Khamis, September 18

Hari - Hari Aku Dizalimi

Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy

Kamu gadis yang tinggal di Jalan Burhanuddin Helmy, TTDI? Oh, maaf salah orang.

Aku nak kongsi dengan korang pasal buku yang aku baru habis baca ni. "Hari - hari aku dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy". Macam kena je dengan situasi aku sekarang, 'dizalimi'. Hah, dah mula lah tu, aku ni. Ishh!

Maaf, cerita pasal buku ek?

Buku ini adalah catatan Burhanuddin Al-Helmy sewaktu dalam tahanan ISA pada 28 Januari 1965. Penahanan beliau telah disokong oleh Tun Dr. Ismail (masa tu Dato' lagi) atas alasan mereka ini mengkhianat dan menderhaka kepada negara. (Tidak perlu dibicara?) Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam (PAS) yang progresif, berpandangan global. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Beliau ditahan kerana dituduh terlibat menubuhkan kerajaan buangan di Riau, Indonesia (exile government). Masa tu kan kita tak ngam dengan Indonesia masa Sabah & Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy juga merupakan
- Ahli Jama'tul Islamiah
- Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1939
- Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 1945
- Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) 1945
- Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
- AJK Badan Perhubungan Bangsa - Bangsa Asia, 1947
- Ahli Pengasas Hizbul Muslimim, 1948

Burhanuddin Al-Helmy jatuh sakit semasa dalam tahanan. Dalam buku ni, dia cerita macam mana dia mengharungi penyakit lelahnya dan terpaksa tidur dalam lokap yang sejuk dan tak cukup udara kerana sitem pengaliran udara yang terhad. Tanpa selipar memijak lantai simen yang sejuk dan pakaian tahanan yang buruk dan kotor sehingga beliau mendapat penyakit kudis akibat pakaian tahanan tersebut. Dikelilingi nyamuk setiap malam dan terpaksa tidur di atas tilam lama yang buruk, berhabuk dan hancing.

Pada Mac 1966, beliau dibebaskan dengan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Beliau tidak dibenarkan terlibat dalam politik sehingga 22 September 1969.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.

Buku ini agak ringkas catatannya dan aku tidak begitu teruja dengan gaya penulisannya. Dalam buku ni cuma banyak catatan beliau menolak segala pertuduhan ke atas beliau dan sedikit sebanyak mengenai kehidupannya semasa dalam tahanan. Dalam buku ni juga dilampirkan catatan sebenar hasil tulisan tangan Burhanuddin Al-Helmy. Kalau korang nak baca, carilah buku ni. Buku ni dihasilkan oleh PAS Gombak.

Tajuk : Hari - Hari Aku Dizalimi - Burhanuddin Al-Helmy
Editor & Penyusun : Saari Sungib (juga bekas tahanan ISA)
Susun Atur Huruf : Kap
Rekabentuk Kulit : Abu 'Umar, Kap
Tahun : Ogos 2006 (Cetakan Pertama)
Mukasurat : 151 helai

Diterbitkan untuk : PAS Gombak & Penerangan PAS Gombak
Diurusterbit oleh : Focus Approach Sdn Bhd
Dicetak oleh : Tengas Communication Sdn Bhd
ISBN : 983-2553-38-5


2 ulasan:

4$Tr0n4uT3e berkata...

Biography Mode...(I'm Smiling)
Suddenly~
Mouth Says: "He's Good!"
And This Heart Replies:
"He Can Be A Knowledgeable one."

Tanpa Nama berkata...

jalan burhanuddin helmi bukan helmy.hehe. kantoi tak duduk sini:P