Sunday, October 26

Cerita kemudian puisiku.

Semalam, aku ke event Hari Bintang Jatuh, anjuran Cik Wani Ardy dan rerakannya. Terima kasih dan Selamat Hari Jadi untuknya.

Mata aku tidak dapat menerima flash dari kamera - kamera kat situ. Benar. Mata aku sedang memberi masalah dekat aku hari ini. Sewaktu bergambar dengan kawan - kawan yang kita suka, mata aku jadi pedih bila ditembak oleh flash itu semua. Memaksa mata aku bertindak refleks. Pejam atau separa penagih.

Ah, ada sajalah mata ni.

Aku disana untuk memperdengarkan puisi aku yang aku tulis petang sebelumnya. Aku tak punya banyak masa, kerana itu aku tangguhkan banyak kerja dengan keterpaksaan. Sewaktu aku merokok di atas bumbung Five Arts Center (tempat latihan teater), aku terfikir pasal puisi ini lalu aku perkataankannya ke dalam buku contengku. Namun, hujan turun waktu itu dan memaksa aku menghabiskannya di dalam bilik, petang semalam.

Aku tahu event itu untuk luahan rasa kepada bintang jatuh masing - masing (bintang jatuh = kasih yang tak kesampaian, kata Cik Wani Ardy), tapi aku menolak untuk membaca puisi raungan resah cinta atau sewaktu dengannya. Aku ingin menyampaikan sesuatu pada yang mendengar atau menonton dengan harapan agar dapat berkongsi seperkara, bersama.

Dan aku ringankan perkataannya supaya lebih senang diterima.

Oleh kerana aku selalu menyuapkan telinga aku dengan karya - karya Iwan Fals, maka mungkin tercalit beberapa ayat dari orang tua yang tidak kenal putus asa itu.

Aku juga pelik semalam. Tapi tidaklah sangat hebat peliknya.

Sudah berapa kali aku berteater di pentas sebelum ini, rasa nervous semalam, agak terlebih. Entah kenapa. Mungkin kerana aku dalam keadaan terkejar - kejar dari tempat kerja, dengan puisi minit terakhir aku. Atau mungkin aku nervous lebih bila aku sedar yang fourth wall tidak wujud langsung, semalam. Dan kemudian apa yang tubuh aku berikan?

Gigilan.

Ketara, sungguh. Bila aku tanya rakanku yang duduk jauh dibelakang, jawapannya jujur. Tapi, kata guru aku dulu, nervous itu wajib untuk tidak memanjakan diri agar hasilnya seperti yang kita mahu.

Keyakinan tidak harus dilebih - lebihkan.

Atau mungkin banyak sangat hamba Tuhan yang indah.

Aku sempat berbual dengan beberapa kenalan baru atau juga kawan - kawan yang kita suka, tapi disebabkan otak aku yang semakin rosak ini, aku tidak sempat mendaftar nama mereka dalam kepala, apatah lagi mengingatinya. Kalau boleh aku mahu berbual lebih panjang yang mengheret ke sesi teh tarik, tapi nampaknya masing - masing ada aktiviti sendiri.

Pada sembarangan yang menegur semalam, terima kasih. Beritahulah di sini agar aku dapat berusaha mengingati kembali.

Ada juga yang aku ingat warna baju, corak senyuman dan design pandangan mata yang masih terlekat. Tapi itu rahsia aku untuk dinikmati. Haha.

Oh, semalam adalah pertama kali aku menonton 'persembahan terakhir' pemuisi Fynn Jamal. Sebelumnya, aku hanya membaca karya - karya di blog beliau. Aku adore dengan puisinya, tetapi apa yang aku saksikan semalam, bukan apa yang aku harapkan. Untuk aku, agak kecewa. Aku lebih mahu dengar dan tonton puisinya, itu yang sebenarnya. Tapi takpalah. Salah aku kerana datang dengan expectation.

Jadi, inilah puisi yang aku perdengarkan semalam. Semoga ada yang alert dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Kalau ada yang tersalah tafsir, terpulanglah.

Terima kasih kepada saudari comel yang memetik gitar untuk ku. Namanya Rina S.


