WTF? *selak next page*
Tapi aku cukup - cukup berterima kasih pada semua feedback yang aku terima daripada pembaca semua. *angkat topi* Kadang - kadang tu, bila aku bosan, aku berlegar - legar di ruang internet ini. Membaca sana sini, dan oh?
Aku terjumpa taipan aku!
Seronok bila apa yang aku tulis di-guna semula! Sungguh - sungguh berbesar hati aku bila ada pembaca yang menulis entri tentang apa - apa dari taipan aku. Sebab tujuan utama aku setiap kali menulis ialah aku ingin berkongsi.
Tentang apa yang aku rasa,
tentang apa yang aku fikir,
tentang ilmu ini,
tentang ilmu itu.
Berkongsi. Ya memang itu perkataan paling tepat. Apa - apa pandangan dan pendapat aku tentang sesuatu isu yang berkeliaran di sekiling aku, aku kongsi kan. Dan apabila ada pembaca lain yang menyebarkan 'perkongsian' itu, maka hendaklah aku bergembira. Dapat kita sama - sama memikirkan tentang apa yang aku tulis. Ye dak?
Ye!
Jangan cakap aku marah. Tak marah langsung. Kan dah cakap tadi, aku gembira. Apa - apa sahaja. Entri biasa mahupun puisi - puisi aku. Dan selalunya mereka - mereka ini cerita sedikit tentang dari mana mereka ambil taipan itu. Sudah tentu dari sini. Baik kan mereka?
Yeay!
Ada juga yang meminta izin. Ambil lah aku tak kisah pun. Ingat, yang penting berkongsi.
Yeay lagi!
Tapi yang tak sedap tu, bila terjumpa beberapa blog. (sebab kan aku berlegar di ruang internet) Bukan terjumpa buku, bukan terjumpa suratkhabar, tapi terjumpa blog. Blog individu - individu yang mengambil taipan aku, langsung serta merta mengakui itu tulisan mereka. Aku tahu lah taipan aku ni umum, tidak ada logo Copyright.
Habis macam mana?
Aku senyum saja lah. Nak buat apa lagi, dak? Sekurang - kurangnya mereka yang lain - lain tulis di bawah sana "diambil dari blog Zahiril Adzim". Tapi ada individu yang lebih handal dengan berlagak memiliki taipan itu.
Susah nak jaga hati jiran, apatah lagi hati penulis, kan?
WTF lagi.
Tak cukup handal, ada pernah aku termasuk ke satu blog. Tuan empunya blog itu, entah dari daerah mana datang, penah mengutuk - ngutuk aku di Twitter. Punyalah tuan empunya blog itu marah pada aku, Tuhan sahaja yang tahu. Padahal, aku tak kenal pun dia. Mungkin dia pegang pada fahaman 'seorang artis itu milik awam, boleh di maki - maki'. Entahlah. Agaknya kot. Yang penting, aku cuma seorang pelakon, bukan artis.
Sudah puas mengutuk aku di Twitter, aku pun cubalah selidik, kot - kot dia ni aku pernah kenal sebelum ini ke, satu sekolah dulu ke, aku pernah pinjam singgit tak bayar ke, salah panggil nama dia ke, mana lah tahu. Bila aku masuk blog beliau, lagi lebar aku senyum depan komputer seorang diri. Kenapa?
Aku memang tak pernah kenal individu itu seumur hidup aku. Dia seorang stranger yang total. Tidak pernah ada kena mengena dengan hidup aku. Dia memang cukup marah dengan aku, mungkin keturunannya benci pada pelakon. Sekali lagi agaknya kot. Tapi yang wow-nya ialah...
Banyak entri - entrinya adalah entri aku dan lebih hebat, deskripsi tentang pengenalan dirinya, diambil bulat - bulat dari aku. Dan aku sangat kenal dengan setiap perkataan yang aku guna.
*senyum*
Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan. Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi.
p/s : Aku tak ingat blog tu sebab aku tak ingin perbesarkan. Ia sekadar taipan yang dicuri. Cuma persoalannya, kalau kamu benci aku, kenapa sedut perkataan - perkataan aku? Hehe..
Nah cili, rasalah. Mesti pedas.