Ahad, Januari 4

perempuan merokok itu perempuan jahat

Imej perempuan merokok selalu dikaitkan dengan imej negatif.

Ye ke?

Hari tu aku menikmati teh tarik dengan seorang kawan perempuan berbangsa Cina yang juga perokok. Katanya, mak dia masih tak tahu yang dia merokok. Umurnya sudah hampir menjangkau 30 tahun dan bekerja sendiri. Dalam kata lain, rokok yang disedutnya adalah hasil dari duit gajinya.

Aku tanya kenapa tak beritahu sahaja? Kau sudah tua.

Jawab dia, bukan mak dia sahaja. Tetapi sebahagian masyarakat di kampungnya pun ada tanggapan yang sama iaitu;

Perempuan merokok adalah perempuan jahat.

Aku gelak kecil sambil tersembur teh tarik mengalir celah gigi. Aku tanya, orang Cina pun fikir sama dengan orang Melayu kan? Maknanya hampir tepatlah apa yang pernah aku bincangkan dalam kelas dulu.

Bukan masalah mentaliti bangsa, tetapi masalah mentaliti masyarakat Malaysia.

Sebenarnya masyarakat telah disogok dengan imej "perempuan merokok adalah perempuan jahat" melalui televisyen. Kita banyak dididik oleh apa - apa drama yang ada watak pelacur, GRO dan sebagainya. Watak - watak itu kebanyakkannya merokok.

Jadi terpalit sampai sekarang imej tu dalam kepala masyarakat kita.

Zaman nenek moyang kita dulu, memang golongan wanita yang bekerja sebagai GRO atau pelacur selalunya merokok. Kalau tak silap aku, kawan aku pernah bagitahu, kalau nak diikutkan sejarah, pengguna tembakau yang paling banyak zaman dulu ialah pelacur atau GRO. Aku pun dah tak berapa ingat sejarah tembakau yang pernah kawan aku ceritakan.

Abaikan dulu. Atau kalau rajin, google.

Sampai hari ini, masih ada lagi mentaliti sesetengah orang yang langsung tak boleh terima imej ini sebab terlalu banyak menonton fiksyen. Biasanya orang - orang seperti ini akan menggunakan alasan perempuan merokok bukan budaya orang timur. Dan apa pula definisi atau kriteria orang timur? Tentunya mereka tidak ada fakta dan teori yang kukuh untuk menjawab soalan ini. Cuma gosip liar sahaja. Alasan itu selalunya digunakan sebagai escapism atau kata lain, lari dari menjawab soalan. Sekali lagi, terlalu banyak menonton fiksyen (TV). Tapi kalau lelaki merokok boleh bertoleransi pulak?

Atau mungkin tidak. Bergantung kepada kapasiti minda diaorang.

Untuk tidak lari jauh dari topik, aku tidak mahu menulis dari sudut agama. Sebab ini cerita tentang 'imej di mata masyarakat' ya? Bukan cerita tentang fatwa pasal rokok. Lagipun, dah berkali aku pesan supaya kita tidak terkeliru antara agama Allah dan agama yang dipolitikkan di Malaysia.

Dari sudut kesihatan, memanglah merokok itu mendatangkan seribu penyakit. Tak kisah samada laki atau perempuan. Oleh itu, kalau dari sudut kesihatan, memang tidak relevan dengan topik aku ni.

Perempuan selalu dikaitkan dengan imej lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, pertuturan yang cermat dan sebagainya. Tetapi, entah dari mana pulak datangnya pemikiran perempuan merokok itu tidak lemah lembut? Rokok dan sopan santun tidak boleh bersatu kah?

Ada perempuan yang merokok tetapi sopan santunnya lebih molek dari yang lain.

Kalau nak dikutkan, banyak imej - imej fiksyen liar seperti ni telah diserapkan dalam mentaliti masyarakat kita. Semuanya dipengaruhi oleh TV. Antara contoh yang popular ialah:

1)Perempuan merokok itu perempuan jahat.

2)Lelaki rambut panjang adalah penagih dadah, penyangak dan sebagainya (pilih mana yang senang sebut)

Imej - imej fiksyen bayangan pengarah dari zaman Maria Mariana atau sebelumnya ini, telah berkali - kali digunapakai. Dari situlah datangnya pendidikan tentang imej - imej yang kononnya negatif ini. Kalau zaman Geisha dulu memang kebanyakkan perempuan merokok itu kerjanya tidak molek, tapi hari ini?

Relevan lagi kah?

Hari ini, adakah semua perempuan merokok itu jahat? Adakah semua lelaki berambut panjang itu penyangak?

