Tuesday, February 21

ketawakan siapa?

Dah makin lama, dah makin meningkat umur. Kehidupan bujang dah aku tinggalkan, jadi segala - galanya lain.

Kemarahan yang dulu - dulu aku buangkan. Lebih tenang dan senang. Mungkin itu pasal aku jarang menulis, jarang menaip. Setiap hari bangun pagi, fikir pasal rumah, rumahtangga dan masa depan rumahtangga.

Fikir tentang kerjaya, fikir tentang kewangan.

Hoishh.. Dah lain. Serius.

Dulu banyak kemarahan. Tentang isu ini, isu itu. Perkara - perkara yang mengusik jiwa, kandungannya dah berbeza. Nampak?

Aku angguk - angguk kan kepala, setuju pada diri sendiri. Bila aku pusing kebelakang, ya aku makin percaya dengan pendapat aku sendiri.

Jangan risau, aku boleh pusing kebelakang. Takda masalah. Memang betul orang cakap, hidup pandang ke depan, jangan pusing belakang. Tapi kerja aku tak.

Kerja aku kena pusing belakang selalu. Bila memerankan peranan - peranan yang berkaitan dengan latarbelakang, nak taknak aku kena jugak pusing belakang. Ambik balik rasa.

Hmmm....

Tapi baru - baru ni aku terfikir, kalau bujang halangannya lain, dah kawin pun halangannya lain. Kita takkan terlepas. Halangan atau dugaan ni sentiasa datang. Biasalah tu. Diam dan senyum je. Ketawakan je.

Lepas tu aku fikir lagi, antara "kita" dan "kehidupan",

Siapa yang patut mentertawakan siapa?





41 comments:

wanie_mn said...

yess, kira buang yg keroh ambil yg jernih :)

Anonymous said...

btw, zahiril dengan syera best gila... ;) suka tengok korang...

Schubert Serenade said...

tiada sesiapa yang patut ketawakan sesiapa..sebab kita dan kehidupan saling bergantung..:)

Fatin Aliyya said...

betol kenangan mainkan peranan jugak sbg teladan n pengajaran utk masa depan..

padang ke hadapan tp masa silam jgn sekali kita lupakan - pengalaman yg bnyk mengajar sbnrnya.

all the best ZA :)

ishiko said...

hahaa..
memanglah lain..semoga sentiasa suksess ^^,


ok yg kaler cekelat tu mmg sedap

LynnDamya said...

finally !! hahaha, seronoknya dpt bce entry baru kt sini, btw..semakin serius dan semakin santai, tp penulisan tetap bagus ! semoga bahagia (n_n)

Arra Ahmad said...

dah namanya kehidupan..sentiasa berubah..:)

waniey said...

adat lah abg ZA, kehidupan akan brubah dr smase ke smase, sye sntiasa skong abg ZA :)

SufatihaNur said...

Ihfazillah Ya Fazka ( pelihara hukum Allah Nescaya Allah akan memelihara kamu..)

Anonymous said...

ketawalah pada diri sendiri bila mana terkenang sesuatu yang lepas-lepas. Merenung kembali bererti mempelajari diri yang lepas dan tidak bermakna jika tiada penambahbaikan untuknya.

deasa said...

itu gambar di jepun?

uyaitusaya said...

harusla lain. tanggungjawab dah makin btambah. :)

ayam kampung said...

kehidupan tertawakan kita bila kita ditipu kehidupan... kita tertawakan kehidupan bila kehidupan jadi enteng untuk kita...

iLiAiSyAhkaDir said...

Masing masing mentertawakan diri masing2 secara tak langsung

monologmalamhari said...

kdg2 kite kne glakkan 'kite' sbb masih ta tau mcm mana utk hidup dalm 'khidupan' ...

dinasour said...

just keep moving on (:

blog-tips-kurus said...

itu yg mematangkan kita...

mrs eyza said...

hidup selalu diuji dan penuh dugaan tak kira anda seorang single, berkahwin, berkeluarga atau beranak pinak.

ayukhairy said...

Nice entry..tak perlu ketawakan siapa, tapi lebih baik kita fokus untuk hadapi cabaran pada masa akan datang..

all the best!

moots said...

biasala bro.. dah kawen kan..

WH said...

dugaan memang sentiasa ada. sebab yg sempurna cuma di syurga nanti.. btw,pic last tu style.. hahak

Liyaa Mf said...

Kalau bujang halangannya lain, dah kawen pun halangannya lain. Betul! Tapi bila dah kawen mungkin lebih senang nak hadapi sebab ada orang berkongsi sama. Tapi bila lebih senang nak hadapi, maken berat jugak laa halangan yang datang.

Siapa yang patut ketawakan siapa tuu, susah nak jawab. Mendalam.

::EIDA:: said...

Bestnya baca!!

Anonymous said...

kehidupan itu bahagia lain-lain

Anisa Anuar said...

nice entry from you...deep in meaning...just love it...

Unknown said...

akhirnya ZA kembali..hidup ne sememangnya perlu kita pndang ke belakang..untuk mengelakkan kita lupa asal usul kita..bukan tidak mahu belajar dari kesilapan lepas,,tapi sebagai bekalan untuk masa depan..

Pisey said...

Selamat maju dan berjaya dalam kehidupan. Tak kiralah tema dah kahwin atau dah tua sekalipun, good luck (:

Honey Barney said...

kalau kita silap langkah, mungkin kehidupan yg ketawakan kita..

maszull said...

assalamualaikum zahiril...tutup buku masa bujang tu buka pula buku baru bila dah berkahwin ni...:)

Admin said...

Normallah hidup,
ada fasa perubahan,

jika ke arah kebaikan,
alhamdulillah :)

NIZAM said...

usia makin dewasa dan kita pun patut makin dewasa gak kan cara nak handle masalah tu.

:))

MR & MRS SAFUAN said...

mmg la lain bob..
tp sy ni sedih la..
saya suka baca tulisan awk .
sejak kahwin ni da jarang update blog.. huhuhuh

Farah Alyaa said...

tiada siapa patut ketawa..

Afraa Ain Ahdia said...

okey.. diri sendiri mentertawakan diri sendiri.. sbb bile kite ingt balik kisah lalu mesti kite akan tersenyum even hal sedih. :)

K O R I E said...

dlm kehidupan kdg2 kita mesti tgok belakang balik unt pastikan kesilapan yg sama kan berulang di hadapan.

Unknown said...

Salam kenal dan ucapan tahniah utk penulis blog krn terpilih dalam Anugerah Khas Juri InTrend Mac 2012 :)

BabyIntan Tersenarai Lagi Di Dalam 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend Mac 2012!

safiah sokher said...

Ketawa diri sendiri?Papepun hidup kita telah dirancang oleh sebaik-baik perancang iaitu Allah S.W.T.So,D.U.I.T je lah

D-Doa
U-Usaha
I- *Lupa la I stand for what?Haha
T-Tawakal

Uji Hussein said...

Tak kisahlah siapa ketawakan siapa, jgn ketawakan diri sendiri sudah le.

EG said...

Betul gak cakap kau.

anies said...

biasalah tu abg ZA, bak kata abg tadi, halangan dan dugaan sntiasa datang. kita sbg manusia, kenalah terima dengan hati yg ikhlas walaupun terpaksa :) kirimsalam kt kak Syera ea :))

tunz said...

moga terus mendapat keberkatan dariNYA