar aku cinta isteriku atas nama Tuhan.
Segala - galanya yang dituliskan oleh penulis tadi,
sudah aku lalui
dan hari ini
aku tersenyum sendiri,
memohon berkat dari Illahi,
setiap hari.
Buat pelengkap rusuk kiri,
yang bakal aku nikahi,
Tak lama lagi,
Semoga pernikahan kita nanti,
diberkati Illahi.
Allahu Rabbi.
27 hari lagi.
Selamat tinggal dunia bujang.
Azan Subuh sudah berkumandang.
Jom.

102 comments:
moga segalanya dipermudahkan oleh Ynag Maha Satu... insyaAllah.. ^^
smg dprmudahkan segalanya!!!
saat akad dilafaz,janji trikat,tnggungjawab smkin berat... :)
menghitung hari semoga perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan berjalan dengan lancar ^______________^
tahniah zahiril.:):)
semoga alam pernikahan membawa tebih banyak pengalaman kepaa kamu dan tempuhinya dengan sabar.
"Dia datangkan ujian kepada kita kerana kita mampu akan menghadapinya."
jodoh itu rahsia Allah. cepat atau lambat, semua ketentuan dari Dia. kan? suka part ni..
Buat pelengkap rusuk kiri,
yang bakal aku nikahi,
Tak lama lagi,
Semoga pernikahan kita nanti,
diberkati Illahi.
ahh..sweet.
setiap yg berlaku adalah dari ketentuanNya.. hanya Dia..
tahniah! pastinya berdebar menanti saat manis itu.. smoga bbahagia ke akhir hayat..
*kirim salam pada shera si cantik manis* .. :)
Saya adalah bakal rusuk kiri, barangkali tarikh nikah kita juga sama. Alangkah syahdunya membaca tulisan anda. Smg bakal imam saya jg begitu. Amin. :)
tahniah yeop ;-)
http://terfaktab.blogspot.com/
memang awesome! :))
TAHNIAH in advance,semoga jd suami muda yg lbh penyabar hendaknya
wah best2...semoga semuanya berjalan lancar ^_^
semoga semuanya berjalan lancar....all the best=))
nice!!!!!!!!!!!!
go zahiril go.
make sure dapat jadi husband yang baik.
ketepikan gosip2 lepas perkahwinan yang busuk2 ok?
may Allah bless u.
peminat drama kami hingga kini.
pis yo!
moga jodoh berkekalan hingga akhir hayat. suke prinsip 2..sentiasa cuba jadi yg terbaek..
semoga semuanya baik2 saja nanti...sejuk hati dengar hujah ZA tentang perkahwinan kerana Allah..memang betul..biar apa saja orang kata yg penting apa saja yg kita lakukan adalah kerana Allah... :)
owh tggal 27 hari lagi ek?smoga smuanya bjalan lancar ;)
tahniah bro. jangan lupe jemput nanti
tahniah bro. jgn lupe jemput nanti. haha
Lepas kahwin nanti pun boleh berlakon lagi, still boleh naik. Hmm Selamat Pengantin Baru in advance. Always pray for both of you. ♥ I wish I can go to your wedding. Hihi :)
saya doakan yang baik-baik untuk ZH dan bakal isteri ye :)
alhamdulillah.. semoga masjid yang di bina berkekalan hingga akhir hayat..
moga Allah dipermudahkan semua urusan abg.. InsyaAllah. =)
semoga lu berjaya membimbing isteri lu kelak..wa doakan lu menjadi khalifah yang unggul
Haihh... Semoga berbahagia Bob! Doaku akan sentiasa mengiringimu..:)
manisnya catatan seorang bakal suami ini. =)
semoga persediaan dan pernikahan nanti berjalan lancar dan di bawah keberkatan Allah.
semoga berbahagia :) insyaallah.
well, setiap catatan zahiril adzim memberikan seribu satu makna. aku belajar menghargai dari blog kamu. selamat menuju ke alam perkhawinan. harap zahiril akan terus menulis walaupun sudah berkhawin. semoga jodoh sehingga akhir hayat zahiril :D
#kenapa tidak mahu menjadi guru bahasa ? bukankah itu lebih mulia... :D
Baru nampak Zahiril Adzim menaip aksara dengan begitu panjang sekali.aku puas membacanya.Selamat menuju ke gerbang perkahwinan.Moga kekal hingga ke akhir hayat.
Kitab terfaktab adalah buku yang terbaik aku pernah baca setakat ini.Banyak yang aku belajar daripadanya. =)
jgn lupa jemput ;D
Belum berkesempatan membaca Kitab Terfaktab .
Abang Zahiril doa saya satu sahaja , semoga yang di rancangkan kamu akan mendapat keredhaan dan dipermudahkan dan berbahagialah kamu berdua selama-lamanya.
bangga saya bob baca Kitab Terfaktab. semoga hari bahagia nanti dipermudahkan segala-gala, dan juga semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
semoga bahagia hingga ke akhir hayat.,amin..
tahniah..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin
semoga Allah merestui segalanya
AMIN...
