Pernah aku dan konco - konco (
Rumah Anak Teater) bercakap tentang 'seni dapat menyatukan kaum' dan sebagainya. Tidak kira seni apa.
Samada seni muzik, seni teater, seni tari, seni penulisan, seni filem, seni kraftangan, seni visual, seni halus, seni ukir serta seniman jalanan. Seniman jalanan? Apa - apa lah.
Tak kira.
Ini sudah terbukti. Terbukti apabila bangsa - bangsa yang dikelaskan oleh penjajah satu ketika dahulu (ya, bangsa sebenarnya diwujudkan oleh penjajah) berkumpul untuk merayakan sesebuah medium yang digemari, diminati dan segala macam lagi.
Kita ambil contoh yang paling dekat dengan semua orang (harap - harap), iaitu seni filem.
Seperti yang kita semua sudah tahu dan terpalit di dalam kepala, setiap kali kita menonton filem di panggung wayang, secara tidak langsung di dalam panggung itu sudah ada penyatuan. Di mana pelbagai bangsa berkumpul untuk merayakan (menonton) filem tersebut.
Katakan filem itu bagus dan memuaskan hati penonton yang hadir, masing - masing akan keluar berjalan pulang, tersenyum berbual sesama sendiri, berbincang tentang filem yang baru sahaja ditonton. Dalam kesesakan berjalan kaki keluar dari panggung, kebanyakkannya, apa yang ada di dalam kepala masing - masing semuanya tentang filem yang baru ditonton. Walau terlanggar bahu sedikit, walau terpijak kasut sedikit, pasti kemaafan cepat sahaja dibenarkan! Aman bukan? Yeah!
Tapi ini untuk filem yang bagus dan memuaskan hati. Kalau filem tak bagus? Aku tak tahu.
Atau mungkin ada yang fikir dekat mana nak makan lepas tu. Mungkin. Aku pernah.
Sambung.
Ditambah pula, dalam lorong yang sesak yang panjang, menuju ke pintu keluar, lorong yang kalau kita pekik akan bergema seluruhnya, masing - masing berbual, mengkritik dan sebagainya. Tiba - tiba ada seorang penonton yang
carried away, atau terlalu
into filem tersebut, melaungkan satu dialong yang masih tercalit di dalam kepala dia (atau kepala penonton yang lain)
Lalu bergema dan didengari oleh penonton lain yang sedang berjalan kaki keluar. Maka tergelak kecil yang lain - lain kerana secara tak sedar, dialog itu juga terpalit dalam kepala mereka. (lagi sekali, jika filem itu bagus dan memuaskan hati)
"Aaaawwwww!" (
oh, aku ambil contoh This Is It - Michael Jackson) Kerana lebih
universal kata awek Hartamas.
Ada yang memandang senyum. Ada juga yang bersuara.
"That's nice bro! You really sound like him" sambut seorang bangsa lain, yang merujuk kepada watak hero dalam filem tersebut. Dan mereka semua tergelak kecil....
Oh, aku terbayangkan keamanan kaum yang melampau. Maaf.
Tapi sepanjang menonton filem tersebut, tidak ada langsung pemikiran bahawa, "Eh kenapa aku tengok filem dengan bangsa lain ni?"
Takda, kan?
Baiklah, mungkin ada segelintir. Itu bukan masalah kaum, tapi individu itu sendiri yang
racist tak habis - habis. Abaikan.
Tak pun kalau ada yang menendang kerusi kita dari belakang, buat bising atau beromen, bila kita toleh untuk suruh diam, kita tengok bangsa lain. Tapi sekali lagi, itu bukan salah bangsa, salah individu.
Jadi secara langsung jika sedar, dan secara tidak langsung untuk yang kurang sedar, itu adalah contoh kecil bahawa seni itu telah menyatukan atau membenarkan kaum yang pelbagai, berkumpul (
gather).
Untuk merayakan.
Baik, itu cerita seni filem. Kalau kita bercakap tentang seni muzik, lebih kurang sama ceritanya. Cuma naratifnya lain - lain. (harapnya lah)
Tak masuk peminat - peminat sedunia Michael Jackson, Britney Spears, Metallica, Green Day, John Mayer (cheh, aku ler tu), Beyonce dan lain - lain. Bila mereka datang nak buat konsert di negara, berpusu - pusu orang beli tiket!
Yah, sekali lagi, itu contoh penyatuan yang membenarkan sesama bangsa berkumpul untuk merayakan.
Dan kemudian, contoh - contoh lain pun menyusul, yang kalau aku tulis berjela - jela nanti.
Untuk aku yang paling dekat, ialah seni teater. Korang dah tengok filem GADOH? Tengok dan jawab sendiri.
Ini cuma contoh kasar. Contoh kecil. Kasar yang kecil - kecil. Sebenarnya luas lagi penyatuan serta perpaduan dalam seni ini, cuma aku je yang malas nak bagi contoh dalam - dalam. Korang kenalah fikir sendiri sebab benda dah depan mata.
Takkan semua aku nak suapkan.
Kemudian aku terfikir lagi, apakah selain seni yang dapat menyatukan?
Sukan boleh tak?
Lalu aku menjawab pada seorang teman,
MoizzisR.Chong namanya. Seorang penulis skrip filem GADOH. Penulis bersama, untuk lebih tepat.
"Sukan boleh Chong!", aku mencelah.
Sukan boleh menyatukan kaum, sukan membenarkan kita berkumpul secara aman! Tengok masa pasukan badminton negara bertanding, tengok masa Lee Chong Wei main, berapa ramai orang - orang kampung (bangsa selain Cina) bersorak dengan kaca TV?
Menyokong bangsa lain atas nama negara!
Sahut seorang rakan lain, "Bapak aku yang
racist pon sokong
Lee Chong Wei dulu weh! Walaupun dia suka bercakap tentang Melayu!"
Jawab R.Chong, sukan boleh. Tapi jangan lupa, sukan ada sifat bersaing, sifat berlawan. Sukan memiliki sifat - sifat yang bakal menyebabkan pertelingkahan. Bakal menyebabkan perbalahan.
"Hmmmm...." aku berfikir sejenak, dari hari tu sampailah dua hari lepas.
Bila tengok rusuhan penyokong bolasepak di Stadium Bukit Jalil, bila tengok stadium di bakar, bila dapat tahu di luar stadium telah tercetusnya keganasan antara penyokong,
Aku terus kembali berpihak pada 'seni dapat menyatukan'. Setidaknya aku mengharapkan itu, kerana sukan gagal mewujudkan perpaduan. Lebih teruk, sesama bangsa.
Tidak lagi sukan.
(Walaupun sukan ada seninya)
p/s: Contoh Awww! di lorong itu hanya khayalan 'keamanan kaum' aku yang melampau.