Kawan - kawan yang kita suka jawab sendiri.

Pesongan kata:
Jangan amik ini sebagai alasan untuk merokok. Kalau tanya aku, merokok tidak bagus untuk ekonomi anda. Ini pesanan dari seorang perokok yang sedang mencari cahaya untuk berhenti.

Had umur untuk merokok ialah 18 tahun ke atas. Jangan buat - buat lupa.


70 ulasan:

Oya berkata...

Hurm. Itulah masalah sebenarnya. Suka membuat penilaian pada luaran. Masalah sosial jugak tu. Mak aku pun smoking apa? Dia bukan GRO! Dah selamat pun menunaikan haji. Dapat juga mendidik anak-anak denga ilmu agama. Kadang-kadang orang ni belajar jer tinggi-tinggi, sampai oversea semua. Tapi pemikiran sempit! Bak kata pepatah yang aku bikin sendiri, "Sekolah bertingkat-tingkat, otak seingkat!"
Maaf. Terlebih emosi pulak. :)

damme damiah berkata...

dulu pernah juga pandang ppuan merokok mcm corrupted. tapi kemudian, nenek sendiri yang kuat agama pun merokok. dulu tembakau, sekarang dunhill pun nenek layan. so sekarang, bila tengok perempuan merokok, diamkan aje, tak perlu judge. semua orang ada alasan sendiri :)

Azli Raja berkata...

Patutla semenjak dua menjak ni org pandang aku serong...... sebab rambut aku panjangke? hehehehe... sebenarnya dia org irihati tak dpt simpan rambut panjang.....

bob, belakang gigi kacip atas bawah dah hitam ke belum? cuba check tengok. kalau dah... it's time to stop. biarlah perempuan2 itu menghisap rokok sebab kebanyakan perempuan hanya social smoker, tak ramai chain smoker mcm bob.... heheheehe... peace.

fara berkata...

mak oya sportingnya. kalo mak aku nmpk aku smoking. dia bagi aku kame kameha...

dulu teringin juga nak smoking, sbb tgk tangan para gadis sepit rokok, cantik. rungcing. tapi aku x berani. dulu sempat juga berfikiran negatif ttg perokok wanita. tapi start masuk kolej, aku kwn dgn banyak perokok wanita, mereka juga suka berbahasa kasar. tapi apa yang aku suka mereka tak hipokrit,yang menjaga serta peka dgn perasaan kwn serta hormat kita. mereka akan tanya. "boleh i merokok? klo x selesa i merokok jauh2" baik kan?

apepun dan siapapun mereka, ambillah sifat mereka yg baik, hindar yg jahat. sebab setiap dlm diri sesorang itu, pasti terselit benda yang baik :)

r4v3 berkata...

imej - imej fiksyen liar:

1)Perempuan merokok itu perempuan jahat.

2)Lelaki rambut panjang adalah penagih dadah, penyangak dan sebagainya (pilih mana yang senang sebut)

3)Lelaki yang memakai v-neck shirts adalah gay

-org kita suka judge org kita

bro ke 2 berkata...

perempuan merokok aku rasa byk keburukan dari kebaikan

- membazir
- merisikokan orang sekeliling (semua dah tahu)
- kalau remaja, mesti ada yang xkena dalam pergaulan sebab tu boleh terjebak dengan rokok. tak percaya? 90% perokok bermula dari pengaruh kawan.
- tak ramai laki yang nak bini merokok, kalau xpercaya boleh buat poll kt blog ni. haha
- tak elok semasa hamil
- bila dah ada anak cucu, tak boleh nak bimbing soal rokok.
- asap tu kan makanan syaitan
- banyak lagi.

so kesimpulannya aku bersyukur sebab budaya malaysia tak suka perempuan merokok. biasanya kalau perempuan buat benda buruk yang lelaki buat mmg masyarakat akan pandang double triple rendah kat mereka

nor faezah berkata...

dah banyak aku tanya org yg merokok..aku tanya sdap ke rokok tu? tpi kebanyakan yg aku tnya jwb,'rokok ni x sdap tp ia satu kepuasan'.ehmm..mgkin rokok ni adalah satu bnda yang bleh bgi satu kpuasan kpd mreka,tak kira lelaki mau pon pompuan..tp nk mrokok tu agak2 la jgak..lau nk mrokok tu mrokok jauh2,ksian kat orang sekeliling,trpksa hirup asap yg 'menyelerakn' tu,lau sdp x pe gak..(hanya pesanan).. kata2 sampingan-smoga anda akn temui cahaya yg anda inginkan..klau x jmpa gak cahaya tuh,cri smpi dpt,ksihatan tu pnting..:)

Oya berkata...

