Jadi sekarang sedang berehat sehari dua setelah bekerja dan juga setelah beberapa kali jatuh sakit di set. Naik menyampah aku. Takpa, sakit boleh sembuh. Itu tak penting. Aku hanya ada sehari dua sahaja untuk berehat. Dalam masa yang sama, aku perlu memerah otak yang sedang lembab ni untuk menulis skrip yang akan diarahkan oleh aku dan beberapa pengarah muda penuh kemarahan yang lain, bagi projek teater kompilasi yang akan kami kerjakan pada Januari nanti. Insyaallah.
Menembak filem mengambil masa 8 hari. Yasmin Ahmad pun 13 hari kalau tak silap aku jadi segala - galanya dimuatkan ke dalam 8 hari tersebut. Agak ketat, kerana itulah aku terbongkang di set sampai pukul 6 pagi.
Koyak, memang koyak rabakkk...
Aku ada juga menangkap foto sewaktu kerja untuk dikongsi dengan kawan - kawan yang kita suka, tapi tunggulah bila aku sedikit senang nanti.
Kebanyakkan babak dalam cerita ni, mengambil tempat di sebuah rumah usang 2 tingkat di ladang kelapa sawit di Ijok. Dalam beberapa hari berkampung di kampung itu, aku ada berbual dengan seorang pekerja ladang yang datang bertenggek di situ kerana perasaan ingin tahunya tentang apa yang sedang kami lakukan. Aku dan beberapa pemeran yang lain berbuallah dengan lelaki pekerja ladang yang berasal dari Bangladesh itu. Bagaimana aku tahu lelaki itu dari Bangladesh?
Sebab aku tanya lah.
Perbualan kitaorang lebih kepada soalan - soalan dari dia dan kami (aku dan pemeran lain). Dia bertanyakan tentang apa yang sedang kami lakukan dan kami pula bertanyakan tentang pekerjaannya di ladang itu, juga tentang majikannya. Lelaki itu terpaksa bekerja dari jam 6 pagi setiap hari hingga lewat malam. 6 pagi hingga lewat malam itu pada aku kerja keras namanya. Apatah lagi bekerja di ladang. Bila ditanyakan berapakah upah hasil dari kerja kerasnya itu, jawab lelaki itu RM400 sebulan.
RM400 sebulan??
Terus terpancul sembur soalan dari mulut aku yang agak bemaksud (mean) tapi sebenarnya tak puas hati dengan upah yang diterimanya.
Cukup ke RM400 sebulan?? Apa you makan??
Jawabnya lebih menyedihkan.
Abang, RM400 cukup untuk saya abang. Saya lagi hantar wang balik kampung. Cukuplah abang. Kalau saya duduk di Bangladesh sampai ini hari saya takkan dapat rasa gaji banyak RM400. Saya sana tada kerja, miskin.
RM400 itu jumlah paling banyak pernah diterima dalam hidupnya.
Aku tak kenal majikannya, tapi kalau aku kenal memang aku akan pastikan bahawa dia tidak akan jadi kawan aku si majikannya itu.
Cekik darah, lahanat. Sudah kau paksa pekerja kau bangun pagi - pagi berkumpul seawal jam 6 dan kau lepaskan waktu tamat bekerja lewat petang yang juga kadang malam, kau campakkan RM400 saja sebulan padanya?
Memang seawal 6 pagi mereka berkumpul di pintu masuk ladang itu. Aku sendiri yang menyaksikan pekerja - pekerja ladang yang begitu ramai berkumpul berdiri sambil masing - masing mulut masih berbau ubat gigi. Kemudian berdiri seorang kepala atau kapten atau apa saja gelaran untuknya dengan suara yang agak garang, memanggil nama untuk mencatat kehadiran dan memberi upah kepada setiap pekerja yang terdiri daripada bangsa India, warga Indonesia dan Bangladesh.
Inilah perangai celaka para kapitalis yang tak habis - habis menindas para buruh serta petani lain. Titik peluh tidak dipedulikan. Bergembira lah mereka apabila memiliki para pekerja yang taat dengan sejumlah wang kecil yang dicampakkan yang langsung tidak berbaloi dengan usaha mereka.
