Rabu, September 24

merenung keadilan yang sudah mati

8.45 malam hari ini, aku termenung. Aku termenung jauh, lebih jauh dari garisan horizontal. Jauh sekali. Sambil menyedut asap rokok yang menjadi teman selama ni, aku terfikir tentang perangai manusia yang telah mengaibkan aku. Dia dulu seorang teman karib. Lebih karib dari 30 orang teman karib yang ada.

20 minit sebelum tu, aku terjumpa seorang kenalan lain. Kenalan itulah yang memberitahu bahawa teman karib aku sebelum ni, telah mengaibkan aku di depan manusia lain.

Renungan aku semakin jauh. Kali ini betul - betul jauh. Keliling aku sepertinya kosong. Bangunan - bangunan di Kuala Lumpur serta pejalan kaki hilang dari pandangan aku. Yang tinggal hanya aku, rokok dan renungan.

Rabak.
Pedih.
Terburai.
Sakit.
Perit.

Seribu satu perasaan bertalu - talu memukul hati, jiwa dan roh aku. Kenapa dia perlu mengaibkan aku sedangkan selama ni kami berteman karib. Tidak ada perkataan yang dapat menghuraikan kekariban kami. Kenapa aku yang selalu mengawal diri untuk tidak pernah meludahkan walau sepatah perkataan buruk tentang dia. Kenapa senang terburainya kata - kata hina tentang aku dari dia?

Kemarahan semakin terkumpul dan padat. Tidak ada nama lain yang hampir dengan aku saat ini, selain nama Tuhan.

Nama Tuhan.

Tuhan yang menjadikan sekian alam serta manusia. Tuhan yang Maha Kuasa. Tuhan yang aku sujud dan sembah. Tuhan yang Maha Menguji. Kau segala Maha.

Akulah hamba Kau yang gagal hari ini. Gagal menjadi hamba Kau yang terbaik. Dan kerana itu Kau menguji aku atau ini pembalasan dari Kau. Aku terima sebagai hamba.

Itu sahaja yang aku mampu sebut, sedang aku menggigil melawan kemarahan yang bergelojak mencari jalan keluar.

Perasaan yang paling sukar dikawal! Namun, nama Tuhan memadamkan kemarahan satu persatu.

Teman karib yang dahulunya aku anggap sebahagian dari kehidupan, hari ini telah memburukkan, mengaibkan, memalukan, mengotorkan nama aku. Kenalan yang aku jumpa tadi, juga tidak percaya bahawa teman karib aku ini sanggup meloloskan kata - kata seburuk yang pernah dia dengar. Aku bertanya lagi, apakah selain dari cerita ini yang pernah keluar dari mulut teman karib aku? Kenalan itu diam. Tak terhembur patah kata seterusnya. Dari air mukanya, aku lihat dia betul - betul tidak sanggup untuk memperdengarkan kisah keaiban aku yang lain yang bakal merabakkan hati aku lagi. Ini yang paling ringan untuk diperdengarkan. Maka, yang lain jauh lebih dahsyat hodohnya.

Menggigil seluruh tubuh. Darah semakin deras, membayangkan kisah lain yang tidak diperdengarkan. Jika si pencerita tidak sanggup bercerita, maka aku lebih jauh tidak sanggup untuk mendengar.

Keadilan sudah mati. Si penjarah hidup senang lenang dengan kekayaan dunia. Apakah perlu kita hidup sebagai penjahat dunia untuk mendapatkan kehidupan yang indah?

Dalam satu minit lain, aku boleh saja memburukkan nama teman karib aku itu. Aku yakin dan cukup bahan bukti untuk memburukkan dia sebagai pembalasan. Aku juga mampu mengaibkan manusia!

Dalam satu minit lain juga, aku boleh saja mempertahankan diri untuk menepis segala kata dari kenalan si penyampai cerita itu, kerana aku bijak memilih kata penangkis. Aku juga mampu menipu!

Hanya garis halus yang memisahkan kedua - dua keputusan ini sekarang.

Tapi aku pilih untuk berdiam diri.

Aku terus mendengar.
Dengar...
Calar, hancur, rabak.
Dengar...

Kemudian aku jawab; takpalah. Biarlah dia bercerita. Apa keuntungan cerita ini pada dia, aku tak tahu.

Aku bukan orang kaya dan seumur hidup aku, tidak pernah cuba untuk berlagak kaya, walaupun orang tua aku cukup mampu untuk memberikan kekayaan pada aku dan anak - anaknya yang lain.

Tapi aku taknak.

Aku percaya adik - beradik aku yang lain juga taknak.

