Wednesday, May 23

VS BMT

Ini ada sikit perkara yang nak aku kongsikan pada sesiapa yang masih lagi belum dan berhajat untuk dapatkan buku aku, 'Bogel Menuju Tuhan' (Oh, tolonglah jangan tanya lagi apa maksudnya dan kenapa tajuk macam tu)

Jumaat ini, insyaallah aku akan ke booth ibuku di Space U8, Bukit Jelutong Shah Alam. Booth mak aku yang jual buku - buku lama (2nd hand book). Jadi kalau sapa - sapa yang akan ke sana untuk layan konsert VERSUS TV9 tu, sambil - sambil tu kalau nak beli, boleh singgah booth mak aku. Insyaallah aku ada dekat sana sampai malam. Nak borak ke, nak lepak ke, boleh. Sila lah. Nak bawak buku yang dah pernah beli untuk aku tandakan pun boleh. 

Okay? Jumaat ni, sambil tengok VERSUS TV9, di Space U8, Shah Alam.  

Aku serius tau. 


20 comments:

H I said...

bestnya orang area situ! :|

Nurul Nadhirah Ramlan said...

alah xde kat shah alam pulak time nih. eh geram betul lah!

nhdaughter said...

best kalau dpt pergi ni .

Unknown said...

kelmarin usha BMT dekat MPH mid..tapi letak balik..duit tak cukup~

(tapi dah baca sampai habis masa dekat sekolah thn lps..kira okey kan..??nanti ada rezeki saya beli..:)

Anonymous said...

jumpa nanti!

Anonymous said...

awesome.. bley layan versus skali!

diri aku said...

boleh pos lagi ?

diri aku said...

boleh pos lagi ?

Anonymous said...

Salam abang Zahiril, mungkin saya perlu mendapatkan BMT, apatah lepas mimpi ini http://armanzafri.blogspot.com/2012/05/manifestasi-mimpi.html

Syaf'an Salahuddin said...

salam, zahiril, boleh x nak dptkan buku ni dgn tandatgn skali??

Syaf'an Salahuddin said...

salam, zahiril.. boleh x nak dptkan buku ni dgn tndatgn skali?? reply emel syafsalahuddin@yahoo.com k.. tq

FaaMohd said...

Kalau saya datang beli BMT jumaat ini, boleh tanda tangan buku itu untuk saya? :)

FaaMohd said...

Kalau saya beli jumaat ini, boleh tolong tanda tangan untuk saya? :)

Aida.Ohno said...

eh unik sangat tajuk buku.serius berminat nak beli.

kura said...

jauh. guano mau hadir.

アイン said...

Wow, memang menuju kat sana lah gamaknya. Eiii bestnyaaaa!

CriStaL Ms BeRrY said...

sgt unik sgt2 tajuk buku awk...k gud luck

CintaTwitter said...

Yup! Dah gi tadi and jumpa your mom! Beli buku Anai-anai dalam perkahwinan karya Puan Zailan Yusssoff, your mom! Seronok dapat jumpa your family tadi!

Jane Doe said...

Boleh pos ke Australia?

Anonymous said...

pernah sentuh buku ni.hmm.nice