Monday, June 30

Urban? Art? KLUE Urbanscapes Art Event?


KLUE Urbanscapes 2008. Bunyinya memang sah – sah event untuk remaja lah kan. “URBAN”. Aku tak tahu pulak event ni memang dibuat setiap tahun. Kata mereka ini adalah art event.

Disebabkan aku sekarang tengah kerja untuk teater ‘AIR CON’ yang dibikin oleh Instant Cafe Theatre Company dan akan dipentaskan di KL PAC, dan kebetulan pula KLUE Urbanscapes ni pun berlangsung di KL PAC, kami diberitahu bahawa kami dikehendaki membuat pratonton untuk teater AIR CON di KLUE Urbanscapes selama setengah jam. Slot kitaorang pukul 7.10 sampai 7.30 malam. So aku pun diarahkan untuk kesana dan pra-tontonkan 3 scene dari cerita penuh AIR CON ni. Kalau kitaorang tak disuruh pergi, memang aku tak tahu pun event ni wujud, dan yang paling penting, memang aku tak terfikir untuk pergi pun.

Borak punya borak dengan seorang teman yang juga salah seorang cast dalam AIR CON ni, Nick dan Ryan, kata mereka event ni best, art event untuk remaja. Bila aku dengar art event, aku pun sedaplah sikit hati nak pergi bekerja kat sana. Kata diaorang ade tayangan filem pendek, music performance dan benda – benda lain. Pukul 5 lebih, dari tempat latihan, kitaorang pun gerak dengan Shahnon (penulis teks AIR CON ni), Kimi (PM AIR CON), Dara dan Merul yang juga terlibat dalam AIR CON ni. Sampai – sampai je dekat KL PAC tu, dari jauh aku tengok dah macam rave party yang besar, yang pernah aku singgah satu masa dulu, ala – ala KENT CHOICE, SALEM REVOLUTION dulu – dulu. Wah, dalam hati aku, “Ini ke Art Event dia?”.

Jalan punya jalan nak cari orang yang patut bg pass masuk kat kitaorang, aku terjumpa beberapa orang rakan lama yang memang dah lama gila lah tak jumpa. Seronok bila kita jumpa kawan lama sebenarnya, kita nak tahu apa yang dia buat sekarang, tapi disebabkan tak banyak masa, aku pun kena gerak masuk setup untuk preview kitaorang. Tapi dalam dok berjalan ke theatre tu ada lagi kawan – kawan lama yang aku dah lama tak jumpa! Ada yang marah, bengang sebab kata diaorang aku lama sangat menghilangkan diri. Aku mengaku memang aku lama jugaklah tak keluar dan pergi ke benda alah macam ni. Dah stop kot, kata aku. Aku baru je habis belajar, sekarang ni lah baru free pun, kata aku lagi. Diaorang pun ajak aku lepak sebab aku dah confidentkan diaorang yang aku sekarang tengah free. Aku cakap, ok, takdahal tapi sekarang aku kena gerak ada kerja kat dalam kejap.

Dah settle preview, kita pun keluar lah letak barang – barang dalam kereta pastu berjalan – jalan dengan niat nak edar flyers AIR CON. Tapi inilah part yang aku tak berapa senang. Dalam pada dok berjalan – jalan dengan tenaga kerja AIR CON ni, aku perhatikan pengunjung – pengunjung event ni yang rata – ratanya remaja baya aku. Aku tengok ramailah budak - budak yang berfesyen. Ada yang si perempuan pakai tu, memang aku boleh faham yang kau tak tahan dengan cuaca panas kat Malaysia ni, ada juga yang dengan jeans yang habis koyak, habis rock.

Yang lelakinya pula, kebanyakkan memang "INDIE" habis lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, memang konon ART lah!. Baju nak design cute habis, seluar nak habis skinny. Aku tak tahu pulak kenapa tiba – tiba otak aku jadi kolot gila babi time tu, bile aku ada masalah dengan cara diaorang tu semua mengenakan pakaian ke atas badan mereka. Ramai yang aku tengok (ini dari pendapat aku lah) macam bersusah payah dress up nak nampak ART gila babi. Ada seorang laki ni aku tengok atas bawah memang “art habis!”. Tapi bila aku tengok skinny jeansnya, TOP SHOP. Fesyen label yang telah membuatkan ramai tergila - gila skinny jeans. Kenapa ramai sangat yang konon – konon art ni. Atau sebenarnya dia orang pakai atas sebab fesyen?

Ntah kenapa hati aku lebih kepada dia orang ni pakai sebab fesyen. Sebab scene INDIE tengah meletop. Sebab trend. Dan aku terfikir, kalau benar – benar seseorang itu passionnya kepada art, apakah mereka harus berpakaian sebegini?? Kerana rata – rata yang aku tengok, pakaiannya begitu! Yang perempuannya pulak dengan short pants, singlet dan apa lagi ntah nama untuk baju mereka, seolah – olah diaorang cuba untuk seduce semua orang dekat situ.