Inilah kehidupan yang aku pilih supaya aku tidak hanyut di dunia. Aku menunggu garisan permulaan kehidupan tanpa harta dari orang tua aku. Aku mahu bergerak sendiri di kota Kuala Lumpur yang setiap hari menekan aku dan manusia lain. Biar aku rasa keperitan yang orang tuaku pernah rasa.

Aku juga mahu rasa apa yang manusia lain sedang rasa tentang betapa susahnya mencari duit sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Terima kasih kerana mengaibkan aku. Tapi percayalah, aku tidak akan mengaibkan kau semula sebagai balas, walaupun kau pernah berlaku kejam pada KEHIDUPAN aku.

Keadilan sudah mati.
Koyak sudah hati.

23 ulasan:

Nam Ron berkata...

aku pernah melalui keadaan di mana seorang kawan (mungkin tak sekarib kau tengan teman kau tu)memburukkan aku. Bila aku dengar saja cerita tu aku terus cari kawan aku tu bila jumpa aku tanya betul ke dia ada cakap macam tu (tanpa memberitahu dari mana aku dapat cerita tu). Itu sikap aku. Dia tak perlu menjawab tapi dengan reaksinya aku dah tahu kebenarannya. Mungkin kau patut cuba kerana kadang-kadang ada orang lain yyang tak suka dengan kita cuba mereka-rekakan cerita.

zazaez berkata...

Takpe Bob.. Tak matinya kalau tak kawan dgn 'dia'.. Itu yg abg. ez selalu advice akak.. ;) Jgn biarkan orang lain menjahanamkan hidup kita. 'Dia' takde hak.

ejadon berkata...

inilah yg di panggil perangai tidak matang bob..

Tokmi berkata...

Hellooo...Bob....apa yang ruginya kalau tak kawan dengan dia tu?...hari ni dia buat Bob, satu hari dia akan dapat balasan dari Allah atas perbuatan dia mengaibkan orang. Langit tidak selalu cerah.
Biarkan dia 'perasan' dia bagus sangat hari ni....(Si Luncai terjun dengan labu2nya....biarkan2...tapi ni luncai perempuan....jahat pulak tu. Agak2 perangai dia ikut saper lah agaknya,ek?

che_amir berkata...

xpa bob xpa ...
i understand u ...
br nk knal dunia ...
org 'dasat' mmg gitu ...

Tanpa Nama berkata...

Bob, jangan bagi dia singgah langsung dalam fikiran Bob. SHE HAS NO RIGHT....intai pun jangan. and always remember...manusia macam dia tu DOESN'T DESERVE YOU AT ALL...You are too good for a person like her. Ramai lagi yang deserve untuk jadi 'teman' Bob. Dia tak layak to be part of your life/ family?.... hehe.....FORGET IT AND DON'T EVER DREAM.
Biar dia nak kata macam-macam tentang Bob. Nanti satu hari orang akan tahu apa yang dia cakap tu semuanya bohong!

MB berkata...

Bila Bob kata keadilan sudah mati, adakah ini bermakna kezaliman yg hidup? Rasanya, bukan keadilan yang mati tapi nilai kemanusiaan yg dah mati. Dan keadilan itu
sebahagian daripada nilai kemanusiaan. Keadilan itu meletakkan sesuatu di tempat yg hak. Adakah 'dia' ada hak nak masuk campur hidup org lain & adakah 'dia' tau apa
makna hak yg sebenanrnya? Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar dicari. Hati-hati memilih kawan, nanti kawan makan kawan. Kawan, sahabat, teman, taulan, rakan semua SAMA tapi TAK SERUPA.

Atie Kamil berkata...

its reality..in a wink someone who once held our hands can turn around and spit to our face.pngalaman saya hadapi kehidupan (walaupn xdela lama mana sgt) manusia sebegini mmg ramai...i know it hurts so hang in there.because in the end,u'll know u are way much better without him/her in your life..just think of it this way - its 1 of the most wonderful gift Allah gives us.He lets us discover the nature of people around us and take note so that our life will prosper on with us being better persons

lovie berkata...

pergalaman diaibkan kawan sendiri mbuatkan sy hilang keyakinan untuk word "kawankarib"
sbb tu sy memilih untuk berkawan dgn kawan yang hanya boleh ketawa dan menangis bersama. dan selebihnya hanya sekadar touch and go. disitu mereka datang dan di situ juga mereka pergi.. saya tak akan mati kalau tak ramai kawan cukupla sekadar 2 atau 3 orang yang sanggup bersusah and senang bersama.kawan yang memakan kawan sendiri hanya boleh diatasi dgn mendiamkan diri dan berlalu pergi dr hidup dia??lama-lama mesti dia akan penat dan bosan dan sedar yang dia lakukan hanya untuk menunjukan kebodohan diri. kita akan lebih bahgia untuk memilih tidak berkawan dgn orang yang sanggup mengaibkan kawan sendiri.. be strong yehh zahiril adzim :)

ultraman berkata...

good friends we have,
good friends we've lost,
along the way,
in this great future,
you can't forget your past,
so dry your tears,
No Women No Cry..
- Bob Marley -

again, don't look back, focus n just move forward. 頑張れ!

pepatah japang ada menyebut:
'failure is the highway to success'

dina berkata...

