Wednesday, August 20

Pervez Musharraf Balik Kampung Tanam Jagung


Mamat kat atas ni (bukan Mamat Khalid), baru saja letak jawatan sebagai presiden Pakistan, 3 hari lepas. Nama dia Pervez Musharraf. Setelah dia didesak (kot?) oleh parti pembangkang yang merancang untuk mengemukakan macam - macam tuduhan (lagi hebat dari tuduhan Saiful) dekat dia. Tuduhan ni memang payah nak lari punya dan tak payah pakai DNA.

Dulu dia Jeneral Tentera Pakistan. Tu pasal lar baju dia ada color - color tu. 12 Oktober 1999, dengan pertolongan padu Amerika Syarikat, dia jadi presiden (takda orang pilih dia pun) dengan cara kotor iaitu dengan menggunakan rampasan kuasa tentera dan menolak tersungkur-landing-dagu-dulu bekas presiden masa tu, Nawaz Sharif. Jahat kan? Aku tahu.

(Kecik - kecik dulu pun aku selalu kena tolak landing dagu dulu. Best).

Sewaktu zaman pemerintahan dia, presiden wanita Islam pertama di dunia, Benazir Bhutto (ini bukan mencarut) telah dibunuh. Benazir Bhutto adalah dari parti pembangkang, tapi dijemput untuk bersekutu dengan mamat Pervez ni.

"Ini mesti US punya kerja!", kata pakcik belakang aku yang tengah beratur beli suratkhabar kat Shell Shah Alam, pada hari Benazir dibom.

Dibom?? Ya, dia dibom berkecai menjadi daging kisar kebab oleh pengebom berani mati pada 27 Disember 2007.

Macam mana pakcik tu boleh spontan cakap macam tu, wallahualam. Mesti pakcik tu banyak makan kismis.

Tapi Benazir Bhutto yang 2 kali jadi presiden Pakistan pun dituduh banyak makan rasuah (sebab makan rasuah lagi sedap dari makan nasi berlauk kot). Dia jatuh 2 kali pun sebab tuduhan rasuah. Apasal suka sangat makan rasuah ni? Mana dia belajar dulu pun aku tak tahu. Tapi yang aku tahu dia ni keluaran Universiti Oxford (sama dengan Khairy Jamaludin) - Wikipedia

Ada lah tu, persamaan dia tu. Chewah, eleh-leh.. kau buat - buat donno pulak.

Ada yang menyalahkan Pervez Musharraf ni, dan ada jugak yang menyalahkan Taliban dan Al-Qaeda yang dapat menghidu bau Benazir (tapi nasib baik takda orang yang salahkan pakcik tadi, sebab dia macam tahu semua benda).

Benazir Bhutto dikatakan tajaan CIA (berapa lama dia hang out kat Britain?) Tapi bila dia balik Pakistan, CIA dah taknak simpan lembu takda susu. Lepas tu, Benazir pun mintak perlindungan kat MOSSAD Israel (untuk menjalinkan hubungan Israel-Pakistan
), samalah dengan si Pervez Musharraf yang baik gila dengan Amerika. Dua - dua dikatakan anak ikan Amerika Syarikat.

Anak ikan tahu? Bukan yang gigit kaki dekat Kenkoi Fish Spa tu, ni lain. Jangan cari kat google atau Kamus Dewan, memang takda.

Bekas abang dalam kelambu (duda ler) Benazir Bhutto, Asif Ali Zardari merangkap Ketua Kerajaan Campuran, dengan bekas presiden yang pernah jatuh-tersungkur-landing-dagu-dulu, Nawaz Sharif pun berpakat lah untuk kemukakan tuduhan - tuduhan "you can run, but you cannot hide" dekat Pervez Musharraf mamat Jantan Jeneral Tentera Kental ni. Tambahan pulak, ramai pengikut kipas-susah-mati dia pun dah berpaling tadah. Diulangi, ramai.


Memang terdesak sungguh rasanya.

Jadi sekarang ni, Amerika Syarikat dan Britain pun termenung bertongkatkan dagu melihat nasib Pervez Musharraf yang packing untuk balik kampung tanam jagung.

Silap hari bulan, jadi daging-kisar-kebab pulak sebab dah jadi lembu yang takda susu. Ini bukan doa.

Wallahualam.

Sumber : Kalau diaorang tipu maknanya aku pun tipu.
Berita Harian
Kosmo
Utusan
Tranungkite Online
Mykmutara
Wikipedia

1 comment:

The Mooner said...

menarik ..saye suker care abg tulis blog :) !!! ..ader stail~..tukang cerite pon ader ..HAHA~..