Bayangkan, kita sedang berada di negara orang. Kita sedang melancong dengan persekitaraan yang terlalu baru dalam hidup kita. Pertama kali mata menyaksikan rupa pandang, orang tempatan, bangunan dan segala - galanya. Kita dibawa melawat ke tempat - tempat menarik, tempat - tempat bersejarah atau tarikan pelancong.
Dengan sebuah bas. Bas pelancong.
Sekitar kita adalah orang - orang yang tidak sama bahasa dengan kita, dan kalau tidak ada pemandu pelancong, kita bakal sesat. Sesat yang menyukarkan kita untuk kembali pulang menjalankan kehidupan seharian kita.
Bayangkan, kita berhenti di zoo negara itu. Kita lihat haiwan - haiwan yang tak pernah kita lihat. Tak ada di negara kita, dan kita jadi teruja. Kita rancak berbual dengan rakan - rakan atau keluarga, tentang fizikal haiwan itu, bunyian yang dikeluarkan oleh haiwan itu. Habitatnya, tabiatnya. Macam - macam. Kita bual, kita gali informasi tentang haiwan itu.
Bayangkan, kemudian kita naik bas semula dan dibawa ke muzium pula. Dimana sejarah dan cerita - cerita purba tentang negara itu. Wang lama, pakaian askar lama tentera negara itu. Kita berdiskusi, kita duduk dalam muzium itu memikirkan tentang pelbagai hal yang berkaitan dengan pameran dalam muzium itu. Kita bercanggah pendapat dengan pelancong lain, atau kenalan. Kita cuba dapatkan jawapan tentang sejarah dan barang - barang pameran.
Dan sekarang, bayangkan. Zoo, Muzium dan tempat - tempat itu semua adalah masalah atau kecelakaan yang menimpa hidup kita. Kita duduk dalam masalah, kita bersedih, kita bergaduh, bercanggah pendapat dan macam - macam dan bas itu pula adalah kehidupan kita yang akan terus bergerak ke tempat - tempat lain.
Kalau kita terus duduk dalam muzium itu, terlalu memikirkan tentang hal dalam muzium itu,
Bas akan terus bergerak meninggalkan kita. Begitu juga kehidupan.
Yang akan terus bergerak...
18 comments:
patut aku rasa macam tertinggal.
Well, tuhan tak akan bagi sebarang dugaan yang melebihi kemampuan hambanya...so, my opinion, relaks, respon and enjoy ur life. There's no problem yg tak ada jalan penyelesaian. Nak kecapi hidup yg sempurna bukan susah, juga bkn senang. Lepak2 n enjoy...sambil tu, ingat tuhan la sama.
peace yo!!
apekkkk
Setidak-tidaknya nukilan ko ni membuatkan aku berfikir sejenak...bagus!
masa akan meninggalkan kita (:
mantap..!
Takpe nnt kita naik lagi bas tuuuu ;)
juvana 2..
juvana 2..cool
ada sesuatu yang tertinggal.
Nice.. suka entri ni. Life must goes on~
well said bro..well said..
:) terlalu bermakna seperti entry selalunya...
it's about Juvana Incik. :)
Maknanya kita perlu teruskan hidup dan menyelesaikan masalah yang dah lepas?
ain macho disitu
demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
sgt ska dgn cara penulisan zahiril adzim ne.. unik tp senang nk phm..:)
Post a Comment