Aku ingat lagi, aku terus tanya Shahnon,

“Shahnon, why are these girls wearing like they’re trying to seduce everyone?” Aku lontarkan soalan tu dekat Shahnon dan Shahnon tanya aku balik.

“Are you seduced??” Aku jawab, hhmmm.. ntahlah, maybe. Tapi mata lelaki straight mana yang tak ditarik? Tahniah jugaklah kat perempuan – perempuan yang disebutkan sebab berjaya membuatkan mata lelaki straight tertarik untuk melihat diaorang. Dan aku terus balik kepada soalan yang berlegar dalam kepala aku dari tadi, kalau orang – orang art kena pakai macam ni ke? Adakah art event didatangi oleh orang - orang art sahaja atau orang lain juga seperti mereka ini? Aku mengaku jika seseorang itu meminati art, cara berpakaian mereka tidak penting dan tidak perlu menjadi isu. Dan timbul pula soalan dalam kepala aku, apa yang diaorang buat dalam hidup diaorang yang terlampau ART sangat? Ada juga perempuan yang berseluar jeans koyak rabak dan berjalan dengan boyfriend yang ada guitar tersangkut kat belakang. Mungkin boyfriend dia salah seorang daripada guitarist dari band yang perform hari ni. Mungkin. Tapi disebabkan boyfriend kau musicin, atau perkataan lain, "rock" kau pun kena pakai macam tu ke?

Kebanyakkan daripada mereka ini semua datang ke sini untuk berseronok dan passion kepada art yang sangat luas ini, sebenarnya tidaklah seberapa pada mereka. Mungkin sekadar mengisi hujung minggu mereka

Ada juga yang kononnya independant, tapi atas bawah berjenama hebat. Seluar jeans koyak pun sebab memang dijual koyak siap. Bukan susah nak cari jeans yang dah siap koyak rabak.

Atau aku yang terlalu kolot? Sebab fesyen aku tak terkini? Sebab tu kot aku dipandang remeh oleh abang – abang art yang datang. Sebab fesyen aku tak cukup art kot? Mungkin ya, sebab aku dah lama jugak tak keluar selama aku belajar sebelum ni. Agak terputus jugak aku dengan dunia luar, dunia remaja ni. Tapi bila ART itu digunakan sebagai trend atau fesyen, aku terkilan dan sedih. Alangkah seronoknya kalau kita dapat lupakan tentang fesyen sebentar dan lebih tertumpu kepada apa yang kita buat (what we do) terhadap masyarakat, apa yang kita sumbangkan untuk masyarakat dan negara kita. Terserahlahh..

Bila malam, aku pun tersempak dengan abang aku, Kepal. Kiteorang lepak tengok teman (Mooky) perform. Itu pun kat belah – belah belakang kitaorang duduk. Lepas habis Mooky perform, aku pun meggerakkan diri untuk pulang sebab kepala aku dah bingit, bising sangat. Lagi pun aku dah penat bekerja satu hari. Setiap hari kerja lebih 13jam. Tak larat aku...

Dalam kereta aku pun tersedar yang mungkin aku ni dah ketinggalan zaman ke apa. Mungkin definisi art yang disuapkan kepada mata aku ini adalah yang betul. Ye ke?

Ini cuma pandangan dan pemikiran aku dan kemungkinan besar juga pandangan aku salah.

Friday, June 27

Terasa jugak lah kan..

Sakit betul hati bila tiap kali tengok meter minyak kereta aku habis. Perasaan terpaksa ke stesen minyak tu betul - betul menyakitkan. Kalau dulu takpa lagi. RM20 aku boleh bawak kereta aku dari rumah (Shah Alam) ke kelas (Kuala Lumpur) untuk tempoh 2 hari. Aku bukannya rajin berjalan kemana - mana pun, setakat ke kelas dan balik rumah. Nak suruh aku melepak memang takda masa lah kan.

Tapi hari ni RM20 tak banyak beza pun. Satu hari je habis terus minyak tu. Kelisa aku ni dah cukup menjimatkan pun, aku boleh terasa perbezaannya inikan pula orang lain yang pakai kereta besar. Berapa je tinggal untuk aku makan dari pagi ke malam, kerja sana sini? Fuhhh.. Aku bujang, umur 24, tinggal dengan keluarga, belum berpendapatan stabil lagi, terkapai - kapai untuk survive kat Kuala Lumpur ni. Takkan nak perhabis duit mak bapak? Segan gila! Belum lagi dah kahwin nanti, nak bayar sewa, nak beli susu anak lah apa semua, macam mana lah orang lain boleh tahan ya? Patutlah hari ini aku tengok semua orang bekerja bagai nak gila. Macam dekat Jepun budaya kerja memang gila. Sampai pukul 9 -10 malam pun bersepah - sepah lagi orang dekat pejabat macam waktu tengahari. Tapi penat - penat kita bekerja, masuk poket kita sikit je, masuk poket orang lain tu yang banyak. Siap beli kapal selam tu..