Tak berapa setuju dengan bro ke 2. Maaf.

- bila dah ada anak cucu, tak boleh nak bimbing soal rokok.

Alhamdulillah, anak-anak mak aku, termasuklah aku, tak pernah fikir nak merokok. Maka, dakwaan seperti di atas itu sama sekali tidak boleh diterima pakai. Harap Maklum. :)

princess_nathra berkata...

i am a smoker...
i aint a whore..
i aint bad...

i have guy frens with long hair..
they aint a druggie..
they aint bad..

org2 yg pk pompuan tak leh smoke tu,jeles kot..hahahahaha....

its like...tak semestinya,u pegi club,maknanye u dak jahat..kan??

so,sama lah..tak semestinya,seorg pompuan tu merokok,maknenye dia jahat...

merokok itu dapat menghilangkan stress..tapi,kalau boleh putar balik masa,i pun tanak merokok..sbb susah nak berhenti..hmmm...senang..tp susah bila otak dan hati tak bersatu..hehe..

FarhanaLicious berkata...

nenek nenek di kampung juga ada yang hisap rokok. beza nya dia guna rokok gulung. sila berhenti merokok ya? :}

Zahiril Adzim berkata...

jangan off topic please..

Ini cerita tentang IMEJ. Persepsi masyarakat terhadap imej tu.

Terima kasih. :)

Azli Raja berkata...

bob, bila dah sebut pasal rokok, tidak dapat tidak, pembaca blog sekalian untuk lari dari membuat komen dari sudut kesihatan. namun, persepsi saya dari sudut imej bersetuju dgn bob 100%.
sekian terima kasih.

azli, ex-chain smoker

akiss berkata...

err, bg sy..mmg nmpk kurang sopan, dan nmpk jahat kalo pempuan merokok. 'nampak' je la. xleh nak judge people kalo kite xkenal kan.

tp skrg ni sy tgk dh jd trend la, nmpk kool dan bergaya je kan konon? lg2 dikalangan bdak2 sekolah. haha. ntah. la.

bg sy la, xkira la lelaki ke pempuan isap rokok, janji akibatnye sama. pd diri sendiri dan org sekeliling yg kita sayang dan suka.

=)

* sy suka lelaki rambut pjg la, hensem je. contoh, ust.akil hayy. heeee. haha. tp xnk mcm bob marley. hahaha

zhsrn berkata...

sbnrnya..

imej perempuan merokok ni ditentukan oleh mata yg melihat...


kalau yg melihat tu kata baik..
BAIK la...


kalau yg melihat tu kata jahat.....

Mr. Janggel berkata...

Hmmm masih tiada guidelines tentang itu...

bro ke 2 berkata...

Oya, oh ye? tp aku pun ckp berdasarkan pengalaman, xpatutlah aku cerita siapa tp mmg anak2 tak dapat nak respek sebab mak bapak pun merokok mcm naga erk yg pasti bukan mak ayah aku :)

Amer Yusof berkata...

alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia

jadi, ini bukan soal zaman dulu atau zaman sekarang, tetapi soal sebab dan akibat.

salam maal hijrah dan aku masih berduka dgn kisah palestin. sob3x

IdzaRis berkata...

sayangi diri dan keluarga anda...
jauhi diri dari rokok...

princess_nathra berkata...

masyarakat malaysia mempunyai minda yg tak terbuka..tapi mereka selalu berkata yang minda mereka terbuka,kononnye lah sbb nak catch up ngan fastmovinglife ni..hmm...if lelaki boleh,nape girls xleh?ape bezanye?rokok membahayakan kesihatan ma..soo..what's d difference between a guy n a girl?just becoz the guy is a guy ke?just becoz the girl is a girl ke?hmm...masyarakat kini..hmmm...pelik benar la..haha..

murni berkata...

urmm..a gurl with a cigarette looks so ugly..

but a guy with a long hair, look very handsome and macho to me..hayya, dat is one of the criteria lelaki yg i minat tuh..how uh?there hv a high probability that guy is a penyangak or penagih ke..urkk..

Tanpa Nama berkata...

siti nurhaliza pun smoke. apa pandangan semua?

lovie say : berkata...

perempuan merokok itu jahat!!!!
bkn semua kot.
ada segelintir perempuan dkt kolej sy yg tak merokok dan konon2 nya berhati mulia nih. lebih buruk sifatnya drpd org perempuan yg merokok.

tp ni bkn bermakna mengalakkn perempuan merokok tau. mungkin perempuan merokok tu tak jahat cume nampak kurang manis.

gadis joget berkata...

pernah jadi perokok tegar.tapi dah stop.alhamdulillah..
so,good luck to u ;)

Oya berkata...