Ini industri kelapa sawit, bukan jual nasi lemak. Untungnya berjuta berbillion. Jangan lah tipu.
Kawasan perumah yang aku tinggal sekarang ini ialah bekas ladang kelapa sawit. Pembangun atau juga developer telah mencantas semua pokok kelapa sawit lalu menjadikan ia sebagai kawasan perumahan yang terdiri daripada banglo - banglo mewah dan rumah - rumah teres setengah juta harganya (tidak termasuk rumah aku) yang menunggu untuk dipecah masuk dan dirompak. Aku perhatikan penduduk di sini bukan calang - calang ekonominya kerana saiz kenderaan masing - masing seperti tidak cukup jalan. (juga tidak termasuk kenderaan aku)
Jadi, untuk menghapuskan ladang dan menukarkan kepada kawasan perumahan merupakan satu keputusan yang melibatkan pemikiran keuntungan yang berlipat kali ganda. Bermaksud, pemodal tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghapuskan ladang dan kemudian membangunkan kawasan perumahan mewah, kerana mereka ada banyak lagi ladang kelapa sawit di sekitar Malaysia.
Dan kamu fikir, berapa pulangan yang mereka perolehi?
Kelapa sawit juga dikatakan satu hari nanti akan menjadi alternatif bagi menggantikan petrol. Selain daripada jagung. Ini peluang lebih besar untuk memberanak pinakkan jutaan wang mereka.
Pernah lihat iklan sebuah kereta kehabisan minyak di tengah - tengah ladang kepala sawit? Tiba - tiba datang seorang pembantu pam mengeluarkan nozel dari pokok kelapa sawit. Iklan milik Sime Darby. Itu buktinya.
Jadi industri kelapa sawit bukanlah industri yang tidak mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi dari ketinggian aku (aku tidak berapa tinggi). Tambahan pulak satu hari nanti bila alternatif untuk petrol telah berjaya dicipta, aku percaya permintaan kelapa sawit akan meningkat lebih tinggi dari KLCC. RM400 sebulan? Tak masuk akal.
Memanglah kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Tapi janganlah jadikan bersyukur itu sebagai satu penghalang untuk kita terus memajukan hidup kita dalam dunia yang sombong ini. Terlalu bersyukur tanpa usaha lebih yang halal, bermaksud memanjakan diri. Kerana terlalu bersyukurlah para kapitalis bergelak ketawa gembira.
Kamu bayangkan, kemana lagi pekerja ladang Bangladesh itu mahu pergi? Permitnya dipegang oleh majikan. Nak buat kerja lain untuk mendapat side income sebagai usaha alternatif, seperti berniaga burger, takda masa pulak akibat waktu kerja 6 pagi hingga lewat malam. Waktu yang tinggal sudah kepenatan dan keletihan. Apa cara lain yang boleh dia buat?
RM400 sebulan untuk lelaki Bangladesh itu. Berapa yang dihantar ke kampungnya? Berapa yang dibelanjakan untuk makan, pakai dan sewa rumahnya? Ditambah pula dengan harga barang yang semakin hari semakin menuju ke bulan. Pekerja ladang itu hidup hari ini dikelilingi oleh mereka - mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam mengikut arus kemodenan akibat negara yang terlalu mengejar globalisasi. Jadi kamu tidak rasa satu hari nanti sifat kehendaknya akan mengatasi sifat keperluannya?
Kalau RM400 sebulan, maka tidak hairanlah banyak jenayah sekitar kota dilakukan oleh mereka - mereka ini.
Siapa yang melakukan jenayah sekarang ini?
Pesongan kata:
Nah, ini satu gambar untuk pekerja ladang itu. Angkatlah sabitmu, angkatlah tukulmu. Cantum silangkan dan kamu tahu apa makna itu.
21 comments:
Itu la cara mereka dapat untung.