Tawa Dalam Tawan

Ke hadapan bintang jatuh,
yang melintas melintangi pandangan aku,
dan merempuh tembok kewarasan,
hingga hancur segala cita,
yang merangkak aku cipta.
berhari,
berminggu,
berbulan
bertahun,umurnya.

Dan kini, mengesot aku mengutip,
Serpihan cita yang berderai, berkecai, terburai, terkulai,
yang berselerak jaraknya.
Lalu aku ambil satu persatu
Dan aku kumpul dan aku bina semula,
menjadi seperti sedia kala.
Dengan rasa yang hina,
setelah diperlaku kejam oleh kerabat dia.
Yang kononnya mengaku sedia tahu,
mengaku maha tahu.
Kepala hotak lu.

Apa ucap kau hari itu?
Apa laku kau hari itu?
Apa rasa kau hari itu?
Apa fikir kau hari itu?

Simpan sahaja jawapan untuk otak bahalolmu itu.

Aku mengerti bahawa kita diternak,
Aku, kau, dia, kamu, kita, mereka dan kami semuanya adalah ternakan.
Oleh sekumpulan dewa yang kerjanya berpesta,
Sambil merompak nasi pagi, nasi petang, nasi malam!
Itu semua nasi kita!
Yang memaksa tangisan anak terlaung kuat,
kerana bapaknya tidak mampu beli susu.
Lalu ditembak mati kerana terpaksa mencuri,
rebah terbujur di lantai pasaraya,
mengalirkan darah perit hidupnya,
dan disaksikan oleh sang isteri yang meraung sia - sia.

Tapi ada dia peduli?
Kalau bukan keluarganya,
Kalau bukan saudara - maranya,
Kalau bukan kawan - kawanya,
Jangan harap dia nak peduli!

Dia menolak akuan bahawa kita ditawan,
Dia menolak akuan bahawa dia ditawan,

Yang mengepit handbag LV berlenggang di Pavillion,
Yang menyarung skinny jeans merokok di Bukit Bintang,
Yang meneguk Chivas di kelab cucuk bintang,
Yang memijak lantai kereta kancil turbo atau lain - lain kereta bikin.
Yang memulas handle RXZ,
Yang menggalas beg ke kuliah,
Yang terperangkap dalam pejabat dari 9 - 5 petang,
Yang melaung protes di jalanraya,
Yang mengira undi pilihanraya.
Yang teruja nak jadi selebriti,
Yang bertekad menjadi penyanyi.
Yang terhegeh berlakon KAMI The Movie.
Apatah lagi yang sedang baca puisi ini.

Kita, semuanya ditawan!
Kau, tertawan.
Aku, tertawan.
Kita, tertawa dalam tertawan,
Ditawan oleh kemodenan,
Ditawan oleh globalisasi!
Ditawan oleh arus dunia realiti!
Terutamanya dewa berkuku besi.

Tidak terasa bagi yang selesa,
Tidak terkesan bagi yang mewah,
Hanya tersedar oleh si kebanyakkan.
Hanya terlihat oleh yang keperitan.

Tak terdaya aku bertindak,
Dengan kebodohannya dan juga lagak,
Kepada syaitan bertopeng alim.
Kononnya mulia, sebenarnya zalim.

Aku biarkan dia dengan wataknya,
Aku biarkan aku dengan lakuku,
Aku biarkan mereka dengan tawanya,
Aku biarkan kami dengan isi hati sendiri.
Kerana aku tiada mampu.

Kehadapan bintang jatuh,
Semoga kamu akan jatuh.
Aku harap tertiarap terus,
Kerana aku mahu kau pergi mampus.

Dari Five Arts Center ke Bukit Jelutong.
25 Oktober 2008.
3.46 petang.

Foto - foto ini milik Syarkina Nabila. Aku pinjam.



Foto ini pula milik rafidelic. .
Aku boleh kena maki oleh guru lakonku kalau dia tengok cara duduk aku ni.

Terima kasih kerana foto - foto ini.