Tak mengapalah bro ke 2. Kalau rasa nak menang, ambikler. Tapi, saya tetap kata, bukan rokok tu yang jadi punca. Tapi cara didikan tu yang sebenarnya. Kalau mak bapak tak berasap macam naga, tapi anak tetap jadi smoker macam mana pula?
Maaflah encik zahiril adzim. Jadikan blog awak tempat berdebat pulak. :)

-saya angkat bendera putih!

aiEd berkata...

well,aku xsuke perokok..
baik lelaki mahupun perempuan..
tp bkn soal imej atau ape..
tp aku rimas setiap kali ade perokok berdekatan..
mungkin kerana rokok itu sendiri..
lg sekali, bkn soal imej..

jd...ak mungkin da off topic..haha!

rene vs roma berkata...

manusia mmg selalu dan suka bagi 1st thought pada manusia lain. masa aku belajar, aku tahu ada student perempuan lain yang pandang serong pada aku masa merokok kat kedai pak nasir. dengan aku kurang bergaul dgn pelajar perempuan yg lain. tapi aku peduli apa. aku tak minta duit diorg pun. aku tak pergi dekat2 muka diorg dan hembuskan asap rokok.
buat apa aku nak hipokrit? dalam dok mengata aku, aku masuk bilik tgk ada juga yg curi2 merokok. coverline takut org kata perempuan jahat? com'on la. jahat zaman sekarang bukan ttg merokok lagi dah. yg tersorok itu lagi bahaya dari yg terbuka.
parents aku tahu aku merokok. tapi aku respect diorg dan x merokok kat rumah. kalau aku tak merokok pun org pandang aku mcm perempuan jahat dan sosial. padahal aku seorang yg pemalu dan respect others.
so dari aku puaskan hati org yg suka sangat melabelkan manusia lain, baik aku lepak cafe, online isap rokok dan baca blog2. atleast aku dapat meluaskan pemikiran, nasihat secara tidak langsung dan ilmu.

p.s: aku suka entri ni bob! pinjam lighter!

bro ke 2 berkata...

larr, takde maknenye nk berdebat, saya pun mcm org lain nk berkongsi. itu pengalaman yg saya nampak, anaknye sendiri cerita kt saya, di buat alasan nk buat jahat. so pokoknya mmg patut masyarakat kita pandang wanita merokok mcm tu, supaya tak ramai wanita yang berani utk merokok. :)

Eye~Me~F berkata...

nak kata jahat tu takla tp mayb bg org persepsi negatif sbab rokok tu sendri bawak kesan negatif.

apa kebaikan merokok ek?

Azli Raja berkata...

encik bob berdiam diri dan membiarkan para pembaca blognya berbalah sesama sendiri. isu merokok ni memang tak sudah kalau nak berdebat. Yang pasti, good vs evil is always interesting. The problem is, a growing number of evil is overshadowing good..... it's the sign of dooms day - ertikata lain - akhir zaman.

kutut berkata...

sapa kata org mati isap rokok..
kalau ada bgtau saya...
org dah mati tunggu kena tanam jer
mana boleh isap rokok lagi kan
kan kan kan

dina berkata...

pada aku, merokok hak individu. aku penah jadi penagih rokok dari umur belasan hingga sampai masa aku pregnant. Tapi aku tidak merokok untuk menunjuk2, maksudnya, depan public. selalu aku hindari itu. merokok di kalangan orang kita (atau kwn2 yg suka kita) dgn merokok di depan khalayak yg tidak mengenali kita akan menjadikan status kita berbeza.

bagi aku merokok bukan ukuran kejahatan seseorang perempuan. Mesti ada sebab mengapa seseorang itu merokok. Tapi ianya tak baik untk kesihatan ok, bagi perempuan yg sedang hamil, hindarinya ok! terus terang aku katakan, kalau kamu sudah hamil dan sangat menyayangi andungan itu kamu boleh berhenti merokok dengan mudah!

dina berkata...

org kita suka nilai kulit dulu baru isi...

betul Bob?

alinaabdullah berkata...

mungkin juga.

Tanpa Nama berkata...

MERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND www.mercy.org.my

( Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. )

"No amount is too small, and will be gratefully received."

Melody berkata...

