Thursday, October 22

listening to mendengar

"Acting is reacting!"

Inilah perkara yang selalu disebut, dipekikkan oleh guru pada aku sewaktu masih sedang menuntut. Kata - kata oleh Sorrel Carson tentang lakonan. Selalu dijerit oleh guru aku pada mana - mana pelajar yang tidak memberi tindakbalas pada rakan lakon, sewaktu sedang latihan. Bermakna, berlakon itu bukan setakat menghemburkan dialog sebaliknya perlu react pada persekitaran, termasuklah apa yang dilafazkan oleh rakan lakon yang sedang berada di depan muka. Ini perkara asas dalam lakonan. Sangat - sangat asas.

Reacting.

Untuk react, apa yang diperlukan ialah pancaindera. Mata, mulut, hidung, kulit dan telinga. Ya, telinga. Aku bawak keluar perkataan telinga sekarang.

Telinga, fungsinya semua orang pun tahu. Bukan untuk melihat, tapi mendengar. Jadi aku ambil perkataan mendengar sekarang.

Mendengar. Simpan dalam kepala perkataan MENDENGAR.

Baik, sebenarnya bukan aku hendak menulis tentang teori lakonan, atau apa - apa ilmu tentang lakonan kerana aku belum cukup mahir. Tetapi aku mahu ambil sedikit tentang lakonan dan dibawa keluar untuk dikaitkan dengan perkataan MENDENGAR.

Atau juga mungkin ada kena - mengena dengan perhubungan. Chemistry.

Lakonan diambil daripada realiti kehidupan. Sebenarnya drama itu adalah kehidupan, dan kehidupan adalah drama. Inspirasi kepada drama, ialah kehidupan (kebanyakkannya). Ia saling berkait rapat tanpa dapat dipisahkan, melainkan filem - filem seperti.... entah, aku tidak jumpa jawapannya kerana pada aku, semua bersangkut dengan realiti kehidupan.

Habis. Pindah babak seterusnya.

Bagaimana 2 orang pelakon itu dapat mencipta perhubungan serta chemistry yang bagus dalam lakonan sehingga memberi kesan pada penonton? Dengan memahami sesama sendiri. Atau bahasa pasarnya, sama kepala. Sama ngam, sama kena, sama ini, sama itu. Macam - macam.

Bersefahaman. Senang kata.

Bagaimana? Berbalik pada tadi - "Acting is reacting!".

Apa yang perlu wujud dalam reacting? Aku ambil contoh yang satu tadi - MENDENGAR!.

Listen to each other. Maka wujudlah komunikasi 2 hala yang menciptakan chemistry yang bagus.

Sekarang kita balik kepada kehidupan kerana lakonan itu lahir dari kehidupan. Perhubungan 2 manusia dan juga chemistry 2 manusia. Ini yang aku mahu cerita sekarang. (sebenarnya dari tadi).

Dalam perhubungan 2 manusia untuk mencipta chemistry yang bagus, antara perkara yang harus ada ialah reacting. MENDENGAR. Barulah berlakunya komunikasi 2 hala. Apabila 2 manusia saling mendengar, akan timbullah chemistry permulaan. Dan jika berterusan mendengar sesama sendiri, kekuataan serta kegagahan chemistry itu akan muncul dengan sendirinya.

MENDENGAR itu bukan setakat hanya mendengar dan ulang semula, tetapi MENDENGAR itu harus diiringi dengan fokus dan kesungguhan terhadap apa yang didengar oleh partner. Bagaimana kita dapat memberi reaksi jika kita tidak mendengar? Kalau apa yang diluahkan oleh partner kita itu adalah masalahnya, bagaimana kita mahu membantu menyelesaikannya jika kita tidak mendengar?

Titik kehancuran sesuatu perhubungan atau anak moden kini menyebutnya relationship ialah apabila salah seorang daripada 2 manusia itu TIDAK MENDENGAR.

Sudahlah tidak mendengar, mahu pula terus bercakap dan mengharapkan partner nya terus MENDENGAR.

Habis, kehancuran relationship bakal tiba. Hanya kerana salah seorang TIDAK MENDENGAR atau kata lain, tidak fokus. Chemistry tidak akan tercipta lagi. Yang diusahakan bakal runtuh. Keserasian itu akan pudar. Kepala ngam tidak kelihatan lagi.

Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kehebatan chemistry mereka.

Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kewujudan partner-nya.

Kerana salah seorang daripada mereka tidak lagi tahu apa fungsi perhubungan itu.

Ini tidak kisah, samada perhubungan anak - emak, laki - bini, adik - abang, dan lain - lain termasuklah seorang hamba dan Tuhan. Ya, malah seorang hamba pun mengharapkan doanya didengari Tuhan.

DENGAR.

Jadi dengarlah, jika antara kawan - kawan yang kita suka sedang memiliki apa - apa perhubungan sekarang, gunakan pancaindera untuk react pada pasangan, kerana aku percaya pasangan kamu akan rasa dihargai. Walaupun untuk mencipta chemistry itu bukan hanya setakat MENDENGAR, tetapi ia adalah salah satu tuntutan besar dalam perhubungan.

