Wednesday, April 29

filem karaoke ke cannes

Hari tu.

Waktu tapak kakiku masih memijak pasir Kampung Paya, Pulau Tioman, aku menerima panggilan telefon yang membawa khabar berita bahawa filem 'Karaoke' telah menembusi Festival Filem Cannes, Perancis. Terperanjat jugak aku sebenarnya.

Festival Filem Cannes? Ya Tuhan, itu besaarr punya festival tu! Ramai pembikin filem yang cuba nak tembus!
Dalam hati ku bersuara. Tapi aku memang percaya filem itu, tersendiri nilainya. Kerana apa?

Kerana tenaga - tenaga dan kreativiti serta kesungguhan mereka yang di belakang tabir. Baik dari sutradara hinggalah ke tenaga pembantu kecil - kecilan. Mereka tidak bekerja untuk wang ringgit tetapi atas nama cinta kepada pembikinan.

Benar.

Kemudian aku pulang ke Kota Lumpur dan aku terima banyak ucapan tahniah daripada kenalan - kenalan mengenai berita itu.

Eh! Sebenarnya setiap ucapan tahniah itu harus disalurkan ke setiap orang di belakang tabir!

Aku cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemeran. Aku cuma menyampaikan apa yang hendak disampaikan oleh sutradara. Yang selebihnya, yang menyempurnakan produk itu adalah mereka ini semua! Yang bekerja keras!

Ya, aku yang menyaksikan mereka bekerja keras!.

Hari ini, aku lihat berita makin tersebar. Merata - rata aku baca perkara ini di blog - blog. Lalu aku ambil keputusan untuk mewujudkan entri yang berkenaan dengan perkara ini.

Filem pertama dari Malaysia yang berjaya menembus Festival Filem Cannes tersebut ialah filem arahan U-Wei "Kaki Bakar" dan menjadikan filem "Karaoke" arahan Chris Chong sebagai filem kedua dari Malaysia.

Uishh.. menakutkan bunyinya.

Filem ini belum lagi ditayangkan di Malaysia. Aku pun tak tahu bila atau samada akan ditayangkan di sini atau tidak. Bergantung kepada taste penonton di sini. Ooopsss..

Di luar kuasa aku, sebenarnya maksud aku. Maaf.

Sewaktu aku bekerja untuk filem ini, aku telah menimba banyak ilmu dari sutradara dan pemeran yang lain. (Mislina Mustaffa, Hariry, Nadia, Amerul dan ramai lagi).

Kalau peminat lakonan slapstik pasti rimas atau boleh meroyan bila menonton lakonan pemeran ini semua yang sungguh natural. Tak faham? Tak mengapa, teruskan menonton drama lakonan slapstik dan gelarkan lakonan itu lakonan natural. Kemudian pura - pura mengerti tentang lakonan natural ya? Terima kasih.

Jadi, marilah aku dan korang berdoa dan menghantar energy kemenangan untuk filem dari Malaysia ini.

Bukan untuk sutradara,
Bukan untuk aku,
Bukan untuk pemeran lain,
Bukan untuk tenaga produksi lain,
tetapi untuk produk dari negara kita.

Informasi lebih lanjut aku curi dari blog salah seorang pemerannya, Hariry (Pojok Riang - riang).


KARAOKE, hasil karya pembikin filem Malaysia Chris Chong Chan Fui akan ditayangkan di “Director’s Fortnight” Festival Filem Cannes ke-62 dari 14 hingga 24 Mei 2009. Ia merupakan filem cereka Malaysia pertama dalam 14 tahun yang akan ditayangkan di Cannes. KARAOKE juga dicalonkan untuk Camera d’Or (Kamera Emas), anugerah yang menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).

Apabila dihubungi melalui telefon di Bangkok, di mana beliau sedang menyiapkan kerja pasca-produksi, Chris nyatanya terkejut: “Cannes sungguh tidak dijangka. Menyertai festival filem yang terbesar di dunia dan menikmati tayangan serentak dengan filem Francis Ford Coppola merupakan satu penghargaan yang hebat!”

