Tuesday, September 23

mesej dari aku

Memang aku sengaja petik (bukan salam petik) artikel ni sebab aku ada mesej yang nak disampaikan untuk kawan - kawan yang kita suka. Untuk artikel lain pasal aku atau pemeran lain, lebih baik kau beli suratkhabar dan baca sendiri. Lagipun kau boleh tolong diaorang naikkan sale!

Terima kasih wartawan Zaidi dan juga wartawan dari akhbar lain yang pernah menulis pasal aku dan pemeran KAMI yang lain sebelum ni.



Dipetik dari Berita Harian (klik sini)
Semangat artis muda rai Syawal
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

BINGUNG memilih sepatu yang sesuai untuk digayakan pada pagi Syawal

Juliana Evans, Ezani, Nas-T dan Zahiril Adzim luangkan masa membeli-belah di Tangs Pavilion sebagai persiapan sambut Aidilfitri.

SAAT ini umat Islam mula sibuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tawaran hebat dan diskaun menarik ditawarkan setiap premis pusat beli-belah pastinya akan membuatkan kita rabun mata.

Tetapi awas, membazir itu amalan syaitan jangan sesekali terleka hingga boleh melalaikan. Tak kisah berbelanja tapi biarlah berpada-pada.

Sempena musim Aidilfitri yang bakal diraikan nanti, istimewa untuk pembaca setia Hip, tidak ketinggalan empat pelakon muda berbakat besar daripada filem Kami The Movie iaitu Juliana Evans, Ezani, Nas-T dan Zahiril Adzim membeli-belah di Tangs Pavilion.

Lihatlah gelagat mereka melayani keinginan masing-masing untuk melaram pada pagi Aidilfitri. Sakan juga mereka memborong barang maklumlah sudah bergelar artis. Terima kasih kepada Tangs yang sudi memberi kerjasama.

Semangat pelakon muda ini semakin membara kerana filem mereka akan menemui peminat mulai hari raya pertama. Jadi jangan lupa juga untuk menyerbu pawagam berdekatan dengan rumah anda untuk sama-sama memberi sokongan menonton filem Kami.

EZANI menolong Juliana menyarungkan kasut

Tak rugi menonton Kami The Movie kerana filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini sangat menarik untuk ditonton seisi keluarga. Terdahulu, filem ini pernah disiarkan di 8TV dalam bentuk drama bersiri.

Jom kita kongsi cerita mereka yang mempunyai misi dan visi untuk terus menjadi pelakon generasi baru yang terbaik. Simboliknya, hati mereka juga sudah dimiliki.

Jatuh cinta dengan teater

BAKAT dan gaya lakonan Zahiril Adzim, 24, atau Bob cukup mengesankan dalam filem Kami ini. Ramai rakan media yang sangat mengagumi kemunculan sulungnya di layar lebar. Itu satu petanda positif dan kehadiran bakat baru sepertinya sangat dialu-alukan.

SEMPAT lagi bergurau walaupun sibuk membeli-belah

Pemegang Diploma Teater di Aswara ini cukup aktif berlakon teater antaranya seperti Uda & Dara, Waktu Eksperimental Merdeka dan Air Con. Zahiril tamat pengajiannya pada Jun lalu dan sering mendapat bimbingan pelakon hebat seperti Ahmad Yatim, Namron dan Marlia Musa sewaktu di Aswara.


Kata Zahiril, kini dia ingin menjadi pelakon sepenuh masa. Ungkapnya lagi, kalau boleh dia mahu mengimbangi berlakon di pentas teater dan komersial (TV dan filem).

“Sebelum menyertai Aswara, saya tidak tahu langsung apakah sebenarnya istilah teater. Akhirnya selepas berjaya masuk Aswara, saya banyak belajar mengenai aspek lakonan dan di situlah saya menemui benda yang hebat iaitu teater.

“Matlamat saya nanti mahu mengajak penonton agar lebih menghargai filem atau drama yang lebih berat berbanding genre lebih kepada aspek komersial dan hiburan semata-mata. Penonton selama ini terlalu banyak disogokkan dengan genre sebegitu dan sudah tiba masanya untuk kita sama-sama beralih ke satu fasa yang baru biarpun sukar sebenarnya mahu memecah tembok itu,” katanya yang memegang watak antagonis sebagai Boy dalam filem Kami.

Dapat mesejnya? Terima kasih. Selebihnya baca disini

12 comments:

Anonymous said...

best nye shopping..
tak sabar nak balik KL..
nak shopping.. haahah
mana adi cousin ali tu??

Anonymous said...

cayalah brader!!!! lu mmg stabil!!! woooooo!!!!!

p/s:aku mahu artist bukan celebrities... wahahahahahahahah

Zahiril Adzim said...

@azazral - shopping ? itu photoshoot je. Hehe.. Adi ngan lyn takda masa ni. :)

@sampah yg bleh dikitar semula - stabil? mintak puisi aku ingin stabil satu!!

p/s: aku tak mahu dua2. hahah..

Anonymous said...

oh..pavilion..haha.

Anonymous said...

tgk dua kali.. ter-perasan plak..
agak cool jaket hitam ko tu bro..
mana beli?? adakah topmen??

Zahiril Adzim said...

@eja - ya, pavilion. Haha.. nak buat mcm mana, part of job.

@azazral - bukan topmen, itu jaket pinjam abg aku punya. tapi bukan topmen.

esah ezral said...

waktu rehat
perpustakaan sekolah
belek Berita Harian
jumpa gambar 'pusher pujaan' (?!)
terkejut & teruja
jerit cam orang gila
kena marah dengan librarian muka ketat
tak peduli
balas dendam kat librarian
seludup artikel tu bawak balik rumah
HAHA!

serious agak terkejut tengok ZA featured kat dalam HIP, wow. saya doakan kemajuan ZA.

+ eh ni bila oh? Nas ngan ezani pakai baju sama time screening hariiitu. haha.

Anonymous said...

ceh anak teping rupenye ko ni. haha orang kampung :)

Zahiril Adzim said...

@ezral sya - hahaha.. jadi awak suka membaca rupanya? bagusss... sebab tujuan asal awak baca berita harian adalah untuk 'membaca' kan? kemudian baru terjumpa. teruskan membaca.. tapi jgnlah baca part 'hiburan' je. heheh..

@bro ke 2 - benar, saya anak kejor yop kejor!

esah ezral said...

hmm ye la kot. saya dicop budak skema psycho buku. hahahaha.

Atie Kamil said...

@zahiril adzim - bole x sy nk awk give ur own review ttg KAMI..apa underlying messagenya and what can audience discover from the story...if u don't mind

Zahiril Adzim said...

@ezral sya - biarkan org cop kamu begitu hari ini di sekolah, kerana disekolah kita hanya ada kawan peringkat umur yang hanya mahu hidup yang cool! Bila kamu sudah keluar, kamu akan jumpa makna kehidupan sedikit demi sedikit. Maka, pada hari itulah kamu akan sedar bahawa membaca itu sangat penting.

aku juga menyesal kerana tidak byk membaca dahulu. :)

@atie kamil - saya cuba ya. Sebab saya taknak jadi bias, (berat sebelah) sebab saya salah seorang dari produksi tu. Tapi saya akan cuba kongsi underlying messagenya.