Sunday, April 12

terbanglah AIRCON

Penat. Tapi aku tak mampu untuk berehat.

Selesai sudah menembak "Merah Puteh" tempoh hari, kini aku sedang bergelumang dalam latihan untuk pementasan teater "AIRCON" yang akan datang. Agak berat peran yang sedang dibawa. Emosinya sungguh kacau bilau. Mindanya sungguh kusut masai. Lalu menjadikan aku punya emosi senang terganggu.

Mudah pecah. Cuma tiada pelekat fragile sahaja di dahi ku.

Membawa kisah silam yang pernah bertempek di fikiran sebelum ini ke dalam peran, aku dan emosi diganggu lagi.

Dalam masa yang sama, aku sedar yang aku kurang menulis. Entah kenapa sebabnya. Kerana mindaku terlalu banyak perkara yang sedang difikirkan atau aku sebenarnya sudah kehilangan rasa sakit seperti yang pernah ada.

Aku sedang gembira atau sedang selesa?

Entah. Nanti - nanti sahajalah akan ku fikirkan. Bukan aku tidak mahu menulis, tapi berkali - kali aku cuba melekatkan jari - jari ini ke papan kekunci dan malangnya tidak satu ayat pun yang dapat dilahirkan. Sekali lagi, aku sedang gembira atau sedang selesa?

Suatu keinginan yang benar - benar merebak dalam diri aku hari ini ialah,

Aku mahu pulang ke kehidupan ruji. Kehidupan asas.

Tidak apalah. Tinggalkan dulu keinginan aku buat masa ini kerana aku harus menyelesaikan apa yang aku citakan sebelumnya.

Ini cerita teater AIRCON pula yang akan dipentaskan semula atas kehendak dan permintaan ramai sebelum ini.


KARYA
Shanon Shah

PENGARAH
Jo Kukathas & Zalfian Fuzi

MEMPERKENALKAN
Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis,
Ryan Lee Baskaran & Zahiril Adzim

DENGAN
Nam Ron, Chew Kin Wah & Naa Murad


Chep dan Burn merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, sebuah sekolah elit di Kedah. Burn merupakan pelajar contoh dan ketua pengawas sekolah. Manakala Chep rakan karib Burn, pelajar yang paling ditakuti oleh junior kerana sifatnya yang cepat naik marah dan kehebatannya dalam permainan hoki. Sekolah tersebut terkenal dengan status yang hebat dalam bidang akademik dan sukan. Bagaimanapun, apabila mayat seorang pelacur dijumpai berdekatan dengan sekolah tersebut, maka terungkailah status quo, budaya buli, jenayah seks dan keganasan di dalam sekolah tersebut. William dan kawan baiknya Asif yang pada mulanya naïf dalam semua perkara terpaksa berubah sikap mereka apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembunuhan tersebut. Tetapi siapakah yang sebenarnya bertangungjawab ke atas pembunuhan tersebut? Dan bolehkah mereka dijatuhkan hukuman?


Air Con mencabar dan menyelami sifat-sifat hipokrit yang menjadikan golongan remaja sebagai kambing hitam dalam masa-masa kepanikan moral. Yang paling penting sekali ia merencanakan tentang jalan yang paling elok untuk seorang remaja membesar dan melihat perspektif yang berlainan dalam sesebuah masyarakat tentang bagaimana mereka mengharapkan daripada seorang remaja itu menjadi lelaki.


Dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia dialek Kedah dan Bahasa Inggeris.
Dengan sarikata Bahasa Inggeris. Untuk Penonton Matang.


Tarikh Pementasan
15-19 April 2009
830 malam (Khamis hingga Ahad)
300 petang (Sabtu dan Ahad)


TEMPAT
KLPAC, Pentas 2
Sentul Park, Jln. Strachan
Off Jln. Ipoh, Kuala Lumpur.