KARAOKE ialah filem cereka Chris yang pertama. Sebelum ini, pengarah filem dan pengkarya media kelahiran Sabah ini menerima penghargaan antarabangsa untuk filem pendeknya BLOCK B (2008), dan dokumentarinya KOLAM (2007).

Diterbitkan oleh Tanjung Aru Pictures, kelolaan Chris sendiri, filem 75-minit dalam Bahasa Malaysia, KARAOKE dibikin di lokasi penggambaran di Selangor dalam jangkamasa 12 hari pada bulan Disember 2008. Akan tetapi sebelum penggambaran bermula pun, KARAOKE telah dijemput untuk menyertai Klinik Skrip Festival Filem Berlin 2007, dan dipilih untuk menyertai Forum Penajaan Filem Hong Kong-Asia(HAF) pada 2008.

KARAOKE merupakan hasil nukilan penulis teater, penyanyi dan pencipta lagu Shanon Shah, yang juga mencipta lagu dan lirik dalam filem tersebut. Ia mengetengahkan persembahan daripada barisan pelakon yang hebat, diterajui oleh Zahiril Adzim dan dibantu oleh Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa. Paling kini, pendatang baru Zahiril Adzim dan Amerul Affendi telah mengagumi penonton Malaysia dalam pementasan teater Air Con, kebetulannya juga hasil tangan Shanon Shah. Seorang lagi bakat kelahiran Sabah yang tersohor pada peringkat antarabangsa, artis Yee I-Lann, merupakan pereka produksi KARAOKE.

Jalan cerita

Di sebuah perkampungan ladang kelapa sawit di Malaysia … Betik pulang.

Siang hari, Betik membantu dalam penggambaran video karaoke. Malam, dia membantu ibunya yang keberatan di pusat karaoke kendaliannya. Inilah tempatnya dia jatuh hati pada Anisah. Rezeki, jodoh dan keluarga. Kepulangannya terikat oleh takdir.

Akan tetapi kehidupan tidaklah sebegitu lurus. Setiap orang mahukan sesuatu. Pendalangan kecil yang didorong oleh kepentingan diri dan nafsu tetap berlaku, dan lagu-lagu tetap dinyanyikan. Tanpa goyah.

Kampungnya berubah. Pohon kelapa sawit tumbuh dalam simetri yang tidak berakhir. Lanskapnya berkarat dan nostalgia berputar.

“Directors’ Fortnight” di Festival Filem Cannes

Directors’ Fortnight Festival Filem Cannes telah lama menjadi platform di mana pendatang baru boleh menyerlah, sambil menonjolkan bakat baru dalam dunia perfileman antarabangsa. Dimulakan pada tahun 1969 oleh Persatuan Pengarah Perancis, programnya termasuklah tayangan filem dari seluruh dunia ketika Festival Filem Cannes.

Sejak kelahirannya, Directors’ Fortnight telah menyerlahkan dan mengendalikan tayangan pertama di Perancis filem-filem sulung oleh Werner Herzog, Rainer Werner Fassbinder, Nagisa Oshima, George Lucas, Martin Scorsese, Michael Haneke, Jim Jarmusch dan Spike Lee, antara yang lain.

Sebagai salah satu program yang diadakan serentak dengan Cannes, Directors’ Fortnight dibuka untuk tayangan umum. Pada tahun 2008, seramai 40,000 penonton telah menghadiri tayangan-tayangannya.

Pautan yang berkaitan:
http://www.quinzaine-realisateurs.com/?LNG=us
http://www.quinzaine-realisateurs.com/download/Selection_41e_quinzaine(2009).pdf

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tanjungarupictures.com/

Untuk pertanyaan selanjutnya, hubungi Nandita Solomon di +6019 234 7317 atau nansolo@gmail.com.


Aku dan sutradara Chirs Chong

Sutradara Chris Chong, pemeran Hariry dan aku.

Pemeran Nadia, sutradara Chris Chong, aku, pemeran Mislina dan pemeran Amerul Affendi.

Nah, curi lihat sedikit ya?

KARAOKE (Malaysia) Chris Chong Chan Fui - Teaser



p/s: Dari aku sendiri, tahniah untuk sekalian tenaga produksi. Terlibat secara langsung atau tidak, tetap TAHNIAH!