Tak usah dibayangkan chemistry yang indah, jika tidak mendengar.
Tak usah diucapkan kata cinta, jika tidak mendengar.
Tak usah dirancangkan masa depan, jika tidak mendengar.
Tak usah dirasakan lafaznya penyatuan, jika tidak mendengar.
Tak usah direncanakan kebahagiaan, jika tidak mendengar.

Entahlah, agaknya. Ini hanya teori bodoh aku.

p/s: Aku tahu kamu sedang membaca ini. Aku tulis kerana kamu tidak mendengar, jadi aku mahu matamu membaca ini agar segala apa yang ingin aku katakan, sampai padamu.

Kerana kamu tidak mendengar dan kamu lupa bahawa 'mendengar' itu perkara penting.

Sedang 'didengari' di Cannes Film Festival.

41 comments:

.ib. said...

bro... adekah kite jugak boleh mendengar dr perbuatan org...? ako ade satu masalah ni, ako perlukan jawapan dr dia tp die diam je... so akhirnya ako sendiri yg memutuskan kawapan die... adeh...

esah ezral said...

Ehe interesting theory woh abg za. Ehem sape yang disuap cili untuk terasa pedas ni ehem ehem.....
//
Yg takde kena-mengena :
Saya tak suka perkataan Chemistry tu. Minggu depan paper final Chemistry -.-

- budak form 4 :D

Aqilah Shafie said...

Bukan teori bodoh. Teori yang sangat benar & berkesan.
:)

p3rch said...

kamoo itu coba listen sekitar moo. pernah kah kamoo listen pada jantung kamoo masa kamoo stop breathing?try lah.

mocQachinno said...

this makes me think.
adakah aku yang tidak didengari
atau aku yang tidak mendengar?

[sutera kasih] said...

mendengar kata2 kmu menggunakan hati..
utk didengar dgn baik..mstilah mndengar dgn baik :)

marina said...

entri ini macam ditujukan kepada seseorang yang istimewa dalam hidup ZA je..

wah bertuah orang itu..

beautiful.disgrace said...

alamak. dah mengantuk. esok jela baca ya zahiril.

h.a.n said...

saya try utk mendengar..tetapi apabila saya mendengar..hari saya akan saket..camner?

rbt said...

mndengar dgn telinga & juga akal fikiran. bkn dgn mata yg sekadar memandang org yg perlu didengar itu. tk faham? aku pun.

comic_fanz said...

actually even kita baca menggunakan mata.. maka hati kita akan turut berkata-kata lalu kita menggunakan telinga untuk mendengar kata hati kita.. kalo setakat menggunakan mata untuk mlihat tapi tak baca tak guna..

so secara logiknya.. kita melihat dengan mata.. kita membaca dengan hati kita.. lalu terus sampai ke telinga kita.. kalo korang tak caya cuba korang baca so mesti hati korang akan baca sekali dan telinga korang akan dengar apa yang hati korang cakap..

everyday we listen to our heart.. bout acting plak it's true.. tak guna setakat berlakon kalo kita langsung tak react ngan persekitaran kt..

p/s : saje citer panjang2.. hahaa..

Anonymous said...

yeap!! ini terbukti..

we shud listen to whatever the other party is saying..

be it nice or hurt..

yg penting dgr dlu ape die nak kate..

:)

dEs said...

bila mana mendengar itu bukan keutamaan..
hancur, mati rasa orang yang tidak didengari itu..

Ann said...

hnya Allah swt yg maha mdengar, cuma kita sering alpa utk 'bcakap' dgnNya..tmasuk ak.

hazera said...

ah tat ke tu? haha

gamiengurl said...

suka teori itu..

walau tak mendengar,melihat pun sudah memadai

aku akan tetap mendengar,bob!
sebab aku suka dengar karut-marut ko tu!!!!

hehehehe...

Faezah

atun @ art said...

"Manusia itu nampaknya celik. tapi dia sebenarnya buta.bukan pada mata, tapi pada hatinya. sebab manusia itu sendiri yang menutup hatinya"

-ini kata2 lecturer saya aritu.

in application 2 ur case, since de choose utk tidak mendengar/
melihat, the least u can do is berdoa agar hati dia terbukak utk mendengar/
melihat.

haz's said...

MENDENGAR tapi jarang bagi respond.. itu yang aku selalu buat..(kesian orang2 itu..)
tapi kena ingat walaupun tak bagi respond tak semestinya tak berbekas di hati, mungkin masa tak sesuai dan tak ada ayat yang tepat dan mood yang tak kena untuk bagi respond...
SABAR... :)

Liyana Hanim said...

aq blaja bagaimana untuk berlakon hanya untuk 2 semester sebab pelajar TESL dua kali jer kene buat project drama/teater...tp paling best bile gi workshop Actors Studio & blaja dr joe hasham & faridah merican..aq plg ske facial exercise b4 berlakon..

ada satu lecturer slalu ckp dlm klas sem berape ntah(dh nk grad so lupe la)---LISTENING & HEARING ARE 2 DIFFERENT THINGS...people tend to just hear things,not listen.:)

jadi pahamla jugak ape yang kamu nk smpaikan..