TIKET
RM47/RM27 (Pelajar & Warga Emas)

**Pratonton: 15 April, 8.30malam Semua tiket hanya RM27 sahaja.**
Box Office Tel: (03) 4047 9000

****Fund Raising Night 19 April 830pm RM 100 (minimum donation)****
Instant Cafe is looking for individuals who would like to support AIR CON and our FIRSTWoRKS program by making our final night a Fund Raising Night. Air Con was played to sold out shows last year but we still need funds to sustain the production and program. If you enjoyed Air Con and want to see more New Malaysian Plays from us please do come on our Fund Raising Night.

Thank you for your support!
(Sila hubungi 017 871 6802 untuk keterangan lanjut)

Sedikit kata yang aku tulis semasa sedang berada di dalam watak. (Burn) yang menuntut satu perkara dalam hidupnya, iaitu "ruang". Dia mahu bebas.. kerana tidak tahan.

TERBANGLAH

Terbanglah terbang..
Setiap manusia punya hak untuk terbang,
Bebas..
Kemana - mana..

Malangnya,
Mereka tidak punya sayap.

Aku jua.

Adakah mempunyai sayap yang patah lebih sakit dari yang tidak pernah punya sayap?


p/s: Apa yang aku boleh cakap, beli tiket awal - awal. Nanti korang tahulah kenapa..

43 comments:

Anonymous said...

terbangla nek eroplen...

nnt ley join..hukhuk..

aku diriku said...

apa cerita skg? busy lg ke? have a nice day.

lovie say : said...

mahu terbang juga...
xda sayap xpe.
mungkin hati boleh tolong terbangkan kita.

jie justin said...

Terbanglah terbang..
Setiap manusia punya hak untuk terbang,
Bebas..
Kemana - mana..

Malangnya,
Mereka tidak punya sayap.

Aku jua.

;-)

Terbanglah jiwaku terbang,
menjengah setiap pelosok rumah sementara ini,
kita mampu mengintai alam
bagai mimpi yang tiada siangnya

Namun mampukah kita terus terbang
tanpa sayap bak helang di awan...

Lucky said...

haha.. dh tu keje nye.. kalo xnak jadi le tebar roti canai.. kn senang.. byak rehat...

mimiette said...

sy org br disini.
hrp kehadiran sy disenangi ZA.
byk sy dgr tntg awk dr kembar sy.
die seorg peminat awk.
kami bdua mmg ckp mhargai seni dan bhsa melayu.
tak sangka ade jgk artis y sejiwa dgn kami.
ingtkn dh xrmai org mcm kami lg dlm malaysia ni.
tp sy sedar rupanya masih rmai org mcm sy.
kmbr sy suh sy bc blog ni n tgk air con untuk lebih mengenali awk.
sy br mula mbaca entri-entri awk dan sy kagum dgn awk.
tahniah!
sy dh mula jd peminat awk.
smoge kite bleh slg bkongsi pndpt.
sy doakan awk dpt lakukan y terbaik dlm air con.
xsbr sy nk tgk awk secara live.
slmt berkenalan!

Anonymous said...

ouh. nak pegi sgt2. da dekat da. tapi tgh final exam. =(

Nurul Binti Ibunya said...

aik..xpernah dengar lak nama sekolah elit tu kat kedah..
haha..
(nama pon lakonan kan)adeh la..

tapi tetap tak leh g tengok..haih..

p/s:pernah punya sayap yang patah dia lebih ngerti susah senang ada sayap,its a life.tak pernah ada sayap sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah rasa punya sayap itu..

Rewan Ishak said...

AIRCON kembali. akan ku ke KLpac setelah terhibur dgn teater kompilasi di Stor Bahasa.

cujern said...

saya pun kalau tengah gembira mesti jadi tak boleh nak menulis...time2 sedih je bley.. tah pape tah...


teringin nak menonton teater... tapi, takde geng pulak yang punya minat yang sama mcm sy.. nak pergi sendiri tak tau pulak..tak biasa jalan kl..nanti sesat... tapi, org kate..nak seribu daya..betul tak..

tengok la nnt mcm mana...

Anonymous said...

menyesal membuang duit ke terengganu sb dah takde bajet utk air con :'(

jie justin said...

Aku mahu pulang ke kehidupan ruji. Kehidupan asas.

saper suruh msk mainstream..