44 comments:

shash said...

aku baru nk ckp cungratz.. tapi org mn kenal sape blakang tabir, bob.. jadi, relevant lah nak ckp cungratz kat ko kan.. =) tahniah, bob..teruskan usahe! kamu still gak penggerak.. harap2 dpt lihat di tanah tumpah air sendiri, cerita yg berjaya ke cannes ini~ ameenn..

fariza hani said...

mcm best..nak tgk..
tp..
mcm mne?
hurm..any details..
get updated..

Ann said...

tahniah...nmpknye rezeki makin mcurah2.
teruskn usaha...caiyukkk!!

hz said...

wow! tahniah kepada semua kru produksi..;) harapnya dapatlah filem itu ditayangkan di malaysia :D

aielemocnian said...

tahniah kpd semua yang terlibat.

Conan_skywalkeR said...

congrats !
terus kembangkan bakat kau.

Mimieku said...

congrats kpd semua yg terlibat..termasuk mr.ZA kita..semakin hari bakat kamu semakin terserlah..tak mustahil kamu akan jd yg terbaik di kalangan yg terbaik suatu hari nanti..jaga disiplin diri, ingat siapa kita,kuat bekerja dan hormat org lain, kamu pasti berjaya..sygkan kerjaya kamu, maka kamu akan rasa sentiasa utk memperbaiki diri kamu..sbg peminat, sy tetap menyokong kamu!!!wish u all d best

Che Kay said...

wah,menakjubkan!tahniah kepada semua...

naimah said...

congrate..
it's mean a lot to u isn't..
move on in this industry..
luv to watch the character u bring..

tyga said...

rase bangga jgk bile filem dr malaysia gi cannes..
Malaysia Boleh!
hahaha..

jie justin said...

c.o.n.g.r.a.t.s!!

madumerahjambu said...

tahniah untuk kamu dan seluruh tenaga produksi..
harap dapat lah filem ini sy tonton di Malaysia..
Semoga kamu dpt menjadi yg lebih baik dr hari ini~
(^_^)

Anonymous said...

tahniah, untuk anda dan tenaga produksi KARAOKE!
tiga perkataan...i like u. :)(an undescribable feeling)

Fasyali Fadzly said...

tahniah...

Anonymous said...

awak sudah berjaya.
tahniah!

ikhlas,
si gadis :)

Anonymous said...

" Kalau peminat lakonan slapstik pasti rimas atau boleh meroyan bila menonton lakonan pemeran ini semua yang sungguh natural. Tak faham? Tak mengapa, teruskan menonton drama lakonan slapstik dan gelarkan lakonan itu lakonan natural. Kemudian pura - pura mengerti tentang lakonan natural ya? Terima kasih. "

That was sharp! =P

Congrats to the entire production team. :)

It would be a shame if KARAOKE will not be screened here. I sure hope it will play in Malaysian cinemas this time. Things seem to be perking up now, a wave of change perhaps.

Sounds cliche but, MALAYSIA BOLEH! =D

B.R.

cujern said...

tahniah!
nak tgk jugak la citer nie

fadhilothman said...

tahniah r produksi filem Karaoke...
semoga trus menaekkan martabat filem tmpatan...
dan mngharumkan name ngara~!!!!
hehe=)
pminat filem tmpatan akan trus mndoakan kalian...
wah~!!! poyo plak aku nieyh...
kpada tuan empunya blog...
chaiyo!!!chaiyo~!!
kawan saye kirim assalamualaikum padamu...
jawab jgn tk jawab..hehe=)

Anonymous said...

tahniah kpd semua yg terlibat...
hope cte ni akan ditayangkan...
mesti best...

MMY said...

tahniah utk semua yg terlibat dalam pembikinan Karaoke...
baru kenal insan bernama Zahiril Adzim kerana Merah Puteh ... kekangan tiada di tanah air membuatkan aku agak buta kisah2 terkini industri hiburan tanah air.. apa2pun, keep up ur good works...

Zahiril Adzim said...

saya sudah berjaya?

Belum, anonymous. Langsung belum. Terlalu besar perkataan berjaya tu. Saya sendiri pun belum dapat mendefinisikan perkataan berjaya dalam apa yang sedang saya buat sekarang ni.

