Isnin, Jun 30

Urban? Art? KLUE Urbanscapes Art Event?


KLUE Urbanscapes 2008. Bunyinya memang sah – sah event untuk remaja lah kan. “URBAN”. Aku tak tahu pulak event ni memang dibuat setiap tahun. Kata mereka ini adalah art event.

Disebabkan aku sekarang tengah kerja untuk teater ‘AIR CON’ yang dibikin oleh Instant Cafe Theatre Company dan akan dipentaskan di KL PAC, dan kebetulan pula KLUE Urbanscapes ni pun berlangsung di KL PAC, kami diberitahu bahawa kami dikehendaki membuat pratonton untuk teater AIR CON di KLUE Urbanscapes selama setengah jam. Slot kitaorang pukul 7.10 sampai 7.30 malam. So aku pun diarahkan untuk kesana dan pra-tontonkan 3 scene dari cerita penuh AIR CON ni. Kalau kitaorang tak disuruh pergi, memang aku tak tahu pun event ni wujud, dan yang paling penting, memang aku tak terfikir untuk pergi pun.

Borak punya borak dengan seorang teman yang juga salah seorang cast dalam AIR CON ni, Nick dan Ryan, kata mereka event ni best, art event untuk remaja. Bila aku dengar art event, aku pun sedaplah sikit hati nak pergi bekerja kat sana. Kata diaorang ade tayangan filem pendek, music performance dan benda – benda lain. Pukul 5 lebih, dari tempat latihan, kitaorang pun gerak dengan Shahnon (penulis teks AIR CON ni), Kimi (PM AIR CON), Dara dan Merul yang juga terlibat dalam AIR CON ni. Sampai – sampai je dekat KL PAC tu, dari jauh aku tengok dah macam rave party yang besar, yang pernah aku singgah satu masa dulu, ala – ala KENT CHOICE, SALEM REVOLUTION dulu – dulu. Wah, dalam hati aku, “Ini ke Art Event dia?”.

Jalan punya jalan nak cari orang yang patut bg pass masuk kat kitaorang, aku terjumpa beberapa orang rakan lama yang memang dah lama gila lah tak jumpa. Seronok bila kita jumpa kawan lama sebenarnya, kita nak tahu apa yang dia buat sekarang, tapi disebabkan tak banyak masa, aku pun kena gerak masuk setup untuk preview kitaorang. Tapi dalam dok berjalan ke theatre tu ada lagi kawan – kawan lama yang aku dah lama tak jumpa! Ada yang marah, bengang sebab kata diaorang aku lama sangat menghilangkan diri. Aku mengaku memang aku lama jugaklah tak keluar dan pergi ke benda alah macam ni. Dah stop kot, kata aku. Aku baru je habis belajar, sekarang ni lah baru free pun, kata aku lagi. Diaorang pun ajak aku lepak sebab aku dah confidentkan diaorang yang aku sekarang tengah free. Aku cakap, ok, takdahal tapi sekarang aku kena gerak ada kerja kat dalam kejap.

Dah settle preview, kita pun keluar lah letak barang – barang dalam kereta pastu berjalan – jalan dengan niat nak edar flyers AIR CON. Tapi inilah part yang aku tak berapa senang. Dalam pada dok berjalan – jalan dengan tenaga kerja AIR CON ni, aku perhatikan pengunjung – pengunjung event ni yang rata – ratanya remaja baya aku. Aku tengok ramailah budak - budak yang berfesyen. Ada yang si perempuan pakai tu, memang aku boleh faham yang kau tak tahan dengan cuaca panas kat Malaysia ni, ada juga yang dengan jeans yang habis koyak, habis rock.

Yang lelakinya pula, kebanyakkan memang "INDIE" habis lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, memang konon ART lah!. Baju nak design cute habis, seluar nak habis skinny. Aku tak tahu pulak kenapa tiba – tiba otak aku jadi kolot gila babi time tu, bile aku ada masalah dengan cara diaorang tu semua mengenakan pakaian ke atas badan mereka. Ramai yang aku tengok (ini dari pendapat aku lah) macam bersusah payah dress up nak nampak ART gila babi. Ada seorang laki ni aku tengok atas bawah memang “art habis!”. Tapi bila aku tengok skinny jeansnya, TOP SHOP. Fesyen label yang telah membuatkan ramai tergila - gila skinny jeans. Kenapa ramai sangat yang konon – konon art ni. Atau sebenarnya dia orang pakai atas sebab fesyen?

Ntah kenapa hati aku lebih kepada dia orang ni pakai sebab fesyen. Sebab scene INDIE tengah meletop. Sebab trend. Dan aku terfikir, kalau benar – benar seseorang itu passionnya kepada art, apakah mereka harus berpakaian sebegini?? Kerana rata – rata yang aku tengok, pakaiannya begitu! Yang perempuannya pulak dengan short pants, singlet dan apa lagi ntah nama untuk baju mereka, seolah – olah diaorang cuba untuk seduce semua orang dekat situ.

Aku ingat lagi, aku terus tanya Shahnon,

“Shahnon, why are these girls wearing like they’re trying to seduce everyone?” Aku lontarkan soalan tu dekat Shahnon dan Shahnon tanya aku balik.

