Friday, January 15

orang tak faham

Aku sekarang di dalam fasa di mana aku rasa orang tak faham apa yang aku nak dalam kerja aku.  Benda ni sangat - sangat sedang mengganggu aku.

"Korang tak faham", aku fikir.

Jadi bila aku rasa orang tak faham aku dan aku rasa aku tak perlu pun untuk explain pada diaorang, aku jadi cepat serabut.

Faham tak?

Cumakan, kali terakhir aku rasa orang tak faham aku ialah sewaktu aku sekolah. Waktu tengah remaja. Biasa remaja mesti akan selalu rasa orang keliling dia tak faham dia. Kemudian, waktu itu aku sampai satu tempoh dimana aku hentak jiwa sendiri, aku hentak fikiran sendiri untuk berhenti fikir yang orang tak faham aku. Aku rasa aku tak perlu orang faham aku. Aku sekolah kan diri aku balik bahawa jangan pernah ada pemikiran yang orang nak kena faham kau. Tak perlu. 

Kalau perlu pun buat apa? Jadi selepas waktu itu, aku hidup dengan lebih tenang, dalam keadaan aku pedulikan orang faham aku ke tak. Kalau aku sakit sebab orang tak faham aku, bermakna Allah nak aku fikir salah aku. Bukan sebab orang lain yang tak faham aku. 

Seriously, kita sibuk nak orang faham kita untuk apa? Betul - betul nak semua orang faham kita? Nak sampai tahap kita buat apa pun, orang faham? Untuk apa kita beriya - iya sangat nak orang faham ni?

Atau memang hidup, dilukiskan Allah untuk orang tak faham kita. Itulah cabaran dia, ye dak?

Jadi bayangkan kalau semua orang faham kita. Kita jalan kaki tengah - tengah orang ramai, dengan senyuman penuh lebar, sebab SEMUA orang FAHAM kita. Kita korek hidung tengah bandar pun, senyum je sebab orang keliling semua faham yang kita perlu korek hidung time tu.

Itu ke yang kita nak? 

Apakah kehendak untuk 'orang faham' kita itu benar - benar perlu?

Sejak pada itu, aku rasakan yang aku boleh hidup kalau orang tak faham aku. Itu bukan satu keperluan dalam hidup aku lagi. Tak penting. 

Tapi hari ini, tiba - tiba dia datang. Mengganggu aku. 
Mungkin sebab aku dah lama tak sekolahkan diri aku sendiri.


17 comments:

SITI SORFIENA SYASHA said...

orang tak akan faham sesuatu sehinggala dia alami benda tu sendiri .

banyakkan bersabar ye abang zahiril :)
opi dah biasa kena "korang tak fahammm!" :(

Zahiril Adzim said...

@Siti Sorfiena - Tak mengapa. Orang tak perlu faham kita. Itu bukan keperluan hidup. :)

Lady Windsor said...

Zahiril..memang susah orang nak faham kita walaupun kita senang je nak faham mereka. Sama kes macam kita seboleh-bolehnya tak mahu buat orang kecil hati disebabkan kita, tapi orang lain bercakap dengan gaya lidah tak bertulang dan tak peduli pun kalau kita kecil hati. Jadi, kita bertabah sajalah kalau orang tak faham kita kan...janji Allah faham kita..

Unknown said...

sebelumbaca post ni,memang dari dulu asyik mengeluh nak orang faham diri saya.but after baca post ni,baru sedar yang kita tak perlu semua orang untuk faham kita.btw,nice post!thanks a lot

Unknown said...

Orang tak faham kita tapi dia nak tahu. Bila kita bagitahu,dia kata dia faham tapi sebenarnya salah faham. Bila kita explain, dia jadi tak faham, terus tak nak faham, tak nak peduli. Dan terus dengan ketidakfahaman itu.

judexplorer said...

Tapi kalau "orang" tu family kiter..kena juga fahamkan...hmm

Unknown said...

Hang nih pelik..baca blog hang lama2..mcm gothik skit rasa cara pemikiran...hahah.. ni seacrh2 pasani hang sbb tgk cita sayap jibrail..besttt..jatuh hati plak...real..good job ..kejor yeop kejor

^^^Q i M t A m I s Y a^^^ said...

ianya mungkin berlaku bila kita nak kan perhatian.. mungkin sudah lama kita x dipedulikan.. mungkin jugak kita rasa dgn perhatian seseorg kita rasa orang faham kita.. tapi sampai bila???

hetty said...

Saya teringat (dan masih berpegang) pada satu kata kata dari Fared Ayam kalau tak silap saya, yang awak ungkapkan dalam blog ini suatu masa dahulu (juga kalau tak silap saya). Kata kata yang meminta kita untuk sentiasa berani persoalkan pendirian dan pegangan kita (sefahaman saya lah).

Dan dari situ saya belajar untuk sentiasa mempersoalkan pendirian dan pegangan saya supaya saya sentiasa jelas kembali kepada motif utama. Dan itu, nyata, dapat membantu menyekolahkan diri semula bak kata awak, dan mengenepikan segala masalah "korang tak faham" untuk saya.

:)

Sean Robert Meaney said...

If you are indeed zahiril adzim the kickboxer and actor i would suggest not playing the role of 'the stainless steel rat' in an asian set film of the American Scifi novel, I would suggest creating a Startrek level Science Fiction Series that will encourage future generations out of poverty, cultural and religious isolation with thought to a better future.

I asked a group of people what their Ideal science fiction spaceship would be like. They answered:

So the ideal spaceship thus far is:
1. A colossal 'great machine' type spaceship
2. The size of a planet
3. With its own biosphere
4. But dominated by cargo
5. And huge engines
6. With a small human crew
7. And no light speed communications
8. And it exists to serve the plot narrative rather than the narrative be shaped to fit the ship (aka spent ten minutes in the seed dry-store trying to find what damaged the foil seed packets rather than twenty minutes getting to the seed dry-store from the habitat).
9. With a skull and crossbones motif
10. And a colossal weapons battery.
11. The crew Habitat could be an elevator that moves through the ship as required. They are the maintenance crew after all.

All you need do is gather your fans and followers and ask them to share an idea to help build a great thing.

Sean Robert Meaney said...

Happiness is life

Alif Haikal Alizan said...

This what's happening to me, right now. kadang2, mmg rasa mcm "ah pi lantak lah diorg nak faham ke tk. Aku ngn life aku. Diorg pi lantak lah" but yeah,, it not long lasting. Dia dtg balik dgn bertanyakan 'kenapa do diorg buat mcm ni? Kita faham dia. Tp dia? Hm' susah betul nak describe haih ahah. Nice sharing bang. 😉

Unknown said...

hehe, hidup lagi blog ni. takyah pikir orang tak faham la, aku tengok secara luaran kau dah banya berubah kepada benda yg elok. so orang faham buat buat tak paham

yg benar,
pembaca blog kau yg lama2, 5 tahun lepas kot, YobSumo.

Unknown said...

singgah

http://840301s.blogspot.my/

Unknown said...

Salam, bila nak start blogging balik ni? Dah nk hjg taun ni, 1 post utk 2016 pun tadak lagi ni. 😅

Unknown said...

Abg Zahiril, ajari saya untuk menjadi pelakon seperti abg

Mizan Yusof said...

faham fahamkan dan selamat berfahaman hahaha