Mengambil kesempatan pada mereka2 yg sebegini.
kesian betul. majikan sengaja amek kesempatan bagi gaji murah sebab dorang tau mereka sanggup dengan gaji rm400 tu.
emm.. di ijok yaa? mesti lizard sekali da disana wat art dengan illan...
itu namanya si bangsat pencekik keringat manusia... kalu kenal, tak jadi kawan takpa, tumbuk je terus!!! dgn 400 dia rasa cukup untuk dia dan keluarga... tapi ada juga segelintir kita dan orang yang bermewah-mewah, tak pernah langsung cukup dengan ribuan, jutaan dan segala angka kosong yang diterima, siap cekau, tindas, korup, rasuh, tibai, bantai dan macam-macam... entahlah... berbeda sungguh nilai wang di akal manusia...
filem apa ko tembak kat ijok tu bob? citerlah sikit..
400 sebulan bukan soal bagi aku, sebaliknya 'kesyukuran'. mcm ko citer sblm ni pasal memilih dan dipilih...bagi aku, mereka tiada pilihan. rm400 kalau kata, benggali tu kirim 1/2 drpdnya ke bangladesh, RM 200 = 7,800 TAKA bangladesh. 7,800 Taka plak = 114 usd.aku x tahulah kat sana 1 taka berapa nilai utk satu benda, tp aku tgk org asing cam bangla ni jenis yg bersyukur, dan tahu tanggungjawab.
Kalau ko nak kata tokey ladang bayar ciput, tokey ladang tu plak akan salahkan harga komiditi, pastu pulak...kerajaan plak yg kena blame. jadi bangau oh bangau le jawabnya.
kalau kata diorang ada duit sedikit smpai nk menyamun..itu barulah namanya 'pilihan'. tak semua org bangla yg jenis bersyukur...kekadang tewas dgn nafsu..so yg nafsu lebih ni, yg perlu masa utk enjoy, berbelanja..inilah yg memilih utk menggunakan rezeki pd jalan yg x betul...
aku pernah jumpa sorang ustaz kat Trg yg gaji jd tok imam x smpi RM1000 tp boleh je survive 15 orang anak range 3 bulan hingga 26thn. konsepnya = bersyukur dgn rezeki yg ada, dan berusaha utk meningkatkan diri.
tak nak berkawan dgn tokey tu? hahaha. kadang2 org yg kita tak nak berkawan itulah yg harus kita kawan kerana kita akan lihat cerminan diri kita dalam diri mereka. manusia tiada yg hitam semuanya kelabu.
tp bob, filem apa ko tembak tu? curious ni
orang faham. masa orang kat college, orang ada interview sorang bangladeshi bekerja di petrol station, dan seorang pemandu teksi dari Acheh. Orang tanya apa rasa mereka perlu merantau ke negeri orang nak cari makan. Kita tak sedih pasal dengar cerita mereka yang memang memilukan, kita sedih pasal kita disedarkan betapa jahilnya kita.
Kita kutuk diorang, panggil diorang pendatang. Tapi kalau mat salleh datang bekerja di sini, kita panggil dia ex-pat, kasi rumah, kereta, gaji berpuluh ribu.Padahal, kita perlukan kedua dua jenis service yang mereka tawarkan, satu jenis intellectual expertise, satu lagi jenis tenaga buruh.Tapi double standard itu tetap wujud.Padahal kita semua sama manusia.
But awak nasib baik dapat bercakap dengan diorang tu. Pasal dia buat kita sedar, kita belajar. If enough people learn what you just did, InsyaAllah, penindasan terhadap mereka will lessen. We can hope.
"All you care about is money." Joker berkata
saya kerja gaji 700 pun susah nak hidup diorang yang 400 tu apatah lagi.
macam mana boleh lepak kat ladang pulak ni?
hye zahiril..it's been a long time since i last 'visited' ur blog..
as a matter of fact,it's acceptable that in every single business organization,their primary aim is to maximize profits.
n tau x knape diorg lebey suke nk amek p'kerja luar b'banding p'kerja m'sia sendiri?sbb diorg kate p'kerja luar lebey murah,n diorg x pnh b'kira ngan brape pon gaji yg diorg trime..
so,bile diorg amek p'kerja luar,upah lebey murah...n produktiviti naek...n profits diorg lebey tinggi...in other words,they could minimize the labor cost should they maintain hiring non-local labors...
n of course,bile dh gaji diorg rendah..n bile kehendak mengatasi kemampuan...tu yg diorg prefer nk buat mcm2 bende jenayah etc..in this case,we should be looking at our rules n regulations...the laws are formulated to govern our nations..n in every single problem mentioned above,it is rooted from the employer itself...
so,kt cni ape2 hal pon undang2 kene lebey enforce pd employer yg degil..
hehe..
