Monday, July 20

Teater Kompilasi Volume II


Yang pertama sudah dibikin, maka yang kedua pula menyusul. Inilah antara perkara yang aku kerjakan selama masa dipenuhkan. Memenuhi nafsu membikin teater, kami kembali turun ke ruang latihan, memerah serta memecahkan kepala masing - masing untuk ini.

Teater Kompilasi Volume II akan menghidangkan 2 cerita yang bertemakan "HOME". Masing - masing akan mempersembahkan karya selama masa 1 jam.

Baik. Jadi aku lekatkan sedikit informasi mengenai Teater Kompilasi Volume II, agar korang mendapat gambaran kasar, atau gambaran pandai-pandai-sendiri. Jadi jangan pandai-pandai membuat kesimpulan sendiri sebelum menonton.

Untuk mengelakkan dari terus melekat dengan gambaran pandai-pandai-sendiri, kenalah datang menonton!


Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II
11 - 16 Ogos 2009
8.30 malam (11 - 16 Ogos)
3.00 petang (15 & 16 Ogos)

Stor Teater, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kuala Lumpur

Masuk atas sumbangan (RM20)

Untuk keterangan lanjut, hubungi
019 - 2232002 Faisal Mustaffa

http://rumahanakteater.blogspot.com

"LEGASI"
Karya & Arahan
MOIZZISR.CONG

Pelakon
TAI-YUDDIN BAKAR
DIRA ABU ZAHAR
KHAIRIL RIDZUAN
NUR AMEERA RAMLI

"NATURALISASI"
Karya
NAM RON

Arahan & Olahan
FARED AYAM

Pelakon
ZAHIRIL ADZIM
AMERUL AFFENDI
NORIS ALI


SINOPSIS LEGASI


Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.


SINOPSIS NATURALISASI

Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

Yeahh!!!

Jadi kawan - kawan yang kita suka boleh lah ambil poster di atas dan promote di blog - blog, atau myspace atau facebook atau apa sahaja medium kesukaan korang. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi, dah tua jangan miang - miang keladi. Lepas promote tu, ambil pen dan tulis dalam diari ataupun dalam telefon canggih untuk block tarikh tu dan datang menonton.

Kalau ada first date, apa kata bawak date anda pergi menonton teater! Barulah rare! Menonton wayang, pergi dinner dah ramai orang buat. Jadi, korang buat benda yang jarang orang buat. Yeah!

Oh ya, korang juga boleh telefon nombor di atas untuk menempah tiket atau pun berborak - borak dengan Faisal. Dia tak kisah macam Aiman tak kisah. Bukan sebab apa, sebab Stor Teater tu, takdalah besar mana. Yang dulu kita buat, sambutannya macam orang cucuk ATM hujung bulan. Penuh sampai orang kena duduk atas lantai. Jadi kali ni, kita tak mahu ada yang 'mendengar' teater dari luar, bukan menonton.




Buat masa ini, korang bolehlah melawat - lawat blog Rumah Anak Teater kalau ada pertanyaan serta soalan, tidak kira soalan profesional atau peribadi untuk anak - anak RAT. Kami juga akan mengemas kini dengan beberapa temubual berbentuk tulisan dan video, dengan mereka ini. Layannn!

23 comments:

pisKonG said...

wajib tengok! book tiket kt saudara Faisal kan?

clockwork orange said...

hurm...
i like ur writing...
n most like ur selamba acting in 100 hari jadi...
btw,be my blog follower n add my blog in ur list...

cAndLe iN tHe wiNd.. said...

cantik poster..sy amek n tampal kat blog sy yer.. sy terima je 'terima kasih daun keladi' kamu tu.. =p

dr. bynks said...

tak disuruh lagi dah buat...
yg bm nyer nnt akan menyusul...
hahaha

http://iejazen.blogspot.com

Shamimi Haniza said...

Sy pun da mula promote. Sokong member. Kan bob? =) Bila giliran borak-borak ngn bob nk msk entri RAT?

http://twin0309.blogspot.com

PenulisGila said...

Pemuisi jemputan tu adalah saudari Fynn Jamal kan?
Pasti menarik...
:)

Jack Johan said...

ok aku dr dulu memang nak sangat lihat teater si 'buruh indon' ni berlakon. Tapi apakan daya aku agak busy time tu. tapi aku akan cuba datang untuk this teater. Aku cuba panggil kawan se'uni' aku untuk join.

p/s walau kau kalah tp kau tetap cool beb...

intan said...

pemuisi2 itu sudah tentu
Cik Wany Ardy,
Ana Raffail dan Fynn Jamal :D
hehee..mesti best..
3 3 cunnn.. :)

miss Zee said...

sy nak pergi sgt2..
tp kwn2 tak nak temankan..
sedihnya...
=(

Zahiril Adzim said...

Maaf, aku terpaksa buang bahagian pemuisi itu kerana buat masa ini, tidak ada komfermasi lagi.

:)

Hah! Apa lagi? Datang jangan tak datangg...!!!

harzharun said...

ya..first date g tgk teater...rare!!!....
tp aku tlalu jauh utk ke teater kamu...

rull said...

dengan izin.. nak cut n paste artikel ni masuk ke dalam blog...insya allah akan dtg teater ni..dah lama tak "layan" teater ni..

Anonymous said...

beli tiket thru faisal atau kena pegi dbp?

Zahiril Adzim said...

dua - dua pun boleh. Boleh telefon untuk tempah, atau datang pada hari pementasan :)

Arjuna said...

Saya pasti hadir pada 16hb jam 3 petang!

=]

omgpetch said...

tak sangka mcm ni rupenye zahiril adzim. hebat!

tak saba nk stor dbp tgk teater2 ni.

**1st time tgk zahiril adzim secara dkt dlm zara midvalley-oh takdelah besar mana dia ni. ahah. (staff situ masa tu)

apa2, hidup teater dan filem!

poyok said...

sekali lagi zahiril adzim membawa watak gay. sebelum ni dalam aircon jd gay gak. zahiril ni memang suka watak2 gay ke? gay kot...

Unknown said...

Nora: Fynn Jamal tidak dapat sertai Teater Kompilasi Vol2 kali ini. Mungkin kalau ada rezeki lain kesempatan.

Tetapi...kita ada persembahan ringkas semasa intermission di luar dewan teater. Enjoy, chill, beli buku, beli dvd, minum nescafe ais...dan yang penting: borak dengan Faisal!

miss Zee said...

yea!
akhirnya brjaya pujuk2 kwn2 serumah dtg tgk teater ni...
seronok sgt2!
=))

cik_pengat_maness said...

oh,,,cambesh je,,tapi cemane nak dapatkan tiket???weekend mesti da ful kan??adehhh

Anonymous said...

awk tau x teater uda dan dara yg dilakonkan olh maya n zul yahya?

azwniesd said...

honestly, i tingin sgt nak tgk.
tapi tak boley la kan coz ada kat sana.
huhu.

NuRuL mA'G said...

nak pegi..
tapi jauh a..
kalaulah aku boleh terbang rentas laut g sana kan best..h0h0
apapun buat y tbaik bt b0b dan teman2 =)