45 comments:

Azli Raja said...

mendalam, moden, spontan dan very the jantan! bagus puisi kau ni bob..... ada sebaris, ada berbaris-baris dan ada serangkap dan berangkap-rangkap pantun. puisi zaman sekarang dan syabas kerana mempeloporinya!

Azli Raja said...

tambah sikit lagi, puisi dan politik tidak sesuai dicampur aduk bob. pendapat aku saja, terbuka untuk kau pertahankan....

Mas Ai said...

mohon pinjam puisi untuk dikongsi. TQ~

-GemoQ- said...

Asyik puisi kamu. sayang skali aku tak dpt nk hadir. last minits staff mc.WTF! mmg aku nk bunuh dia sbb terlepas peluang indah mcm ni!

Anonymous said...

puisi yang sangat cool dan hebat :)

Anonymous said...

politics is for the people. and that, i believe gives birth to most poetry. it is probably the only medium in which such filth, like that of politics, can be discussed in a civil if not beautiful manner.

orang suka sangat ngan puisi ni. orang agree. walaupun orang lebih cenderung ke pihak puisi yang lebih tradisional, dengan ritma yang tersusun, puisi moden ini tetap dapat membuat orang tersenyap sat.

and what do u mean there's no fourth wall! don't scare me! i need that fourth wall! although, memang ada some performances yang break that wall. tapi wall tu masih ada. sama ada kita pecahkan atau tidak.

kan?

Adieyka Zainal said...

way to go kawan! aku pun tak dapat nak ke banglo merah tu... tuntutan assingment mengganggu... kena wat reviu persemabahan 'THE BIRDS' kat muzium... dan 'aku mengerti bahawa kita diternak...'

esah ezral said...

akibat datang lambat ):
tak dapat nak menjiwai betul-betul puisi ni. tapi takpe, sekadar membaca pun dah dapat merasa cengkaman kat jiwa

Dua ibu jari untuk ZA !

haha menggigil?
saya pun menggigil masa bersua muka dengan ZA [eh i donow what to call u la sebenarnya.. heheh]
no fourth wall?
definitely.

ada perkataan RXZ! Gempak! Haha! saya dah lama nak tengok perkataan tu dalam literasi! :D

Anonymous said...

pada pendapat saya ini bukan puisi/ sajak. Ini sekadar luahan rasa. Ada bezanya. Kalau nak tahu kena belajar lagi. Salam.

Anonymous said...

WELL DONE!!

fynn jamal said...

:)

maaf.

Anonymous said...

respek pd anak muda yg menjunjung bahasa ibunda..
tahniah pd bobba krn teroka satu lg cabang seni..
bakat yg ada kalau diasah akan menjadi tajam karya2 yang bakal terhasil..

tdk harus terikat dgn disiplin puisi sebenar..
adunan kata yg besahaja, dlm mood yg santai namun kepuitisan bahasa ttp dijaga..

bintang jatuh = kasih tak kesampaian?
tema & mesej agak kabur..
subjek cinta dipemulaan & politik kemudiannya tak nampak ada sinambungan..

semoga bobba terus berkarya..

Kembara Seniman Jalanan
- Nasir Jani -

Zahiril Adzim said...

@azli raja - terima kasih. puisi dan politik tidak boleh dicampurkan? Nak campurkan mcm mane? Dalam cawan kopi? Heheh.. Kalau kita guna perkataan campur itu memanglah tidak boleh. Tetapi kedua2nya boleh dikaitkan. Puisi dikeluarkan dari apa saja. Ia luas. Tidak ada betul dan salah. Cuma dua perkara yang berbeza, itu saja.

@mas ai - silakan. :)

@-gemuq- dunia aku dalam diri - terima kasih, takpalah kalau tak berkesempatan. Mungkin lain tarikh? Kalau ada lagi.. hehe..

@nurul - sangat cool dan hebat? Hehehe...

@elza irdalynna - like i said, it could be anything. :) fourthwall itu hilang malam tu! haha.. ntah mcm mane ntah. Sebab memang nak dihilangkan awal2, tapi bila nak timbul balik, dah xda.

@abuyugen - takpalah, takda rezeki kot. Mengerti ya? hehe..