Apa yang saya tahu, popular tidak bererti berjaya. Banyak duit tidak bererti berjaya.

:P

Nanti saya cari maksud tepat 'berjaya' tu ya? Mungkin 20 tahun lagi baru jumpa.

Ann said...

yer btul tu..byk definisi bg bjaya tu..
apa yg pnting kepuasan, gembira apa yg kita lakukan, dn tau apa kita nak...
kjayaan di akhirat, jgn lupa tau..
igtn untuk aku jgk..

Anonymous said...

yeah..
rzekimu murah ZA..
mgkn lom bjaye..
tp HAMPIR bjye..
moge terus success ZA..
:D

sampah yg boleh dikitar semula said...

oi!
ini bukan soal berjaya atau tidak..

ini soal apa itu takrif happines bagi korang dalam hidup ini..

bila korang dah dapat jawapannya, maka barulah korang hampir kepada kejayaan..

kejayaan tu akan diperoleh bila kita berjaya memperoleh happines seperti yg kita sendiri takrifkan tu..

dan takrif happines kita tu haruslah boleh diterimapakai atau diakui serta dipersetujui oleh semua lapisan masyarakat tanpa kira perbezaan kaum,budaya, agama atau status..

jadi adakah happines itu adalah sesuatu yg kita benar2 harapkan akan berlaku dalam hidup kita atau ianya sesuatu yg kita tidak langsung pernah terbayangkan (keajaiban) akan terjadi dalam hidup kita?

hahh!!
amacam? ada bran??
aku sudah ada takrif aku sendiri cuma belum dapat aku miliki..
korang apa cer?

wahahahahahahahahahahaa!!!!
takut tak??!!

p/s:aku akan kembali kerana hidup bukan seharusnya begini!!

Anonymous said...

benar, perkataan ' berjaya' tu sukar untuk ditafsirkan.
manusia memang belum berjaya.
manusia memang belum merasai nikmatnya.
manusia memang masih belum berjaya mendapatkan apa yang diinginkan.
namun,
berjaya mendapatkan ' sesuatu ' mahupun berjaya mengorak langkah setapak demi setapak untuk maju, itu dikira berjaya kan?
meninggalkan segala duka di belakang.
meninggalkan segala lara di belakang.
tersenyum kepada mentari, itu dikira berjaya juga kan?
puas dengan apa yang dicapai walaupun masih belum ' seratus peratus ' sudah dikira berjaya kan?
semoga berjaya untuk anda, Mr Zahiril Adzim.
saya akan sentiasa memerhati perjalanan anda.
dan yang paling penting, Allah memrhatikan segala gerak langkah kita.
solat selalu.
DIAlah pemberi nikmat.
nikmat berjaya yang diinginkan manusia.
bernafas tanpa ' sekat-sekat ' juga nikmat.
lagi sekali, semoga berjaya menempuhi kehidupan duniawi dengan jayanya tanpa melupakan akhirat ye.
salam persahabatan.

ikhlas,
si gadis :)

pistachio almonde said...

congrats utk zahiril n krew filem ni...and all the best!!

filem ni tayang kat malaysia x? bile tu? tak sabar nak tengok....

aduh..lama dah tak lawat blog ZA ni...bz...anyway suka sangat tengok kamu dlm ghost.. merah puteh x dapat tgk sangat sbb waktu tak sesuai..

once again...all the best to u zahiril :)

▲▲▲ said...

wow! you're gonna be more famous than you already are :-)
congratulations!

Yusrika Bahar said...