Dulu saya pun tak dapat mengelak daripada membuat persepsi macam tu. Walaupun saya tahu ada di antara kenalan perempuan saya yang merokok tu memang baik budi bahasa, malah lebih beragama daripada saya, saya susah nak terima yang perempuan baik macam mereka pun boleh merokok.

Agaknya betul kata kamu ZA, kita di Malaysia terlalu banyak disogokkan dengan imej "perempuan merokok adalah perempuan jahat". Maka orang seperti saya yang membesar dalam lingkungan pemikiran ini turut terkena kesannya. Bukan isu rokok je, tapi banyak lagi isu lain.

Sekarang ni, bila saya dah besar sikit, dah kenal semakin ramai orang dan melihat pelbagai gelagat manusia, saya sedar kita tak boleh lagi menilai seseorang tu secara luaran sahaja. Atau mungkin juga sebab saya pernah berada dalam golongan yang dipandang serong tu (walaupun bukan sebab isu rokok), maka saya jadi lebih faham dan tak mahu lagi membuat penilaian secara luaran.


Apa-apa pun ZA, semoga berjaya menjumpai cahaya yang kamu cari tu.

Some girl.. berkata...

Saya memang sakit hati bila isu jantina dikaitkan dengan rokok.Dan yang paling sakit hati skali,kenapa bila laki merokok pompuan bole terima n some of them bole sampai suka sebab kononnya lagi macho.But bila pompuan buat bende yang sama orang sume pandang hina.Why put an issue of sexism on a small piece of rolled tobacco?Why is it dat such delicate thing can cause so much provocation padahal ada lagi banyak bende lain yang lebih hina dan keji.Banyak orang perlukan rokok sebb nampak lebih confident. dan yg saya tak paham,kenapa nak ungkit isu masyarakat timur atau barat?kenapa mesti ada jurang? hina sangat ke barat tu?konon nak agungkan budaya timur tapi ikut gak barat dalam hal2 lain. kalau perempuan nak merokok,biarkan.tu pilihan dia.janji dia tak poyo.

♥.misz luna.™ berkata...

erm...

bg huda la..
klu nk rokok tu rokok la..
tp jgn kaco org laen sudah..

tp klu rs rokok tu bhye..
cpt2 la benti..


p/s [1]:masyarakat msia mmg mcm tu..ske pndg serong kt org laen..

p/s [2]:org kt skeliling huda rmai yg mrokok..tp wat dunno je..leh je lepak ngn dorg n x pn terase nk merokok..

Zahiril Adzim berkata...

Kalau kita rajin dan punya sedikit masa, kita cari siapa yang membentuk pemikiran kita selama ini sebenarnya.

Aku berdiam kerana sengaja.

Ini komunikasi 2 hala namanya. :) Lain orang lain sudut pandangannya dan ya, kita kadang - kadang menilai orang terlalu cepat dan ada juga yang terus menghukum seolah - olah dia Tuhan.

Imej ialah visual. Visual adalah antara elemen yang cepat mempengaruhi minda kita.

:)

Iynas Omar berkata...

Kalau dikatakan agama Allah dipolitikkan di Malaysia, oleh itu bleh merokok, bukankah had umur 18 tahun ke atas tu pon mainan politik Malaysia? Jadi sbenarnye umur bawah 18 tahun pon bleh merokok, kan? Apa bezanya?

Do u get what i mean?

Azli Raja berkata...

Miss Lynas, I didn't get what u mean...... care to elaborate more...

Iynas Omar berkata...

Pertama sekali, nama saya Iynas.

Actually bende nie off topic, tp saye x brape suka saudara Zahiril Adzim kate jgn keliru antara agama Allah dan agama yg dipolitikkan di Malaysia.

Saya hormat saudara Zahiril Adzim x nak menyentuh isu ini dari sudut agama sbb fatwa Islam di Malaysia mengharamkan rokok berpandukan kpd qias (kalau x silap, pls correct me if i'm wrong). Tp kalau da undang2 fatwa Islam di Malaysia pon kte langgar dgn tetap merokok, apetah lagi utk melanggar had peraturan umur yg saudara Zahiril Adzim tekankan di akhir post. Saye percaya para ulama ada sbb yg kuat utk mengharamkan rokok, oleh itu saye x setuju dgn mengatakan agama Islam dipolitikkan dalam hal ini. Had umur adalah undang2 Malaysia, tp kalau da para ulama mengatakan dalam fatwa rokok itu haram, yg mane kte perlu lg ikut?

Saya sedar pendapat saya nie off topic, cume saya rase sbg seorg Islam, saya patot menegur kerana bukankah dianjurkan dalam Islam utk saling menegur? Saya harap saudara Zahiril Adzim dan pembaca laen tidak terlalu ambil hati dgn pendapat saya ini. Sila tegur saya jga jika saya salah. Wallahualam. Allah itu Maha Mengetahui.

