Friday, February 27

di tengah kota orang

Seringkali aku tergambarkan diri aku di tengah - tengah kotaraya bukan di Kuala Lumpur apatah lagi di Malaysia. Di negara orang maksudnya.

Menilau mencari jalan untuk mengisi perut yang kelaparan sambil menimba ilmu tentang kehidupan. Waktu itu, aku sedang dikelilingi oleh manusia - manusia negara itu yang sedang pantas mengejar masa bekerja. Waktu itu juga, bahasa menjadi penghalang untuk aku berkomunikasi. Tinggal aku dan kreativiti ku untuk terus bertahan meneruskan kehidupan.

Mungkin. Mungkin suatu hari nanti aku akan tinggalkan apa yang aku ada sekarang dan mula berjalan seorangan melihat dan merasa kesusahan di suatu tempat yang baru yakni bukan tempat aku.

Tapi aku masih lagi tidak tahu apakah maksud sebenar gambaran itu. Berkali - kali aku terbayangkan aku di situ, berkali - kali aku merasakan akhirnya aku di situ. Aku masih lagi mencari apa, kenapa, bagaimana, siapa dan di mana..

Kerana hari ni, pujian boleh melalaikan, keselesaan, tanpa sedar boleh menghanyutkan...

Aku tidak mahu terlalu selesa.

Photo by Khairil M Bahar
Ghost 2 (Coming Soon)


p/s: Aku mahu tulis lebih panjang lagi tentang ini sebenarnya.

26 comments:

Azli Raja said...

hari ni taknak puji, takut nanti bob lalai pulak.... so hari ni nak persoal entri ini.

pertama, dasat pemilihan tatabahasa bob, memang aku respect sejak mula kenal zahiril dari air con.(cis, kata taknak puji, tp tak dapat nak elak) cuma nak bagitau, menilau tu adalah satu perkataan baru bagi saya. adakah ianya sama erti dengan melilau?

kedua, kalau nak pergi negara orang, aku cadang bob pergi scotland. breathtakingly beautiful. alang2 dah kat scotland, jgn lupa melawat england juga. sekian terima kasih.

Zahiril Adzim said...

alamak, kalau melilau adalah perkataannya, jadi saya yang salah :)

dina said...

aku selalu bayangkan aku di tengah2 padang hijau yang tidak ada orang lain. dan aku bebas berlari ke sana sini.... aku rasa, ni dalam konteks pemikiran kita yang kosong dan dimasukkan dalam anganan.... atau mungkin sebab kita terlalu ingin sesuatu yang boleh membuatkan kita lupa diri kita yang sekarang...

vidadarisakura said...

aku pun tengah pikir...

mirachantek said...

aku selesa menjadi selesa.
kerana aku memang orang yang cepat selesa dengan satu jenis keadaan, walaupun keadaan itu tak begitu memuaskan.
tak bagus untuk diri sebenarnya.

Ghost 2?? kau jadi hantunya ke?
atau jadi macam cheryl samad, nampak hantu macho?

Anonymous said...

xmahu ckp psl entry.

nice shoot :)

Nurul Binti Ibunya said...

selesa+senang hati=lalai+hancur

Anonymous said...

Ehmmm...aku rasa semua orang macam penah impikan benda nih sama macam Encik Zahiril angankan...

Pergi ke negara lain..yg mana tempatnya aman...damai...angin sepoi..sepoi bahasa sikit..ada bunga-bunga gugur ....duduk dkt tengah padang yg hijau..yang bersih yer...tak macam dkt Malaysia...
Aku terbayang England...wah bestnyer...

Mungkin kita akan dapat luperkan masalah kita..mungkin...mungkin untuk seketika..

-etoy-

Ezan Nur Ayub said...

kdg2 manusia mmg perlukan perubahan..
dan perubahan tu sendiri yang akan membawa kita krana skop idup yg berbeza mr zA..
tanya hati kenali diri..

untuk ghost..
aku bkn nak bandingkan..tapi aku hrap..kamu jadi hantu yang lbh bagos dari naz..kalo jadi hantu la...kalo tak..mna2 pon xpa..coz..
zA is d bes!!! ahaksssss

Melody M. said...

Tapi kalau menjadi selesa setelah penat berusaha dan bersusah payah untuk mencapai keselesaan tu tak salah kan.. Asalkan sendiri pandai beringat.

AmY said...

saya pun ada terfikir macam tu tapi tak mungkin terbuat kot.

jom stoned...haha

Anonymous said...