@ezral sya - hehe, terima kasih.. Tu lah, macam mana boleh lambat? Tak sempat tgk saya menggigil. Hahaha.. Panggil Zahiril pun boleh. Fourthwall? Tu lar.. hilang pulak..

@zulinastar2008@gmail.com - wsalam. Terima kasih atas pandangan. Puisi dan sajak itu juga luahan rasa. Jadi ini apa? Luahan rasa tanpa nama? Ya mungkin juga kan? Atau mungkin ini puisi kontemporari. Puisi atau sajak, sebenarnya hampir sesuai jika kita kata ia adalah "karya ekspresif". Lebih subjektif bukan? Maaf kalau tidak mengikut arus puisi asal, mungkin kerana saya orang muda yg suka mencuba sesuatu yang baru. PUISI itu sendiri cukup luas, seperti bumbung yg besar, di bawahnya ada pelbagai. SAJAK salah satu dibawah PUISI, jadi mari kita kecikkan dengan memanggil karya ini sebagai SAJAK. Saya tidak gemar terikat dengan tuntutan sebelumnya. Saya sukakan 'clinamen' atau penyimpangan. Saya tak suka karya yang terlalu menuntut ketepatan elemen, atau sajak yang hanya BAHASA YG INDAH TAPI ISINYA NTAH APA - APA. Tapi pada saya, puisi dan sajak itu luas. Itu saja. Bukan formatnya yang penting atau yang harus dilihat atau yang harus dipersoalkan, tapi ISINYA, dan APA YANG CUBA DISAMPAIKANNYA. Tapi apa pun terima kasih dengan pendapat itu, ya kita sama - sama belajar.

Pesongan kata:
Jean Paul Sartre pernah melawat Che Guevara dan menonton revolusinya lalu beliau membuat kesimpulan. Aku tak berapa ingat, tapi bunyinya begini. "Revolusi Che Guevara adalah revolusi yang benar2, ia melakukan apa yg dituntut dalam revolusi tanpa terlalu mematuhi atau mempelajari teori revolusi yg wujud sebelumnya". Lebih kurang mcm tu lar..

Ada kena mengena? Entah, mungkin.

@chomey - Thank you. :)

@fynn jamal - Jangan begitu. Kerana satu orang, takkan membezakan apa - apa. Kamu persembahankan yang terbaik, cuma bukan apa yang saya harapkan. Itu saja.

Anonymous said...

wow.. sbg org bukan mahir seni,sastera.. aku rasa best baca.. byk sgt dah blog dlm english.. sesakali baca blog dalam BM, rasa seronok, di samping nak perkayakan bahasa sendiri.. ayat2 kau sebelum puisi tu pun tersusun je.

nak plak ada puisi2.. syabas!!

ps:/ takde sesiapa rakam video ke? letak kat utube.. nak tgk aksi gigil tu.. ahahah

Anonymous said...

hm. apa ke benda fourth wall to sebenarnya?? kongsi2 sikit..

za: apa salah nye duduk mcm tu? byk org duduk mcm tu bila sejuk..

esah ezral said...

Mama saya komen "shouldnt there be an 'Abang' kat depan Zahiril tu?"

saya : ERRRRRRRRRRRRRRRRRR *squirm* :O

timing memang dah set nak sampai before 8.30 sebab dalam schedule kan memang 8.30 (ABG?) Zahiril naik, tapi biasa lah manusia hanya mampu merancang, banyak sangat benda nak kejar, LRT lagi, monorel lagi, pelbagai benda yang kasi rambang mata kat jalan BB lagi, orang ramai sesak-sesak lagi, makan malam lagi, Maghrib lagi, naik teksi traffic jam lagi, jalan dari KLCC nak pergi banglo lagi, tup tap sampai dekat kul 9
ada tanam harapan untuk menyenangkan hati jugak lah ; moga-moga schedule tu janji melayu (HAHA) , maybe Zahiril naik lambat sikit, tengok-tengok tak kesempatan jugak :[

haha takpe semoga ada peluang lagi insya allah, dapat jumpa pun cukup baik, terima kasih sebab murah senyuman :D

huh. bukan sekadar fourth wall. first second third wall semua takda! ahahhaa

EH! ada tengok kosmo posse 15 Oktober? hehehehe

Unknown said...