:P
aku pernah kerja part time kerani kat kilang recycle di ****
pakerja dia orang myanmar
ada sorang tu pandai speaking
speaking habis ngn aku
aku tanya dia
"where u learn english?"
dia jawab "i am a university student, doing my degree in business and economics. but my father died. i have to stop studying, come here and earn money for my family"
waktu tu tuhan je yg tau perasaan aku
betapa sayangnya kehidupan ini
mata aku terbuka lagi
rupanya aku yg duk kampung ni bukan katak bwh tempurung
nasib lah majikan aku beri dia 600
lebih la dr 400 kan?
itupun aku rs kejam
itupun, dia kata tak cukup mkn.
sedih.
some ppl just never learn, nvr understand and nvr able to be sensitive
some ppl tak layak dipanggil people
memang ngong!
ish ish ish, kasihan awk, penat sampai terbongkang, heheheh. shooting filem baru ek?
tapi lg kasihan pd abg bangla kita tu. haih, majikan2 skrg mmg lebih suka amek warga luar dari warga msia kita...sebab utama nya ini lah.. upah paling sedikit tanpa rungutan. hummmm.
btul la kata awk, warga kite sndiri yg buat mereka jd penjenayah.
caption utk gamba tgn merah : watchhaaaaaa!!! hahah
ijok? kampung saya tu...
mat bangla? erm..hal ni tak kan pernah selesai..dalam pada negara menuju ke era yang semakin maju...semakin byk jugak lah golongan² yang akan tertindas sebenarnya.samada dalam sedar atau tidak...
@yanot - pandai awak. :)
@Farhanalicious - ye, amik kesempatan ialah perkataannya.
@adika - lizzard takda. Tapi Illan ada lah dengan Richard. Nilai wang? Memang berbezaaa... jauh bezanyaaa..
@Amer Yusof - Filem apa? Hehe.. nantilah aku cerita ya? Pasal kesyukuran, memang perlu. Tapi jgn kita jadikan kesyukuran sebagai tembok penghalang untuk memanjakan diri. Selagi kederat mampu Tuhan berikan, selagi itu kita kerja. Islam pun kata bekerjalah seperti mahu hidup 100 tahun lagi, bukan? Penjenayah memang jahat, tapi adakah semua penjenayah itu jahat atau ada antara mereka yang TERPAKSA kerana TERDESAK?
@elza - Kalau mat saleh dipandang tinggi dan mulia eh? Hahaha.. betul tu. Kata 'dasar pandang ke barat'. Memang apa pun dari diaorang tu 'maju' di mata kita ya?
@r4v3 - maybe it's a joke.
@nurulaimi - tu lah pasal kan? Lepak menembak kat ladang sebenarnya.
@isa_onzer - Hmm.. boleh diterima. Tapi mungkin jugak kalau diaorang amik pekerja local tapi bayar sikit jugak. Sebab itulah sifat kapitalis, samada pekerja asing atau tempatan bukan soal untuk mereka, tapi penindasan untuk keuntungan yang boleh bawak sampai mati kot.
@Hannanika Chan - Nasib baik saya bukan manusia, saya hanyalah roh yang tinggal dalam tubuh manusia :P
@akiss - nak buat macam mane, selagi larat, selagi tu lah bekerja. Baguslah kalau kita sama - sama fikir balik dari mana punca ni semua.
