Tuesday, March 13

suruh resahku menari

Nyanyikanlah keresahan mu dalam tulisan,
Goyang - goyangkan agar ia lalai,
tentang pedihnya kenyataan,
Lenggokkan tubuh,
Ke kiri dan ke kanan,
Agar keresahan, memujuk jiwanya sendiri,
Tarikanlah ia mengejek rentak dengki,
Mengubati luka - luka,
Hirisan duniawi.
Perit ini akan kembali.
Bukan janji, tapi pasti.

Penyembuhnya bukan dihujung dunia,
tapi tercipta dalam diri.

Pujuk lah diri ku sendiri.
Walau pupus seni dari industri.

32 comments:

CD said...

abang zahiril, as usual :)

Unknown said...

:)) haha. boleh jd pemuisi dah dia nih XD

Akim Iqbal said...

Woha!

Syuhada said...

Oh sungguh puitisnya bahasa mu ini..
maaf andai saya tidak mengerti..
kerana saya bukanlah seorang anak seni....
HEHEHEHHEHEHEHEHEH

(p/s: paham jugak...cket2 :D )

Emma said...

sgt puitis =)

Uji Hussein said...

Hingga kini penembuh tak ku temui...

LynnDamya said...

setiap kali nak komen di entry sini, akan termenung selama beberapa minit..sebab xtahu nak gambarkan betapa tepatnya bait-bait ayat yg ZA gunakan...dan akhirnya menaip komen tanpa ada apa-apa yang penting...
sigh~

ShemaSinbei said...

idea sentiasa mntap bob .

Nurul Ainaa Che Anuar said...

puitis dramatis hahahah..

Faizal Ashrafi said...

Dengki yang sentiasa melajukan rentak, tatkala tawamu bernada riang, akan terus menghiris dan mendalamkan luka-luka itu..

Perit yang pasti akan kembali, resah yang sedia menemani,
bagaikan tak mampu untuk diusir...

Biarpun ubat terbit dari dalam diri, ia bagaikan malu untuk berbakti...

Tabahlah anak-anak seni,
Kerana hati itu lah kunci segalanya...

Anis Ahmad said...

indah. kerja mengarang itu ibarat melukis menggunakan lakaran bahasa. :)

zILah @ awIen said...

perlu pemikiran yg tenang dan kosong utk memahami stiap bait2 perkataan.. huhu... repeat 5x pnuh ksabarn nak tangkap maksud nye.. khihkhih

blog-tips-kurus said...

memang orang seni ni... :-)

teruskan perjuanganmu..

Unknown said...

sangat puitis ni. hehe, ni mesti tgh resah kan. tu la buat puitis sngt. (: menarik!

FH said...

whoaa!sgt puitis

Anonymous said...

aku baca 2 3 kali. faham kot.
ikot fahaman aku ah. hahahah

relax & cool ja bro.. =)
abaikan ja benda2 yg buat kau jadi resah.

*happy ja kay =p

JTX Malaysia said...

dalam hati ada taman?

jtxmalaysia.blogspot.com

NEEZA said...

mendalam :)

Anonymous said...

Sekotak Perempuan Genit

aduhai perempuan genit dalam kotak
apa kau sedang buat dalam bilik besar berkaca?

kotak-kotak bersilau dengan kilat cermin menggamit rasa teringin

apa yang akan kau persembahkan kepada pendingin hawa?

aku pejam mata dan tersenyum lebar
asyik menonton lenggok gemalai pinggulmu
dibasahi cahaya suram lampu malam

bilik tiada bertuan
bilik luas bertuankan seorang perempuan

lagu apa yang kau mainkan dalam diammu?
zikir apa yang kau jeritkan pada perabut-perabut itu?

kerusi dan meja berkayu keras bertafakur
katil bergetah dibaluti cadar merah penuh ghairah

dan ketika daun pintu dikopak rakus, gedik manja mu terbang keluar lubang mana?

dan kenapa pula hati girang mu melata bunga-bunga kaca?

aku tonton babak dua seni lakon dengan kelopak basah

katakan pada ku esok pasti gerhana
katakan pada ku matahari pasti pudar warna

kaca pasti berkecai seribu bahasa
dan esok malam pasti kelam berbalam setalam!

puisi ini aku tulis lepas tonton bunohan kat klcc khamis lepas..

Hirdayu Rahmat said...

churp churp berwajah baru ! angan ketinggalan ~

http://mayalisaminamichan.blogspot.com/2012/03/churp-churp-berwajah-baru-jom.html

Ain Zayy said...

Mencari Pelangi

Mencari Pelangi
Share
Kadangkala jiwa terusik
Akal dan hati tak senafsu
Tak nak langsung bersatu-padu
Seringkali menggundahgulanakan perasaan
Perasaan yang seperti rojak
Bercampur baur
Mengiyakan yang itu
Mengiyakan yang ini
Tak menentu jadinya
Gelabah sakan
Cuak dan gabra
Istighfar dalam hati

Akui yang pelangi itu indah
Bukan mudah untuk digapai
Perancangan yang rapi perlu diatur
Bagi menemukan pelangi
Hanya perancangan
Yang mampu menuju impian
Tapi sehebat mana perancangan itu
Hebat lagi perancangan Yang Maha Khaliq

Nur Zulaikha said...

tajuknye mcm susah nk tangkap..maaflah sy bukanlah ank seni..belajar seni apetah lg..konkrit ade la..huhuhhu..

Anonymous said...

rentak dia same dgn zahiril. tajuk ( broga hill ) http://cpqsanasini.blogspot.com/2012/02/broga-hill.html

Unknown said...

care dia same dgn zahiril. tajuk (broga hill) http://cpqsanasini.blogspot.com/2012/02/broga-hill.html
dan (misteri kata-kata penghibur) http://cpqsanasini.blogspot.com/2012/02/first-time-menulis-di-awang-awangan.html

aisyyumni said...

puitis! memang best! lepas tengok bunohan dua kali hari tu memang caya la ngan bro zaharil!

si senyap said...

saya suka bahasa awak. Awak patut menulis novel masyarakat dan saya pasti dapat sambutan.

noir said...

kita manusia. biasa resah.

K.K said...

nice work..yg ni baru ART>>is ....hehehe.,...industri ni prlukan manusia2 mcm anda...ala..mcm biase ..harapan tiggl harapan...kt x smpurna..kan???

K.K said...

nice work..yg ni baru ART>>is ....hehehe.,...industri ni prlukan manusia2 mcm anda...ala..mcm biase ..harapan tiggl harapan...kt x smpurna..kan???

Anonymous said...

mengikut rentak pena itu lebih mudah dari menganjing melalui lidah.
memang tak bertulang tapi pedihnya lebih berbisa dari tajamnya pedang.

thumbs up pada pencinta karya seni :)

thelovewithin1 said...

Sgt meminati ZA. Karya yang mendalam. ZA yg aku rasa sgt jujur dalam berkarya tanpa mementingkan populariti. Bakal menjadi penulis agung di Msia. Teruskan.

Anonymous said...

serancak mana pun resah itu menari, masih ia tertambat pada tali Tuhan.

resah cuma momok yang merasuk, buat kita jadi lebih kuat.

=.=