tak nampak pun semalam. mungkin sebab saya dtg petang.

vidadarisakura said...

lucu siot puisi ko...hee

zf said...

maaflah tapi aku rasa nak gelak.. heheheehehe mesejnya ada banyak dan berlambak. tapi aku tetap nak tergelak, mungkin sebab aku expect puisi cinta meleleh sampai banjir alam semesta. tp cantik, satu hari aku bercita-cita dapat hasilkan puisi yang setajam itu, tp aku belum cukup matang mcm ko.

tabik dari aku.

dan aku pun nak maklumkn pada azli raja,(maaf kalau menyibuk) pemuisi melayu dahulukala seringkali mencampur adukkan politik dan puisi, masa tingkatan dua aku peminat osman awang (tongkat warrant), dari beliau aku belajar bahawa puisi bukan hanya bermotifkan cinta

dan sejak tu aku malu tulis puisi cinta, harap yang masih tak faham bleh faham. :) yang buat teori tu manusia tak salah kalau langgar banyak2. :DD

mapieceofart said...

sajak yang cantik... eyhh...gigil kerna ramai gadis cantik kah? ahahahahh... way to goo...!!

+ ada apa dgn format segala... kita berinovasi... ia seni sudah... +

.*. said...

hye bob,
saye suke awak perform ar2,
dapat tangkap gamba dgn awak lagi
heheheheh

oh dat girl name Rina S,btw.
tak tengok eh die perform?
:P

Unknown said...

u're an awesome youth!!~
suka tgk cara kamu menyampaikan..
keep up the good work k...
lain hari boleh lihat kamu perform lagi..
by the way gadi yg bermain gitar adalah saudari Rina.S

gdazainal said...

actually first time tgk bob berpusi..tp amat gempk gak..coz dtg tu pn na tgk sejauh mn kehebatan bob ni..tp ya la,..
so great!!

Anonymous said...

bob aku rindu kat ko......tempat meluahkan perasaan yang tidak pernah di buat aku yang hanya untuk sekLI...
aku rajin membaca blog ko yang santai lagi memberi perangsang kecuali filem KAMI...

semoga ketemu lagi peace...(^_^)/

Sohaib Zikri said...

puisi kamu bagus malam itu.
sungguh aku terkesima.
selepas kamu berpuisi malam itu, kamu duduk di hadapan tangga di sebelah aku.
mahu aku tegur kamu
tapi lidahku ditabrak taufan malu.
sudahnya aku diam membatu saja.
apa-apa pun, kamu memang hebat.
emosimu mendalam.
syabas!

mukrimania said...

pap pap papp...

bertepuk tangan dan berdiri.

esah ezral said...

Terbaca komen zullinastar. teringat pulak kat lirik lagu leleh (hm ya saya layan lagu leleh) dari kumpulan Ways :

'Aku bukan Sasterawan Negara, aku hanya manusia biasa, menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa'

Hm. Bukan sasterawan negara saja mampu hasilkan karya bermutu kan? & bukan puisi/sajak je yg boleh mencengkam jiwa orang.

Hehe. sekadar perkongsian.

Anonymous said...

kalau diberi peluang oleh tuhan untuk mengkabulkan satu permintaan dengan syarat kena korbankan salah satu bahagian anggota badan, anggota badan mana yang sanggup dikorbankan dan apa permintaan itu?

Zahiril Adzim said...

@ultraman - terima kasih. :) Kasih tak kesampaian itu boleh menjadi apa - apa, bukan hanya pasangan atau AWEK. Mungkin boleh jadi, kampung? Motorsikal? Kelisa Putih? Negara? Perdana Menteri? Keamanan? Selagi ia dikasihi, maka ia adalah bintang jatuh. Jikalau ditafsir dari awal mengenai percintaan, maka kesinambungannya akan kabur hingga ke hujung. Macam mana? Nak baca sekali lagi dengan tafsiran lain tak? Hehe :)

@azazral - terima kasih. YouTube? Haha.. Entahlah. :P
Fourth Wall itu adalah dinding keempat yg memisahkan dunia performer (cth:di atas pentas) dan dunia realiti penonton. Tapi kita tak nmpk lah fourth wall tu. Cuma terminalogi je. Walau bagaimanapun, wujud pula alienation utk memecahkan tembok tu. Nak cerita lebih, tak cukup kat sini. Hehehe :P
Kedudukan struktur badan seorang performer tidak harus begitu, kata guruku lah. Pantang. Tapi, tgklah aku duduk mcm mana. Haha..

