Jumaat, September 26

cegah sebelum rawat

Khidmat nasihat Untuk Kawan - Kawan Yang Kita Suka!

Kalau kau pandai pakai internet, aku pasti yang mesti kau tahu apa tu thumbdrive, pendrive, usb MP3 atau apa saja device yang telah dicipta untuk menampung file - file, lagu - lagu, video - video, gambar - gambar dan lain - lain. Yang lain - lain tu, ikut kau lah. Ada setengah orang yang sanggup beli thumbdrive semata - mata untuk simpan por... ooppss. Aku tak cakap.

Tidak lupa juga external harddisk. Mungkin ramai dah pakai external harddisk sebab saiz dia lagi besar, berbanding thumbdrive.

Aku pun.

Jadi aku ada tips yang aku ajar dekat kawan - kawan aku dari dulu, masa tengah belajar lagi. Sebab, dekat INSTITUSI PENGAJIAN memang banyak VIRUS dalam komputer. Komputer - komputer dekat sana digunakan oleh ramai orang (yang cucuk thumbdrive dsb.), dan bila pinjam laptop kawan pulak, dicucuknya thumbdrive tu, tanpa rasa bersalah. Maka virus pun tersebar.

Ini adalah langkah pencegahan saja, bukan mengubat. Kalau komputer kau dah kena virus, ini bukan tips untuk kau.

"Mencegah lebih baik dari merawat"

TIPS
ni sangat senang dan simple. Right clik & Open. Untuk thumbdrive, pendrive, mp3 player, mahupun external harddisk. Sesiapa pun boleh cegah virus daripada melompat masuk (macam orang BN, katanya) ke komputer kau. Kecuali kau pakai MAC, memang kau tak payah risau pasal virus. Aku serius.

Tips untuk pengguna windows sahaja.
Thumbdrive, pendrive, mp3 player atau external harddisk = kita panggil device.
Thumbdrive dengan pendrive tu sama je.

1. Bila kita cucuk je apa - apa device, akan pop-up (keluar) window ni. Biasanya kita akan klik OK. Maka dari situ lah virus akan melompat masuk. Mereka melompat lebih cepat dari orang - orang BN yang katanya nak lompat, tapi apa pun tarak sampai hari ni. Jadi, nak elak daripada virus tu masuk, kita cancelkan sahaja. Jangan klik OK! Ingat tu.

2. Bukak window My Computer atau klik My Computer, dan akan keluar window ni. Dalam kes aku ni, aku tak pakai thumbdrive tapi aku pakai external harddisk. Sebab tu device tu dimasukkan dalam kategori harddisk. Tapi takpa, abaikan. Ikut saja.

2A. Kalau korang pakai thumbdrive atau mp3 player, dia akan kategorikan device kau kat tempat lain. Contoh di bawah. (mp3 player)

3. Kemudian, right click atau klik butang kanan tetikus korang dan klik open! Tadaaaaa!!! Senangkan? Jangan teruja. Aku tahu.

Semua orang boleh elak virus daripada masuk ke komputer. Inilah cara paling senang. Ikut cara ni setiap kali kau cucuk apa - apa (bukan salam cucuk). Simple. Aku pun dah siap bagi contoh gambar. Kalau tak dapat jugak, dapatkan nasihat doktor.

Janganlah tanya aku soalan macam mana nak hilangkan virus lepas ni. Sebab sekali lagi, ini langkah pencegahan, bukan merawat.

Aku akan post entri macam mana nak memantau virus yang tersorok, tapi lain kali. Apa - apa pun, anti-virus tu penting. Sangat penting. Tapi kadang tu, ada anti-virus pun, virus boleh masuk dengan cara klik OK di atas. Percayalah.

Kenalilah komputer anda!
Sayangilah komputer anda!
Cegah sebelum merawat.

11 ulasan:

lovie say : berkata...

atau cara yg lagi selamat cancel popup window anda. and buka external hardisk awk melalui address. :)

ezral Sya berkata...

virus perosak hidup oh! kasi orang takleh tido malam. lagi-lagi kalau pc yang dilanda virus tu pc bapak. cuakkk kene marah. haha. thanks for the tips ye, walaupun dah agak terlambat * bak kata ZA : ni mencegah bukan merawat * haish.

Zahiril Adzim berkata...

@lovie - cancel pop up? ye, itu yg terbaik tapi byk kerja sikit. :)

@ezral sya - hahaha.. apa nama virus yg wujud dalam pc bapak tu? mari kita lihat, kalau - kalau boleh dirawati.

ejadon berkata...

bagus tips yg ko bagi ni bob. tapi lagi satu, jangan percaya sgt kt avg tu. virus definition dia agak outdated la bro. ini cuma pandangan saya je :)

vitamin berkata...

selamat hari raya..

ezral Sya berkata...

huh. Bro_act ngan Sexy_one (nama lawak je!) nama virus yang menyusahkan hidup tu! Trojan rasenye. berapa banyak kali dah reformat apa smue bla3, berapa banyak file dah hilang ): tapi virus tu ketegaq tul, asyik datang balik. heh.

starry~ berkata...

salam. mmg dah lambat. tapi baru baca. saje nak share. antivirus yg terbaik ialah avira dan kaspersky. avira so far dapat kesan segala kuda trojan dan cacing yg xdikehendaki. cuba lah! sekian. terima kasih :)

~RedS!z in tH€ hOus€~ xoxo berkata...

tok free yg bgus avira
yg bli kaspersky la ok..

ape2 pon scan dlu b4 open pdrve or etc..
kalo right click,pastu click explore lebh selmt dr right click n open..

Tanpa Nama berkata...

boy skrng aku dah berumur dalam 23 tahun...
aku beljr bende ne time usia aku 11 tahun'..
tahniah untuk aku dan zahiril adzim'!

Tanpa Nama berkata...

rugi au xmencegah dulu.skrg laptop aku maut dah weh..keje aku dari part1-part6 hilang!wak lu virus..huhu

Tanpa Nama berkata...

rugi au xmencegah dulu.skrg laptop aku maut dah weh..keje aku dari part1-part6 hilang!waaaaa