Lan7a Yanna said...

chemistry yang ada musnah bila kata-kata tidak didengari.
sentiasa menunggu jawapan.
tapi bila dia tidak mendengar, jawapan yang ditunggu selma ni jadi sia-sia.
tetap sama.
tak mendengar tapi disuruh melihat pula...tetap tak menjadi kalau da hati tu lebih keras dari batu.

Jasmin Chenta said...

ye..sgt betul.
chemistry akan hilang bila komunikasi dua hala xbjalan ngan baek..mcm bhubungan ngan tunggul la jwabnya..

cindir-rela said...

zahiril,
kalau kite puas bercerita, tapi dia lansong tak mendengar..adakah bermakne telinga dia bukan untuk kite??

heh, kadang kite terlalu salahkan orang lain sampai kita kata dia yang tidak mendengar...

mungkin dia sudah penat mendengar sahaja...

joegrimjow said...

da lama xbaca pengisian camni
terbaik!

listen said...

Dear za, sometimes you have to also understand, orang lain bukan tak mahu 'mendengar' apa yang kita cuba sampaikan tapi org itu pun maybe sedang 'berserabut' fikiran dan sedang mahu 'mendengar' diri dan hatinya sendiri.

Intan Rosliza said...

ayat sungguh berbunga bunga. Haha
Berkali kali kena baca balik. (sebab bangang). Haha.

Anyway, i like your theory and all yg u cakap. Menambahkan ilmu pengetahuan di waktu pagi.

;D

Edna Sinn said...

macam mana nak buat org dgr kita

DeeN said...

... dan sebab itu komunikasi dua hala adalah penting utk memastikan yg pihak mendengar faham ttg apa yg disampaikan oleh pihak yg mahu didengar. Kan? Haha!

inoue asuka said...

luahan yang sungguh panjang...lenkali record n upload incik zahiril...penat mata membaca tapi tak jemu untuk difikirkan..perhaps it's sounds better if it could be listened to..:D

inoue asuka said...

maaf kerna terus menganggu..kamu buat aku teringat bait-bait lagu agnes monica..:D
Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali?


p/s:thanx for bringing the nama/url to the life again..:D

Anonymous said...

mendengar itu penting.tapi bagaimana kalau nikmat pendengaran sudah ditarik selamanya?alhamdulillah tanpa pendengaran pun boleh wujud chemistry.yang penting ada mata.dari mata turun ke hati.jadi chemistry sekali! ;D

Anonymous said...

komunikasi yang berkesan

1)melihat
2)mendengar
3)memberi laluan untuk melihat dan mendengar

ashieBee said...

1. "Lakonan diambil daripada realiti kehidupan." i guess the main idea is there but in an exaggerated way kinda thing. like a romance movie makes the guy looks like too good to be true...which rarely exists in this whole wide world. too good to be true lah! and kalau drama dramatik, omg....i wonder, biar betul wujudnye org sekejam ni! lol.

2. just like listening and hearing, they are two different things. a piece of poem that i like :
http://www.neaseno.com/Hearing.htm

ps- u look kinda neat in the photo :))

Anonymous said...

saya suka entri ini.terima kasih.

Aku Bukan Aristokrat said...

ZA,
'Dengarkanlah...bicara.....cintaku'(tiru gaya Amy Mastura nyanyi)

Dengar dengan telinga, mendengar dengan hati.Aku percaya tagline yang ni.

Harap kamu mendengar.

harridzuan1889 said...

kali ni aku memang 'terkena' terus dengan teori ini...aku dalam kategori yang x 'mendengar' tapi kadang2 dalam kategori terlebih dengar.... beri banyak masaalah pada aku sekarang...

tq... 'kau dalam kategori'? kau rasa?...

harridzuan1889 said...

kali ni aku memang 'terkena' terus dengan teori ini...aku dalam kategori yang x 'mendengar' tapi kadang2 dalam kategori terlebih dengar.... beri banyak masaalah pada aku sekarang...

tq... 'kau dalam kategori'? kau rasa?...

no name said...

Bagi saya, mendengar perlu disertai dengan respon..dari situ kita tahu sama ada dia fokus tentang apa yang dia dengar. Mendengar saja mungkin tak cukup untuk ukur 'kekimiaan'sesuatu perhubungan.

Mungkin.Wallahualam.

Ophe said...

zahiril, saya sangat sukakan entri ini. Sungguh. Janji.. saya tak tipu!

Cik S said...

maaf. aku x suka entri ini, sbb ia buat aku sedih. bkn aku yg sepatutnya bace entri ni, tapi si dia yang tak mendengar. untuk aku yg mendengar, entri ni buat aq seperti si hopeless. *sigh

Merissa K. said...

dude, i think ur hair looks better longer.

:)

and to listen is, obviously, of the utmost importance.

sayangnya, ramai yang tak tahu. atau buat buat tak tahu.

"You tau tak, hari ni i blablablabla"
(after 15 minutes)
"Ha? Apa you cakap tadi?"

Sungguh tak best.

shash said...

sbb tuh tuhan bagi 2 telinga dan satu mulut.. kan kan.. to listen more than u talk.. :)