Bob... sedih akak baca tentang 'kecurangan' seorang sahabat karib. Akak pun pernah mengalaminya. Bukan dia saja yg boleh jadi sahabat karib Lepas ni carilah sahabat karib yang bersedia menerima susah dan senang kita. Carilah sahabat yang sudi memberikan bahunya utk kita menangis. Carilah sahabat yang 'menangis' kegembiraan ketika kita juga gembira. Sahabat itu umpama tangan dan mata. Bila tangan terluka mata akan menangis. Bila mata menangis tangan akan mengelapnya.

Diloz berkata...

malangnya kita di dunia yang tak indah.

eja berkata...

oh..so its a 'she'..
see, how many people are care about you and supporting you..
she's just a chapter in your life, there will be many more.
to forget her is not possible since she's ur best friend. everyone will have this 'chapter' in their life because things always happen. and to make you different from others is the way u handle it. i know u're a lot more mature than her, so act like one.
oh btw, to mr.ultraman - this is not a failure.

ps : one tips to control your anger.. whenever u feel mad, count 1 to 10 and breath..:). and remember HIM is the best medicine.

pss: keep on writing because i'm reading.

psss: oh, terspeaking la pulak..

ezral Sya berkata...

Takziah untuk keadilan :/

Zahiril Adzim berkata...

perasaan manusia itu berlainkan kan? tapi nasihat dan pandangan yang korang bagi, aku akan cuba. Sebenarnya aku tak kisah pun dah tak berkawan dengan dia. macam korang ckp, tak ruginya kalau putus kawan macam dia. tapi yang buat aku sedih ialah kenapa dia nak aibkan aku. tu je persoalan aku dan mungkin juga aku sendiri sudah mendapat jawapannya.

apa - apa pun, terima kasih semua. sedarkah sekarang bulan ramadhan? maka aku percaya bergandalah pahala anda semua kerana membantu aku.

minamisensei berkata...

cayalah lah bro...
"tak hidup dek puji tak mati dek keji" ya bro...
sabor jer..
yang di Atas tahu segalanya...
n Selamat HAri Raya Aidilfitri...n the others..jom tengok KAMI THE MOVIE..dah dekat dah

p r i n c e s s berkata...

**zahiril adzim : tapi yang buat aku sedih ialah kenapa dia nak aibkan aku. tu je persoalan aku dan mungkin juga aku sendiri sudah mendapat jawapannya...**

bobby ... u should know better thn whomever ... maybe kisah-kisah kehidupan yg u pernah kongsi dengan dia b4 dis boleh jadik point utk dier aibkan u ... kiter tak tau hati org bob ... kiter leh tau dr muker dier n perangai dier jerk ... same goes with dis fellow yang dah aibkan u tu ... maybe b4 dis sumer citer2 u psl ur life, love life, hates, suffer sumer tu pader dier citer yg sedih n dier bersimpati dengan u ... but u have to remember ... people change ... kawan boleh jadik lawan ... lawan pon boleh jadik kawan ... so, after dia dah tak suka u ... cerita yang sedih dulu tu akan jadik bahan ketawa dia tau! xper bob, Allah dengar. Jangan Amin kan yang buruk pasal org lain ... redha jerk! i've been through dis alot of time ... dah lali dgn perangai manusia ... but promise me n others that u wont do dat to other people ok ... kesian org tu nnt ... hehehe ... =)

p/s : n tak baik mungkir janji ... hahahahaahahahahaha .... =p

Zahiril Adzim berkata...

memang, saya tahu.
saya sendiri pernah melalui beberapa kali. Kita semua juga, sebenarnya. Cuma kisah kita berlainan. Itu saja.

Kadang - kadang kita rasa kita sangat kenal orang tu, tapi sebenarnya tidak.

p r i n c e s s berkata...

betul ... setuju sepenuh hati ...
hehehehe .... =)

Zahiril Adzim berkata...

terima kasih.

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

elehh... borak la... lima tinggi!!!

p/s:cinta itu hanya mitos...wahahaahahahaha

ohartis berkata...

Salam.

Keadilan takkan mati. Kerana Allah itu maha adil. Cuma cepat atau lambat sahaja. Bersabarlah wahai Zahiril Adzim.

- ohartis.com

deli berkata...

eiii, jahat la org tu