Zahiril Adzim said...

@jie justin - Maaf, tapi saya rasa kamu tersimpang dan salah faham? Ini bukan isu mainstream atau tidak. :)

Atie Kamil said...

tiket awal2 lagi da beli..
penat mmg penat..
tapi nk menongkah arus kehidupan.
at least you dah berjaya melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan!
am proud of ur achievement.
keep up the good work
especially in theater
that is where you shine the most

Ophe said...

aku mahu juga menjadi sebahagian yang menonton kamu pada pementasan itu.. kalau ada izin-Nya, aku tentu sekali tidak perlu meminta izin kamu kan... :) yang terbaik untuk kamu pada pemnetasan itu nanti yaa..

dina said...

Bila la akak boleh tengok kau dlm teater... teringin sangat, tapi macam tak sempat nak pegi... akak bagi sokongan untuk bob dari jauh je la...

Fazl said...

wah, teringin nak pergi tengok tapi terikat dengan Pesta Buku! Huhu...

QiLaZ said...

setuju dgn tsujun..!!
ya tak dinafikan sakit sekiranya punya sayap yg patah..but at least..got the experience mcm komen tsujun tu..

mereka yg tak punya sayap, walaupun tak merasa sakit seperti yg punya sayap patah..mereka tetap merasa sakit kerana tak punya pengalaman..

conclusion, kedua-duanya merasa sakit..cuma berbeza situasinya..

btw..panjangnya komen ni..huhu..*pardon me
bob..wishing you all da best tommorrow ya!!jauh..so, qilaz support dari sini je..wish me luck for final exam!!huhu..

edilicious said...

yo!
mane nk bli ticket nie?
aku tetiba rasa mcm nk layan teater..
b4 dis blom lagi..
hope 1st time watch teater wil be da best moment for me...

Zahiril Adzim said...

salam,
tiket boleh beli dekat KLPAC.
Kena cepat, SABTU dengan RABU dah habis.

Hari lain, sedang dijual dengan lajunya.

:)

Lucky said...

w.salam. yeke?? ada ea??

Melody M. said...

Wahaha...tiket laku macam masa mula-mula orang pegi pejabat pos amik rebat tunai eh (mulanya nak letak laku macam pisang goreng panas, tapi macam tak berapa nak relevan dah zaman sekarang ni)

Selamat ber-Air Con. Break a leg! Kali ni tak dapat pegi support kamu dan kawan2, you know why, so restage la lagi next year. Haha. :p

All the best ya.

Mimieku said...

sungguh puitis..seriously sy dah mula minat dgn entry2 encik ZA..semoga terus berkarya dan terbang tinggi dgn cita2 anda..i'll support u till d end of this journey..

jie justin said...

to zahiril (or ade nama lagi pendek tak?);

- isu kau masuk mainstream 2, lupekan laaa...but aku suke kau blakon, sempoi bis.
- ko betul2 tak merokok ke cos lam kami ko tolak rokok mase scene kat creep and lam merahputih pun mastura ckp merah tak merokok..., is that true?
-aku suka poem ko yang tulus dr organ yang dekat ngan perut.

;-)

~kadang2 kita ingin kembali ke masa lampau, kadang2 kita ingin pergi ke masa hadapan, namun kita bukan sesiapa, kita hanya watak tambahan dalam drama kehidupan.

Unknown said...

salam bro..
lama tak kunjung sini. Rokok? setahu aku, dulu ko cuba nak henti rokok.. ke dah betul2 quit?? kalau sudah.. syabas diucapkan..
Merah Putih? tak sempat layan lagi.. nanti aku tgk kat youtube je la.. :)
AiR-CON? aku gembira sebab ada re-stage, tapi awat awal sangat.. aku mid-may baru sampai KL.

ps: ZA, boleh request re-stage Air-CON lagi tak? dah 2 kali miss ni.. timing asyik tak kena je.

marlina said...

AirCon in drama..possible?
so, no issue in ticket sold out..

si pari pari said...