Pandangan on topic saya, perempuan merokok tidak jahat, cume kurang manis. Begitu juga lelaki berambut panjang. Cukup sampai bahu kerana adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Lebih panjang dari bahu, tidak disukai Baginda.

Dalam hidup ini, kalau sume bende kte buat berlandaskan Islam, susah org nak pertikai dan insya-Allah selamat dunia akhirat. Cuma kadang2 ilmu tu saje perlu ditambah lg. Saya juga masih blaja mendalami agama saya.

Semoga saudara Zahiril Adzim memperoleh cahaya yg diidamkan. Saye doakan saudara Zahiril Adzim dan sume pembaca blog ini.

Jazakallahhu Khayran

Iynas Omar berkata...

Terima kasih Mr Azli Raja :-)

cik putri berkata...

i love this post. :) see how ppl still dscrimnate girls. zaman dulu, zaman skrg same je. smoking cause bad effects to both sex. maybe dorg ingat girls smoke using deir vagina. haha.. cheers.. ;)

sampah yg boleh dikitar semula berkata...

wahahahaahah!!!!!

Islam itu apa?
undang undang itu siapa?
budaya kita mana?
fatwa apa makna?
ulama bukan tuhan!!!

kembalilah kepada Al Quran dan Hadis ya anak anak.. (kata2 yg buat aku nampak matang, sematang ustaz akil khai- bukan khai AF2 laki rosma AF2 juga)

wahahahaha!!!

ini semua soal mentaliti.. topic ini soal mentaliti aku rasa..soal mentaliti itu yang diajak oleh abang zahiril yang rambut tak panjang dan kacak ni bincang dan fikirkan.. tapi kerana permasalahan mentaliti jugalah ruangan komen ini jadi begini..

cayalah zahiril!!
atau aku yg dah kenapa?
woo!!

p/s: I tak suka lelaki merokok coz mulut dia busuk la..tapi kalau dia makan mentos I ok la.. mentos perisa anggur tau..wakhahahaha!!

*i.am.me.for.myself* berkata...

"don't judge a book by its cover"

masih perlu guna pakai lagi tema ini?

Tanpa Nama berkata...

kepada sampah yg boleh dikitar semula,

susah laa kalau ade yg menegur dari sudut Islam tu dikatakan ade masalah mentaliti..kalau mcm tu sape yg xde masalah mentaliti?

mmg betul dua sumber utama Islam al-Quran dan hadis, tp aku suggest kau take into consideration dari dua sumber..kalau betul kau matang mcm ustaz akil hayy, kau tentu tau lg dua sumber tu..

maPieCeoFarT berkata...

merokok itu pilihan individu, hak masing², soal imej juga hak peribadi, so ape mslhnye...?

merokok = affect imej = hak sendiri = ape nak peduli...

sy baik dgn ramai smokers, tapi sy benci rokok sbg satu objek yg membawa kemudaratan... see...? Xdela complicated pun kan...? benci rokok, bukan perokok...

Cumanya rakyat msia ni prihatin, jadi notion yg bersifat sempit pemikiran ni jadi menular dan satu norma yg susah nak diubah...

Azli Raja berkata...

this entry has officially broke the record of cerita kemudian puisiku to have the most number of comments. Cerita kemudian puisiku has 45 comments. this entry has 47 (not including this one) and I assume it will grow. hehehehehe...

azliraja-tukang kira statistik saja2 suka2.

Zahiril Adzim berkata...

Bertenang sahaja lah. Yang dibangkitkan ialah isu mentaliti, bukan isu agama.

Penat - penat aku tulis..

Cik lynas, tak mengapa. Tegur - menegur itu budaya sihat. Tapi saya tidak mahu mengulas dari sudut itu tentang isu rokok. Kalau tak silap Johor sahaja yang mewartakan fatwa itu buat masa ini. Kenapa saya kata agama dipolitikkan? Pandang sekeliling, dan kamu pasti faham.

Memang politik yang mengawal segala - galanya di negara. Samada agama, seni, sosial, ekonomi dan segala - galanya.

Ok, cukup. Sampai situ. Kalau cakap lebih dah off topik.

Dan kepada kawan - kawan yang kita suka, sekali lagi, ini isu MENTALITI masyarakat terhadap imej wanita merokok ya?

Senyum dan bertenang. Kita semua ada CINTA dan TUHAN, benar?

Azli Raja - Thanks for counting.. Heheh...