@ezral sya - panggil atuk je lah. :) Jauh jugak perjalanan dgn rintangan tu semua ya? Takpalah.. Nak buat macam mana. Semua wall takda? Lagi bahayaa.. Kosmo? yg mane ni? Kalau 'yg itu', tak payahlah kott..

@syah saliman - sy dtg malam. :)

@vidadarisakut - tang mana yg lucu tu? :)

@zf - Gelak lah.. Heheh.. jangan lah malu menulis puisi cinta. Tulis saja apa yang dirasakan. Ingat ini tapi agaknya dah byk kali saya pakai quote ini "Tulis apa yang kau tahu, yang dekat dengan diri kau" - Miguel Pinero. Penyimpangan itu biasa dilakukan oleh pengkarya dan kerana itu wujudlah perkataan 'clinamen' iaitu penyimpangan.

@mapieceofart - terima kasih. Ramai gadis cantik? MUNGKIN! hehe.. Inovasi? Seni? Ya mungkin. Boleh jadi.

@atira roslan - terima kasih. :) Ada gambar? Nak tgk? Nama dia Rina S eh? Baik, baik. Terima kasih. Ya, saya tgk dia perform, tapi kat tgh2 dah.

@amazy eye - terima kasih. Nak tgk lagi? Hmm.. sapalah yg nak panggil kan? :P Rina S? Saya dah tahu dah namanya.. :)

@mangda - terima kasih. 1st time eh? Itu pon 1st time saya. First time is only the best! Oopss..!

@anonymous - namanya siapa? Penat2 aku bagi letak apa2 nama kat comment ni, tapi ada jugak yg pakai anonymous.

@hulubalang istana - Terima kasih :) Kenapa tak tegur je? Ishh.. Sy belum teringin nak mkn daging manusia.

@mukri mania - terima kasih dengan ikhlas hati.

@anonymous 12.30AM - aiseh, susah nak jawab soalan tu. :P

Azira Anhar said...

holla.
ZA.
sangat suka puisi ini.
sy de record mase malam bintang jatuh tu.
cakap ngan mak bapak g kelas tambahan+ study group.
alih2 kantoi ngan video yg dirakam.
pastu kene marah..

nape x ajak mereka same kalau pergi mendengar+melihat puisi2 macam ni.

dah tu.
sampai skang dorang asik ulang2 tgk video kamoo.

nnt2 saye uploadkan.

belom sempat masa.

maaf.
=)

mizmaleya said...

ke hadapan bintang jatuh...zahiril adzim...

malam itu anda memang nampak seperti bintang yang terjatuh molek di atas muka bumi. semoga bintang yang jatuh ini terus bersinar dan tidak malap diselaput jerebu kota.

p/s: saya mengesan bait-bait iwan fals di dalam puisi anda. patut ia kedengaran sangat familiar. Namun puisi anda tetap sampai dan jatuh di hati saya. :)

Anonymous said...

itu bukan jawapan la cik zahiril.

HajarAznam said...

Zahiril wrote:
Ouh, ada juga yang aku ingat warna baju, corak senyuman dan design pandangan mata yang masih terlekat. Tapi itu rahsia aku untuk dinikmati. Haha.

i said:
Yeah...u r right...gambar ketiga yang di upload itulah yang melahirkan pandangan...di sudut itu..i hari itu.. :)

zf said...

ah soal puisi cinta, kekadang aku tulis gk kalau kecewa. haha

esah ezral said...

haha! orait atuk. Ahahaha jauh perjalanan luaslah pemandangan, hasil hujung hari pun worth it :D hmmm kalau 'yg tu' yg atuk maksudkan, 'yg tu' la rasenye. heheh.