Betul tu... I pun setuju, kalaulah 'AIRCON' di buat drama atau filem ke mesti best, tengok pada plot cerita pun dah "mysterious", kalau tak masakan sambutannya di luar jangkaan sampai di pentaskan semula. Renung renungkan............

Zahiril Adzim said...

kalau ditukar mediumnya, akan hilang nilai - nilai teaternya.

:)

si pari pari said...

oh... maafkan saya yg begitu daif dlm persoalan teater....

Lucky said...

thu xpe.. gud job...

akumurba said...

bagus gagasanmu dlm memartabatkan teater. di melaka amat mengharapkan usaha sebegitu.

akumurba said...

bagus gagasanmu dlm memartabatkan teater. di melaka amat mengharapkan usaha sebegitu.

mehaiRa said...

Terbanglah terbang..
Setiap manusia punya hak untuk terbang,
Bebas..
Kemana - mana..

Malangnya,
Mereka tidak punya sayap.

Aku jua.

;-)

Terbanglah jiwaku terbang,
menjengah setiap pelosok rumah sementara ini,
kita mampu mengintai alam
bagai mimpi yang tiada siangnya

Namun mampukah kita terus terbang
tanpa sayap bak helang di awan...

:p

Terbanglah minda ku terbang..
menusuk ke setiap inci naskhah
ku mampu mengakhiri
jilid ini..
walau tiada penghujung nya

namun keterbatasan ada
terbang ku tidak
melangit tinggi..

eyka said...

sgt3 frust coz x bkmampuan ms & harta utk tgk AIRCON..de final exam nx week..
:(
hope 1 hr nt dpt jgk tgk abg ZA life on stage...
;)

fariza hani said...

dah jumpe jawapan pd soalan ni?

'Aku sedang gembira atau sedang selesa?'

all the best..

artfieda said...

wahh, tajuknye dah menarik sangat!! yup akan hilang seni teater tuh kalo di jadikan filem atau drama.

arghh,tensennye x dpt tgk :(

good job bob!! :)

irdasue said...

aircon-antara karya yg 'berat'.bagus jika karya ini difilem atau dramakan bagi membuka minda kawan-kawan yg kita suka(rakyat malaysia).betul jika medium bertukar akan hilang nilai-nilai teater,tapi berbalik kpd artikel Seni Vs Hiburan, karya sebaik aircon rugi jika tidak dismpikan melalui satu medium yg bole memberi kesan kpd ramai org.Nk ramai rakyat Malaysia sukakan teater, lmbt lg kot atau mungkin pd masa ZA atau FA jd menteri

scenenseen said...

keep ur good work!

Puccaz_Pyan said...

bile lg teater ni akan ditayang kn lg ???

aritu x sempat nk tgk

Anonymous said...

pasti theater ini hebat kn, untuk tahun ke-2... mahu pergi haritu ke KLPAC tp study didahulukan...

next theater kamu bila? kaki blue? mhu join produksi itu haritu tapi clash dgn exam... study come 1st... again...

FARAHIDAH said...

2 be honest,pengetik ini cinta akan teater,tapi sayang sekalipun tak pernah menonton,

p/s-rasenye teater nie kene buat di area perak pulak,kl jauh sagt coz budak sekolah mcm pengetik ni,payah nak pergi kl,almaklumlah budak........kalo ade kat perak rasenye satu bas budak convent pi terjah....

F A L T 0 said...

aku nampak poster cita ni ms jalan2 kat aswara (baru habis kelas vokal gn cikgu shafiza) tahun lepas. tingin gile aku nak tengok, nak2 ada muka "si buta" dlm teater mak yong feat jessica ho (aku salut dia!) tu dgn muka ko! er, tlg kimsalam kat "si buta" tu ya.
bdway, aku suka lakonan ko zahiril (biaq p la org nak kata muka buruh indo ke hape). IKHLAS. waa.. ni kira first time aku puji pelakon sampai tahap komen kat blog nih! haha. so, yeah, keep it up "bob"! ;)
p/s: nickname aku ms kecik2 pn "bob" juga. hek hek

Anonymous said...

kau agak poyo