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Teringin juga nak pergi ke Ipoh hadir sama majlis bahagia Zahiril dan Shiera.. Tunggu undangan daripada Wanny Aiyob dan Syed Nazuan nie.. Hehehe :)
sweet .. yes btol tuh ..knp perlu hiraukan kata - kata org laen sdgkan kite ykin ngn khidupan kite .. all da best 4 u .. and semoga berbahagia dgn si pelengkap rusuk kiri .. (^-^)
Buat pelengkap rusuk kiri,
yang bakal aku nikahi,
Tak lama lagi,
Semoga pernikahan kita nanti,
diberkati Illahi.
bertuah pelengkap rusuk kiri anda.well,jodoh itu benar2 rahsia Allah. moga perkhawinan ini diberkati ilahi dan moga abg zahiril dapat menjadi seorang imam yang baik kelak, insyaAllah.
#harap abg zahiril tak berhenti menulis kerana catatan anda sangat bermakna :)

Tahniah abg Za...
Smoga bahagia hingga hujung nyawa
AND
Semoga terus BERJAYA berkarya
Berkarya untuk kawan-kawan yang kita suka...
Tak gitu n_n
Niat ko baik...
Insya Allah..semuanya akan dipermudahkan..Amin..
Doa kami semua mengiringi korang berdua...
Mari kita sama2 countdown :)
catatan tulus dan jujur yang benar2 memartabatkan erti cinta atas nama tuhan...semoga cinta ini kekal kukuh dengan berkat ilahi.....dan semoga ada insan y mempunyai cinta sebegini untuk diriku juga :)
Tahniah, Semoga bahagia hingga ke akhir hayat =)
Semoga selamat semuanya bro.
Sudah berjumpa bidadari hati rusuk kiri. Aku masih lagi dalam sayembara mencari pemilik rusuk kiri.
ALhamdulillah.
Moga setiap perjalanan dan langkah penuh dengan rahmat Allah.
Dan, terima kasih baca #KitabTerfaktab. rasa sungguh terharu. Sungguh.
kitab terfaktab! :p
saya beli kitab terfaktab dan bogel menuju tuhan di octtwtfest :p
ZA..simple review done abt Bogel Menuju Tuhan...:)
semoga dipermudahkan segalanya..insya allah..
congratz. may ALLAH bless you and your new life :)
zahiril, u sama dgn sy...tp sy tgal 46 hari lagi....
semoga kita sama2 dpt ,melayari alam rumahtga dengan izin Allah...amin...apa2 yg berlaku, rujuklah al quran...pasti ada jawapannya...
salam..tahniah zahiril...semoga segalanya dipermudahkan olehNYA...semoga menjadi Islam yg sejati dan contoh kpd yg lain..=)
selamat ;')
semoga berbahagia bile sudah disatukan dgn pilihan hati... INSYAALLAH...
yeahh...kitab terfaktab..best novel ni :))
semoga semuanya berjalan lancar ye :)
Semoga dipermudahkan segala Urusan.. =)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
:)
insyaAllah niat ZA baik. semoga kekal zahiril dan syira :)
Semoga dipermudahkan segala urusan menjelang sisa-sisa hari pernikahan ini.
Jadilah imam yang terbaik kepada diri terlebih dahulu, InsyaAllah anda mampu menjadi imam yang terbaik kepada keluarga yang bakal dibina kelak.=)
semoga semuanya akan di permudahkan Allah.
insyaAllah.
tahniah! semoga berbahagia hingga hayat satu lagi. =)
tahniah ;) semoga dipermudahkan semuanya insyallah Amin .
semoga berbahagia bob!
my blog punya link.
I wrote my own online novel @ love story. everyone is invited..
duniaarabella.blogspot.com
tahniah .. smoga tabah tempuhi dugaan sepjg p'jlanan menuju ke grbang perkahwinan. dah penat tengok orang merampas sana-sini, bercerai-berai, etc.
Kami doakan semoga pernikahan yang bakal Zahiril tempuh,kekal hingga ke syurga kelak. Amin.
semoga bahagia sampai ke syurga =)
nanti dah kahwin, ajarlah shera pakai tudung :)
semoga selamat semua nya! :)
semoga abg zahiril jdi suami yg baik. dpt ank yg soleh dan solehah. yg boleh m'bawa isteri menuju pintu Illahi :)
semoge bahagie ke ank cucu,abg zahiril :)
baca buku ini.
pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.
TOLONG baca.
Encik mahu dengar yang lebih ke jalan Allah, inilah dia.
Bacalah dalam tempoh 27 hari yang tinggal ini.
Semoga Dirahmati Allah perkahwinan kamu berdua.