AzzE berkata...

haha. puteri!
that vagina thing was my idea!
haha


btw, d topic is mentality right? so m not gonna touch on Islamic view.

i agree with those who said malaysians' mentality are very low and they pretend that they'r open minded just coz its d 21st century now.

i smoke,it was my own desire to do so. my friends who smoke didnt force me to. they did say it is not a nice sight to watch female smoke, but it is our life, others dont have d right to curse us in d face.

some who dont like smokers, they keep quiet, thank u.

but those who dont, how would u feel if one day a stranger comes to u and criticize d way ur living ur life. its just d same thing.


ohh, my friend just sad that she likes to watch my guy friend smoke, he looked hot while doing it. but she doesnt like gals smoke.

hahaaha

che amir berkata...

oiiii...aku rambut panjang siap isap rokok lg...x jahat pon...kekekeke...tu sume ortodoks...slalu disogokkan dgn cerite2 ngarut sejak turun temurun lg...ampeh sungguh mereka itu...(bile nk lepak weh...calling2 sudey!!!)

blitzizni berkata...

aku blk ari tuh keta bau rokok. parents aku bsing. aku diam je. mak aku tanya aku mrokok ke. aku ckp kalo aku mrokok pun bkn haram. abah aku ckp haram. aku ckp lah kta hdup kn bdasarkan fatwa. abah aku ckp fatwa m'sia x bley pkai. pas 2 aku jwb lah stengah2 hal diaowg x perlu tawu. hee.

tp kn. bler owg tgk aku smoke je. lelaki lah slalunya. diaowg trus tanya. ko dara lg? erk? jadah rokok dgn dara?

mentallyaddicted berkata...

masalahnya bukan perempuan yang merokok tuh akan dipandang jahat, tapi bagi aku, mengarut semua tuh, mengarut kalau perempuan tuh merokok sebabnya kebanyakannya just nak menunjuk hebat atau sesetengahnya just nak ikut atau meniru orang lain/kawan² sahaja. entah apa²...bila depan aku, malu² nak merokok, tak ubah macam tak reti merokok. tapi dgn org ramai, dia duk kobarkan yg dia merokok lah, takleh tak berasap lah, takleh tinggal rokok lah. see, semua ni macam karut jer. mungkin dia buat begitu semata-mata untuk menempatkan diri di kalangan group yang dia impikan kot.wallahualam.

fazleenz berkata...

cool topic babe. kalau sesekali cigar mampu membuang realiti yang pedih, membuang duka yang hitam dan membawa terbang ilusi indah. aku kira ok ok aje. takde alasan spesifik ke atas itu. sendiri hisap sendiri mahu ingat.

p/s : persepsi memang takkan mati sampai kita mati. judgement itu macam sampah, dibiarkan lama-lama, busuk berulat dan bau haram. kalau rasa nak sedut bau busuk, sedut ajelah. kalau tak nak, buang je. tak payah layan sangat. take it easy je. :)

Epa Padi berkata...

sy suke.
gaya pemikiran anda

n pasal nak berhenti tu, azam kene kental.iman kene kuat. s a b a r

ben berkata...

nenek aku merokok
mak aku merokok
adik pmpuan aku merokok
makcik aku merokok
tak pulak aku nampak ikon jahat..

aku bosan dengan watak pelacur mesti pegang rokok

aku je yang tak berjaya merokok...
aku try test cuba tengok..
ermm..tak melekat merokok..
kalau aku tak terbatuk2 masa try test dulu...teknik isap rokok aku betul..sure aku merokok...hehe

observer berkata...

hangat betul debat topik ni.

ak mmg anti asap ni.
bukan anti smoker.
asap je. sbb ak tak tahan
bau and rase nak terbatuk.
kalau org tu smoke jauh ak tak kisah
ni ade yg dah tau ak tak suke
saje duk berasap depan muke ak

and ak taklah benci perempuan merokok
tgk orang jugak, jgnlah kau bertudung, baju kurung, berasap tgh tgh alam. macam buruk je kan? tp bile fikir fikir balik, kadang kadang tok imam pun ade je yg berasap.

nampaknya aku terlibat sama dengan mentaliti malaysian ni.haha.

tapi ade je yang aku tgk cara pegang rokok pon kekok, ada hati nak show off kat aku die smoking.

tapi tak kisah la. asal derang bahagia. ak pon saje je nak luahkan pendapat aku terhadap rokok ni

iqah berkata...