@y a n - Ouh ye? Saya tak pernah sampai situ. Ini kali pertama. Dan awak betul, penindasan akan tetap berlaku dalam sedar atau tidak. Dan kita, harapnya sedar bersama.
don't the employers give them a place to stay and provide them with food? macam pembantu rumah.. food and a place to stay provided and gaji diorang macam tu jugak..
its no big deal.. its just money.
at least diorang tak menganggur (tu ke ejaannya) atau jadi pengemis kat tepi jalan.
jgn marah bob.... nanti kena jual..... lagi pun kalau selalu marah nanti cepat tua. masalahnya, kita memerlukan org2 muda yg selalu marah-marah ini untuk menyedarkan org2 itu yg tak pernah marah walaupun ada ramai org yg marah dengan sikap mereka yang tamak haloba. kesimpulannya, marah tanda sayang. saya tahu bob sayangkan tanah air ini. jadi.....kalau nak marah, marahlah bob..... aiman tak kisah. hehehehehe.....
@Bella - Tidak pasti. Tapi pembantu rumah diberi kelebihan kerana tinggal di dalam rumah dengan makanan dan tidak perlu bermandi peluh setiap hari. Kalau pekerja ladang ini diberi rumah sekalipun, bagaimana dengan pekerja tempatan yang kebanyakkannya berbangsa India yang ada anak bini? Anak - anak nak sekolah, nak bagi duit kat bini lagi..
@Azli Raja - Mujurlah kemarahan disalurkan ke tempat yang betul. Hihihi... Aiman tak kisah eehh?? Aiman nak gula - gula?
mmg xptt pun dorg dpt gaji sebyk tu..kesian kat dorg..4rat? ape la sgtkn..kdg2 org kt sendiri pun akan dpt gaji mcm tu jgk..ape nak jadi dgn dunia skrg ni pun xtau la...hmmm...
1. "Memanglah kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Tapi janganlah jadikan bersyukur itu sebagai satu penghalang untuk kita terus memajukan hidup kita dalam dunia yang sombong ini. Terlalu bersyukur tanpa usaha lebih yang halal, bermaksud memanjakan diri. Kerana terlalu bersyukurlah para kapitalis bergelak ketawa gembira."
that's a really powerful paragraph there. sokong 100%!
2. bak kata pepatah lama (tak ingat dah originalnya cemane, huhu), manusia kena jadi mcm padi, makin makin berisi, makin tunduk.
tapi some ppl mcm pokok yg bila dah tumbuh tinggi2, berebut nak lagi sunlight, tak kisah dah pasal yg lain kat bawah.
disgusting.
3. mmg bagus you jumpa pekerja ladang tu. not only did you learn from the incident, you shared it as well, so org lain pun dpt disedarkan juga.
4. good luck with the shooting. :)
dude, obliously you are fuckin famous !! lol
and i have yet to add you in my face book; but during the times i lepak-ed wif you guys at the set was nice.
this is a wicked blog you have here; i might drop by ....again..
BUT am fuckin showin up for that AIR COND yo !!
i`ll see you when i see you. Laters
Sasi
@anonymous - dunia tak nak jadi apa - apa. Manusia je yang semakin menjadi - jadi. Hehe.. :)
@zatyness - Pepatah tu best. Saya suka. Salah satu sebab wujud blog ini adalah untuk berkongsi :) Harap dengan berkongsi, kita dapat fikir bersama. Terima kasih banyak - banyak.
@Sasi - Damn it, no i'm not. Haha. Yeah and the karipap was awesome! Classic! Of course, you HAVE TO COME! No excuse, hehe :) Anyway, thanks alot dude.
byk moral dlm n3 ni..jgn jdkn mudh bsyukur tu satu phlang dlm merubah hdup yg lbh baikk..agree 100%.
kdg2 sdih bila lihat pendatang2 ni dilayan sbgitu rupa..lgsung x setaraf apa yg diorg ptut dpt..saya phm, sbb ayah saya org indonesia. tp alhamdulillah dia memang kuat berusaha dn pk jauh kedepan wpun dia xhbs sklah(famili ssh)
One word.Sedih.
Azam 2011,belajar bersyukur melalui apa yang 'tiada';hidup sukar, miskin, dan tertindas.
Bila terlalu ada, kadang kita alpa, mati rasa. Hurm.
*angkat ibu jari tgn kiri dan klik kat jari banyakbanyak kali ala2 fb* =)
Post a Comment