Zahiril Adzim said...

@yanot - Hahahahahaha!! Apsal pegi ckp mcm tu lah? Kenapa tak ckp je pegi sana? Diaorang ulang tgk video tu? Aiseh.. segannya..

@mizmaleya - sy bintang jatuh kamu kah? Hehe.. Ya, karya Iwan Fals adalah breakfast, lunch & dinner telinga saya. Inspirasi mungkin? Harap takkan terlebih sebab dalam dunia ni, apa saja terlebih, tak bagus. :)

@anonymous 1230 - Aku suka soalan ini sebenarnya, jadi biar aku post satu entri utuk soalan ini ya? Tapi jgnlah ber'stranger' lagi lepas ni.

@hajaraznam - Gambar ketiga melahirkan pandangan oleh siapa utk siapa?

@zf - ya, teruskan! :)

@ezral sya - aiseh, betul2 dia panggil atuk. Haha.. ouh, jadi 'yg itu' lah. Takpalah, abaikan. Sy tidak lagi suka berbicara pasal 'yg itu'.

.*. said...

hahah
saye simpan gambar kamu letak bawah bantal tahu
:)

so sini gambarnya.

http://1.bp.blogspot.com/_obijGefHzm8/SQU3Ys_fvAI/AAAAAAAABI0/hB7XgS7J2w8/s1600-h/Image849.jpg

dan ini gambar kamu bersama kakak saya,
http://1.bp.blogspot.com/_obijGefHzm8/SQksRWbEHhI/AAAAAAAABKs/N2NnMLVkz64/s1600-h/1_999183881l.jpg

lain kali kalau kamu bace puisi lagi,
saya mahu tengok!

miahhaha

mizmaleya said...

ya harap kamu tak berlebihan. selamat menjadi manusia yang sederhana.

WNRD said...

bob, (lidah dah mula tergeliat panggil nama penuh kamu) saya pinjam puisi ini untuk tatapan pembaca kehadapanbintangjatuh.blogspot.com

terima kasih sekali lagi. insyaAllah kalau ada umur dan rezeki, saya mahu buat event puisi dan kamu seperti biasa salah satu mangsanya.

kalau waktu itu kamu tidak jual mahal lah.

;)

Anonymous said...

haha. dah agak dah..mesti nak jawab punye..soon u dah jawab soalan ni, sy akan reveal nama sy ok. btw, break a leg for the play!

HajarAznam said...

hahahahahaha...itu adalah rahsia untuk aku nikmati :P

FarhanaLicious said...

dunia lakon,duduk pun ada cara ka?

Fine Art said...

bob aku tak tau pena ko sgt tajam,oppss maaf seni jari ko menaip sgt halus hmm dunia dh moden kan,perang dalam kata-kata, tanpa membongkar segala baran, dalam diri semata-mata ingin menunjuk kan rasa ketidakpuasan hati sambil mengbongkar rahasia, membuka mata tahanan yg buta yg hidup didlm ibu kota,you da best la bob!!!

Zahiril Adzim said...

@atira ruslan - simpan bawah bantal? Haha.. nanti kemek gambar tu. Insyaallah, kalau ada lagi saya beritahu ya?

@mizmaleya - yeap, harap tidak berlebihan.

@wani ardy - tergeliat? Sampai hati. Silalah ambil. Terima kasih kembali untuk kamu dan jual mahal itu jauh sekali.

@anonymous 1230 - kalau rajin saya buat lah ya? Tapi saya rasa saya sudah tau siapa kamu. :P

@hajaraznam - wah begitu? Haha..

@farhanalicious - bukan dunia lakon. Cuma untuk seorang stage performer harus menjaga posteur tubuhnya. Terutamanya penari. Tapi saya langgar je semua. :D

@Sharif - mungkin keyboard aku yang tajam! hehe.. Apa - apapun, terima kasih.

Craft Cempaka said...

saya juga berdoa agar bintang itu jatuh, lingkup & mampus...puitis tapi tajam menikam..syabas