salam. want to pass through this page and leave a question for 'a perokok yg sedg mencari cahaya utk berhenti'
topik: perempuan merokok adlh perempuan jht
and how if d topic is change to:
lelaki merokok lelaki jht
wut is ur point of view through this perspective dear mr zahiril adzim..
i would b pleased if u can answer my question by using ur intelligent thinking.. last but not least, tq for lending ur tyme to read this comment.

dalam diam berkata...

masyarakat - dianggotai oleh individu2.
mentaliti masyarakat - mentaliti sebahagian besar individu.

perempuan merokok itu perempuan jahat - mentaliti masyarakat sekarang.

and im one of them.

sebab perempuan merokok + bertudung nampak poser.

and hot chick + smoking really looks like a whore. enough said.

but my granny also smoking. and im a smoker too..

so what eh?

smoking bukan baik pun. dan segala benda yang tak baik mestilah orang pandang serong. jangan nak ditegakkan benang yang basah.

jadi kalau kamu smoking samada kamu lelaki/perempuan dan langsung tak peduli orang cakap apa then go for it. apa nak kisah, bukan kacau mereka pun. kan? sigh..

Tanpa Nama berkata...

i smoke too n im not a gro, or a corrupted person. i love ur post on this. thanks.

anyways, m trying 2 quit (for health reasons)

joey berkata...

katanya merokok membahayakan kesihatan...

itu aku faham...

tapi biasanya orang merokok hidup lebih lama dari orang tak merokok..apa kes??

hmmm..patutla iklan2 berhenti merokok tak pernah berkesan..hehehe

cuba kalau merokok dua tiga batang jer dah sakit kronik secara tetiba...

Azli Raja berkata...

The number of comments in this entry has achieved an all time high of 62. tahniah bob.

Azli Raja - tukang kira komen

p/s: pembaca blog bob sekelian, aku rasa bob dah malas nak sentuh topik ni sebab sudah jauh melencong dari tema asal...... so, kira terkubur di sini saja....

Tanpa Nama berkata...

yah
tapi kn kebanyakannye pmpn merokok tuh bad girl
KEBANYAKANNYE YE :]
klau dy baek, she doesnt do that ryte ?
whtv lah
tp merokok mmg mmbahayekn kesihatan
brhnti merokok ye :]

love,
fara.

tynaizat berkata...

im totally agreed wit this =)

sha berkata...

hmmm.
mungkin ada benarnya mind concept that says that smokers are not bad. they're just smokers.
mmg x sme perokok (especially pmpn) tu jahat, tp JARANG pmpn baik nak hisap rokok. this doesnt say that pmpn jht je yg merokok atau xde pmpn baek yg merokok.

NURUL AKMAL berkata...

dah besar...sindirik fikir mana elok @ x...tp nakibah(ketua usrah ) ak slalu ckp, cegah kejahatn yg bermkna bukan hanya cegah untk drik sendirik tp untuk orng lain.. kalu cegah drik sendrik je 2 selfish namanya..

Tanpa Nama berkata...

ak suke tgk pompuan merokok,,,
nmpak cantek...
kalo boleh ak maw gak awek ak merokok,,, haha
cun arr n style pompuan merokok

Verbena Vista berkata...

Saya bertudung, seorang ibu dan MEROKOK just for fun. Tak ada niat social atau apa apa jua :-)

Tanpa Nama berkata...

Hrmm..hot topic..
Realitinya.. Berpijaklah di bumi yang nyata.. Ambil yang baik..yang tak elok kita tinggalkan.. Jangan kita jadikan alasan mereka yg terdahulu merokok tu sebagai alasan untuk apa yg dibuat pada hari ni betul dan sepatutnya.. Mmglah zaman dah berubah ke era moden.. Tetapi sepatutnya pemikiran pun sama maju yang mana kita lebih peka utk mengutamakan kesihatan.. Minta maaf kerana saya sangat tak bersetuju dgn pendapat yang mengatakan masyarakat yang tak menerima budaya perempuan merokok ni sbg low mentality.. Saya juga x menyalahkan filem yg mengaitkan perempuan jahat merokok sbb hakikatnya majoritinya adalah dr kelompok itu.. Finally..kalau kita tak nak difitnah sbg golongan mcm tu..so..lebih baik kita jauhkan diri dr fitnah tu kan.. Anything back to Islam as the way of life.. Cuma pendapat peribadi saja..

Tanpa Nama berkata...

Saya jg seorg perokok yg da habit.Dan tabiat merokok saya akhirnya diketahui oleh parent saya.tk sangka parent saya xkisah saya merokok krn ayah saya jg merokok.mula2 malu jg merokok dpn parent.lama2 dah jd biasa.dn parent saya memahami saya.