Monday, June 23

AIR CON

Elok sahaja aku habis selesaikan final project aku, PeTA, tak sempat aku nak rehat setelah penat memberikan komitmen yang tak pernah aku berikan sebegini sepanjang hidup aku, kepada suatu benda yang aku suka buat, aku dah bergegas membuat kerja lain. Tapi, alhamdulillah ada jugak lah rezeki yang masuk, dan kerja yang aku tengah buat ni pun, benda yang aku suka.

Sekarang aku sedang bekerja dengan 2 orang pengarah dari teater Inggeris, Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi dari Instant Cafe Theatre Company. Skrip ini ditulis oleh seorang kenalan sewaktu bengkel menulis skrip anjuran ICT & FirstWorks. Selain daripada menulis skrip, dia juga membuat kerja lain iaitu menyanyi, Shahnon Shah. Biasalah, susah untuk survive dalam industri di Malaysia kalau kita buat satu kerja. Itu yang aku belajar. Atleast kena ada 2 atau 3 skill.

Teater yang sedang kami kerjakan ini, tajuknya AIR CON. Antara manusia – manusia yang terlibat dalam cerita ini adalah Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis, Ryan Lee Baskaran, Nam Ron, Chew Kin Wah, and Ismadi Wakiri.

Teater ni akan dipentaskan di Pentas 2, KL PAC pada 3 -6 July. Nanti aku akan cerita panjang lagi kalau aku ada tulis lagi, adalah cerita yang lagi panjang. Kalau ada cerita panjang, adalah masa aku yang terluang nanti.

Apa – apa hal, kepada pengguna - pengguna atau penyalahguna facebook, login facebook korang, check event ni. Terima kasih.

http://www.facebook.com/event.php?eid=13552808877





Thursday, June 19

LEGA

Lega. Itu je lah perkataan yang aku rasa paling hampir dengan apa yang aku sedang rasa.

Aku dah selamat habis belajar. 3 tahun aku menunggu, 3 tahun aku redah perit, pahit, manis, tawa, ria, kusut, serabut, bingit, dan semuanya. Banyak yang aku belajar sepanjang berada di sekolah ni. Bukan setakat belajar pasal dunia teater yang tak pernah aku tahu sebelum ini, tapi apa yang aku paling banyak belajar adalah tentang hidup itu sendiri. Macam tak percaya aku boleh tinggalkan segala – galanya yang di luar semata – mata kerana dunia yang aku pilih ni.

Aku masih teringat sampai hari ni, kata – kata beberapa orang manusia yang cabar aku pada awal – awal aku masuk ke sekolah aku.

“Muka macam kau ni takkan habis belajar kat sini, tengoklah setahun dua mesti kau akan hanyut”

Tapi entah macam mana pulak, hari ni aku berjaya membuatkan dia orang tutup mulut dan aku hidangkan bukti yang kukuh bahawa mereka SALAH!. Mungkin sebab aku usaha?

Tapi takpa, pada aku itu cabaran yang positif yang pernah aku sahut sepanjang hidup aku. Walaupun aku pernah terasa untuk give up apa yang aku buat, tapi aku masih tetap mencuba sehingga hari ini. Aku tak rasa aku akan berhenti dalam masa terdekat. Insyaallah.

Apa yang aku paling nak buat sekarang ialah backpacking. Aku nak travel, aku nak environment baru, aku nak rasa susah di tempat orang. Kalau orang kata itu benda yang paling susah, biar aku rasa benda yang diperkatakan tu supaya aku dapat cerita benda yang sama. Tapi aku percaya, kita akan lagi kreatif bila kita dalam kesusahan. Kalau ada rezeki dan tak ada aral melintang, aku akan keluar dari kota Kuala Berlumpur ni Julai nanti. Insyaallah.

Dalam pada waktu remaja lain sedang sibuk menagih keseronokkan, sibuk mengejar gaya hidup yang hartamas, yang pavilion, yang the curve, yang Meet Uncle Hussain, yang HUJAN, yang KAMI, yang ini yang itu, aku tetap dengan keputusan aku untuk tidak dihanyutkan dengan bencana ini. Tapi macam mana keras pendirian sesiapa pun, aku pasti ada juga dalam diri kita yang akan terikut - ikut. Aku mengaku.

Lain hari aku tulis lagi...