ZA aka Bob,

Tahniah walau kau kata bukan kerja kau sorang.
Benar memang benar.
Peranmu beri impak.
Maka ada yang menerima
Maka ada lanjutan kesinambungan
walau orang lain sambung kerja
Tapi kau juga ada sumbangan
Kau juga patut terima pujian
Walau tak melangit mana
Tapi cukup untuk mengorak langkah kedepan.
cukup untuk menikmati kepuasan.
Aku tahu kau masih mengejar impian
Aku tahu kau masih mencari diri
Aku tahu kau masih mencari makna
Aku tahu kau masih miskin ilmu
Kejarlah
Carilah
Selongkarlah
Terokailah
Buat semua yang kau nak buat
Buat hingga kau rasa puas.
Ada yang akan sokong
Ada yang akan tunjuk jalan
Ada yang akan tolong
Ada yang akan tikam belakang
Ada yang akan bagi ujian
Ada yang akan bagi imbuhan
Ada yang akan bagi macam-macam
Hingga tak terkata
Hingga tak terluah
Hingga tak terlihat
Hingga tak terucap
Hingga tak terlangkah
Gunalah segala panduan tuhan
Gunalah segala pesan ibu ayah
Gunalah segala ajaran guru
Gunalah segala nasihat ilmuan
Jangan lupa tadah tangan syukur
Jangan lupa dahi sujud
Jangan lupa tapak tanah
Jangan lupa ucap kalimah
Jangan lupa siapa KUASA

esah ezral said...

Wooh congrats. Eh btw hari tu tengok Merah Puteh an yang the scene yang Merah dengan Anggun konflik dalam keta tuu macam feeling gila, makan dalam, i could really feel Merah's pain, hati pecah haha aku pulak yang terasa lebih seriously macam nak nangis untuk merah wahaha, tahniah oh lakonan sangat berkesan, you're a great pemeran, teruskan usaha, saya akan selalu menyokong & meminati insya allah woooooooh.

tyga said...

selain suke kata2 zahiril adzim, suke jgk kata2 yusrika bahar huhu...

Lucky said...

good job!!!!!!

Starlight86 said...

congrat bro and to entire production crew!


semoga bro zahiril akan terus sukses.

Unknown said...

1st time aku bace blog ini sbb aku bknla big fan kamu...

pernah lihat skali pandang dalam kami, merah putih dan terbaru crita melayu yg jrg jd favorite aku, tetapi tidak kpd GHOST...

x sangka kau boleh menulis dgn sgt baik, patutla... pelajar ASWARA dan penggiat teater.. bgs2!

mungkin kamu telah mendapat fan yg baru, aku masih cuba merangkak scr slow n steady, mencuba cuba teater... satu hari nnt, maybe...

tahniah kerana kamu salah seorang pameran dlm KARAOKE!

pEjAL 0NLy said...

mest best ni....

penchentateater said...

x sabar nak tgk!

tahniah! :)

madjo said...

wah... congrats wat tenaga kerja dan kmu juga bob..
truskan usaha kamu..

luv ur character incik zahiril adzim..

(^_^)v...

ameliafarina said...

CONGRATZ!!!
pe slhnye klu ckp congratz kt "pemeran" KARAOKE ni
tnp pemeran sume tu bnd ni pun xjd..

congratz once again

anak encik Jantan said...

Nak tgk..nak tgk!!! harap2 nnt tayang dkt Msia..[Waty kt kene g tgk cter ni nnt tau]..nway Congrats!!!

Siti Farida said...

agak best..;)

hafizzuan said...

karaoke?? cannes??
wow..sounds pretty amazing..all d best then to all of you..wishng d best for Malaysia

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan Karaoke...Good luck di Cannes nanti....
dan buat Adz good luck in your karier...like ur act as Merah in Puteh Merah at TV3....keep up the good work...

hisam..
sairul_hisam@hotmail.com
P/s: Bro nak mintak autograph bleh tak..nanti dah femes lagi susah nak minta...hehehe...

.Gory. said...

ZA, tahniah sebab Karaoke menang!!!

Gua bangge dengan lu orang pejuang filem Malaysia...

Filem ni tak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Gua doakan lu pegi Hollywood nanti. Haha.

Naz said...

Salam,
Saya sudah menonton filem ini semalam di GSC Mid Valley... filem ini amat tulus sifatnya.
Tahniah!

ASY said...

hm dh tgk thun lps masa tayangan seminggu(atau 2mggu)kt midvalley,skrg baru berpeluang nk ucap tahniah...

scene yg plg digemari: sewaktu seorang wanita berketurunan India berkaraokekan lagu nasyid...lagu die lebih kurang camni: "marilah beramal...agar kita..."

Puas google,tp tak jumpe2 vclip tu..mane nk cari??

Akhir kate,tahiah ABam! Taniah semua warga kerja KARAOKE!!