“Are you seduced??” Aku jawab, hhmmm.. ntahlah, maybe. Tapi mata lelaki straight mana yang tak ditarik? Tahniah jugaklah kat perempuan – perempuan yang disebutkan sebab berjaya membuatkan mata lelaki straight tertarik untuk melihat diaorang. Dan aku terus balik kepada soalan yang berlegar dalam kepala aku dari tadi, kalau orang – orang art kena pakai macam ni ke? Adakah art event didatangi oleh orang - orang art sahaja atau orang lain juga seperti mereka ini? Aku mengaku jika seseorang itu meminati art, cara berpakaian mereka tidak penting dan tidak perlu menjadi isu. Dan timbul pula soalan dalam kepala aku, apa yang diaorang buat dalam hidup diaorang yang terlampau ART sangat? Ada juga perempuan yang berseluar jeans koyak rabak dan berjalan dengan boyfriend yang ada guitar tersangkut kat belakang. Mungkin boyfriend dia salah seorang daripada guitarist dari band yang perform hari ni. Mungkin. Tapi disebabkan boyfriend kau musicin, atau perkataan lain, "rock" kau pun kena pakai macam tu ke?

Kebanyakkan daripada mereka ini semua datang ke sini untuk berseronok dan passion kepada art yang sangat luas ini, sebenarnya tidaklah seberapa pada mereka. Mungkin sekadar mengisi hujung minggu mereka

Ada juga yang kononnya independant, tapi atas bawah berjenama hebat. Seluar jeans koyak pun sebab memang dijual koyak siap. Bukan susah nak cari jeans yang dah siap koyak rabak.

Atau aku yang terlalu kolot? Sebab fesyen aku tak terkini? Sebab tu kot aku dipandang remeh oleh abang – abang art yang datang. Sebab fesyen aku tak cukup art kot? Mungkin ya, sebab aku dah lama jugak tak keluar selama aku belajar sebelum ni. Agak terputus jugak aku dengan dunia luar, dunia remaja ni. Tapi bila ART itu digunakan sebagai trend atau fesyen, aku terkilan dan sedih. Alangkah seronoknya kalau kita dapat lupakan tentang fesyen sebentar dan lebih tertumpu kepada apa yang kita buat (what we do) terhadap masyarakat, apa yang kita sumbangkan untuk masyarakat dan negara kita. Terserahlahh..

Bila malam, aku pun tersempak dengan abang aku, Kepal. Kiteorang lepak tengok teman (Mooky) perform. Itu pun kat belah – belah belakang kitaorang duduk. Lepas habis Mooky perform, aku pun meggerakkan diri untuk pulang sebab kepala aku dah bingit, bising sangat. Lagi pun aku dah penat bekerja satu hari. Setiap hari kerja lebih 13jam. Tak larat aku...

Dalam kereta aku pun tersedar yang mungkin aku ni dah ketinggalan zaman ke apa. Mungkin definisi art yang disuapkan kepada mata aku ini adalah yang betul. Ye ke?

Ini cuma pandangan dan pemikiran aku dan kemungkinan besar juga pandangan aku salah.

12 ulasan:

Nauwar berkata...

haha, nice one. sedih kan org buat camtu? I ingat lagi time org pandang slack cousin i sbb dia pakai skinny. mcm tak lawa la konon kut. this was dua tahun lepas. skrg, merata pulak. and i rasa most of them takkan tau KLPac tu apa pun kalau urbanscapes tak buat kat situ. heh.
tiba-tiba je i baca your blog and comment. i just saw your play (air con), googled it and found this. nak congratulate tadi but segan.. you were with M. Nasir. nice job. all of you.

Zahiril Adzim berkata...

thank u so much..
segan nak jumpa? haha.. ape lar..

lovie berkata...

saya ada d urbanscape n saw u too. haha

Zahiril Adzim berkata...

ouh really?
hehehe..
kenapa tak tegur?

kentangsomell berkata...

agree gile ngan entri ni. art dh jd trend tnpa kenal ape itu art. mereka lebih pentingkan trend...utk nmpk kooool... aduhhh...

Hannanika Chan berkata...

kadang2 diorg pun tak tau ape yg dorg buat and nak sebenarnye.nk pretend to be cool tp tak la cool pun. ahaks. cube tanya dorg pasal arts and theater. tau ke?
aku tak tgk air con lagi. aku planning nk tgk. tp mmg ms tak kasi. aku blaja jauh betul kat sp. aku dgr ok. bila lagi ko org nk tayang air con? alang2 aku di kl sebelum semester bermula taun depan?

Saichou berkata...

fesyen lbh diutamakn wpun aurat yg jd pertaruhan..

MiMieku berkata...

ART?definisi sgt luas..tp perlu ke ART untuk menjadi ART??

common_klise berkata...

saya: ayah ktinggalan zaman ke kalau kakak pakai baju2 biasa yang tak up 2 date?(sbb mmber2 dgn ssedap rasa mgutuk pakaian2 yg dipakai)

ayah: zaman tak pernah meninggalkan kita..manusia itu sendiri yang meninggalkan zaman..(dengan nada yang sangat cool) asalkan kamu tutup aurat,itu yang penting sebenarnya.

saya berkata...

sy memang kdg2 terpk benda yg sama..
bila g event yg berkaitan seni.. biasanya sempoi tp kdg2 rasa selekeh sbb mungkin tak se'seni' mereka2 yg di sana..
perlu ke kita nk tunjukkan pd satu dunia yg kita hargai seni? seni itu subjektif dan sgt cantik.. jd buruk dan tak menarik bila ad mereka2 yg meletakkan penanda aras utk seni itu cthnya pd fesyen..

hny pendapat peribadi..

Tanpa Nama berkata...

ramai yg perasan nk nmpak mcm artis atau nampak mcm art.tp x faham apa itu art.sekadar trend mungkin.
9 tahun mnjadi graduan seni & painter,bukan pakaian jd ukuran.org pikir aku budak ekonomi,medcine,business atau apa2 saja.
x perlu berhempas pulas mngayakn pakaian art.janji bersih & simple.

Marla berkata...

Nanti diorang dewasa lah pemikiran tu. Masing-masing terpengaruh dan dipengaruhi. So they can feel as if ada matlamat dalam hidup ni.