20.11.2011 adalah tarikh yang sangat shantek !;D semoga dipermudahkan segalanya dan tahniah! ;) may Allah bless both of u ~
semoga ALLAH permudahkan segala urusan..
ps:jumpa kamu masa pesta konvo umt hari tu. tak sempat nak bg tau nama sy sama ngan tunang kamu..keh3
wahh...zahiril pun sama mcm sy :P
super la blog ni
insYALLAH semuanya berjalan dengan lancar ZA :)
Berubah perlahan-lahan. Kadang-kadang kita kata nak berubah, tapi hati masih tak tekad. Sebagai contoh, apa guna uar-uar pada media nak pakai tudung, tapi tak pakai-pakai. Apa guna kalau kita mengagungkan Allah SWT tapi kita tak buat suruhan-Nya. Ingat, isteri itu pelengkap rusuk kiri, tapi adakah dia menjamin jejaknya kaki seorang suami ke dalam syurga kelak? Isteri mudah dicari, tetapi isteri solehah sukar diperolehi. Tanpa kita sedari, mudahnya berkata-kata daripada melakukannya. Wallahhualam. .
Kami doakan semoga pernikahan yang bakal Zahiril tempuh,kekal hingga ke syurga kelak dan setiap apa yang zahiril buat sentiasa diberkati. Amin.
@Burung hantu - terima kasih untuk perkongsian. Tapi bukan ke buku itu banyak perkongsian untuk perempuan/isteri?
@tanpa nama - terima kasih. Insyaallah. Tapi kenyataan kamu "Apa guna kita agungkan Allah swt, tapi tak buat suruhanNya" agak mengganggu.
Kerana setiap kali kita mengagungkan Allah swt, ada gunanya.
Allah itu Maha pengampun dan penyayang...Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas di hati kita walaupun sikit....Tak per berubahlah perlahan-lahan...Dan jadilah seorang suami yang soleh...yang akan tiba nanti....
TAHNIAH..!!
waa tak lama lagi dah nih..!
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
such a sweet couple..!!
thumbs up!
insyaallah
ape2 pun kite orang still support u bro..
by the wat..
nice bakal wife
hope segalanya dipermudahakan,,! heeee~
zahiril.
tahniah!
semoga dipermudahkan olehNya.
semoga dirahmati olehNya.
semoga diberkati olehNya.
terus berusaha utk yg terbaik..
moga majlis perkahwinan membawa kebahagiaan yang selama ini diimpikan oleh setiap manusia di bumi ini,harap2 hubungan kalian kekal hingga akhir hayat...
^_^...<3<3<3...
Semoga apa yang dirancang, diberkati olehNYA .. Sama-sama kita doakan ..
Berdebar tak ? Haha
semoga hepi sokmo!!!
Adakah penulis wanaita itu Zara Syed Yusof?
moga dipermudahkan :)
http://thatmoviebloggerfella.blogspot.com/2011/10/all-malay-men-are-scum-and-all-malay.html
sweet sweet sweet!how i wish he called pelengkap rusuk kiri!
tapi shera sexy :(
jika semua lelaki punya otak seperti kamu indah nya dunia !!
pasti tiada lagi wanita-wanita yang disia-siakan. Bercinta dan bersatu kerana Allah.
Semoga Allah memberkati kamu dan dia sang penerang hati..
wah, sweet.
"Biar aku cinta isteriku atas nama Tuhan."
ya. moga dipermudahkan. ^^
semoga di panjangkan jodoh u and your fiancee... suka sangat your couple....
nanti dah khatam kitab terfaktab tu tulis la review dekat blog ;D
kau sudah ketemu jawapan pasti untuk terus hidup di jalan sebenar-benarnya.
selamat pengantin baru!
tahniah ! selamat melangsungkan perkahwinan & menempuh alam rumahtangga! semoga berbahagia & dikurniakan zuriat yang soleh solehah... selamat!
all the best!!
semoga jadi suami yang baik :)
abang.
selamat berjaya.
www.tempoyakpanas.blogspot.com
selamat datang ke alam perkahwinan yang bakal menjelma~
selamat pengantin baru bakal penganti..... semoga berjaya didik bakal isteri dengan ilmu agama n mentaati perintah Allah... :)
tahniah untuk ZA dan bakal isteri.teruskan berkarya :)
tahniah kamu ;)
smoga anda mjadi suami y mithali, anak y soleh dan hambaNya yg taat..
salam..
very nice.
semoga dapat membawa bahtera rumahtangga ke arah yg lebih baik. insyaAllah :)
Assalamualaikum wbt,
Selamat Pengantin Baru :)
Frea baru perasan post pasal BMT. Dah lama sgt tak on sbb busy SPM. Act, frea lagi dua paper lagi nak habis dan berharap sgt buku tu masih ada. Simpan satu untuk saya! I will make sure that I buy that book * harap sgt buku tu ada lagi sebab kat perak tak jmp buku tu, dan aku berharap post ni masih ada selepas 14hb 12 2011.
Terkedu baca. Walaupun ni entry lama.
alhamdulillah, abg zahiril mmg bagus, sy respek abg. teruskan bersikap begini dan jgn jd mcm artis lain, yg sy kira hidup mereka kosong.
Post a Comment