Thursday, March 11

nak tapi kutuk, tapi nak kutuk

Ini kan perkara biasa dalam kehidupan.

Kita tahu, kita sedar yang kita perlukan sesuatu benda itu, atau mungkin kita perlukan seseorang itu dalam hidup kita. Ermm.. sebentar, untuk mengelakkan kekeliruan aku rasa baik aku ambil contoh 'sesuatu benda'.

Yeap, lebih selesa sekarang. Sambung.

Kadang - kadang kita tahu dan sedar yang kita sangat - sangat memerlukan sesuatu benda atau perkara itu dalam kehidupan kita. Kita perlukan untuk sesuatu situasi, untuk sesuatu keadaan, untuk sesuatu kerja atau mungkin untuk sesuatu pengalaman.

Tapi yang peliknya, dengan super-ego yang wujud dalam setiap diri kita, perkara atau benda yang kita sangat - sangat perlukan itulah yang kita kutuk-kan.

Kita kritik, kita kondem, kita bercakap tidak elok atau mungkin yang paling terakhir, kita makikan ia, dengan alasan untuk kebaikan.

Macam aku perlukan minuman Nescafe Original setiap hari, tapi aku kutuk packaging nya. (Masa awal - awal ia tukar design)

Bodoh kan?

Memang kita tak sedar. Oh maaf, aku tak cakap pasal aku, tapi aku cakap pasal kita. Semua.



p/s: Dan sekarang, cuba tukarkan 'sesuatu perkara' itu kepada 'seseorang'.

28 comments:

ashraf said...

betul lah bob... aku pun rasa yang sama dan aku dah penah buat pun.

paling jelas, lecturer la :D

S.I.D said...

betullah bodoh..
tapi ego kan~

esah ezral said...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al Baqarah ayat berapa tah eheh ambik daripada dalam novel wohoho.

ZALIKA NADIA said...

hmm.. btol gak tuh,,

positive thinking and flexibility to people n sekeliling adalah penting
tp bia berasas.
sya juga bru mengalami masalah seperti ini..

T_T

omgpetch said...

biasalah tu awak. sifat paling susah nk hapus.

byk sifat org skrg susah sgt nk hapus eh?

DyanaYunus said...

samalah, secawan nescafe di pagi hari memang bagi kickstart :)
ego, mmg sesuatu yang menjengkelkan

Anonymous said...

btol3...
kdg2 kita suke benda 2, atau suke kt seseorg, tp kita kutuk2 plak...huhuhu
tp tindakan 2 kdg2 luar kawalan kita...;)

cindir-rela said...

ezral sya
ya, betullah...my ibu angkat@ ustazah give me that ayat bile saye kate saye susah hati, dan serba tak kena..

za, kadang2 kite tak perlu tipu diri sendiri, sebab mengaku itu memang melegakan minda...huhu

yaya yg bkate said...

lpaskan ape yg d pendam...

Unknown said...

tue la kita semua....
xhargai pe yg kita dpt...
xpenah bersykur ngan per yg derdpn...
slalu mgharpkan yg terbaek
tnpa kita sedar per yg kita dpt tue dah cukup dgn kita....
bob,sy n kita semua sama jer
hehehehe

atifah said...

thats right. people always menafikan benda yang dia nak, haha kadang - kadang kita pun tak sedar benda ni berlaku

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

stuju2.. limrah kehidupan kot.

madumerahjambu said...

kerana ego kita mungkin akan kehilangan 'seseorang'..eh..'sesuatu benda' atau perkara yang sangat penting dalam hidup kita..

;)
learn from experience and mistakes we made.

heartlessPerson said...

...biaselakn manusia...x pernah puas...klu d bgkn a dia mao b lao bg b dia mao a...sikap azali manusia pelupa....lupa utk bersyukur...lupe utk bterima kaseh..ag 1 manusia x penah rs driny salah...sifat bangga bongkak n takbur ad pa ssiapa...y tentuny iman...

Noorul Aida said...

ha ha.. btol gak ek..ak(rmai2 r,xkn ak seko2 jew an, =p) slalu glew kutok sowg prof ni,tp x elok r..skali x berkat,mampos blank otak nk jawab final..xpe2,nk dkt exam t bawu mntk maap kt prof tuh... kui3~~

Anonymous said...

siapakah 'seseorang' itu?
(*_*)

Anonymous said...

me too..i agree wit u..how to vanish dat eGO???

nona hidayah said...

aku pon stuju..

inoue asuka said...

sungguh,banyak benar perkara yang aku mahu tapi kutuk juge tapi mahu...manusia apa macam ni kan?

kadangkala ia untuk melindungi kelemahan sendiri, kadangkala ia untuk justifikasi diri..ntahla..manusia,selalu lupa..:D

nysa said...

itulah manusia kan...??sebok dengan ego masing-masing..but benda tu bole ubah kalau kita nak..

boys-shop said...

apa2 pun kalau nak kutuk tue kutuk lah sbb lagi bagus kutuk drpd kita jd mangsa mental krn nk kutuk tp xkutuk so kutuk je lah cuma tanggung sndiri la...
apa2 pun yg buruk itu dtg dari kita.. rendah diri itu sifat kita maka kutuk utk pekara yg baik dan pada yg ******** kutuk habis2san/mati-matian dan bw kejalan yg raya...

fAtaH said...

gua setuju ngn fakta lu..
gua rasa sama mcm lu..ada sape2 tau cemana nak buang ego tu?
ego kita ni bley buat kita merana..

Unknown said...

betul..

syami said...

tapi macam mana pulak jika sesuatu benda yang kita perlukan tidak memerlukan kita sama sekali??
p/s:1. nescafe cafe latte lagi sedap dari nescafe original.
2. minum nescafe nak stop smoking ke??

syami said...

eh kau tulis puisi bila ada 'rasa' kan..
sekarang ni aku ada rasa 'rasa' tulah.
aku punya 'rasa' rasa cinta..tapi cinta yang terpendam..
kalau dapat satu puisi best gak..hehe

Anonymous said...

bukan ke nescafe tin @ yg paket2 ada bhn emulsifier yg haram..
try refer code dari jakim..

maaf kalau mengganggu.
cuma mahukan ramai muslim makan makanan yang halal..~

sabrina said...

hm...its normal i guess.sume org pon camtu.dpn senyum blkg kutuk.msg2 ad alasan sendiri mengapa mereka mengutuk.

waniifa said...

hmm.. LIKE :)