Jadi,tulislah lebih panjang. Supaya sy terus terpaku depan laptop. ;)

azura said...

kalo akula di tengah2 kota orang...aku akan kelihatan macam orang asing dan pelik je memandang orang lain walhal orang kat situ tak anggap kita cam tu pun...

fIcK a.k.a kaka said...

yey..
Salam...
Sungguh indah bila baca blog kamu..
tidak dapat digambarkan bagaimana kamu dalam kehidupan yang sebenar... Salam ziarah dari saya~

Zahiril Adzim said...

@dina - tapi ini bukan fantasi saya kak. Mungkin padang hijau itu lebih fantasi, tapi bukan kotaraya dan kehidupan yang perit :)

@vidadarisakura - Hehe.. fikir jangan tak fikir. :)

@mirachantek - Terlebih selesa pun ada bahayanya. Ghost 2? Oh saya bukanlah hantunya, tetapi kawan kepada hantunya.

@namasayafarra - thank you :)

@fadzzdaf mohddhom - kalau begitu tafsiran kamu..

@anonymous etoy - Saya pun tak tahu apa negara itu. Samada cantik atau tidak tempat itu, terserah. Sebab ianya bukan satu percutian.

@senorita ezaryhana - memang saya perlukan perubahan :) Eh, saya tidak menjadi hantunya..

@melody - Keselesaan yang diusahakan memang nikmat. Tapi tetap ada padahnya.

@Nurul Aimi - kenapa tak buat? :)

annafadzlynn - Kalaulah saya punya masa lebihan.

@azura - Orang asing? :)

@fIck - kehidupan aku boleh jadi pelbagai :)

Aloy Paradoks said...

jd kenapa lu tak tulis lebih panjang jika mahu?

Melody M. said...

Padahnya bila kita mula tak beringat dan lupa diri. Di sinilah agama memainkan peranan. Supaya kita tak hanyut dalam lautan keselesaan itu. Kalau terlalu tak selesa sampai menyalahkan Tuhan dan orang lain atas ketidakselesaan diri,tak patut juga kan.

Unknown said...

eh,japs,korang2 semua kan,pernah tak pk,ape yang org lain rasa,sama tak ngan korang...soalan2 camtu la..and when korang tgh sedih,ada xkorang membayangkan klu ada org lain dlm dunia ni,yg berada dlm situasi sama sebijik ngan korang..??hmm...
bob,kehidupan ni mmg agaknya camtu kot..i rasa cam byk persoalan dlm hidup ni,and rasa diri terapung tanpa arah..hmm..
ehhh,azli raja suh bob gi scotland laa,then bob can wear man skirt..wakakakakka...

Anonymous said...

bagaimana dgn kotaraya japang?
persis anganan ZA..
- mengisi perut kelaparan
- menimba ilmu kehidupan
- manusia pantas berkejaran
- bahasa menjadi batasan

ada kenalan ZA di kota japang?
bisa datang ketemu ultraman..

woman from tokyo
- deep purple -

Anonymous said...

dtg lah amerika.. aku study kat portland.. susah beb xde org melayu kat sini.. tapi susah lah yg buat kita senang nanti..

Djebat said...

aku teringat kata kechik,
"apa yang kita jadi hari ni adalah apa yang pernah kita fikirkan 1 waktu dulu"
jadi bob,tak salah apa yang bob gambarkan tu. Lagi jelas, lagi cepat dicapai. Untuk jadi apa, fikir la sekarang.

pistachio almonde said...

encik zahiril...bile ghost 2 nak tayang kat tv? nnt inform eh...tak sabar nak tengok lakonan kamu lagi...

Anonymous said...

hurm... oversea ni... utk tmpoh yg sementara mmg terasa kenikmatannye. tp utk berjauhan dr insan2 terdekat (kluarga) utk meninggalkan suasana, budaya n kemudahan d malaysia suatu tempoh yg agak lama (5thn-kes bunga) mmg terasa nk pulang shj ke malaysia. mmg selesa. mkn, surau semua senang :-)
utk zahiril yg handsome, susah tu kite tak perlu zahir utk menginsafkan... asalkan awk beringat mcm skrg n muhasabah diri n rajin memikirkan hidupan sperti sekarang lebih maknanye drp merasa tp kurang berfikir mcm segelintir umat.. saya sukekannye.
take care ya...

hikayat aku dan mereka said...

pujian tak semestinya melalaikan... kite boleh jadikan semangat... diri kite.. kita yg kawal..

warwickshire said...

di tengah kota orang, mata mula menilai, kepala mula berputar, hati mula berdetik. angan itu mula menyesakkan dek realiti yang menjengkelkan. tapi semua itu kehidupan :)

kim said...

aku tak tahu kenapa. apa yg kau tulis buat aku jadi gila. yess. aku ketagih ayat-ayat kau. alangkah bagus kalau kau ni bukan seorang artis. mungkin.