Sunday, September 28

pesta jalanraya

Aku berhenti dekat Shell, highway NKVE, petang tadi. Nak isi minyak yang baru turun 10sen beberapa hari lepas. Aku keluar kereta nak peg.. Sekejap!!

10sen jer ?!?!?! Kalau nak amik hati rakyat pun, amik lah betul - betul!!

Sambung.

Aku keluar kereta nak bayar minyak. Entah kenapa, stesen minyak yang selalu aku pergi ni, ramai orang. Berkeluarga terutamanya. Orang dah mula balik kampung ni, kata aku pada aku sendiri.

Aku lihat,
Kereta yang penuh dengan anak - anak,
Tuala yang disangkutkan ke tingkap macam tinted untuk mengelak panas,
Budak - budak dengan muka yang tak sabar nak balik kampung, jumpa sedara - mara nak main mercun,
Bapak - bapak membeli rokok dan mineral water, standby berbuka dalam kereta. Nak balik jauh agaknya.
Beg baju sederhana kecik, terikat di belakang mat motor single rider,
Kumpulan konvoi yang berjanji tidak akan merempit balik kampung,
Pasangan baru kahwin yang belum dapat zuriat, dari pakaian mereka sangat bersedia untuk balik jauh.
Dan kereta - kereta beratur pendek untuk mengisi minyak. Ini bukan hari biasa.

Tak boleh jadi. Semua orang dah switch on mood Raya. Cuma aku sorang yang memandu sendirian. Aku masuk kereta lepas tutup kepala tangki minyak kelisa aku, aku cari CD lagu raya, aku pasang kuat - kuat!

Nah, sekarang aku juga dalam mood Raya! Biarpun seorang!

Jadi untuk mereka yang menggunakan jalanraya, kamu tahu itu adalah tempat paling mungkin untuk terlibat dalam celaka?

Si bapak atau si pemandu bersama anak kecil, jangan biarkan kepala anak tersembam memecahkan cermin hadapan lalu mengoyakkan wajah mereka, JANGAN! TOLONGLAH.

Penunggang serta pembonceng motorsikal, kamu juga mungkin menjadi statistik. Enggan bukan? Risiko kamu paling hebat kerana dikelilingi kenderaan besar yang sial.

Brader bas serta lori. Kamu selalu membaca akhbar bukan? Menggunakan jalanraya sahaja, kamu sudah berkemungkinan mencantas nyawa 40 manusia serta kenderaan berlebihan berhampiran kamu. Kamu bukan malaikat maut, jangan amik nyawa orang senang - senang.

Teliti perkataan hati - hati dalam pemikiran sendiri. Hati - hati itu bukan hanya perkataan dari iklan keselamatan jalanraya, faham? BUKAN HANYA PERKATAAN.

Selamat menggunakan lebuhraya.
Jangan tewas di jalanraya.
Selamat Hari Raya!

9 comments:

Anonymous said...

ultraman kena terbang dr japang utk balik ke kampung ultraman..
so tak guna jalan raya muahahaha..
nak becuti2 m'sia jugak la..
mood dh mula nak mari..
hepi eid al mulbarak from ultraman n family ultraman..
anak ultraman mintak duit raya..

Azli Raja said...

hari raya pertama nanti, lepas solat sunat raya, aku nak gi berguling-guling atas jalan depan bangunan abdul samad tuh!!! hehehehehe.... nak join?

p/s: sedihnya takde kampung untuk beraya.. :(

lovie say : said...

last night sy baru accident. kene hit dr belakang.tersembam jugakla muka sy dekat cermin depan.sbb xpakai sit belt. tp yg paling sakit hati dah langgar then lari.. arrrrhh. tension btul dengan mamat kurang ajar tuw. xsempat pulak nak cam plat number. Panik!!!

Anonymous said...

bahaya jugak org2 yg ade kampung ni,, haha cm aku sempoi raye kat kota! ;) kebarangkalian utk mati di hari raya adalah 50% lebih tinggi jika anda pulang ke kampung

Anonymous said...

nak join azli boleh?

theblabber said...

selamat hari raya :)

Anonymous said...

ingin stabil di hari raya???

Anonymous said...

nama pun sampah... nak cite pasal stabil konon.. bdk2 bleh la ko kencing...

p/s:kampungku sudah berjaya..

Zahiril Adzim said...

@sampah yang bleh dikitar semula - tak mahu. kamu mahu?

@blues jantan gagal - tahniah kepada kampung mu!